Advert

Sunday, October 17, 2010

Mommy saya dah malas la tu


* hellloooooo.. Masa ni saya baru 3 bln 3 minggu.. Sekarang saya sudah 4 bulan 4 hari. Mesti semua orang rindu kat saya kannnnn*


*saya dan mommy saya ... She's mine! Sebab tu dia tak boleh update blog. Saya dh conquer dia.. Lallalalaalaaaaa*

Mommy saya dah lama tak update blog kan. Sorry ye kawan-kawan semua. Mommy saya sibuk layan saya la. Dia dah takde 'me' time dah. Sekarang semuanya Adam time. He he he siannnn mommy saya. Saya memang suka melekap kat mommy saya je sampai keja lain pun dia tak boleh nak buat. Tapi tak kesah la kan.. Sebab mommy saya sayang saya. Lalalallala...

Hari ni saya dah hampir 4 bulan 1 minggu. Saya dah boleh meniarap! Hip hipppppp... Hoooraaaayyyyy..... Hip hippppppp ... Hhhhooooorrrrraaayyyyy... Saya dah mula meniarap sejak 3 bulan lebih, tp masa tu tgn saya ni asik sangkut jek. Mommy ngan daddy asik kena tolong betulkan. Tapi kini tidak lagi... Bila masuk 4 bulan, saya meniarap ngan selambanya je, sampai mommy n daddy saya pun impressed! Dannnnnn abis satu katil ni saya dah conquer. Mommy kata saya dah berpusing2 mcm jam. Hehehe

Ok lah.. esok saya kena bangun pagi2 ikut mommy pegi work. Mommy anta saya kat umah ibu, babysitter saya kat kg. Baru. Nanti lah mommy saya citer pasal tu. Tapi ntah bila la mommy saya nak hapdate lagi ntaH..

Bye semua.

Ps: update guna henpon, camni la... Gambo kuar dulu.. X reti nak ekjas...

Wednesday, July 21, 2010

Cak!!

Si comel Adam is backkkkk...



Picture ni taken lepas daddy cukur kepala Adam.. Alhamdulillah... majlis aqiqah dan cukur jambul Adam selamat semuanya....

Sneak preview majlis aqiqah Adam ...



Mommy and Adam day after the majlis..

Wednesday, July 7, 2010

Baby Adam tengah tido.. jadiiii...

Boleh la mommy dia berblogging. Tapi I'm sure not for long. Sat gi sure dia ek ok ek ok balik...

Masa memang banyak. Tapi bila berpantang dan ada pulak budak kecik ni, masa jadi sangat suntuk. Macam terkejar sangat2!! Nak mandi pun express je. Nak bengkong pun kekadang tak sempat. (abih la tak ramping aku pasni).

My baby quite cranky. Nak tido berpangku. Bila letak, tak sampai 5 minit mula la menangis. Bila nak buka laptop je, mula la dia dah ek ek ek ek. Nak update blog memang sangat2 tak sempat. Ni pun gamble je type ni, si kecik tengah tido lena. Hopefully lama la sikit dia tido. Boleh la mommy dia berblogging sakan. Selama ni cuma dan baca blog org jek. Blog sniri tak sempat langsung nak update. Banyak sangat benda nak cerita. Rasanya story2 tu pun nak basi dah ni.

As of today, my lil' Adam is 24 days old. Update on Adam so far:-
1) hari ke 4 dah boleh angkat kepala. Boy! Memang anak mommy ni tulang nya kuat dan sihat!!
2) pusat tanggal masa hari ke 5
3) first 2 weeks rashes naik banyak kat leher, nappy rashes pun banyak sangat! now dah hilang semua. tp pimple kat pipi masih ada lagi even dah apply ubat doctor. Orang kata ruam susu eh.
4) masih berjaya breast feed Adam till today. Insya Allah mmg plan nk exclusive BF.
5 ) mommy Adam dah berjaya shed off 13kg. Hua hua hua hua... lebih ringan dr berat sebelom pregnant. Hubby kata nk bg reward kalu dpt buang lg 10kgs. Yeayyyy!!

Ok dah agak, Adam akan bangun. Dah ek ek ek ek dah. Mmg la Adam tak kasi mommy dia sentuh lappy lelama.

Nanti sambung la. Nk upload gambo pun tak sompek.

Tuesday, June 22, 2010

Finally... the arrival of our lil' Prince Charming

Presenting our new arrival ...

Baby Adam
DOB : 13 June 2010
Time : 2002 hrs



Alhamdulillah, saya selamat melahirkan baby pertama kami pada 13 June 2010 jam 8.02 malam di PCMC, KL. Dah 9 hari bersalin, baru lah ada masa nk buat keja lain. Sangat lah kesibukan untuk meng-adapt dan meng-adjust new lifestyle with baby .. sleepless nite dan mandi yang memang tak basah dan makan tak kenyang bak kata orang (sebab takut baby bangun nak menyusu).. etc etc etc. Sangat terkejar-kejar. Some more, kami berdua (eh, bertiga campur daddy) kena stay kat hospital for 5 days sbb baby Adam kena jaundice and fever (38.2 degrees).

Will update more on the birth story. Now nk kena breast feed Adam.. dia dah bangon. :) Life is now more colorful with the arrival of our lil' Adam. Biarpun mommy dia dah penat mcm zombie berjaga malam, or sakit nak push Adam keluar, it's worth it. :)

Yours truly,
Blogging sambil pangku Adam... hihi

Saturday, June 12, 2010

Oye oye

Okeh, entri sebelum ni ke-cuak-an kan... Tapi kali ni ai happpppyyyyyyyy! Sangat. Sebabbbbbbbbbbb saya dah dapat 'tanda'. Pagi tadi kul 3 pg tgh tido, tetiba terjaga, dan dan tu mcm rasa ada 'air' terkeluar tanpa dpt ditahan. Tapi tak sampai la secawan. Tapi lagi sekali, air tu mcm campo ngan lendir. Tapi (brapa banyak tapi daaaaa) tak ler likat lekat pekat. Cecair lendir la gitu. Pastu jerit2 dari dlm bilik panggil hubby yang tengah tgk France vs. Uruguay (read: dia tido sebenarnya). Pastu lepas lap semua, ada lagi sikit air terkeluar lagi. Kali ni air jernih. Saya yg xde pengalaman ni buat assumption that second air yg keluar tu adalah air ketuban yg leaking sket. Pastu masa cuci, ada darah kuar sikit. Sangat2 sikit.

Masa tu memang happy gile (kuar tanda pun emo emo happy yek) campo terharu sbb doa dah dimakbulkan oleh Dia Yang Maha Esa. Rasa sangat kerdil dan hina diri ni sbb haku ni jenis solat lobang2 sana sini, tapi Allah tetap makbulkan doa aku. Masya Allah, malu sangat2 aku rasa. Aku nekad takmo dah tinggal2 solat. Mana tau ini adalah titik tolak aku jadi better human and a good mom to my dear son. Ya Allah, sesuungguhnya Engkau lah Yang Maha Agung dan Engkau lah yang menentukan segalanya. Insaf sungguh aku!

Baru sat ni, gi shi-shi dekat pad dah ada setompok lagi darah. Alhamdulillah. Itu petanda "pintu" serviks dah terbuka. So instead of nak gi serah diri kul 10pm as scheduled by our gynae, hubby decided nak bawak gi spital tengahari ni.

Ok, sampai spital sure kena seluk nak tgk dah bukak brape. Harap lah dah bukak banyak. Aminnnn.

Yang penting, jangan lupa baca doa Nabi Yunus dalam perut ikan tu. Insya Allah, mujarab.

Good luck to me-self.

Lotta Love,
XOXO

Nervous

Finally.. dah mula rasa nervous. Malam kang (if in between time masih takde apa apa tanda lagik), sesi penyerahan diri akan dilakukan jam 10pm. Saya adalah sudah overdue selama 4 hari. Tetapi, bermula pagi semalam, pinggang bahagian bawah adalah kesakitan (manja-manja punya sakit la..bagi warm up dulu kot). Lengoh semacam. Siang semalam gi spital as asked by the gynae for the daily CTG dosage kan, the midwive kata ianya adalah kerana baby sudah sangat berat di bawah. Nak jalan pun dah terkangkang-kangkang dan asik la shi-shi jek. Tapi kenc nya tak ado banyak pun. *Oh btw, please abaikan bahasa yang saya gunakan. If you read my earlier entry, masa nak operate my p.i.d last time, the language I've used lebih kurang ini macam. Pabila ke-nervous-an muncol, ayat saya otomatik jadi begini.* And the CTG tu adalah baik-baik aja. Baby heart rate adalah bagos, tetapi mommy's contraction tidak ada ye yang maha dasat. Hmmmmmm... kebalkah aku??

All this while saya adalah tidak berapa ke-cemas-an. Sbb rasa macam still long way to go. Bila dah tiba hari nya, hahhhhhh kauuuuuuuuu... cuak sey!! Rasa macam tak sanggop nak kena induce "mentah-mentah". At least kalu dah bukak 1-2 cm ke, confident la sket kan. Since induce ni nak mempercepatkan kelahiran, kalu pintu dah terbukak tu, memang la tak kesah nak induce kan. But in my case, pintu terkatup rapat. Lagu mana cheq nak induce??? Huaaaaaaaaaaaaa... harap-harap esok pagi ka, pintu dah bukak la sket. Amin amin. *Baby, tolong mommy ye*

Thru my reading, tanda-tanda nak bersalin ada 3 (kalau ada yang lelain tu, korang pepandai la):-
1. keluar tanda (show) - lendir/darah

2. pecah air ketuban (sangat jarang berlaku)

3. kontraksi yang kerap


Me????? Nan ado. Ketiga-tiga di atas adalah N/A to me. So what to do?

Apa adalah perlu dilakukan untuk percepatkan "jalan" keluar tuk baby?? Orang kata :-

1. jalan banyak-banyak - CHECKED! --> kat opis dah macam lipas kudung aku ke hulu hilir. tak cukup lagik ka???
2. mencangkung - CHECKED! --> sepanjang MC ni (fyi, haku MC dari 31 May sampai la ni. Sbb nya doc kata baby kena kuar awal, tp x jadik. So dah berkurun haku dok umah ni tunggu bila baby nak kuar. Huhuhuhuhu) membasuh baju guna tangan je, sambil mencangkong kat bilik air tu dengan harapan cepat lah "pintu" terbukak.
3. make l*ve - errrrrr no komen. Hal dalam kain mana leh canang kat orang kan. Dosa :p hua hua hua.. tapi wonder lah. Dalam perut besaq membuyung cenggini, lalu ka nak berasmaradana? Adoi laaaa.. teori yg bagus tapi sukar tuk dipraktikkan.
4. turun naik tangga - ni haku tak buat. Kompem! Sbb umah aku tingkat 12. Tak kose aku nak turun naik tangga la kannnn. Hehehehe opis pun tingkat 9. Tak kose gak nak turun naik tangga. Lagipun, risiko tuk jatuh tu tinggi la (hah, alasannn sangat kan bunyinye).
5. minum air akar siti fatimah/ selusuh - CHECKED! --> tapi haku minom air akar siti fatimah jek. Selusuh takdo.

Tips lelain banyak. Tapi maleh dah nak type. *Pempuan mengandong maaaa... penat kan type panjang lebo* As of tonight (morning dah kot ni kul 12.36am).. baby sangat2 lah ke-aktif-an. Maybe sebab minom air kelapa kot siang tadi. Tgk bola South Africa vs. Mexico, rasa macam baby pun tgh main bola dalam perut ni. Sakan abis.

Memandangkan esok daku akan menyerahkan badan ini kepada doctor untuk di-induce, saya mengambil kesempatan ni untuk memohon ampun dan maaf kepada sesapa sajek yang baca atau TERbaca blog picisan saya ni. Kalau ada terkata, terumpat ke, termegah ke, ter-show off.. mintak mahap ye. Memang ahkak tak sengaja. Tak de niat pun dan mungkin tak terperasaan. Ampun ye semua. Sila doakan urusan bersalin saya ni, dipermudah kan oleh Allah swt sebagaimana Dia permudahkan urusan bersalin Maryam ketika melahirkan Isa a.s. Aminnnnn... Doakan saya dan baby selamat ye.

Sebelom ai mem-berambos-kan diri sniri, sila lah tatapi perut muncit ai yang diambil masa babymoon kat Pullman ari tu. *Oh, entry pasal Pullman tu nanti haku citer masa confinement nanti ye* Pic ini di ambil semasa kandungan 31 minggu. Sekarang ni beso sket la dari ni.



Yours truly,
Ooooooohhh berdebar-debar rasanya.. kali pertama bertentang mata.. oooo iiiiiinii la pengalaman... harus ditempuhi tiap insannnnnn.. (lirik lagu Ahkak Ogy.. tetiba teringat lak)
XOXO

Tuesday, June 8, 2010

Hari ini saya due!

Hah you read it right!! Hari ini adalah hari saya due (ikut Doctor punya EDD). Tapi ... masih takde any tanda lagi. Sakit pun tak ada lagi. I guess baby syok duduk dalam mummy's tummy. Semalam pergi last check up with the gynae. Everything is fine. Alhamdulillah walao dalam hati berdebar-debar sebab baby tak keluar-keluar lagi. Hopefully semuanya oke oke aja. Last time doc tak kasi over due date. Jadi kitorang dah bajet kena admit semalam and kena induce. Sekali doc kata leh tunggu sampai 15hb pulak. Huhuhuhu... but since hubby's birthday is on 13th June, we planned to induce on 12th June. Kalau dia keluar on 13th June, seronok la hubby tercapai cita-cita dia anak dia beranak sama date ngan dia. :)

So doc dah bagi pun admission slip, kalu in between takde tanda jugak, confirm 12th June kena gi serah diri. Tapi everyday starting tomorrow kena pergi hospital to monitor baby's progress. Takut sangat ni kalau kena induce. Dalam hati doa sangat keluar la tanda. At least terbukak 1-2 cm pun jadik la dari tak terbukak langsung. Takut nak induce masa jalan tak bukak lagi. Apa pun, harap semua dipermudahkan.Aminnnn...

Friday, June 4, 2010

Mengidam di saat akhir

Saya adalah masih di sini, belom lagi bersalin daaaaa... masih menghitung hari. Ikut EDD dari doctor adalah pada 8 June dan scan punya EDD pun 6 June. Dan baby in the womb masih belom menunjukkan tanda-tanda yang dia nak keluar. Dah macam-macam saya buat, jalan bebanyak, duduk mencangkung, bersujud, minum air akar siti fatimah.. tapi baby masih selesa dan sedap di dalam. Tiap-tiap hari saya cakap kat baby, keluarlah bila baby nak keluar, tapi jangan lambat sangat. Takut benda tak elok jadik. Takut jugak bila baca baby yang overdue ada tendency untuk termakan najis seniri a.k.a meconium. Boleh refer kat sini about meconium--> Meconium Aspiration Syndrome

Okeh, since masih tak ada sebarang tanda yang saya akan due anytime soon, saya yang memang dah agak lama mengidam nak makan sotong sumbat or known as ketupat sotong dari Terengganu/Kelantan ni, pun buat lah tuk diri sniri. Huhuhu.. nak beli yang dah siap masak, tak tau kat mana nak carik. Since nak buat pun tak susah, and saya pernah buat sniri dulu, buat je lah sniri. *kesian org mengidam masak sniri* Actually lama dah plan nak buat, tapi sebab macam susah sangat nak carik sotong, dah tertangguh-tangguh dah hajat di hati ni. Tadi carik sotong pun, 2 3 tempat baru jumpa sotong yg ok sikit. Itu pun terpaksa jugak beli walaupun sotong ni kecik sikit. Jadik lah, asal dapat makan. Kang kempunan plak kang susah. Mana ler tau kot kan, lepas makan sotong sumbat ni, baby terus keluar ke. Hehehehe

:: Sotong yang dah siap masak, tp tak letak kuah lagi sebab nak pose-pose dulu :p ::


:: Okeh, now sotong dah masuk skali ngan kuah dia ::


Hasilnya.. Alhamdulillah. Hilang kempunan ai. Hubby yang 1st time makan pun kagom *eh, mestilah laki ai puji ai kan* Oh, saya bega2 sket resepi ni, tambah cili padi. Takut muak sangat pulak sebab santan banyak kan.

Anyways, talking about mengidam. Sepanjang pregnant ni, saya tak ada any specific cravings. Takde langsung rasanya. Cuma yang ni la tetiba rasa macam nakkkk sangat makan sotong sumbat ni. Itu pun takde lah ngidam beno. Last-last ni maybe tekak ni nak mengada sikit kot bila memikirkan pantang nanti jangan harap nak makan seafood2 ni kannn.. itu yang gigih jugak lah masak benda alah ni.

Okeh, tetiba perut saya adalah mengeras tak berhenti. Harus kena berbaring-baringan. Nanti sambung lagi ye. Ciao.

ps: Orang-orang Terengganu, kamu makan sotong sumbat/ ketupat sotong ni dengan apa ye? Ke makan gitu aje?

Tuesday, June 1, 2010

Daycare centre for newborn anyone????

Ok, sekarang saya cemas!!!

All this while, kami tidak cemas langsung pasal nursery tuk jaga baby kami sebab dah letak nama kat Felda punya nursery yg berada tidak jauh dari opis kami laki bini. Kami dah letak nama since end last year and giliran kami adalah yang ke-10. (bajet-bajet, by bulan June tahun ni, confirm la kami dah ada tempat tuk si baby comel kami ni).

Sekaliiiiiiiiiiiii....... arghhhhhhhhhhhhhh nightmare!! I asked hubby to call the nursery tanya dah ada tempat ke tuk kitorang and tau apa dia jawab????? Eh, takde pun nama kitorang dalam waitlist. BOLEH???? Pulak tu, dia kata now Felda dah tak amik orang luar. Nursery hanya tuk staff diorang. OMG!!! *pitam aku* Ok, relax relax. Hubby kata kena pergi sana and check out bebetul. But still.. if betul takde .. mana la haku nak anta budak kecik ni nanti?

Cuak cuak cuak. Anyone tau mana mana reliable daycare yang amik newborn? Say 2 months old above? Preferably area KL, Jalan Ampang ke dan sewaktu denganya. FYI, Im staying at Bukit Jalil and laki bini keja KLCC area. So anywhere along the way sangat lah mudah bagi kami tuk drop the budak kecik nanti.

Please helppppppppppppppppppppppppppp *meroyan haku jap*

Yours truly,
Masa tuk surf surf cari daycare pulak. Sigh!

XOXO

Sunday, May 30, 2010

38th Week check-up dan kena warded

Yeap, saya ada 38th week check up semalam, Saturday. Tapi 2 days before that perut rasa tak sedap mcm memulas and asik diarrhea and muntah2. Dan rasa nak demam, seram2 sejuk. Jumaat tu dah sampai kemuncak memang tak lalu langsung nak berjalan, tido the whole day. Tapi sempat la makan lunch kat Tupai2. Makan nasi goreng. Balik je, terus tido lagi. Until malam, terjaga sebab diarrhea tak ingat. Lepas diarrhea muntah pulak. Every 1 hour. Memang gile! Tak leh nak lelap langsung. Kalau ikut ati memang nak ajak terus hubby gi Emergency. Tapi sebab pagi tu ada appointment ngan gynae, better tunggu je pagi tu. As expected, masa check up tu, doc soh warded sebab dehydrate agak teruk.

Baby is doing fine. Cuma mommy dia la dah lembik sebab asik membuang atas bawah. So lepas jumpa doctor tu, straight away masuk ward. Until la today. Kena drip berbotol2. Sampai tempat cucuk IV line tu pun dah rasa bengkak. Diarrhea tetap ada until today. Tapi tak seteruk Jumaat ari tu. Muntah dah takde. Itu pun sebab makan ubat muntah kot.

According to my gynae, while warded ni, kalau ada sign of labor, maybe kena tahan sampai beranak la. Tapi kalau takde any sign of labor, boleh balik dulu. At the moment, lepas buat CTG 2 kali, baby heart beat sangat bagus. Tapi contraction tak tinggi pun. Memang belom ada sign of labor la tu. So I guess, memang confirm la boleh balik dalam esok or lusa. Tapi tak tau la kot tetiba rasa nak beranak tu muncul malam kang ke kan. Huhuhuhu...

Lagi pun due date dah dekat, tengah menghitung hari je ni. Ikut EDD 8 June, kalu ikut scan 6 June. Doakan semua selamat buat saya dan baby ye :)

Tapi yang penting sekali sekarang, nak clear up diarrhea punya problem ni. And hopefully dah tak dehydrate lagi la. Dah masuk 6 botol drip kan, melampau sangat la kalau masih dehydrate.

Yours truly,
Takut pulak rasa bila dah dekat due ni..

XOXO

Friday, May 7, 2010

Teknologi "gigi-biru" ...

Okeh, saya adalah pemalas tahap dewa sekali lagi untuk meng-hapdate blog saya. Bukan apa, idop tidak ceria tanpa ada gambar untuk diupload ke dalam blog . Wordings are boring without pictures. Kan??


Saya adalah sebenarnya sangat mahu memblog tentang babymoon kami di Pullman Putrajaya bebaru ini. (Ok tipu, tak baru sangat, early April ari tu) tapi adalah kemalasan mahu men-transfer gambar2 di camera ke computer. Tapi mahu juga blog sebab nak share the coolness of the room. Opppsss, apartment! Location memang la setakat Putrajaya kan, tp serious saya rasa best for a quick getaway. Nantila citer panjang bila nafsu serakah untuk men-transfer gambar2 itu telah kembali.

Buat masa ini, hanya gambar dari henpon sahaja yang mampu ditransfer ke lappy kerana adanya teknologi "gigi-biru" a.k.a bluetooth. (Hehehehe.. ) tapi itu pun takde gambar yang menarik untuk ditayang kan di blog ini adalah kerana, again, saya adalah pemalas nak amik gambar menggunakan henpon saya. Ok, itu semua salah hormon mengandung! Oh alasan!! Jangan percaya kan saya. Saya hanya gunakan alasan mengandung 35 minggu ni untuk meng-cover kemalasan saya. Hehehe.. ye lah, dah 35 minggu pastinya sudah jadi malas serba serbi. Berat ooo nak bawak perut. (Konon la kannn..).

Ok, akhirnya baru sat ni saya berjaya men-transfer gambar2 dr henpon ke lappy ni. Ok, 1st time ye sebab ini adalah lappy baru (saja nak bitau ini lappy baru, ok saya tau saya keji :p). Mudah rupanya. Cuma takleh nak letak watermark sebab tidak ada teknologi Illustrator di-install kan ke dalam lappy ini. (All this while saya buh watermark kat picture guna Illustrator. Kamu guna apa?).

Saya buh kat sini picture babycot yang telah berjaya di transfer secara "gigi-biru". Babycot sudah sampai 2 minggu sudah. Kami rembat masa Parenthood Expo di Mid Valley early March (kot) yang lalu. Sekarang barang2 baby sudah 100% siap. Tapi barang mommy dia jugak yang tak siap2 lagi. sian mommy.

:: Pasti baby saya kelihatan comel dan kacak tido dan bermain-main di dalam babycot ini::

Okeh, sekarang saya nak tanya. Sapa yang baik hati nak bagi baby saya menan di bawah ini? Ini adalah untuk sangkot kat babycot yang comel di atas. Pastinya babycot ini akan bertambah-tambah comel dengan adanya menan ini (hehehehe) dan pastinya baby saya gumbira kalau menan ni tergantung di atas beliau. Menan ini boleh didapati dimana-mana Toys R' Us. Sila jangan malu jangan segan kalau anda nak hadiahkan kepada baby saya nanti hik hik hik hik.. (okeh dasar tak tahu malu.. hhehehe)..

:: Fisher Price Rainforest Peek-a-Boo Leaves Musical Mobile yang pasti menambahkan kecomelan babycot kami dan menambahkan daya kreativiti baby kami :p ::



Jadi besok adalah weekend. Apa plan kamu? Saya mahu keluar pagi-pagi menabur duit di shopping mall untuk beli hadiah Hari Ibu. Jangan lupa tau! Hari Ahad adalah Hari Ibu.

Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu. I love my Mama and my Mak.

Friday, April 23, 2010

Last check up

Last check up adalah pada minggu lepas tapi baru ada time nak cerita minggu ni. Kalau nasi ni, dah berkulat2 basi, takdo rupa nasi dah. Huhuhu Saya adalah sibuk melampaui seorang Regional Manager nampaknya. Ni semua gara2 transition dlm syarikat. Pening pala dibuatnya, semua benda kena urgent, semua email kena reply on time. Kalu sesikit email tu ok gak lah kan, tapi kalu dah berduyun2 tiba siap nak kena bagi justification lah apa lah, kena korek sana sini lah, dari nak reply email 2 3 minit tu, dah drag jadi 2 3 jam.

Sejak kitorang di acquire by this American co. adalah sangat meletihkan. Semalam pun terpaksa buat keja kat umah. Luckily hubby pun ada homework kena buat, so tak lah dia bising. Kami laki bini buat keja ofis semalam. Sunggoh takdo kehidopan. Apa kes kan buat keja opis kat umah.

Sib baek la anak belom keluo lagi. Kalu tak, macam mano la nak buat keja opis ngan nak melayan anak lagi. Kat opis pun memang sangat tak cukup tangan nak buat keja. Sib baek lah tak leh guna kaki, kalu tak dah confirm aku dah macam sotong. Dah dekat2 nak maternity leave ni lah kan aku kena pindah2 bilik lah kan. Sapo eh nak ngangkut flle2 aku nanti ngan perut memboyot ni. Kang ada aku terberanak kat opis nanti. Dengan assistant aku yang asik EL tu, dah memang lah cukup untuk buat aku nak tambah 2 pasang tangan lagi. And she finally tender her resignation semalam, baru keja 3 bulan dah buat perangai asyik EL. Dah kaya beno agaknya. Bermakna kena cari orang baru. Time dekat aku nak maternity leave ni lah kan nak benti. Satu hal aku nak kena train orang baru which menambahkan lagi keja aku yang dah sedia melambak ni! Pastu ntah zaman bila nya nak dapat orang baru. Kang ada aku dah beranak, orang baru tak masuk2. Muntah darah lah boss aku nanti kalau aku cuti nanti, pastu backup pun takde.

Now memang tengah rushing gila2 settlekan hal2 urgent sebelum aku cuti beranak. Kelam kabut nak buat submission semua. Memang 8 jam keja tu optimised abis lah. Sunggoh tak macam aku. Nak main2 masak2, nak gosip2 ngan kawan2 pun tak dan. 8 jam aku terperuk dalam bilik aku buat keja ngadap komputer. Gile takdo life! Lunch pun tapau saje ye, makan pun ngadap komputer.

Eh gile melalut citer pasal keja lak. Ni nak melepas geram ni. Rasanya aku jarang citer pasal opis kat sini. Tapi dah tak larat sangat ni dengan keja yang sangat banyak. Dengan keadaan aku dah nak masuk 8 bulan setengah. Tahu je lah perut dah beso mana. Tapi gigih ye ke hulu hilir. Kalau aku susah nak beranak nanti, tak tau lah kan. Orang kata kalau banyak gerak, aktif senang beranak kan? We'll see. Ni aku jadi guinea pig ni, tengok betul tak teori tu. Tapi so far kaki aku memang takde la lagi tanda2 bengkak. Sebab bergerak melampau punya banyak kan. Nak bengkak pun tak sempat.

Berbalik pasal last check up, which was done last Saturday, aku buat MGTT on Friday tu and result tau masa check up on Saturday. Alhamdulillah bebas dari GDM atau bahasa pasar dia kencing manis. Result 1st round before minum air gula tu 4.1 and 2nd round lepas minum air gula adalah 5.1 which according tu doc border line adalah 8.1. Ye, saya bebas kencing manis! *walaupon saya budak gemok :p*. Pastu saat kuidamkan tiba jua. Sibok sangat tanya pasal ATT jab kan, hah amik ko sedas kat vontot. Hazab ye the next day tu. Dia mula bengkak dan aku pun start macam nak demam. Sib baek tak demam.

Untuk bakal2 ibu, MGTT tu sebenarnya test tuk cek kandungan gula dalam darah, glucose test la tu. *saya pun 1st time buat benda ni, jadi marilah kongsi ilmu* Nak cek whether ada gestational diabetes tak. Masa preggy ni ada penyakit bermusim mcm kencing manis dan darah tinggi. Tapi katanya, lepas preggy ilang terus. Tapi kalu ada kencing manis masa preggy ni bahaya sebab baby pun ada potensi untuk kena kencing manis, dan boleh menyebabkan baby yang lahir besar. Lain2 fakta, sila google sendiri. Hehehhee kang bermuka2 pulak entry aku ni hah. Tangan pun dah lengoh ye sebab blogging guna henpon. Ok macam mana test dia? Mudah saja. Memula kena puasa pada malam sebelum buat test tu. Esok pagi dengan keadaan gigil kelaparan dengan baby dalam perut yang menendang2 mommy dia kelaparan mintak makan, pegi lah spital seperti yang dah set appointment. 1st sekali amik darah. Then pastu dia bagi glucose atau air gula la orang panggil (manis la jugak, tp masih boleh minum dengan steadynya). Lepas 2 jam, amik darah semula. Dalam tempoh 2 jam tuh aku dok jek tunggu kat spital tu. Malas nak gi mana2. Itu lah antara sebab korang kena check up kat spital yang ada wi-fi hehehe. Boleh surfing while waiting. Tak lah kesangapan. Pastu dah amik darah 2nd time, boleha la balik dan makan semahunya.

Last check up at 32weeks, baby again seorang yang pemalu takmo tunjuk muka, dengan senang hatinya tutup muka ngan tangan dia. Sian mommy ngan daddy. Tak dapat nak tengok muka baby. Berat adalah 2.2kg. Kaki adalah panjang seperti daddy nya dan bakal pelari pecut negara ye :p dan kepala nya according to doc agak besar sedikit *orang kata budak pala besar bijak kan* again, ikut bapak dia besar kepala eh kepala besar. (Tapi hubby kata baby ikot mommy dia pala besar. Boleh?) Tapi nenek hubby kata masa lahir dulu hubby kepala besar. Eh ntah la. Redha je lah macam mana pun. Doc kata besar yang normal lah. Asal normal takpe lah nak oiiii. Next check up tengok balik macam mana.

Dan satu lagi yang tak berapa best, doc kata my plasenta now kat bawah. Tapi nothing to worry at the moment sebab kepala baby lagi bawah dari plasenta. Adakah plasenta akan naik semula? Hmmm mudah-mudahan lah. Aku nak sangat beranak normal. Kalau dia kat bawah dari baby, memang confirm la kena c-zer. Please doakan plasenta saya naek ye kekawan. Ni semua gara2 terlebih banyak gerak la ni.

Ok lah nak sambong tido. Tadi tido awal sangat kul 9 lebih dah tido. Kol 1 terbuntang mata plak. Tiba2 malam2 buta ni teringin nak makan nasi Capitol. Sok kena pegi serang la.

Nite nite everyone.

Yours truly,
Departing to Lala Land in 5,4,3,2,1....
XOXO

Tuesday, April 13, 2010

32 weeks

Bukan hilang tapi sedang dilanda kepeningan kepala. Semalam terpaksa amik half day and pergi jumpa doctor. Dah 2 kali dah jumpa doctor due to sakit kepala ni. Kecuakan sebab takut high bp. Mula-mula sakit tengkok mcm berdenyut-denyut pastu naik sakit sampai ke kepala pulak. Selalunya tu kan mcm tanda-tanda high bp. Luckily my bp was nornal. Doc said sakit kepala tu maybe due to susah nak tido, and buat neck jadi stressed. Which is quite true jugak. Asik la berkalih position nak cari position paling comfort.

Alhamdulillah sangat dah berjaya masuk 8th month. Macam x caya je dah nak jadi mommy soon. Next check up will be on Friday where I've to do the MOGTT and blood test. Then on Saturday jumpa my obgyn pulak for monthly check up. Saspen nak tau condition baby in the womb. Hope he is doing well in there.

Till date, I gained about 3kg thru out this pregnancy. Last check up baby was around 1.2kg at 7 months old. I think this coming check up mesti dah jadi 2kg +. My tummy is getting bigger and bigger. And baby movement pun dah kurang sikit banding 7 months maybe sbb limited space kot. Talking about active movement, saya sudah mula minum air kelapa. I read somewhere, air kelapa sangat elok tuk diminum diakhir2 kehamilan coz baby yang lahir nanti bersih. Being in the womb for a long time, baby kan diselaput amniotic fluid, so bila keluar normally ada lapisan wax. So minum air kelapa, baby bersih dr 'kerak2' kat kepala and bersih lah dari selaput2 yang berkerak2 tu. Wallahualam. Nanti tengok lah camna. Betul tak teori ni. Dan kalau ikut kan, baby jadik sangat active lepas kita minum air kelapa. But this doesnt happened to me. My baby relax je.

Another thing yang tidak berlaku kepada saya sepanjang pregnant, which a normal thing yang seringkali jadi kat preggers lain, adalah keputihan. Saya tidak ada sama sekali. Alhamdulillah la kan takde. Tapi in the same time rasa takut mcm x normal pulak. Sampai rasa takut nanti nak beranak susah. Hehehe ada kena mengena ke??

Braxton Hicks pun saya x berapa rasa sangat. Orang kata masuk 7 dah mula rasa2. Tapi me x de. Or maybe sbb 1st time preggy, x tau rasa dia mcm mana. Tapi banyak kali la baby mengeras. Itu ke Braxton Hicks?

Buat masa sekarang ni sangat bersyukur sbb xde lagi sakit pinggang. Harap2 xde la sakit2 pinggang sampai nak beranak nanti. Jalan pun masih laju walaupun perut dah beso. So far Im doing good. No major complaints. Alhamdulillah again. Nak tido pun xde masalah once dapat the most comfortable position.

Oh, by the way, I just got back dr babymoon. Hmmmm nanti update on that in my next entry.

Till we meet again.

Yours truly,
Yang dah terjaga since 4.30 am.

Sunday, April 4, 2010

Gelombang ke2 H1N1

Sangat takut baca paper pasal 29 y.o expectant mommy meninggal dunia semalam at Melaka disebabkan H1N1 ni. Muncul balik pulak...! Tp the 36th weeks baby selamat dilahirkan. Sedeynyaaaa....

Now saya sudah takut untuk merayap2 di mall. Duduk rumah lebey bagos! Lagipun saya sudah tidak berapa larat nak jalan lama2. Cepat letih pulak lately ni.

Btw, any mommies out there yg ada problem bila duduk lama sangat x??? Saya adalah mengalami sakit yang amat amat sangat setiap kali duduk lama sangat especially masa kat ofis. Kadang2 kan kalu dah ngadap buat keja tu, kita lupa nak gerak2 for about an hour kan. Pastu bila nak bangun and jalan, sangat azabbbbb sakitttt sangat lower abdomen. Sampai nak jalan pun x leh. Sakit sangatttt. Sapa2 kena mcm ni x? Tapi yang peliknya, kalau jalan lama x sakit macam ni. Only happen selepas duduk lama sangat.

Mula2 takut kena SPD. Tapi takde simptom mcm SPD pun. Hopefully sakit tu sebab duduk lama sangat je, perut kan dah besar. Harap sangat nothing serious. Amin..

Wednesday, March 31, 2010

98%

Yeay, 98% of barang baby dah siap sedia. Including the hospital bag, dah siap tunggu nak masuk dalam keta je (Wah! Hover kau.. baru 7 1/2 bulan nak bubuh hospital bag dalam keta dah). Hehehehe

:: Hospital bag a.k.a soon-will-be-baby bag. This bag sangat roomy, boleh masuk baju baby and mommy sekali::

Lagi 2 % tu cuma small² item like barut baby, sponge mandi, cotton balls, cotton buds, minyak telon/yuyi yang masih belom dibeli. Yang lain semuaaaaaaaaa dah beli. Tak sangka betul dah berjaya beli semua barang. Including stroller ye!! At first we planned to buy the stroller later after confinement. Sebab masa confinement manalah keluar² rumah kan. Nanti² pun boleh beli. Sekali pergi Mothercare Bangsar ari tu, Maxi Cosi ada sale 30%. Nak taknak "terpaksa" beli sebab mengenangkan that we would not get the same price anywhere else. Babycot pun sudah dibeli sedangkan initially I do not have any plans at all to buy this. Kalau nak beli pun, plan lepas abis confinement sebab masa confinement plan baby tido sekali je, senang nak BF. Sekaliiiiii lagi, pegi Parenthood expo kat Mid hari tu, dah terjebak lagi sekali ngan sales! They offered babycot + bedding set + mattress (we upgraded to latex for only RM100) cuma RM699. With good quality of solid woods. Nak tak nak again "terpaksa" beli. Tapi babycot will be delivered in April nanti. Masa kat expo hari tu gak, berjaya merembat Buds Organic toiletries tuk newborn & infant. Sangat murah compared to beli kat any stores or online stores sebab yang jual ni distributor dia. Dapat lah the whole set.

:: Maxi Cosi stroller "hadiah" dari Aunty Bella and Nanni ;) ::

:: Toiletries box and baby bath tub ::

:: Towel and small² items like mitten & booties & caps (semua dah siap cuci) ::
Semua barang² baby adalah dibeli time sale ye. Huhuhu (cheapskate betol mommy ni) ! Lebih menjimatkan. Kena ada financial planning. Hehe... Oh cuma satu benda penting yang masih belom di beli iaitu BABY CAR SEAT! Nak kena cari Maxi Cosi creatis or cabriofix + adapter. Mana ler pulak nak cari adapter dia eh? Anyone knows? Cos the type I bought ni tak leh masuk cabriofix cuma boleh masuk creatis jek. Nak masuk cabriofix kena guna adapter sekali. Creatis pulak macam susah nak dapat je stock kat Malaysia ni. Aunty Qme, leh tolong usha kan kat Jakarta tak :p
Ok, barang baby semua siap tapi sedihnya, barang mommy tak siap² lagi. Nak kena beli :-
1. Set bersalin - plan nak beli NR due to over overwhelming review kat forum²
2. Breast pad - nak carik yang washable dan murah! Mostly jual dispo punya. Kalau washable punya 4 /6 pcs sampai 70 hengget. Huhuhu
Yang dah siap:-
1. Bengkung/ tungku dan adik beradik dia - mak mertua dah prepare kan
2. Breast pump - beli yang manual dulu
3. Confinement lady - dah booked. RM60/day. Bestnya dia boleh datang sendiri, tak yah nak amik/anta.
4. Nursing shirt
Finally... bilik baby pun dah siap.. opsss bukan bilik baby, tapi bilik baby bila dah toddler. Bolehhh? Hehehe

And few toys tuk baby pun dah beli jugak. Beli yang for 0 months punya. Nak stimulate visual and motor movement. Semoga baby jadi anak yang pandai dan cerdik. Aminnn..

Tak boleh...

1. Baring ngiring belah kiri, nanti baby in the womb tendang2 "sound" mommy dia suh tukar position maybe dgn ucapan "mommy, tolong jangan hempap saya" hehehe...

2. Duduk lama sangat especially kat ofis tu kalau leka ngadap pc memang la confirm bila nak bangun and jalan sakit amat sangat kat lower abdomen tu. Mcm nak pecah rasa V saya. Ada mommies yg alami situation mcm saya? Tapi kalau jalan banyak x sakit pon. It happenned kalau duduk lama sangat. Mcm nk nangis rasa...

Wednesday, March 17, 2010

Boleh takkkk????

Baru jap tadi saya type punya la tak berapa panjang an entry to be published. Bila click je button PUBLISH POST, tupppppppppp tiba² blogger buat hal daaaaaaaaa..... huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sori la den nak menaip semulo kan. Memang siot jek buang maso den. Cis cis cis.. dah la agak panjang lebar haku citer. Huwaaaaa sunggoh menguji keimanan ku.

Anyway nak tanya ni, korang penah tak basuh baju, pastu baju tu turun kaler? Contoh, baju tu kaler putih, ada bunga² sulam warna warni. Akibat merendam semalaman (rendam sebab baju tu kan putih, kalau tak rendam nanti kang tak putih la pulak kang, kot² ada kesan kotor yang tak perasan kan) bunga yang warna-warni tu turun la plak warnanya mencomotkan base baju yang berwarna putih tu. Apa korang buat?

Dah try guna varnish tapi tak berkesan. Varnish yang putih tak berkesan, yang utk color tu pun tak berkesan. Huhuhuuhu help.. baju tu baru pakai skali. Pastu baju tu cotton material fyi. Uhuk uhuk uhuk tadi telah sempat singgah sebentar ke IOI Mall dan terjah ke Ace Hardware (walaupun jalan jem cam nak mati). Ni semua gara² hubby baca dalam internet, ada org suggest guna Dylon for run-color remover. Dah beli, tapi belom cuba lagi, esok kot. Nanti kalau dah cuba, I update ye. In the meantime, kalu sesapa penah encounter this situation, sila lah share kan bersama² saya yang runsing ini. (Hover!!)


Yours truly,
Bengang nak mamp*s ngan blogger! Penat tauuu I type!!!!
XOXO

Sunday, March 14, 2010

Ante-natal class

They at PCMC called it Parentcraft Class. Tapi objective sama je macam other ante-natal classes yang lain. The price is ridiculous to me. RM250/couple for a day session from 8.30am (registration an dbreakfast) until around 4.45pm (coffee break/adjourn). The class started at 9.15am and by4.45pm dah habis. To me, sangat mahal lah if compared to other hospitals like Tawakal ke only RM80/couple (tak silap I) or other hospitals like An-Nur and Pantai Cheras bagi free classes. Even kat Pantai Medical Centre pun murah lagi dari ni kot.

Dah lah goodie bag tak best langsung! It's not that I nak sangat dapat barang2 baby ke apa ke.. tapi at least something yang beneficial lah which we as a 1st time mommies can read or can use it for our babies. I think the only thing yang I found it useful among goodie bag tu adalah Huggies Disposable Diapers. Benda2 lain dlm goodie bag tu adalah calendar PCMC sampai 2 keping, diary PCMC 2010 (okeh lah boleh guna walaupun haku dah ada melambak diary), Nestle pregnancy guide (pun sampai 2 keping) ni pun bagus jugak lah, ada good info in there. Lepas tu ada sample Obimin, which my gynae pun penah bagi sekotak kat I last time, finally leaflet merepek2 on formula milk etc. (I'm into breasfeeding, jadik tak berapa minat nak tengok leaflet FM ni).

:: Isi kandungan goodie bag yang tak best::

::Ada sample Huggies for newborn and small size, then in there ada swaddle blanket 1 and wet tissue. Abbott punya bag tu ada t-shirt baby sehelai and positive parenting mag (okeh lah boleh baca)::

The fee include breakfast, lunch and coffee break. Tapi sadly parking tak free which I think they should bagi free parking je. Dia cuma bagi flat rate of RM5 je for parking.
The classes?? Nasib baik lah the informations yang dapat dari the classess quite useful. (Even tho hubby kata we can actually google je dalam internet, sama je information dia). Sayangnye sebab time is sooooo limited, with 9 topics cramped in less than 8 hours (ada lunch break 1 hour), Q&A session sangat2 limited between each topics. Sadly, talks on Ante Natal Care/Labour & Delivery by Dr. Tan Ay Eeng takde Q&A langsung sebab tak cukup time. I found this topic sangat lah interesting sebab the doctor talks about the labor process (somemore doctor dia pun best).
Other topics include:-
1) Eating your way through pregnancy - topic bagus tapi dietician yg bagi talk adalah sangat bosan.
2) Emotional & mental health during & after pregnancy - more on how to handle your stress before and after pregnant. How husbands MESTI involved and LISTEN to their WIVES. No matter pasal apa pun lah. Layan kan je lah... dekat sapa lagi nak ngadu ye tak kalau tak kat laki sniri. And how important to take a 5 minutes break, relax and take a deep breath bila tgh stress tu and how important to think positive. Sebab the stress, or depression ni akan turun kat baby kita nanti.
3) Newborn hearing screening - ni pun something new to me. I never ever thought about this. Sangat lah penting untuk jalani ujian pendengaran pada baby seawal umur baby 1 hari. At PCMC, all newborn will undergo this 2 minutes test to check on their hearing problems. Sebab according to the audiologist, kita normally cuma tau anak kita ada hearing problems bila umur dah 2-4 tahun. Which is actually dah lewat. Early detection boleh selamatkan hearing anak kita. And most importantly, hearing loss tak bermakna the child tak boleh cakap! That is soooo wrong!!!!
4) Pain management - talks about pain relief. Ada 3 jenis, the "laughing gas" or ethonox (which the anes said tak lah ketawa pun bila pakai gas tu. Ntah nape nama laughing gas pun dia tak tau huhuhu), pethadine or morphine injection and finally the famous "happy"Dural- epidural. At PCMC the charges of epidural is roughly RM180 (for doc's consultation) + RM380 for the epidural itself. He suggested epidural la of course sebab "memudahkan" dan menghappykan para ibu yang sakit contraction tu. Dia kata, happy jeeeee semua mommies yg guna epidural. Huhuhuh Unfortunately due to my p.i.d (or slip disc) operation last time, I maybe tak boleh nak amik epidural ni. Sebab epidural will be injected kat lumbar area of your spine, specifically at L4. And my surgery last time was at L4 and L5. Dia kata, I've got to get my surgeon last time to justify whether he "took off" the epidural space or not. If yes, memang confirm tak boleh nak amik epidural. Cos epidural will be injected into your back, and the HUGE needle (saja guna caps for the word huge tu sebab nak bagi other mommies takut lalalalala *gile dengki!!*) will be inserted at the epidural space in between your spine and nerve. This session sangat bagus and somemore dapatlah all the participant tanya macam2 soalan kat anes tu (luckily ada time for Q&A).
5) Baby bath and baby massage - the head nurse of maternity ward demo on how to bath and massage the baby. Hubby did record the demo and I will upload in here to share with other mommies.
6) Breasfeeding - ni yang paling I tunggu actually sebab memang plan nak exclusive breastfeed my baby. Please kawan2 doa kan saya berjaya ye. Tapi basically apa yg the doctor bincangkan, I already baca pun dalam internet. Quite the same information pun. Macam recap balik je.
7) Exercise in pregnancy/breathing and relaxation exercise/ pelvic floor in pregnancy - ini pun bagus! Tapi sekejap sangat lah. And the exercises or the techniques tu ada few je lah. Tak banyak pun. Maybe memang itu je kot tuk preparation for labor kot? The physiotherapist (physiotherapist ni my physiotherapist masa I had p.i.d last time huhuhu) ajar cara how to take a deep breath as according to her, it is important to have a good techniques of breathing sebab the right technique will relief the contraction pain masa labor. And the right breathing technique ni jugak useful masa nak push for baby. Hi hi haaaaaaaa.. hu hu haaaaaaaa (cara lepas nafas :p) Tarik deeeeeeppppppp breathhhhhhhh then pushhhhhhh!!!!! And dia tunjuk few exercises that we pregnant mom should do for labor preparation.
Voila! Thats about it. Pastu ada labour room/ ward visit. Yang ni I dah pernah masuk la last time sebab buat CTG masa baby tak gerak ari tu kan....
Okeh, sangat panjang lebar okeh entry kali ni. Sambil type ni, sambil cuci towel baby and baju2 baby. Kena cuci sikit2, sebab maklumlah, takde tempat nak sidai. Dok apartment susah sikit. Ni pun ada lagi baju2 yg belom cuci. Nampaknya next week la baru boleh cuci lagi.
Ok peeps, got to go. We'll meet again soon Insya Allah.

Yours truly,
Yang tangan dah kecut2 hand wash baju baby
XOXO

Saturday, March 13, 2010

Sebenarnya dan tag

Sebenarnya, bila bukak blogger ni nak share about my experience pergi ante-natal class this morning. Tapiiiii.. bila bukak blog Puan Siken ada tag daripada beliau .. okeh, Puan Siken, ni 1st time dalam sejarah haku buat tag ye. Sila kembang idong dan vontot sebab saya menyahut cabaran anda :p

Oh sebelum tu, nak bitau, saya sangat terasa macam nak makan durian. Erkkkkk.... last Friday pergi lunch kat Pavilion, makan kat Pepper Lunch. Owh wowwww saya sudah addicted kepada kamu wahai Pepper Lunch.. nom nom nom nom.. masa jalan ke Pepper Lunch to lalu kat food court nampak satu kiosk jual food menggunakan durian base. You name it. Apa aja ada ye, dari aiskrim, ke puff, cheese durian cake, mochi durian.. segalanya durian. So bila lepas makan Pepper Lunch, singgah beli aiskrim sbb macam teringin sangat! RM3.90 tetapi sangat sentap bila tengok keciputan aiskrim tu. Aiskrim McD lagi beso ye.. Teringat masa makan aiskrim durian kat Swensen. Sedap gile!!!! Oh saya sudah teringin pulak!!! *normally di waktu tidak pregnant saya tak boleh terima apa apa benda berasaskan durian kecuali buah durian yang pure. macam pelik la makan aiskrim durian?? or air durian?? or kek durian?? tapi sekarang saya suka la plakkkk aiskrim durian*

Ok now back to the tagging magging game.
These are the rules:
1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same!




Hahahaha gambar sangat takde maknanya.. hambek kau. This is the 8th pic from the 8th photo folder in my lappy. Pic ni was taken wayyy back in 2008 dekat Uncle Lim's Kopitiam, the Curve. Masa ni jalan2 kat that area and singgah for dinner. Before that sempat pack Cupcake Chic, being me yang suka sangat makan cuppy masa tu. Segala cupcake haku nak try. Masa ni Cupcake Chic baru2 je bukak rasanya. Tapi I actually dont really into it sebab cuppy dia tak moist. Kat apartment punya cuppy, which is actually Wondermilk punya, is wayyy better.

Ok memandang kan pic ni tak brapa nak menarik sangat, I uploaded another 8th pic tapi dari my only pic folder yang tersesat kat Desktop. Yeap, my baby bump at the age of 20+ weeks which is about 5 months old. Yeap, my baby bump sangat small. Bu now at the age of 7 month sudah membesar bagai johan. Nanti la upload 7th month punya pic. *Alamak lupa nak letak watermark kat pic. All these pictures are copy righted ye. Sapa cilok, saya sue! Wah!!!*


Saya tag semua org yang tgk entry ni!! Hahhhhh jangan ngelatttt... cepat buat sekarang!!!!!!!!! Sapa suh tengok???? :p
Yours truly,
Lapar lapar laparrrr... balik dari ante-natal class, terbongkang dari jam 8mlm sampai la 10+. Luckily hubby cook dinner ... awwwwww suwittt thanks somi ...
XOXO

Thursday, March 11, 2010

Wanita biasa

Ok tipu. Tajuk entry adalah tidak ada kena mengena dengan content nya. Cuma malam ni, lagu nyanyian KD ni dok terngiang ngiang dalam pala otak ni. Ntah nape ntah sedangkan xde pulak dengar lagu ni pun the whole day today. Sungguh ajaib. Tapi betul ke ek dia diceraikan sebab kantoi tengah bermesraan ngan bf dia. Anak dia pulak tu nampak. Kat rumah diorang lak tu. Ai ada tengok dalam youtube anak2 dia buat pengakuan nampak mak diorang selingkuh tapi not so convincing sangat sebab bebudak tu gelak2 malu2 sambil citer. Tapi this is not the 1st time pun depa ni cerai. Rasanya ni kali ke 2 or ke 3 dah. Tetiba gosip la plak memalam hari ni.

Actually I wanna share how tired I am lately. Balik dari keja je, terus terbongkang. Pelik betul. Dah 2 hari berturut2 haku terbongkang. Apa yg penat sangat pun x tau la. Maybe camtu kot bila dh enter 3rd trimester? No? Ke haku sorang jek camni? Sudahnya bila malam susah nak tido. Luckily hubby sangat understanding dan pandai2 bawak diri prepare dinner for himself and moi. Ehehhee... Dah 2 malam dia prepare dinner. Sian dia. Takpe lah kan yang, you jugak punca I lemah macam ni :p

Tadi kat ofis adalah sangat bosan tahap gaban sbb almost 80% org kat ofis keluar attend training. Sekali dengan boss den pun xdo kena attend training. Yang ni x bosan deh. Seronot takde boss. Kekkekekeke...

As about my precious little hensem guy in the womb, lately beliau adalah sangat active. Macam buat mexican wave sampai kadang2 x leh nak tahan rasa 'geli' tu. Actually tak reti nak guna perkataan apa to describe the feeling masa dia gerak2 tu. Bila my face kerekot2 tahan 'geli' hubby tanya sakit ke? Dia bukan sakit mahupun geli mcm kena geletek tp rasa... Tak tau lah nak describe........... Cuma rasa xxxxxxx (sangat undescribeable!) hehe.. But yeah baby, I enjoyed it!

Yours truly,
Mexican wave dalam peyut rasa lagi syokkkk dari makan eskrim potong (errr tetiba heheh)
XOXO

Saturday, March 6, 2010

Oh wow!! 3rd trimester...

Sekarang jika mengikut ticker saya adalah 26 minggu. Tapi kalau ikut scan saya adalah sudah 27 minggu.

Macam tak sangka dah masuk 3rd trimester. 3rd trimester!!

Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru semalam buat pegnancy test.

About my pregnancy.. so far so good. No major "complaints". Percaya tak that through out my pregnancy yang dah nak masuk 7 bulan ni, I only gained 2 kg??? But the baby is growing fine. Berat, ukuran kepala, perut, kaki, tangan etc develop mengikut seperti sepatutnya. Alhamdulillah. Except few days back la, which yang I've mentioned in my previous post pasal risau that baby tak as active as before. I guess he missed his daddy badly. Lepas daddy dia balik from outstation few days back, dia dah gerak as usual. Phewww lega sangat!!

Ok, nak citer pasal my weight. Masa memula, I'm a bit worried sebab my weight tak naik. Takut baby tak develop. Tapi surprisingly, dia grow macam biasa. My gynae kata, dia amik reserve mommy dia. Sangat bagus camtu. Boleh la mommy maintain weight takyah nak risau berat naik. He he he... In fact masa hubby balik from outstation hari tu, dia terkejut tengok me kurus sikit. (tapi setelah few days hubby balik, muka saya dah kembang balikkkkk huhuhu). Cuma perut je beso. Lagipun, adalah sangat merbahaya lah if me naik berat bagai nak rak cos berat sebelum preggy pun memang dah sangat berat hokeh!! Kalau tambah lagi 7-12kg for pregnancy weight mati lor macam giant nanti haku!!! Tapi in the same time, rasa sangat pelik sangat sebab my baby bump is growing tapi weight tak naik. Hmmm.. pelik ek. Tapi thru out my pregnancy ni, memang tak lalu makan. Dari awal preggy sampai sekarang. Lauk berlemak ke, berkari ke, berminyak ke, memang sangat tak lalu! Im into sandwiches (especially subway) and nasi putih dan ikan/ayam goreng. Itu je yang tekak ni boleh terima. Memang logik la tak gain weight.

Alhamdulillah jugak setakat ni, being 7 months pregger, saya masih bergerak active, tak de sakit2 belakang ke, bengkak2 kaki ke, bengkak2 tangan ke. Alhamdulillah sangat. Harap2 lah still active sampai nak bersallin nanti. Risau lah jugak kalau tiba2 sakit belakang cos thru my reading, ramai kata bila dah masuk 7 bulan, preggers dah mula sakit2 belakang. Harap2 sakit belakang to strike bila dah time sarat2 bebetul. Being someone yang baru buat slip disc operation, it really worries me. Takut sangat sakit belakang sebab preggy + sakit belakang slip disc = worsen my back condition.

All in all I could say my 1st pregnancy ni sangat free and easy cos takde major sickness cuma awal2 dulu muntah2 every morning (itupun sikit2 je) dan pening2 lalat je. Masuk 2nd trimester pun sama macam tu pening2 lalat sampai dah masuk 3rd trimester ni sama je condition. It come and go. Alhamdulillah sangat sangat!! Cuma masalah satu je, tak lalu makan dari 1st trimester sampai la sekarang. Mengidam2 pun takde. Kata dah tak lalu makan kan, nak ngidam apa nya. Huhuhuhuhu...

So far bila buat routine monthly check-up, all test done were fine. Blood pressure ok, cuma masalahnya, urine je selalu problem sikit. Sebab kurang minum air. So selalu bila check-up mesti doc suruh minum air banyak2. Siap ugut kalau still dehydrate dia admit kan tuk masuk drip. Hmmmm tapi rasanya macam I drank a lot of plain water!!! Memang banyak especially bila kat ofis. Tapi balik rumah fail sikit la. Pemalas betul nak minum.

I did mentioned in my previous post that I plan to go for 2nd opinion kan because baby tak gerak active. I went to An-Nur last Saturday jumpa Dr. Fatimah. OMG! An-Nur adalah sangat ramaiiiiiii orang. Nak pengsan! I arrived around 11am. Pastu dia kata kul 3pm baru leh jumpa doctor. Gile ke hapa! Sib baik la rumah mertua kat B*ngi gak. So register dulu, pastu balik umah mertua and siap pergi jalan2 Alamanda. Around 3pm pergi balik An-Nur, timbang, amik bp etc around 4+ pm baru jumpa Dr. Giler ah!!! Memula dah cakap kat hubby, kalau Dr. Fatimah bagus, kita tukar beranak je kat An-Nur sebab rate dia murah compared to PCMC. Then bila memikirkan keadaan yang nak kena menunggu bagai nak rak tu, hubby terus decide beranak je kat PCMC. Dia tak sanggop nak tunggu lama2. But the Dr. is good! Such a nice doctor and her explaination pun bagus. Dan nampak someone yang well experienced. I like her but I hate the waiting. Masa jumpa Dr. Fatimah tu, dia buat scan and nampak baby is doing well. Ok semuanya. Dia kata kemungkinan baby tak gerak active tu maybe disebabkan position dia. Ada certain position yang buat kita tak rasa dia kicking or moving. Hmmmm whatever the diagnosis, as a mother I'm still worried bila baby tak gerak active. Other mommies would agree with me on this kan? Sapa tak risau ooo bila baby tak gerak.

In terms of pricing between An-Nur and PCMC, tak banyak beza. Believe it or not???? Total bill for scanning and doctor's consultation adalah RM148. And for your info, my bill kat PCMC for the same procedure adalah RM154. Hmmmm tak banyak bezakan. Tapi waiting time? PCMC sangat 2 thumbs up!!! Conclusionnya, I will definately continue my check-up kat PCMC and deliver pun Insya-Allah kat PCMC. Cuma I've informed hubby earlier kalau lah ditakdirkan baby lahir pre-mature, I prefer to go to Hospital Putrajaya (gomen spital sekarang pun ada full paying patient a.k.a FPP - ala ala private. Canggih woooo delivery suite dia!!). Takut ada apa2 complication ke.

Next week we gonna attend our 1st ante-natal class at PCMC. Class tu from 8am-5pm. Macam tak percaya je diorang boleh cover all topics in one day. Hmmmm harap2 beneficial la memandangkan time tu macam pendek je. Dah la agak mahal jugak fee dia memandangkan certain hospital provide FREE ante-natal class. And macam Tawakal pun tak sampai RM100/ couple. Let see. I'll give review on that.

ps: Al-Fatihah to my Datuk yang kembali ke rahmatullah Thursday 4th March. Di kebumi on 5th March. Semoga roh beliau ditempatkan di tempat orang2 yang beriman dan beramal soleh. Amin..

Yours truly,
Mommy yang lega sebab baby dah start active balik.. baby jangan buat macam tu lagi ok.. :)
XOXO

Tuesday, March 2, 2010

Hubby's coming home soon

Yippeeeeee finally setelah penat menghitung hariiiii... I cant wait! I cant wait!!!

Baby in the womb update- masih tidak ada movement yang rancak dan tendangan yang padu dari si kecil. :( Risau ...

Besok nak pergi seek 2nd opinion. Baby, please baby.. move la sayang.. Jangan buat mommy risau pleaseeee :(

Yours truly,
Yang x sabar nak pergi KLIA ..
XOXO

Thursday, February 25, 2010

Masih Risau

.... sebab baby takde active movement.

As my previous entry, I've told what happened. So disebabkan kerisauan yang amat sangat, I've decided to call PCMC and check whether ada slot tak to see my gynae today. Unfortunately penuh sepenuhnya (as usual). Kalau nak tunggu my routine monthly check-up lama sangat pulak. 20 March nanti. So I told the nurse about my condition. She checked with my gynae and my gynae suruh datang labour room untuk buat CTG as soon as possible sebab takut kot la ada complications nanti bahaya pulak. Masa tu dah burst out dah my tears. Baru rasa macam serious je bunyi nye and takut sangat2 anything bad happened to my dear baby.

Around 10+am kot, terus keluar pergi hospital which like 10 minutes drive je from my office. 1st time masuk labour room, rasa saspen je. Tapi maybe saspen lebih sebab baby kot. Masa mula buat CTG tu, the staff nurse could not find my baby heart beat. 1-2 minutes jugak la. Punya la takut gile masa tu. Rupa2 nya ntah kat mana baby sorok, CTG machine tu takleh nak captured dia. CTG observation tu dibuat selama 30 minit. At the end, found out the heart rate is normal. Alhamdulillah sangat. Tapi masih confuse why baby tak move. Since the heart rate normal, they assumed baby dehydrated. So bila baby dehydrate, dia tak gerak banyak. Macam tu eh? Errrrr... mcm tak masuk akal. Anyhow, I planned to observe the baby's movement for tonight until tomorrow's night. Kalau sama jugak, I'm gonna seek 2nd opinion.

Tapiiiiii... baru kejap tadi, before I typed this entry suddenly, rasa baby gerak. This time kuat sikit. Tapi tak lama. Sekejap je. Keras je rasa.. dia tendang kuat sikit dari the past 2 days. Itu pun kat tepi2. Macam sorok2 je baby. Selalu kat tengah2 perut. Ni nyorok lak dia kat tepi. Just wanna say hi to mommy dia kot and bagi tau not to worry. Tendang2 2 3 kali, pastu senyap balik. Well, I hope dia cuma merajuk or main sorok2 je tu. Baby, tolong lah jangan buat mommy cuak. Mommy dah nangis2 dah tadi takut anything happened to you. :(

Sigh! I hope hubby is here with me. :( I missed him. Oh well, my friend said maybe baby pun rindu kat daddy dia. Bila mommy sedih missed daddy, baby pun sama sedih missed daddy. Tu baby senyap takde tendang2. Hmmm... I hope that is true also.

Oh, btw, sebagai information, hospital yang me akan deliver nanti tu support breastfeeding sangat2. Masa buat CTG, ada lactation consultant datang explain about breastfeeding. I memang dah plan nak exclusive breastfeed pun. Dia kata, what they normally did bila lepas deliver, (ni applies to my gynae, Dr. Seri. Dr. lain I'm not sure) dia kata, gynae akan terus letak baby kat atas dada mommies right after delivery tu. For about an hour. Untuk stimulate the hormone so that mommy boleh breastfeed baby right away. I dont really get it la, but this is what the lactation consultant said - Bila baby diletakkan in between mommy's boobies, hormone akan stimulate and akan produce milk to feed the baby. In the same time, baby will slowly suck mommy's nipple, this will further stimulate the hormone and "push out" the milk and in an hour time, mommy can start feeding the baby. Ok, something like that lah dia kata. Sorry for ayat2 yang berterabur ni. Heheheh... then bila mommy dah move into the ward, baby will not be in the nursery but room-in together ngan mommy. So that mommy can easily breastfeed baby, unless mommy needs the nurses' help to take care of the baby sebab mommy pun penat kan. So along the stay, memang baby will be in the room with mommy, which diorang akan letak dlm baby cot next to mommy's bed. Hmmm ... I'm not sure about other hospitals, kot dah lama praktik things like this or me yang ketinggalan zaman. Hehehehe.. but I love the idea. :)

I pray that my baby will be okay. Saya janji saya akan minum lebih banyak air and see ada improvement tak.

Yours truly,

50% risau, 50% lega

XOXO

Wednesday, February 24, 2010

Hari ni balik awal

Eh.. balik on time!! Selalu confuse between balik from work awal dan balik on time. Selalu nya kitorang consider as balik awal tu kiranya balik on time la tuh. Hehehehe.. nampak sangat selalu kena stayback eh. Euwwwww benci!!

Hari ni, for the 1st time sejak hubby pergi outstation, baru 1st day keluar tajam-tajam (sharp hehe) dari ofis. Sebab nak elak jam punya pasal. 5.25pm dah melangkah keluar ofis. Alhamdulillah traffic tak teruk lagi. Sampai rumah around 6.10pm. Phewww lega. Sepanjang hubby takde ni, dah few days stay dengan kawan2 pergi swim. So around 8+pm baru gerak balik, purposely tuk elak jam. Kalau terhegeh2 kul 5.30pm baru nak tutup lappy, baru nak kemas beg, lupa kan je niat nak terselamat dari jam. Dok je la kat opis tu. Tak sanggop dengan jam di KL ni.

Hmmmmm... I'm a bit worried la sejak malam tadi. My baby tak gerak as active as before. And the kick pun tak sekuat dan se-extreme before. Goshhh I'm sooo worried. Kalu dia tendang tu, lemah je rasa. Bagi daddy dia cakap ngan dia pun, dia kick slow je. Tonight langsung tak kick bila dengar suara daddy dia. Hubby said that baby merajuk ngan dia, sebab rindu. Errrk?? And he too said, baby penat tu. Baby tengah relax. Erkkkk (again)??? I know tu ayat hubby nak sedapkan hati I. Lagi satu ayat nak sedapkan hati dari hubby adalah baby dah makin besar tu, sempit la tu dia nak gerak2. Errrkkkkkk ???

Seriously I'm so worried and scared. Experienced mommy out there, can you tell me whether this is something I should worried? Or is this normal? Since baby pun baru like 25weeks kan. It's not that baby tu dah besar sangat sampai tahap dah kena buat fetal kick/ movement chart tu kan? Sigh! Husband suggest pergi je jumpa doctor esok, at least tak lah dibelenggu kerisauan tu. Should I?

Yours truly,

Mommy yang risau.
XOXO

Tuesday, February 23, 2010

Jumaat Sabtu Ahad

Hah buat pertama kali nya dalam hidup ahkak ni, ahkak tak soke long weekend. Ajaib tetapi benar. Selama hidop ahkak ni, long weekend la saat ku idamkan. Tapi sebab laki ahkak takde ... Long weekend adalah tidak bermakna yaaaa... Huaaaaa there goes my long weekend, wasted! Rasa nk cepat2 je masuk March terus.

Jadi apa plan korang long weekend ujung minggu ni???

Oh btw pagi2 buta ahkak dah berblog kan.... Nampak sangat lah mata ni cepat je nak celik lately ni. Kalau somi ada disisi, kalu tido sure terbabas, bila tinggal sorang2 ni pandai pagi2 buta dah bangun. Pergi keja pun awal. Macam x caya je aku gi seawal ni. Hari ni nampaknya, kul 7 la kena kuar rumah. Semalam kuar 720am pun jem. Tensi aku. Dekat satu jam drive nak sampai ke opis sampai sakit2 pinggang ahkak.

Actually, ahkak terjaga pepagi buta ni sebab tetiba perut berkeroncong. Pastu baby pun asik bergendang sampai mommy dia x leh nak tido balik. Ni alamatnya terus siap2 terus la gi keja pasni. Kalu tido balik, alamat terbabas lah haku.

Hari ni tiada 'warkah' tuk Somi sebab dia akan naik train 14 jam lagi tuk balik semula ke 1st base masa dia mula2 jejak kaki kat situ. Lepas lunch kang dia bertolak so besok pagi baru sampai. Hope everything selamat.

Ok peeps. Sehingga bertemu lagi.

Selamat Maulidur Rasul.

Sunday, February 21, 2010

Dearest hubby part 2

Yesterday
I was at home, in the room to be exact, for the whole day. Tak tau nak tengok movie apa, sebab mostly movie somi donlod tu macam pelik2 dan seram2. Saya telah menonton sekali lagi cerita Pisau Cukur ye. Sighh!! No choice, pastu layan cerita Nur Kasih sebab nak abiskan dah abandon lama kan. Hehe.. Pastu malam tengok cerekarama pulak with mom. Terpaksa tgk cerekarama tu sebab nak force myself keluar dari bilik. Duduk lama2 dalam bilik pun boleh pening. I slept quite late sebab tak leh tido, ntah buat apa tah, browsing the net. Than sedar2 dah tertido.

Oh btw, mak ada called masa tgh tgk cerekarama tu. Earlier she said she wanna drop by our house. Tapi she called said tak jadi. Maybe will come today. Nak hantar air sekali. But I told her no need la hantar air (macam susah2kan dia pulak). Ada lagi sikit la air tu. I can just buy mineral water.

This morning

At 4am tetiba terjaga cos baby active dengan tiba2. Tendang2 perut mommy dengan activenya. Lapar kot. But i ate quite a lot for dinner last night, nasi+udang goreng around 7pm then masa tgk cerekarama tu lapar lagi, makan roti + egg and cheese. Masa terjaga around 4am tu memang tak leh tido balik until 6 lebih kot, then tertido balik sampai kul 11am. Hik hik hik.. Bangun2 terus browse internet balik. Sangat takde life kan. Baca pasal cloth diaper (CD). Macam berminat nak guna CD ni for our little guy nanti. I've read quite a lot about CD since dia pun ada macam2 brand, macam2 jenis.. quite pening jugak. But now dah 80% sure on which is suitable for our newborn. And one thing yang looks positive about this CD, memang sangat menjimatkan!!! We'll see how.

I ate my breakfast around 12+. Mom cooked macaroni goreng. Lepas makan sambung balik browse internet. Until now. But around 1 tadi break for shower :p ehehe baru mandi pagi around 1pm ish ish ish..

Well now tak tau nak buat apa, maybe will continue reading on the CD. Oh, saya mahu keluar isi minyak dan top up t&g petang2 sikit. Sambil ambik angin :)

Oh btw, td kan, masa nak amik macaroni tu, I saw a grasshopper kot kat our tong air tu. Small belalang kaler hijau. Macam mana dia boleh naik tinggi sangat sampai masuk kat umah eh? Errr I asked mom whether that is belalang ke pelesit? Errrrrrr pastu mom try to get rid of it, nak tangkap2 dia, lari2 plak dia pastu terus ilang. Tak tau mana pergi. Cari keliling kat kitchen cabinet tu tak jumpa lak. Hmmmmmm....?

Ok esok adalah Isnin and I bet the traffic pasti macam giler! Orang dah mula naik kerja, budak sekolah pun dah mula sekolah. I MUST leave the house early. By 7.15am kot. Nak elak jam. Tak larat la nak drive jam2. Hopefully berjaya lah bangun terus. Sifat hendak bergolek2 adalah sangat tinggi di dalam diri ini :p Ya!! Saya mesti bangun terus dan pergi kerja !!! He he he

Oh and tomorrow my friends and I plan to go swimming again. This time memang pastinya saya akan pulang by 830pm kerana K tidak pulang dengan saya.

ps: Yes, saya suka sebab somi reply email saya. :) Nanti malam kita chit chat.

Please do take care and be good.

Yours truly,
Baby and mommy nak baring-baring. Jom baby!

XOXO

Saturday, February 20, 2010

Dearest Hubby

What I did while you're away...

Thursday- 18/02/2010
Masa 1st day I drove to work, lega sangat sebab traffic still smooth. Lalalallaa je bawak keta. Keluar rumah at 8am. By 8.30 am dah sampai office. Syok wooo.. :) I bet you missed the traffic kan hehehe.. Budak2 stil cuti sekolah + orang masih cuti for CNY kot. That's why kot. Pastu masa lunch my friends and I went to Pavilion for lunch, kitorang makan Nando's. Masa on the way back to office, somi called bitau baru sampai. Boy, I'm damn excited to see "strange" international number appeared on my phone. I knew it must be you. Memang rindu abis la.. hehehe (padahal baru 1st day kan.. over ek). Lagi excited bila somi hantar email with the photos tu. Ok, you have promised kan nak bawak me and baby jalan2 main salji kan nanti. I keep the promise tau!!!! Tipu dosa!! :p Please send more emails with pictures pleaseeeeeeeeeeeeee....

I went home late hehe coz pegi swimming with my dear friends. Ok, I promised you to come back at 8.30pm kan. But after swimming we went eating at Sakae Sushi. Lapar lah! Tapi no worries cos I went back with K. Her hubby picked her up kat rumah kita. I reached home by 10.30pm. Opppsss terlebih sudahhhh... And that night I called you and you talked to baby :) Comel baby tendang handphone bila dengar suara daddy. Mommy shocked baby extreme tetiba. Hehe.. anak somi sangat comel okeh.. :)

Friday - 19/02/2010
I woke up early coz tunggu somi tak sms sms ... pastu solat Subuh, golek2 kejap, you called (best!!!) then basuh baju and mandi to work. I left the home at 8am again today. And again by 830am dah sampai ofis. Soka gile!! Jalan tak jem. How I wish traffic macam ni tetiap hari. Sure heaven kan. Today rasa bosan cos no calls or sms from you sbb somi travel to Chayvo by train kan. No coverage ek? Btw, kat ofis takde la stress sangat cos I've done with my work. Yang kena prepare documents cam gile tu kan. Alhamdulillah, all in progress and in order. So my boss pun tak cakap banyak and tak kacau sangat. Hehehe suka suka!! Tapi siap lah hari Isnin pasti stressfool! Sebab nak kena send out those documents. Bohsannnn!! Pastu Monday baru buat my monthly end-month routine tu kot. Boss said it will be as usual. So I'm quite broke sementara nak tunggu end month :D

I went back around 6.30pm. Jalan tak jem macam selalu. Still smooth la. By 7pm dah sampai rumah dah. I didnt took my dinner pun semalam. Balik, rest2.. main2 internet, pastu tertido. Luckily tak terjaga tengah2 malam kelaparan. And baby pun mcm paham2 je tak banyak kerenah pulak dia. Kalau tak, bila tak dinner sure pening la apa la kan.. tapi semalam okeh pulak. Baby sian kat mommy dia kot. Tapi tido tak lena sangat sebab sikit2 bangun check phone. Mana tau kot somi ada sms. Tapi takde. I know, somi masih dlm train kan.

This morning - 20/02/2010
I update my blog. I saw my visitor ada dari Russia. Was it you? Somi, while I'm typing this, baby's kicking. Maybe lapar kot. But I took 2 slices of bread and cheese tadi. Maybe baby still lapar kot. Gonna eat another set of bread and cheese with fresh milk jap lagi. We teribbly missed you! Tak puas cakap ngan somi tadi. Tak sampai 5 minit pun. Btw, mak ada call and asked whether I want anything from pasar. Dia beli ayam for me, but I told her we bought some foods before your left ari tu kan. Takut tak abis je. Nanti bazir lak. So mak said, she'll keep it at B*ngi, nanti dah abis stock amik je kat sana. So.. nothing much to do today. And hubby, hari ni hari Sabtu ye. Cuti :p My plan for today? I might be watching movies yang somi donload bebanyak tu. Repeat balik la nampaknya. Oh, nak abis kan tengok Nur Kasih la :p ehehehe.. I think I'll be staying at home je weekend ni. I'll update more. Watch out this space ye..

ps: you said you will top-up my touch n go. :( takde ponnn tipuuuuu... :p sib baik isteli ada cash nak bayar toll.

Yours truly,
Ye ye baby.. jom kita makan dulu.. :)
XOXO

Being hubby-less at 6 months old

As usual, mukadimah would be.. lama tak hapdate, takde mood, tak tau nak citer apa bla bla bla.. sighh!!! Padahal quite a lot of things to share in here especially about my pregnancy. Tapi, MALAS!

Ok, now dah rajin dengan tetiba. All because I'm all alone, husband went outstation for 2 weeks. Alaaa 2 weeks je. But being pregnant, tetiba jadi emo okeh. Rasa sunyi sangat takde hubby around, rasa bilik tetiba sangat kosong. And some more, communication susah sangat. Sukar untuk mengubat rindu. The place he went tidak ada Maxis roaming and he was given a local number. Dah la mahal giler for me to call him. RM2.28/minit. :( Pastu office dia pulak block chatting punya application, so his co's laptop takleh nak berYM ke, gtalk ke, even facebook punya chat pun blocked!!! Pastu he had to travel to other site from his current base by train for another 14 hours dan sepanjang 14 hours tu no coverage means no call no sms. Double sad!!!

Now baru baru 3rd days he left. Tapi rasa boring giler and rasa tak tau nak describe camna. Anyways, while I'm typing this, dear hubby just called. Tengok number je dah rasa berbunga2. :) Panjang umur dia. Tapi as usual, cakap tak sampai 5 minit pun. Because dia adalah sangat sibok. Banyak keja nak kena settle dalam 2 weeks. I can only talk longer (less than 15 minutes) after his working hours. Itupun dia dah penat and nak tido cos the weather there is freaking cold, snow lebat gile and he's now caught a flu pulak. Haiyoooo. Hopefully he'll be recovered soon.

He's now arrived at the town after 14 hours journey by train and now in the car heading to the site which took another 1 1/2 hours. Dan sekarang tengah ribut salji yang mild. I pray for your safety and we (me and baby) missed you very very much :( Somi... i love you!!!

Ok now about my 6 months baby in the womb. This cute little precious "guy" inside me pun rindu kat daddy dia. Last 2 nights hubby called, I put on the speakerphone and letak atas perut bagi daddy dia cakap ngan dia. Dia punya excited sampai tendang2 handphone tu. All this while, kalau hubby letak tangan dia tendang, tp kalu takat dengar suara dia buat dek jek la. But surprisingly, dengar suara je thru the phone pun dia tendang. Obviously he knew that daddy is not around and he missed daddy too. Cuteness!!

Oh yeah, the precious little one is a HE. We scanned at the 5th months, my gynae said nampak macam HE. Tapi she dare not confirmed and asked us to wait till the next check-up, which was last Saturday. So last Saturday, scanned at 6th months and she said it looks like a HE again. Tapi my baby tak mau tunjuk sangat. Dia sorok-sorok. Tapi Dr. Seri confirmed boy. Takpe lah baby, mommy beli baju semua warna natural. If boy boleh pakai, girl pun boleh pakai. :) But I think its a BOY lah.. :)

Now baby dah start actively kicking. Tapi normally cuma at night time la paling active, while me tengah baring2. Kadang2 kat ofis pun ada rasa dia gerak2 bila me tengah sit still buat keja. The 1st I felt the movement masa 5th months. Tapi sikit2 je. Started with butterfly flutters and at the end of 5th months baru rasa gendang2 kat dalam. Tapi mild la. Now baru lah rasa gendang kuat sikit. The feeling is sooooooooo undescribeable. Macam sooooooooo precious. And it can make you smile sorang2. :) I'm so blessed and grateful sangat been given this opportunity. Syukur Alhamdulillah. Even tho it took a while (3 years ye) to experienced this, but it's all worth it.

*Ya Allah, kau kurniakan lah aku zuriat yang sihat, sempurna sifatnya. Amin...*

My morning sickness dah reduce a bit. Since few weeks back. Kalau tak asik muntah pagi2. Muntah je la. And pening2 sikit. Tapi as of few weeks back, muntah kuning di pagi hari tu dah takde and pening waktu pagi pun dah kurang. Like this morning, Alhamdulillah sangat, rasa kuat je :) Maybe sebab hubby takde kot.. automatically body ni pandai nak adjust jadi survivor hehehe..

Ok lah peeps.. I'll continue in my next entry. I wanna share the baby scanned photo. Bentuk muka dah nampak, dagu kecik macam mommy dia, mata ikut daddy dia. :) See you soon..

Yours truly,
Saya yang kebosanan dan mungkin akan melayan movie yang telah dibekalkan oleh Somi saya sebelum dia berangkat..

XOXO

Friday, January 29, 2010

Long Weekend

Apalah hazab sangat nak update blog ni haku pun tak tahu. Giler nye malas!! Maybe sebab takde benda menarik nak citer. Life as usual. Hurmm ada lah cerita macam menarik, tapi malas sangat² nak story. Boleh???

Anyway, hari ni adalah off day bagi kami yang bekerja di Oil and Gas company. (Kalau Sabtu coti, Jumaat akan off, kalau Ahad coti Isnin akan off- heaven kan!!!) Sangat heaven ye!! Luckily somi saya pun kerja di O&G gak. So kami berdua adalah coti pada hari ini. Jadi pagi² buta (errrr 1030am adalah pagi buta bagi kami yang selalu bangun lewat masa hari cuti :p), kami berdua dan mama saya telah keluar rumah dan pergi meninjau² show houses. Ermmm bukan nak beli pun, cuma tengok² kot ada yang berkenan. Manalah tahu tetiba tergerak hati nak beli ke kan.. Lokasi adalah di area K*jang dan B*ngi. Alasan nya adalah simple, sebab kohnon nya K*jang dan B*ngi agak berdekatan dengan KL, like 30-40 minutes drive guna highway. Lagi satu sebab mertua saya adalah menginap di B*ngi. Jadi adalah somi saya melompat² nak cari area berdekatan rumah ibu dan bapa beliau. Which is make sense lah, kalau ada apa² problem, senang ada relative berdekatan.

Dan hari Isnin juga merupakan cuti umum buat kami yang bekerja di KL. Another heaven! Jadik coti kami ujung minggu ini adalah 4 hari.. Triple heaven!!!

Lagi 11 hari je keja, pastu coti balik raya cina. Wahhhhhhhhhhhhhhhhhh seronok kira coti. Tapi tak bestnya March takde cuti. Sungguh bosan!!!

Next entry... saya dah tahu nak citer apa. Saya nak cerita pasal barang² baby yang sudah dibeli. Waaaa semangat sunggoh!

Saturday, January 23, 2010

It was my birthday yesterday!

Yeap, yang ke 31! Ye.. saya sudah 31 tahun, tapi masih kelihatan muda :p

I had earlier birthday celebration with my fellow girlfriends and it was a blast one! Memang best giler!!! We had soooo much fun! Thanks dear friends.

Saya juga sedang berfikir nak hadiah apa from hubby, sbb dia tak tau nak hadiahkan apa, and let me decide what to have.

And last night, I supposed to have dinner with my mertua tapi balik dari ofis terus tertido sampai jam 10+. Penat giler!!!

Well ok, hari ini saya mahu ke Bangsar Village untuk membeli-belah barang baby. Mereka ada Mothercare yang sangat besarrrr.

Berat baby saya sudah 333g+/-49g. Dan saya sudah tahu gender baby saya. Yipppeeeeee..

XOXO

Tuesday, January 5, 2010

My body is aching

.... and I cant sleep soundly. Seems like too soon to have all this "inconvenience symptoms". Normally it will strikes at 3rd trimester isn't? I heard people said that the 2nd trimester should be the honeymoon months for pregnant mom. Guess not for me!

I still had this so called morning sickness, every morning seems like a compulsory to threw up. The usual yellow color thingy. Yikes! Hubby told me that I started late. I only had the morning sickness at the end of 1st trimester. And he said that's one of the reason why *pandai² je Somi saya ni*.

I'm now in my 18 weeks and I cant wait to be "healthy" again. I've been having headache, nausea since like ages and it seems like a daily dosage to have those. I hope I would be better by the 20th week. Please baby, help mommy.

Well, I'm not complaining. In fact, I love it to bits. And grateful that Allah gave me the opportunity to feel all these. Syukur! I just wonder why these still happening and I need some kind of "motivation" to forget about the headache etc to continue doing my daily routines without feeling nausea or weak. How meh?

Sicknes, please go away, mommy wanna be healthy again,
XOXO

ps: Lupa nak wish Happy New Year! Tak perasan pun New Year, sebab asik layan "perasaan" je. Huhuhuhu...