Advert

Sunday, May 30, 2010

38th Week check-up dan kena warded

Yeap, saya ada 38th week check up semalam, Saturday. Tapi 2 days before that perut rasa tak sedap mcm memulas and asik diarrhea and muntah2. Dan rasa nak demam, seram2 sejuk. Jumaat tu dah sampai kemuncak memang tak lalu langsung nak berjalan, tido the whole day. Tapi sempat la makan lunch kat Tupai2. Makan nasi goreng. Balik je, terus tido lagi. Until malam, terjaga sebab diarrhea tak ingat. Lepas diarrhea muntah pulak. Every 1 hour. Memang gile! Tak leh nak lelap langsung. Kalau ikut ati memang nak ajak terus hubby gi Emergency. Tapi sebab pagi tu ada appointment ngan gynae, better tunggu je pagi tu. As expected, masa check up tu, doc soh warded sebab dehydrate agak teruk.

Baby is doing fine. Cuma mommy dia la dah lembik sebab asik membuang atas bawah. So lepas jumpa doctor tu, straight away masuk ward. Until la today. Kena drip berbotol2. Sampai tempat cucuk IV line tu pun dah rasa bengkak. Diarrhea tetap ada until today. Tapi tak seteruk Jumaat ari tu. Muntah dah takde. Itu pun sebab makan ubat muntah kot.

According to my gynae, while warded ni, kalau ada sign of labor, maybe kena tahan sampai beranak la. Tapi kalau takde any sign of labor, boleh balik dulu. At the moment, lepas buat CTG 2 kali, baby heart beat sangat bagus. Tapi contraction tak tinggi pun. Memang belom ada sign of labor la tu. So I guess, memang confirm la boleh balik dalam esok or lusa. Tapi tak tau la kot tetiba rasa nak beranak tu muncul malam kang ke kan. Huhuhuhu...

Lagi pun due date dah dekat, tengah menghitung hari je ni. Ikut EDD 8 June, kalu ikut scan 6 June. Doakan semua selamat buat saya dan baby ye :)

Tapi yang penting sekali sekarang, nak clear up diarrhea punya problem ni. And hopefully dah tak dehydrate lagi la. Dah masuk 6 botol drip kan, melampau sangat la kalau masih dehydrate.

Yours truly,
Takut pulak rasa bila dah dekat due ni..

XOXO

Friday, May 7, 2010

Teknologi "gigi-biru" ...

Okeh, saya adalah pemalas tahap dewa sekali lagi untuk meng-hapdate blog saya. Bukan apa, idop tidak ceria tanpa ada gambar untuk diupload ke dalam blog . Wordings are boring without pictures. Kan??


Saya adalah sebenarnya sangat mahu memblog tentang babymoon kami di Pullman Putrajaya bebaru ini. (Ok tipu, tak baru sangat, early April ari tu) tapi adalah kemalasan mahu men-transfer gambar2 di camera ke computer. Tapi mahu juga blog sebab nak share the coolness of the room. Opppsss, apartment! Location memang la setakat Putrajaya kan, tp serious saya rasa best for a quick getaway. Nantila citer panjang bila nafsu serakah untuk men-transfer gambar2 itu telah kembali.

Buat masa ini, hanya gambar dari henpon sahaja yang mampu ditransfer ke lappy kerana adanya teknologi "gigi-biru" a.k.a bluetooth. (Hehehehe.. ) tapi itu pun takde gambar yang menarik untuk ditayang kan di blog ini adalah kerana, again, saya adalah pemalas nak amik gambar menggunakan henpon saya. Ok, itu semua salah hormon mengandung! Oh alasan!! Jangan percaya kan saya. Saya hanya gunakan alasan mengandung 35 minggu ni untuk meng-cover kemalasan saya. Hehehe.. ye lah, dah 35 minggu pastinya sudah jadi malas serba serbi. Berat ooo nak bawak perut. (Konon la kannn..).

Ok, akhirnya baru sat ni saya berjaya men-transfer gambar2 dr henpon ke lappy ni. Ok, 1st time ye sebab ini adalah lappy baru (saja nak bitau ini lappy baru, ok saya tau saya keji :p). Mudah rupanya. Cuma takleh nak letak watermark sebab tidak ada teknologi Illustrator di-install kan ke dalam lappy ini. (All this while saya buh watermark kat picture guna Illustrator. Kamu guna apa?).

Saya buh kat sini picture babycot yang telah berjaya di transfer secara "gigi-biru". Babycot sudah sampai 2 minggu sudah. Kami rembat masa Parenthood Expo di Mid Valley early March (kot) yang lalu. Sekarang barang2 baby sudah 100% siap. Tapi barang mommy dia jugak yang tak siap2 lagi. sian mommy.

:: Pasti baby saya kelihatan comel dan kacak tido dan bermain-main di dalam babycot ini::

Okeh, sekarang saya nak tanya. Sapa yang baik hati nak bagi baby saya menan di bawah ini? Ini adalah untuk sangkot kat babycot yang comel di atas. Pastinya babycot ini akan bertambah-tambah comel dengan adanya menan ini (hehehehe) dan pastinya baby saya gumbira kalau menan ni tergantung di atas beliau. Menan ini boleh didapati dimana-mana Toys R' Us. Sila jangan malu jangan segan kalau anda nak hadiahkan kepada baby saya nanti hik hik hik hik.. (okeh dasar tak tahu malu.. hhehehe)..

:: Fisher Price Rainforest Peek-a-Boo Leaves Musical Mobile yang pasti menambahkan kecomelan babycot kami dan menambahkan daya kreativiti baby kami :p ::



Jadi besok adalah weekend. Apa plan kamu? Saya mahu keluar pagi-pagi menabur duit di shopping mall untuk beli hadiah Hari Ibu. Jangan lupa tau! Hari Ahad adalah Hari Ibu.

Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu. I love my Mama and my Mak.