Advert

Monday, August 31, 2009

Saya demam!

Dan kerja2 peM-blog-an adalah terhenti sementara waktu.....

Saturday, August 29, 2009

Saya teringin....

............. mahu makan ini ...


: Haagen Dazs fondue :


..... atau ......

: Baskin Robbins fondue :

Note : kualiti gambar adalah tidak menarik kerana menggunakan camera phone cap ayam..


Makan ini sahaja untuk berbuka pun saya tak kesah. Janji dapat makan..

Tapi tak mungkin saya dapat berbuka dengan mereka ini kerana somi saya tidak mungkin mahu berbuka dengan ini dan beranggapan isteli nya adalah giler kerana mahu berbuka dengan aiskrim. Oh, kasihan saya...

Friday, August 28, 2009

Eyelet Curtain

Saya sudah jatuh chenta with this design sejak pertama kali menggunakannya 5 6 tahun lepas. Sangat jatuh chenta kerana saya adalah malas nak masuk² cangkuk praktikal (kecuali nak basuh susah sket) dan jatuhan kain itu kelihatan ayu.



Kemas sajork kan? Kalau yang lama punya nak kena adjust² lak ropol² dia.. nanti sini terlebih, sana terkurang.

Note : All pic googled

Setelah berjaya membeli kain sebanyak 14m untuk sliding door 3 pintu rumahku syurgaku, (setelah berpuluh² kedai di redah dan tiada yang menepati citarasa) kami merembat apa sahaja di depan mata. Penat noks mak nak carik langsir. Akhirnya saya memberikan sepenoh keputusan kepada somi saya. Saya dah tak larat nak pikir. Setakat ini, saya rasa macam kurang berpuas hati dengan pembelian kami itu, tetapi cuba menerapkan nilai² positif dalam benak otak saya ini dengan mengatakan "nanti dah siap cantik lah tu". Ya, ayat sedapkan hati sendiri!

Dan malam tadi, kami berjaya menghantar nya di sebuah kedai menjahit langsir di B*ngi, berdekatan umah mertua saya. Dan to my surprise, kedai cap ayam telah mengecaj dengan agak mahal. *memandangkan ia nya bukan Macy kedai cap ayam sajork * Apakah???
Upah jahit = RM150
Sebjiik eyelet ring = RM2.80
Total : Priceless *wahhhh! macam iklan Mastercard lak* RM250
Selepas bodekan saya discount adalah RM240.

Okeh ke? Actually ni 1st time saya tempah kat kedai cap ayam. Selama ni beli siap sajork.
Ini adalah merupakan night curtain kami. Upah day curtain kami adalah sangat murah cuma RM32 sahaja kerana di tempah di kedai kain langsir tersebut dan hanya mengguna french pleat *somi sudah janji untuk pasang cangkok² tu kerana mak adalah sangat malas nak pasang²* Kedai kain langsir kebanyakkan nya sudah tidak mahu terima tempahan raya.
Misi seterusnya adalah carpet/rug. Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh ini pun satu, dah berpuluh² dan berpeluh² kedai dah terjah. Tak jumpa gak yang seswai. Hari tu buka puasa kat Sunway, adda satu kedai tu jual carpet dari mana ek tak ingat sampai RM2 ribu 3 ribu *ni paling murah okehhhh*!!! Pengsan mak dengar noks!! Saya tanya somi "ada berannnnnn?". Somi kata "giler ke hapa nak beli carpet mahal camtu, baik buat benda lain".
Saya setuju ngan kata² somi saya tu. Tapi carpet tu best gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr lembut nak mamps! Tapi adalah lebih baik tidak membelinya kerana, saya akan terjegil² bijik mata kalau time raya nanti ada kanak² yang makan kueh atas carpet ribu-ribuan saya tu. Mahu sakit jantung saya nanti!!
* Kamu dah beli curtain dan carpet raya? *

Thursday, August 27, 2009

Imej baru saya?????

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA



*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*




Okeh, obviously gambar ini di pilih atas dasar faktor-faktor kekurusan yang didapati dari shot ini. :p Giler keji!!!! Hua hua hua hua *wahhhh buat entry dari opis, mementang boss takde*. Tuan punya blog dikelilingi dayang-dayang yang cun lagi anggun *termasuk tuan punya blog, agak cun la jugak kan :p*

* Selamat bekerja semua! *

Wednesday, August 26, 2009

Ini adalah entry mentekedarah makan !!!

Hari ini pada mulanya, saya dan emak telah merancang untuk masak Laksa Johor (read: emak saja yang masak, bukan saya :p). Ya!! Kami orang Johor! Dan suka makan laksa Johor buatan Malaysia sendiri. Kalau carik kat luar memang tak jumpa yang lepas piawaian kami. Tapi masa kat office tadi, rasa macam nak makan kat luar. So I called my mom and asked whether dia dah masak ke belom and luckily dia baru siap² bahan jek. So I told her that today nak break fast kat luar sajork memandangkan saya akan pulang awal ke rumah ini hari *ada physio jam 2pm, terus cabut balik umah after physio*.

Oh, semua nya berpunca dari Ida, rakan sepermainan saya di office. Ya!! Dia yang punya angkara! Dia cerita pasal dia dan geng² sepermainan kami yang lain, pergi makan kat Tarbush semasa ketiadaan saya bercuti panjang. Cissss!! Mana boleh kan. Diorang pergi, tapi saya tak pergi!!! Jadi beliau telah membuat saya kecur terhadap Tarbush lalu saya bernekad untuk berbuka puasa di situ.

Tetapi, apabila dikhabarkan kepada somi untuk berbuka puasa di luar, beliau telah print satu senarai panjangggggggggggggggggggggggggggggg tempat² berbuka puasa yang beliau perolehi melalui email beliau *sapa nak senarai tu, habaq mai, saya email kat kamu ;)* FYI, itu senarai tempat² yang ada Ramadhan buffet sekali harga nya. Mostly tidak melebihi RM100 pun untuk 1 pax.

Jadi setelah saya belek² senarai tu, dan memikirkan keadaan logistic dan faktor kesesakan lalu lintas, maka kami berniat untuk berbuka dia Palace sahaja. Dekat sajork ngan rumah kami. Tetapi bila sampai di rumah dan survey² dalam internet, somi tetiba teringin nak makan kambing! Dan tiba² keinginan untuk makan di Tarbush kembali semula. Jadi, kami bertiga *termasuk emak saya* pun bersiap dan terus ke Sunway Pyramid. *Saya redha je gi Sunway Pyramid.. sebab saya ada agenda saya tersendiri hik hik hik* Siap call reserve kat Tarbush takut penoh. Sampai kat Sunway adalah jam 6.30pm. Wahhhh sangat awal!! Jadi kami pun survey² restaurant lain dan tiba² terpandang kan ini .....


Being me yang sangat hantu Japs.. saya pasrah! Somi mintak izin tokey kedai nak tengok buffet line. Dan terus jatuh chenta sebab buffet spread dia quite beranika compared to Tarbush. *padahal Tarbush ngan Shogun selang beberapa kedai jek, hampeh!!* So kami pun dengan nafsu makan yang tinggi, memilih Shogun over Tarbush. Sian orang Tarbush tu call kami berjutapuluh kali tanya bila nak sampai. Hik hik hik..
Jadi, apa yang kami plan tak jadik, yang tak plan lak kami sapu. Punyalah banyak somi saya makan :p (read : somi sahaja ye).

Saya makan ini sahaja ...

: My allllllll time favorite, Salmon Sashimi !!!!! dan fresh oyster yang tak berapa nak fresh sebagai warming up session :p :
: Dim sum :


: Clockwise: Cheese spinach roll *tak sedap*, spicy escargot *not bad lor*, yam and mushroom, dory fish in creamy sauce and bbq squid :






: Minum fresh oren yang sedap :




Dan somi makan ini semua, sambil saya cilok banyak² sikit² ...

: Lamb briyani, chicken kebab, lamb kebab, minced lamb in tomato sauce - somi kata sedap! :



: Lamb shank dan sayor² :

: Sop ekoq - somi kata sedap! :

: Chicken boxing, chicken wing, stuffed chicken fried calamari etc etc :


: Spicy lala, chili crab - boleh tahan sedap! :


: Ice cream :

: Kali ni bagi emak saya jek interframe :p :



Okeh okeh..!! Baiklah saya ngaku.. ada lagik benda lain saya makan :p. Tapi tak dan nak snap. :D. Overall, bolehlah Shogun ni. Takde lah marbeles giler! Dan takdelah tak sedap langsung. Kira nya berbaloi la. Monday-Thursday ada discount 30%. So harga per pax adalah RM46.70 sajork! Murah kan??

Selamat mencoba!
ps: Sempat lah saya merembat sesuatu di DP

Tuesday, August 25, 2009

First day at work

Hari pertama setelah hampir 2 bulan MC. Makkk aiiihhh! Keja giler melambak! Tapi sorting sesatu dulu. Sesampai check email sebab nak gather info untuk "benda" tu. The whole day hari ni, dari pagi sampai balik keja, in fact haku balik lewat sejam semata² nak siapkan "benda tu" finally at 4.30pm *dikala rakan² sekerja ku sudah pulang*, baru lah haku berjaya fax "benda" tu ke bank. Adoiii penat giler!!!

Tak sedar sama sekali masa berlalu. Tengok² dah pukul 3, 3.30, 4.00, 4.30 .. waaaaa dah la boss duk rush² mintak "benda" tu. Somi saya pulak tu balik kerja kul 4pm. Menunggu ler dia sampai 5.30pm. My ofis and somi's ofis tak jauh pun, dalam 5 minit tapi kalau jam jadik ler 30 minit. KL!! Takleh nak kata apa lah. My ofis lak tu bulan puasa balik kul 4.30pm. Jalan dah mula jammed start kul 4pm. Camno??

Tadi keluar kul 5.30pm, sampai rumah 6.40pm. Pagi tadi nak gi ofis pun jam. Ingatkan coti sekolah ni tak jam la. Rupanya sama jek!

Dan semestinya satu ofis agak terkejut dengan penampilan baru saya. My boss sampai² ofis je, tengah bukak pintu bilik dia, tertoleh ke arah bilik saya, terus terkejut tengok saya. He he he, as expected!!

Besok, sure merapu² benda lain pulak haku kena setelkan. Waaaaaaaaaaaaa kerja 2 bulan tu bep! Muntah darah ler haku nak wat keja. Sib baik esok ada physio. Leh lari sat. Selamatttttt :p


Hokeh lah semua. Hari ini saya sangat² lah penat! Penat guna otak! Penat guna otak ni lagi penat dari guna tenaga kan.

Saya nak berehat² dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.


* Selamat malam semua! *

Teaser berbuka puasa hari ini

Ewahhh cam gatall jek letak tajuk teaser :p

Yahhhhh ini lah juadah berbuka puasa kami sebentar lagi. Dah marinate since last night. Balik kang, bakor je terus. Pastu nak buat steamed butter brocolli , sauteed mushroom, goreng wedges dan bancuh steak gravy. Pastinya setappppp! Nyummmmm...




Selamat berbuka puasa semua!

Menghitung detik²

Tick tock tick tock... tinggal beberapa jam je ai nak gi kerja. Apakah perasaan anda setelah almost 2 bulan tak keja??? As for me, malas nak giler nak gi keja!!! Giler malas sampai rasa nak benti! Hik hik hik extreme sunggoh haku ni!

Yang bertambah malasnya, bila mengenang kan keja melambak² tengah menanti. Dalam pala otak ni dah berkira² apa nak kena buat dulu bla bla bla.. ni esok ni kompem haku mengamalkan dasar tutup pintu! Hik hik hik. I have one really urgent thing kena buat esok kat opis. Urgent sangat sebab ni dah ujung bulan. Kang ada yang meraung tak dapat² "benda" itu. Kang semua tanya haku dah buat ke belom, dah buat ke belom.

Dekat email opis pun boss dah kuarkan memo bitau bulan ni "benda" tu dapat lambat sikit. Semua nya gara² haku MC. Huaaaaarggghhhhh dah bley imagine dah tahap kebizian haku esok. Huarghhhhhhhhhhhhhhhh tensi tensi!!

Saya akan keluar seawal pagi . Mahu sampai awal di opis. Bagi mengelakkan jam dan bagi men-sorting email² saya yang terbengkalai selama 2 bulan itu. Saya suka masuk awal² pagi. Seronok sikit nak buat kerja tanpa gangguan mahkluk² di sekeliling saya itu. Barulah tenang dan aman saya nak me-reply dan membaca email.

Ohhh gambar di bawah ini tiada kena mengena dengan topik perbincangan. Hanya untuk membangkitkan nafsu pergi kerja saya sahaja. Ohhh tidak, saya tidak bekerja di sini atau giler shopping disini, tetapi gambar ini di snap dari tingkap opis saya. Ohhhh saya rinduuuuu tapi saya malas mahu ke kerja. Bagaimana kah?????



:: Ready to go!! Cobaan untuk me-reveal wallpaper baru :p ::


Kije kije kije.. huwaaaaaaaaaaa bila laki ai nak kaya ni? Ai nak dok umah goyang kaki jek sambil bawak BMW X5, pegi shopping suka suki.

* Mungkinkah mimpi menjadi nyata?? *

Monday, August 24, 2009

SOTONG GORENG TEPUNG KRISPY KRUP KRUK Cik Mimy

Ewah ewah ewahhhh.. lamanya tak hapdet blog ni. Ai pasti ramai yang merindui ai kan :p hua hua hua.. kohnon la kannnn.. saya teramat busylah di bulan puasa ni. Busy nak menyiapkan rumah, kehulu hilir mencari curtain la, itu la, ini la. Macam². Dengan sakit² ni, masa tak cukup. Sebab tak leh nak berjalan lama. Baru keluar 2, 3 jam dah keletihan. So kena sambung pulak the next day.


Balik je dah malam, terus zzzzzzzzzzzzzz takde masa nak hapdet².

Puasa pertama hari tu, buka puasa kat umah emak somi saya, puasa ke-2 pulak saya menjemput kakak kepada bakal biras saya ke rumah untuk berbuka, in the same time untuk ambil barang yang saya order dari dia hi hi hi *alaaa barang orang pompuan :p*. Memang takde masa langsung. Ke-capik-kan gue. Hari ni baru lah ada masa nak berehat² di rumah. Itupun, the whole day dah occupied pergi hospital. Sempat la jugak saya made a quick shopping di Bangsar Village untuk dry clean baju raya saya dan rembat kasut Crocs, si Malindi untuk pakai jalan² *I need to have a comfy shoe, remember? Heh alasan hihi*

Kenapa saya pergi sampai ke Bangsar Village untuk dry clean baju? Sebab saya tak percaya dobi lain untuk cuci baju² kesayangan saya. Hik hik hik. Boleh ek camtu? Walau di mana saya berada, saya akan ke kedai yang satu itu juga untuk hantar baju² kesayangan. :D Dan Crocs Bangsar Village menjadi pilihan sebab ada banyak size² anak gajah macam saya. Size 10. Kalau gi Crocs lain memang confirm takde!!

So hari ini, dengan aman nya saya berbuka di rumah. Emak saya masak lontong dengan kuah kacang nya, sambal sotong nya, rendang dagingnya. Siap ketupat palas lagi *yang ini beli ye*. Tetapi memandangkan semalam saya kecur tengok sotong goreng tepung Chef Mimiziouslicious, maka saya telah membeli sotong untuk digoreng style Cik Mimy tu. Cicah sos cili bawang putih dan halia cap maggi tu jek.

Hasilnye .....

Kalau nak resepi, pi click link Cik Mimy kat atas nun kay. Ni masa saya tengah nak pecah kan telur nak amik yang putih, sekali tengok kuning telor tu "kembar". Wah!! Ada harapan kah nak dapat anak kembor? ;p


Sahur ni saya kena bangun awal. Nak kena masak Pak Choy oyster untuk somi saya. Beliau memang makan dengan hebat nya untuk sahur. Nak tampung sampai ke petang kata nya. Errrr boleh ek camtu??? He he he

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah. Saya dah pun di transform. ;) I'm sure rakan² opis saya terkejut beruk besok. He he he

Oh speaking of OFFICE..!! *Sigh* Malas giler nak gi opis after almost 2 months MC. Bosannnnnn...!! Macam mana lah kalau beranak ek? Lagi la berat hati nak mula keja tinggalkan baby. Hmmmmm... pulak tu memikirkan keja yang bertimbun, membuat kan saya trauma nak pegi keja! Arghhhhhhhhh.. nak bukak email opis pun saya phobia nak mati! Punya lah banyak keja yang menunggu saya di opis. Tolllonnnnngggggg....!!!

Okaylah semua. Saya mahu berehat. Tido sepuasnya dan lupakan OFFICE sementara boleh. Esok saya pasti cam gile buat keja. *sigh*


* I wish my husband is a millionaire. Takyah ai keja. Soping je 24/7 *

saya takde masa

untuk update blog!!!

Sekarang ini saya di PCMC tengah berbaringan bubuh hotpacks sambil kepoci di blog-blog orang.

Balik karang saya update dengan cerita sensasi :p

Saturday, August 22, 2009

Puasa Pertama Saya

Hari ini saya telah merayap ke IK*A untuk membeli beberapa barang yg telah saya "hutang" dengan bilik tidor saya. *Yes, finally bilik tidor saya sudah siap sepenoh nya* Dapat lah membuang sedikit masa yang banyak ini, jadi tidak lah terasa sangat lama nak nunggu waktu berbuka *hehe ampon, saya memang seperti kekanak nunggu waktu berbuka :p*

Saya sangat bersyukur kepada Allah swt yang mengurniakan hari yang amat mendung, sejuk pada hari pertama kita berpuasa. Alhamdulillah. Puasa saya pada hari ini berjalan dengan sangat nyaman dan aman tanpa anasir-anasir kehausan dan sebagainya. He he

Dan hari ini juga kami somi isteli akan berbuka puasa bersama keluarga mertua saya di B*ngi. Tetapi memandangkan saya mengambil kesempatan bulan yang mulia ini untuk menguruskan badan saya yang montel ini, saya bercadang untuk menjamah-jamah sahaja makanan. Dan makan kurma, kurma, kurma!! Ya, saya bolehhhh!!!

Selamat ber-iftar semua!

Friday, August 21, 2009

Jangan lupa solat tawarih

Salam kawan² semua. Dalam sibuk persiapan untuk berpuasa esok hari, jangan lupa untuk bertarawih malam ini.

Fadhilat solat tarawih :-

Malam ke-1
"Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan"
Selamat menyambut Ramadhan Al' Mubarak dengan penoh kesyukuran. Saya memohon sejuta kemaafan kepada segenap umat yang mengenali saya dan berdoa agar puasa kita pada tahun ini diberkati Allah s.w.t.

Ingat, jangan ada pembaziran di bulan yang mulia ini. Jangan terlalu mengikut nafsu semasa membeli juadah² berbuka puasa (read : note to self).

Rasa macam tak percaya sudah masuk bulan Ramadhan. Rasa sunggoh cepat masa berlalu. Mohon Allah buka kan pintu rezeki buat kita semua dan dijauhi dengan penyakit² yang merbahaya. Harap juga, bulan Ramdhan tahun ini, membuka lembaran baru dalam hidup kita, untuk menjadi umat yang lebih baik di sisi Allah, Insya Allah (read : note to self again!)


* Malam ini selepas somi tarawih (errrr saya tak leh nak ke tarawih), kami mahu soping beli barang dapor. Haih, semua pun nak buat last minute *

Selamat ber-tarawih semua! Semoga kita mendapat keberkatan dari-Nya. Amin!


psstttt : tahun ke-3 kami berpuasa bersama. Alhamdulillah...

Hari Crocs sedunia

Semalam saya telah bertemu satu kedai yang agak awesome! *wah awesome sangatlah kan* Selama ini saya tidak pernah tahu akan kewujudan kedai ini. Until yesterday, my s.i.l told me that there is one Crocs Outlet kat Mines yang jual crocs yang sangatttt murah compared to the crocs yang dijual kat concept store. So we went. Semangat nih. Lepas borak² terus pergi. And yes, she is sooo right!


Ia adalah Crocs Outlet!! And the price is like 1/2 of the normal price. I really cant believe my eyes. This is not imitation ye kenkawan. It's original but a little bit outdated. So they dumped those shoes at this store and sell 'em at a cheaper price.

You may view it HERE, it's the Malaysia 1st Crocs Outlet Store Crocs Outlet at The Mines Shopping Fair .

Tetapi! Jika kaki kamu besar macam anak gajah seperti saya dan menggunakan size lebih dari size 9, lupakan sahaja impian untuk membeli crocs yang murah ini. Kedai ini hanya menjual size 9 ke bawah bagi kasut² Alice, Malindi, Prima dan sekutu dengan nye. Kalau macam Mary Jane ke, or Audrey ke or Sassari ke ada banyak size besar. Dan untuk lelaki juga, tidak ada masalah. Hanya untuk perempuan je masalah siket.

Jadi setelah saya pening kepala tak tahu nak beli kasut yang mana sebab saya bersize 10 *huhuhuhu* which I cant fit into Prima, tiba² bila saya cuba Alice size 9, boleh masuk pulak. Jadi dengan berfikir sejuta kali *kerana tips membeli crocs mengatakan, perlu ada 1/2 atau 1/4 inch lebihan di depan dan di belakang kasut crocs kamu, untuk keselesaan ketika memakai*, kerana saya pakai si Alice tu ngam² je, saya pun rembat sahaja dengan harapan nanti dia expand siket kot. Tapi SA tu kata, dalam masa 3 hari, kalau pakai tak selesa (read : provided kasut tu belom dilenjan di luar rumah, dia advice guna dalam rumah je dulu), kasut tersebut boleh ditukar dengan kasut lain. Jadi, saya pun okeh lah. Cuba dulu. Kalau rasa tak best, terpaksa lah saya tukar kasut lain. Hu hu hu.

:: Ini lah si Alice yang telah merayu-rayu kepada saya untuk di bawa pulang saya bawa pulang semalam ::



:: Tetapi disebab kan ia hanya Crocs Outlet dan jual murah, jangan lah kamu bermimpi nak dapat beg Crocs ini ye, yang biasa didapati di concept store ::



:: Ini sahaja yang akan kamu dapat. Pelastik beg Crocs :p ::



:: Tak percaya kat saya?? Betul harganya murah!!! Tengok ni, saya beli sepasang Alice dan somi beli Athens ::



Kan? +/- 1/2 lah from the original price. So, Yabeet, pe lagi.. terjah lah :p Ha ha ha ha... *sila inform Ayde skali ye :p*
Selamat ber-Crocs semua! * oh ye, sila ucap time kasih kepada adik ipar saya Bella kerana memberitahu kewujudan kedai ini.. cepat ucap time kasih kat dia!! :p *

Thursday, August 20, 2009

Memories Part II

Pada hari ini, 3 tahun yang lepas, saya telah ditunangkan dengan En. Somi saya. Sunggoh cepat masa berlalu! Tak sangka sudah 3 tahun juga kami bercakaran hidop sebagai suami isteri. Kami hanya bertunang untuk tempoh kurang 4 bulan sahaja sebab kami dah gatal sangat nak kawin :p. Tempoh pertunangan kami adalah singkat kerana kami tidak ada sebarang plan untuk bertunang pun, bercadang nak merisik je. Tapi biasa lah, konon nak beradat kan, dan orang tua pun mahu kami rasai pahit manis alam pertunangan. Saya dirisik+bertunang pada 20 August 2006 tepat jam 3.00 petang rombongan lelaki sampai. Yup, keluar belah mertua sangat punctual. Masa nikah pun sampai on time :) .

:: Bakal penantin *ya!!! itu saya!!! zaman muda-muda :p* yang sedang didandan ::

:: Rombongan lelaki yg baru sampai, sedang menyusun diri ::

:: Para jejaka idaman malaya *sila abaikan tarikh di gambar, hubby's uncle tak setting betul ;)* ::

:: Hantaran 7 berbalas 9 ::



:: Oh, saya sudah siap di dandan. Ya, ya. Saya tahu saya nampak sangat budak-budak masa ini :p ::




:: Bakal Mak mertua sarung cincin ::


:: Finally, semua dah siap. The event went smoothly. Ramai sangat datang, daha macam nikah., Jiran-jiran semua ingat saya nikah hehe. Oh, jangan tertipu dengan gambar di bawah ye. Somi saya tidaklah sebegitu kecil orang nye *nak jugak bitau yang saya nampak besar sebab angle shot ini diambil :p* ::



Sekian, sesi mengimbau kenangan lalu saya. ;) One of my sweetest memories!!

Wednesday, August 19, 2009

Burppp...

Baru balik dari melantak ikan bakar, udang goreng tepong, udang goreng pedas, ketam goreng cili, sotong goreng tepung, lala goreng cili, kailan ikan masin, kangkong goreng tepung dan tomyam campo TANPA nasi!

Alhamdulillah. Melantak sepuasnya sebelom puasa. Boleehhhhhh?? 4 adult with 2 kids tapi hidangan ngalah tuk 10 orang!

Hasilnya, balik terus sakit perut. Pening giler kepala. Fuhhhhh, ketam dia, isi padat, penoh! Giler ah!!!


* ye ke bulan penoh, isi ketam pun penoh?? *

Hijau itu saya

Oh tidak! Saya bukan lah pencinta warna hijau. Bahkan kalau menjengah wardrobe saya pun, hanya ada sehelai kurung hijau lumut dan sehelai kemeja kerja warna hijau kekuningan. Dan baju kurung tahun ini, untuk hari raya ke2 adalah berwarna hijau 2-tone yang saya pun tak reti nak describe macam mana. Jadi nya, total baju hijau saya adalah 3. Saya kurang menggemari warna hijau untuk wardrobe saya kerana saya terasa seperti 'seorang' sayur dan sebatang pokok apabila mengenakan warna hijau. Sebatang pokok yang rimbun. Pernah kan kamu rasa seperti itu?? Pasti pernahkan, apabila kamu mengenakan seluar coklat bersama kemeja hijau, terasa seperti sebatang pokok yang hidop. Dan hari raya ke2 ini, pastinya saya terasa seperti 'seorang' sayur pula. Oh dan somi saya juga kawan sayur saya. Kami berdua akan mengenakan warna yang sedondon.

Dan saya juga tidak lah seorang ekstremis alam sekitar yang memperjuangkan nasib alam sekitar kita. Tetapi ini tidak lah bermakna saya bukan pencinta hijau (read : alam sekitar). Saya amat mencintai alam sekitar yang hijau. Bahkan somi saya sunggoh obses (read : OBSES ye, bukan OBESE hahahah) sehingga mahu join kelab pencinta alam. Bagaimana pun saya tidak lah bersemangat seperti beliau. Saya hanya aktivis di dalam hati sahaja. Yang penting niat kan???

Kenapa hijau itu saya? Kamu pernah tonton cerita HULK? Hah! EH bukan, bukan. Saya tidak boleh bertukar hijau macam HULK tu. Atau pun ada raut wajah seperti HULK *errr ada ke? iskkk* Tetapi saya adalah seorang yang not to say cepat baran, tetapi saya adalah seorang yang pantang "di usik". EH, bukan! Bukan tak boleh sentuh saya atau mengusik saya. Tetapi maksud saya, saya cepat melenting jika ada sesuatu yang tidak kena di mata saya. Bukan lah melenting tak tentu pasal. Tapi saya tak suka orang yang buat kerja main², TERUTAMA nya customer service yang tidak berapa nak ber-service dengan baik yang tetiba nak tunjuk lansi lak, memang paahhhhnnnnntttaaannnnggggg datuk nenek saya! Saya akan bertukar menjadi HULK dengan tidak semena-mena. Memang kena zassss balik ngan saya. Tapi tidaklah sampai saya terjerit² marah orang tu semula. Cuma saya pasti akan me-LASER dia semula dengan tajamnya. Dan somi saya, si angel itu, pernah berkata dengan saya "kalau pakai tudung pun you nak buat macam tu ke?" Errrrr ada kena-mengena ke??? Oh, beliau cuba mendidik saya nilai sabar. Adakah saya tidak sabar jika saya coba untuk menegakkan kebenaran (read : kebenaran? kebenaran untuk orang tu bersopan santun sket!!)?

Apa yang saya coba sampai kan disini, saya sudah letih nak melayan kerenah manusia² yang terlibat dengan customer service di Malaysia ini. Bukan mereka yang di kedai² sahaja, bahkan yang di ofis juga begitu. Saya tidak faham kenapa harus mereka berinteraksi dengan kurang sopan dan melakukan kerja mereka dengan endah tak endah. For goodness sake, you are paid for doing your job! Kan? Dan, sebagai manusia, apa salahnya you berbaik sesama manusia. Saya faham, mungkin mereka had a bad day ke, penat ke. Tapi haruskah orang yang comel tidak bersalah tetiba menjadi mangsa amarah mereka?

Among rakan sekerja pun ada juga perangai² macam ini. Seperti tempat kerja lama saya dulu, kami merupakan sebuah syarikat homegrown yang sangattt besar (read: ofis saya tidak berwarna hijau, tetapi MERAH *hint hint*). Can you imagine, how hard for me (and I'm sure other colleagues pun facing the same as some were complaining to me about the same) nak dapatkan kerjasama dari other departments. Just imagine??? Itu sesama staf. Kalau orang luar lagi lah camna??? And this reminds me of sebuah syarikat yang saya dan somi dealt with few days back. Among them pun dicampak² macam bola untuk solve-kan one issue. Saya dan somi hanya berpandangan dan saya terfikir, kalau kami sendiri yang berurusan macam mana?

Niat saya menjadi HULK adalah suci. Ibarat Robin Hood lah kan *dia pun berbaju hijau kan??* Bukan untuk simply marah² tetapi untuk menyedarkan mereka untuk tidak bersikap kurang ajar. Kekadang tu saya kesian, bila tengok makcik² ke, pakcik² ke yang ditengking atau dilayan dengan buruknya. Kurang hajar kan??? Atau ada sikap double standard. Asal nampak orang tu usung LV, wah!!! Muka yang busuk tu terus berubah jadi berseri² yang tak berapa seri. Kalau orang tu pakai cikai memang lah jangan harap nak di pandang. Dan paling saya hangen, sesama melayu pun macam tu.

* Sign off to cool down, kang hangat terbakar kang blog saya :p *

Tuesday, August 18, 2009

Memories

This song reminds me of the good old days masa dekat ITM Arau dulu, batch 1997/1998 Dip. Industrial Chemistry, School of Applied Science. Seronok juga kan kalau tetiba bumped into those people from the past. Semua lost contact. I missed Awin, Wa'ana, Hanim (missed them BIG time, camna nak contact nih???? korang ada blog tak? fb ke? mana nak carikkkkk????), Suriati, Nonie, Kema si comel tu. Hmmm sapa lagik ek. Dah tak hengat nama dah. Seriously, nakkkk sangat jumpa balik. *haihhh, rasa tua sangat bila ingat balik zaman Uni*

Congrats!

This entry is dedicated to my lovely sis in law, Bella sempena hari convo beliau. Many many congratulations to her! It was on the 16th dan tomorrow pulak is her birthday. Double celebration!! I bet she must be super happy dan melompat² kegumbiraan sebab dah habis study. Yay! Dan kami tak sabar nak merasa belanja makan nasi minyak dari gaji pertama beliau. Yahoooooo!!

:: Instead of bouquet of flowers, kami belikan dia bouquet of bears *okeh, sebenarnya dia yang nak ni :p hahah no lah, kidding je*



:: Kan saya dah kata dia sangat happy.. the pic below is the proof :p. The white shirt on the left is Belle's hmmm siapa ek *hi hi hi* Belle's Boo ::



:: See, I told you, tak habis² dia menyegih :p. Yeah, I know the feeling ;) been there, done that ::

And back at home, kami anak beranak telah meng-convert the house into studio dan ambil gambar Bella with her robe and family potrait. Or lebih tepat dah macam gambar convo + gambar pre-raya he he he. Dan, pastinya somi saya lah yang menjadi tukang snappy snappy. But this shot is taken with my henpon yang cap ayam baru tu :p.
:: And the surprise birthday cake yang di-awalkan 3 hari. Patutnya besok adalah birthday beliau ::

So darling Nabella, I you sis. And congratulations again on your graduation and happy birthday! Yang ke berapa ek? 22 ke 23? Hi hi hi lupo :p

Jadi, bila kah kita akan ber-ladies day out ini bersempena birthay kamu? Sila sms saya sebelum jam 8 malam ini, jika tidak tawaran tamat ha ha ha :p

* Selamat ber-convo kepada mereka² yang terlibat. Saya nak sign off untuk kira² duit nak pergi Bandung untuk adik ipar lagi sorang punya convo lak :p Sapa nak itutttttt??? *

Monday, August 17, 2009

Tudung DeZahra

Setelah mengintai melihat di blog Cik Siken mengenai tudung De Zahra yang dipakai beliau semasa nikah, saya pun tanpa berlengah terus menskodeng website deZahra. Saya selalu nya berminat dengan tudung-tudung di sebuah kedai yang famous kat TTDI itu, (dan jarang berpaling ke arah kedai yang lain seperti Ari*ni atau lain-lain), tetapi kebanyakkan tudung mereka adalah plain dan kalau ada yang bercorak pun tidak berapa menarik minat saya. *saya sebenarnya tidak bertudung, tapi suka-suka saja beli buat koleksi, mana tau sampai seru kan senang, dah ada ;)*

Tetapi apabila saya browse cuci-cuci mata kat deZahra, saya tertarik hati pula dengan tudung mereka yang ada beranika corak yang agak menarik dan awning yang kelihatan sangat kemas dan harga yang agak berpatutan. Lalu saya pun bernekad untuk menabur duit mengunjungi kedai deZahra dan melihat sendiri tudung-tudung mereka.

Butik mereka terletak di Mutiara Damansara. Pada suatu hari tu saya sudah plan hendak pergi terjah kedai mereka, tetapi terlupa pulak catit alamat kedai tu, so terpaksa lah membatal kan niat menyoping yang suci ini. So hari ini, since siang tadi kena pergi renew roadtax kereta, saya telah bertekad untuk ke kedai ini sekali lagi. Sekali lagi, saya lupa catit alamat mereka. Errr.. oooo nasib baik henpon baru saya jadi penyelemat. Dengan sekejapan, saya mem-browse dan berjaya mendapatkan alamat mereka dan dengan bantuan GPS henpon Norkiah somi saya, kami berjaya menjejaki Jalan PJU 7/7A. Rupa-rupanya kedai mereka terletak di restoran yang saya dan somi selalu bertenet melepak masa zaman-zaman belum kawin dulu.

Mereka baru sahaja dalam seminggu berpindah ke kedai bawah. Sebelum ini, mereka beroperasi di tingkat atas shop lot 2 tingkat itu. So, senang lah untuk makcik-makcik, akak-akak yang sakit lutut ke datang. Tak perlu nak panjat-panjat tangga. Kedai mereka sangat luas dan selesa. Lagipun masa saya pergi, bau "kedai" pun kuat lagi sebab baru sangat mereka berpindah. Barang-barang perabot ofis pun tak pindah sepenuhnya.

Dan paling best, akak yang jaga tu adalah peramah dan helpful. Tak macam "kedai yang famous" kat TTDI tu, mungkin ramai sangat kot customer diorang, sampai takleh nak layan customer ngan friendly *tak semua la, ada satu dua lah yang muka masam dan cakap slang-slang huhu*

Dan yang bestnya, banyak juga tudung-tudung yang bercorak ada di butik deZahra ni. Dan yang best lagi, material nya ada pelbagai. Taklah dari material jersey (jersey ek nama materialnya) semata. *saya suka saya suka* Dan yang penting juga, adalah kemas. Jadi, saya pun berjaya merembat beberapa helai.


*


*


*
*


*


*


*


*

:: Ta-daaaaa, tudung deZahra pertama saya ::


:: Ini yang saya pilih untuk dipakai di hari raya::


Dari kiri, cik polka, cik brown, cik fancy purple, cik merah dan cik hijau si warna-warna ceria. Errr nama-nama ini diberi oleh saya sendiri ye. :p heheh Rupa paras nya boleh di lihat seperti di bawah. Saya cilok pic dari website deZahra.


psstt.. ni adalah pembaca berita tv3 *bukan saya ye hehe*. tudung mereka ditaja oleh deZahra.



FYI, tudung-tudung yang saya beli ini, material nya ada yang dari kain jersey (jersey or t-shirt ek org panggil?) seperti cik brown yang plain tu, dan dari material macam kain lembut-lembut (tak tau nama apa!! tp macam chiffon jojet ek? ala-ala begitu la.. saya tak tahu how to describe!) seperti cik purple yang fancy dan cik polka. Dan material jersey dia adalah sangat lembut seperti contoh cik hijau si warna-warna ceria tu. Kalau di "kedai yang famous" tu, material dia macam berat sikit kan, yang ini dia ringan dan lembut sedikit *seperti komen dari somi saya*

Hah, macam itu lah hendaknya. Bukan saya nak compare kan "kedai yang famous" itu dengan kedai deZahra ni, cuma nak terangkan how the material like. ;) Dan dari segi jenis-jenis tudung pula, deZahra juga ada nama-nama tersendiri macam kedai-kedai yang lain. Tudung Sarah untuk yang jenis medium tidak berbelah, Fatihah untuk jenis pusing-pusing ke belakang dan agak labuh serta tidak berbelah, Hajah untuk tudung yang labuh tidak berbelah, Jannah labuh dan berbelah dan tudung eksklusif yang dikatakan material lebih bagus (harga rm180) dan saya tak ingat satu lagi jenis tudung, tapi dia ada dua lapis, katanya. Mereka juga ada menjual mini tudung. Dan pilihan awning nya pula adalah dari thai silk untuk tudung yang ada corak dan bagi tudung plain ada thai silk dan juga material jersey yang sedondon dengan tudung.

Oh ya, tudung yang ada manik-manik pun ada untuk sesiapa yang suka bling-bling dan glam. Dannnnn.. tudung nikah yang cun!!! Betul tak tipu. Sesiapa nak kawin tu, elok le terjah ke deZahra, mana tau kot-kot ada tudung ready made yang sesuai untuk hari bahagia anda. *cewah, macam spokeperson pulak* Contoh macam tudung nikah anak Amy Search, Nabila. ;)

Moralnya, saya pasti akan datang lagi ke sini. Dan juga ke "kedai yang famous itu" untuk tudung plain. Saya lebih suka tudung plain kat "kedai yang famous itu" sebab saya minat yang jenis belah tu. macam comel je jika saya pakai

Oh, jika kamu beli sekarang, mereka ada potongan 30% untuk selected design sempena pembukaan kedai baru mereka.*saya suka sebab 2 tudung yang saya beli tu ada discount!!! yahoooo*

Dan yang cari tudung raya tu, apa lagi. Pergi ke website mereka kerana anda juga boleh membeli secara online ;) cuma saya rasa, susahnya nak tau size yang sesuai la kan? Lagi feel kalau pergi kedai kan? He he he

Sekian, tugas saya sebagai promoter tak bergaji.

*signing off to la la land sambil mimpi-mimpi pakai tudung deZahra*

YSL SALE!

Yes! You read it right! YSL Sale???? Are you kidding me? Betul!!

YSL will be having 40% discounts for their comestics range and 55% discounts for their skin care products starting tomorrow until 31st December 2009. Yup!

I've been told that YSL counter at Robinson and Mid Valley already started their sales today! While the rest will starts tomorrow.

I'm not too sure whether their fragrances will be up for sale too. I'll update you guys later.

Anyhow, if you need my assistance to grab some items for you, I probably can do so. I can reserve them for you, meaning you do not need to rush to get them. Just email me k ;)

- ciao, nak fikir nak beli apa ni -

Kecewa? Sedih? Marah? Putus Asa?

Apa yang akan kamu rasa jika segala usaha, susah payah kamu tidak dihargai? Kamu sangat² berusaha untuk membuat sekeliling kamu gembira, mengambil hati bersungguh² tetapi.. at the end of the day, rasa seperti tidak berbaloi-baloi dihargai!

Apa rasanya apabila madu yang diberi, tetapi botol madu kosonghempedu yang dibalas? Kecewa? Sedih? Marah?

Atau tidak perlu rasa seperti diatas, tetapi terus menganggap yang itu takdir kita? Harus kah?

Atau menyalahkan diri sendiri kerana tidak mencuba lebih daripada sepatutnya? Sedangkan kamu telah lakukan sehabis baik?

Atau terus-terusan berfikiran positif dan mengubati (read : memujuk) hati sendiri yang semua nya akan jadi lebih baik, suatu hari nanti? *sound sucks to me*

Atau mungkin sekadar kata² "penyedap hati" yang penuh kepura-puraan yang kononnya menghargai kamu , sudah cukup untuk membuat kamu gembira?

Yang mana pilihan kamu - Tidak menghargai kamu atau berpura-pura untuk menghargai kamu? Mana yang menjadi pilihan kamu?

Tetapi ini bukan persoalannya!

Persoalannya, penting kah apa yang berada di fikiran kita?

Jika terlalu fikirkan, orang kata ikut perasaan. Tapi bila terlalu difikirkan, kita yang gila.


Jika terlalu dibiarkan, orang pijak kepala. Tapi bila di biarkan, melarat-larat pula.

Akhirnya berbalik kepada kita juga.

Apa pun yang kita fikirkan atau kita lakukan, hanya kita sahaja yang ada. Kita sahaja. *dan Allah yang Maha Besar dan Maha Esa*

Perlukah jawapan bagi setiap persoalan? Perlu kah? Perlu?????????

Saya pun tidak tahu dan keliru.

Atau biarkan sahaja setiap persoalan terbang di angin lalu?

Yang pasti jiwa kita akan meruntun-runtun kesedihan, kepedihan atau kesakitan *which to me, they are all the same, SAKIT*!

Saya sedang mencari jawapan kepada persoalan saya ini. Perlukah jawapan bagi setiap persoalan? Dan perlukah jawapan kepada persoalan saya ini? Haihhh!

Life is always always tough! It could be tougher than you thought. Or at least tougher than you could handle or tougher than what you have been thru.


Life could be easy peasy for some people, tak perlu fikir pasal hutang (hutang kereta ka, hutang rumah ke be it rumah sewa atau rumah sendiri), tak perlu fikir pasal disayangi atau tidak (untungnya jadi Ms. Popular atau Ms. Loveable!), tak perlu fikir pasal duit tak cukup menjelang pertengahan bulan, tak perlu fikir pasal masalah sekeliling, tak perlu fikir pasal kena bayar duit utilities, tak perlu fikir untuk jaga hati orang lain, cuma fikir pasal diri sendiri sahaja! Itu pun fikir pasal nak pakai baju apa esok, baju raya dah dibelikan ke belum, tahun ini ada lagi ke orang bawak jalan² makan angin. Wah heaven giler! *I wish I could be this person*

Conclusionnya, apa yang akan kamu lakukan apabila tiada jawapan bagi persoalan kamu? Tidor sahaja? Atau mengamok? Atau menjerit? Atau .. berbagai lagi. *saya rasa dah macam soalan objektif kertas periksa Bahasa Melayu SRP tahun 1990 jek :p hi hi hi*

Yang pasti nya, tiada siapa pun yang dapat menjawab setiap persoalan ini. Kecuali yang maha esa. Berdoalah semoga diberi petunjuk. Amin.

- Signing off to la la land and hope tomorrow will be a better day for me, for you and for anyone yang masih tercari-cari jawapan yang tak pasti. GOOD LUCK! -

Sunday, August 16, 2009

Busy bee

Saya adalah sangat busy.

Semalam adalah seharian saya busy. Hari ini juga akan mem-busy body kan diri saya.


Hari ini saya akan ke convo adik ipar yang comel itu.

Nanti malam saya akan update blog dengan henpon baru saya. Opppss... He he he

Jumpa lagi semua!

ps: Adalah tidak sempat untuk ber-blog-walking.

Saturday, August 15, 2009

Pssstttt...

Saya mahu ke physio sebentar lagi. Dan juga pergi "me-reward" diri saya. Ahhhhhh...

Saya juga mahu makan Sakae Sushi... sunggoh teringin. Nyuuummmm!

Saya juga mahu pergi mengambil baju raya yang sudah siap itu. Yahoooooo leh raya! :p

Saya juga mahu.. mahu.. mahu.. yes yes!!

Dan jumlah kematian H1N1 setakat jam 8 pagi semalam adalah 56 kematian. Haihhhhh...!!

Ya Allah, kau hentikanlah wabak yang melanda ini. Kau selamatkanlah kami semua Ya Allah dan jauhkanlah kami dari bencana yang dahsyat ini. Amin..

Friday, August 14, 2009

Hari ini saya sedikit tensi

Ha ah! Betul!! Saya dan somi *agaknya lah somi pun tensi kot??* sedikit tensi. Berita yang baru kami terima tidak begitu memberangsangkan. Tetapi bak kata somi, ada hikmahnya. Insya Allah. Allah tentu lebih arif tentang perjalanan hidop kami. Kan? Pasti Dia sudah tentukan apa yang sepatotnya kami lakukan. Sedih, tapi pasrah jek ler.

Tapi, dengan berita itu, bermakna boleh lah saya berangan-angan untuk siapkan rumah yang terbengkalai ni. Dah setahun + kami duduk kat umah ni. Tapi baru beberapa bahagian siap di-furnish. Nampaknya, tahun ini, dapat lah saya beraya dengan kitchen cabinet dan peralatan rumah yang baru. *kalau saya tak melencong beli benda lain lah pulak huhuhu* Saya rasa, susah betul nak set kan aim kita. Contohnya, kalau nak buat kitchen cabinet sekian-sekian bulan, tapi bila sampai bulan tu, sure melencong buat benda lain. Kamu pernah tak alami macam saya alami? Tak fokus, tak fokus!! Saya dan somi dah aim mahu buat kitchen cabinet sejak tahun lepas. Sampai tahun ni, masih tak berbuat. Isk isk isk. Inilah orang Melayu! *errrr apa kena-mengena daaa* Ya, lah. Kan ada satu lagu, masa saya zaman sekolah-sekolah, pergi kem motivasi, Melayu Mudah Lupa. Errr tu bukan lah tajuk lagunya, tapi bait-bait lagunya ada sebut Melayu Mudah Lupa. Ya, saya lah Melayu yang mudah lupa dengan janji-janji sendiri. Agaknya, kalau lah Sang Rumah saya boleh berkata-kata, mesti dia tuntut semua janji-janji saya pada dia kan...?


Saya hutang wallpaper, kitchen cabinet, shoe cabinet, xxxxxx, xxxxx xxxxx, xxxxxxx dan curtain raya pada Sang Rumah . Okeh okeh satu hutang dah langsai, lagi 2 minggu kitchen cabinet akan dipasang. Yang lain-lain? Ermmm tengoklah wahai Sang Rumah, kalau saya berkemampuan, saya akan tepati janji saya pada kamu ye. Doa kan lah tuan rumah mu ini dilimpahi rezeki yang tak terhingga.

Saya juga berhutang sesuatu pada tubuh badan saya. Ya, saya janji nak bagi dia bentuk yang lebih menawan dan anggun. Tapi setelah hampir seminggu saya berdiet, hanya kurang lebih kurang 1kg. Apa lah daya saya? Saya sudah tidak makan nasi selama 1 minggu. Makan sop sayur, makan ayam bakar, makan buah naga. Itu sahaja. Tapiiiiii.. haih, sabar ye tubuh badan ku. Tak lama je lagi. Nanti bulan puasa, insya Allah, kamu akan menjadi anggun mempersona *itu pun kalau saya tak makan banyak masa berbuka hik hik hik sangat kejiiii*

Dan terakhirnya, saya berjanji kepada Si Oren, untuk membersihkan dia, dan menjelitakan dia. Ermmm itu janji somi saya kot kepadanya. Nanti saya akan kerah somi saya untuk bikin Si Oren menjadi cun dan berkilat-kilat.

Hmmm.. maaflah saya banyak menceceh. Kalau dalam mood tensi, memang lah saya begini. Semua benda saya fikirkan. Esok saya ada physio lagi. Lagi 1 minggu saya akan mula kerja *tidakkkkkkkkkkkk* Kerja kerja kerja! Arghhhh pastinya kerja saya menggunung kan boss? Malas nya nak pergi kerja setelah lebih sebulan bercuti. Mak saya kata dah macam coti bersalin pulak. Heh.. haih!

Dan saya punya tensi tadi, saya cakap kat somi nak beli buah naga lagi 10 kg. Somi saya gelak je tengok perangai istelinya yang dah sewel ni.

Oh, btw, sempena Ramadhan ni, saya mahu muncul dengan imej baru. Wah wah wah. Berdebar-debar saya.

Saya sesonggohnya mahu pergi bercoti!! Arghhhhh TENSIIIIIII!


Okehlah, saya nak berbaringan sambil melayan perasaan. Selamat bekerja wahai rakan-rakan ku. Jangan cemburui saya ya :p

Physio Saya yang menyayat hati

Ini kesah hari Rabu lepas. Saya sunggoh malas nak update semalam. Apa telah jadi dengan physio saya? Sangat sedih! Okeh, okeh, takde la sedih mana. I kan over! Tetapi sangat mencemaskan jiwa dan raga saya.

Hasil dari pemeriksaan physiotherapist saya, dia dapati satu badan saya adalah sangat tegang. Dia kata saya adalah sudah over-used spine saya. Erkkkkkk!! Cemas giler masa tu! Semua ini adalah gara-gara saya ke KLCC tempohari, dan oh Alamanda! Tetapi, *masih nak back-up diri lagik* saya tidak lah berjalan lama sangat. Those were the shortest trip to shopping mall I ever encounter ok!! Seyesly! 1 jam+ sahaja. Itu pun termasuk saya duduk-duduk untuk bersenggang.


Physiotheraphist saya kata lagi, saya tak gunakan otot perut. Dan tak exercise *kantoi!!!* She knew sebab perut saya lembik seems like takde exercise perut pun. Errrrkkkk. But I told her that trip to mall tu dah few days back. Takkan baru now sakit kan? She said memang macam tu. It wont sakit on the spot. It took days to sakit. Pulak tu somi saya jadik nasi tambah! Tambah-tambah pulak dia kat therapist tu kata saya jalan lama sangat lah, saya tak guna perut lah, saya main komputer lama-lama lah, duduk lama-lama lah. Nasi tambah kan dia? Sabar je lah! *memang nak kena dia ni* Pastu siap kantoi kan saya kata saya gi Alamanda jugak. Errkkk, saya bitau KLCC jek. Sabo sangat kan??? Iskkk!!


Alololololo camna? Saya sangat panik masa tu. Terus terbayang kena masuk balik hospital dan undergo the operation again!!! *tahu takut!* Sebab somi saya ada bitau saya, kawan dia sorang buat operation macam saya, sebab dia tak jaga, lasak sangat, dia kena buat operation again. *adakah somi saya nak menakut-nakutkan saya?*

Tapi tahu tak kenapa saya tak bersenam, tak exercise abdominal muscle saya? Sebab, saya ni ada masalah tak reti nak exercise otot perut. Bila tahan perut je, bahu saya semua lenguh-lenguh dan tegang-tegang-tegang! Saya ni cacat ke ek? Asal tarik nafas je, dengan bahu-bahu semua saya angkat. Iskkkkk

Kata-kata akhir dari therapist saya setelah aktiviti physio dilakukan, please exercise perut tu! Sangat penting! Kalau tidak, I'll keep on "abuse" spine saya. Nanti memang confirm akan sakit balik. Tapi dia kata, nanti sakit-sakit ini akan hilang, dont worry. Tapi kena buat apa yang dia suruh. So, moralnye, balik je rumah, wahh, dengan tidak semena-mena lah saya terus bubuh hot packs, exercise perut, somi saya pun terus rajin urut belakang saya tetiap malam. Hik hik hik

Moralnya, itu lah manusia. Bila dah terhantuk, baru kelam-kabut nak fix balik. Alhamdulillah, after 2 days, belakang saya sudah tidak sakit lagi. Tetapi kaki saya sangat lemah. Terketar-ketar bila nak bongkok. Oh ya! Saya sudah belajar untuk membongkok juga! Tapi susah nak membongkok. Rasa sakit tegang-tegang tulang belakang saya. Ngeri pun ada. Tapi therapist saya kata sakit itu adalah normal, sebab baru lepas operate kan. Dan saya jugak dah naik beskal exercise for 10 minutes. Rasa berkarat dah kaki-kaki ni. Dah berkurun rasanya tak bersenam!

Bila lah nak baik ni? Saya tak sabar nak bergerak seperti biasa, erkk tiada istlilah BIASA dah untuk saya lepas ni. Kena jaga posture all the time! Boring! *Exercise lah kalau nak baik cepat!!- somi saya kata dalam nada cik Joyah * Dan lagi dia kata "Cuba you jangan main komputer langsung the whole day besok. Tengok sakit leher dan bahu lagi tak. Mesti takde dah." Somi saya "menuduh" saya mengadap computer lama sangat yang buat saya sakit bahu sebenarnya. Erkkk matilah kalau saya tak main computer sehari. Ini kembar saya okeh! Dia sememangnya tak senang hati tengok saya berkepit ngan lappy. Bluuuweeeekkkkk!

Mari bersenam bersama saya! ;)

-Al-Fatihah untuk Arwah Ustaz Asri (Rabbani), semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan yang soleh dan solehah- *ramai betul orang meninggal lately*

Thursday, August 13, 2009

Birthday Cake yang giler cun!

Baru jap saya ber-blog-walking. Berjalan ke sana sini intai blog orang. Dan sampai lah saya ke Blog Cupcakekasih . Lalu teringat yang saya pernah beli birthday cake untuk niece kesayangan saya, Nadirah dari Kak Jun Cupcakekasih ni.

Kak Jun Cupcakekasih ni sangat² kreatif orang nye. Detail sangat pembikinan cake tersebut. Saya order barbie cake disebabkan niece saya ni sangat menggilai Barbie. Saya serahkan pada Kak Jun sepenohnya untuk buat macam mana pun kat cake tu yang penting ala² pwincess dan pinkish and girlish.

Harga dia sangat berpatutan. Saya sangat surprise harga dia that cheap. Sebab cake nya amat lah besar! Seriously huge! Dan sedap! Seriously! Highly recommended.

At 1st, saya ingat macam mahal jek harga yang di quote kan kepada saya, because at 1st I told Kak Jun, this cake meant for 15 pax je. So I expected macam small cake je. Hanya among us je. Small celebration. Tapi, bila dah dapat cake tu (I self collect kat umah Kak Jun in USJ) and sangat lah besar cake itu! Boleh makan 50 orang kot? Sangat terkejut and that time rasa sangat berbaloi in fact rasa sangat murah pulak *okeh okeh saya sangat exaggerated okeh*

Anda judge la sendiri by looking at the below pictures!

:: Ta-daaa cake sudah sampai. Terbuntang bijik mata niece saya tengok ::


:: See, besar almost half the coffee table ::

:: Closer look. Barbie in pink gown siap ada lake and 2 lovely swan ::


:: Yeah, the birthday girl yang kiri, kanan is the adik yang nakal, cheeky lil' monster, Batrisya ::


:: Kan cake tu besar! See the adik posing maut and the kakak very the quiet. ::


The cake was extremely a beauty! Detailed! Sampai my brother, Nadirah's dad, macam tak percaya it was made of fondant. Dengan swan, bunga² yang seriously cantik giler!


Salute sama Kak Jun. Kalau tengok kat webbie dia, her other creations pun gile punya canggih manggih. So, if you are looking for a birthday cake ke, or hantaran cake ke, whatever lah, cupcakes yang cantik² dan yang penting sedap, you may contact Kak Jun. Tapi kena inform earlier lah. I was lucky back then sebab last minute order pun kak Jun layan gak. Hu hu hu. Tapi, dalam blog dia awal² dah mentioned NO LAST MINUTE order and kena order 1 month in advance. *macam nak booking tiket airasia lak ek :p* Tapi for this kind of quality, siapa pun boleh terbang sanggop order awal².

I heart the cake. Most importantly, my niece ♥ it! And at least I have made someone's dream come true kan ;) and smile all day long!

So, selamat menggumbirakan orang lain! Pada saya, ia suatu nikmat hidop! ♥♥♥♥♥