Advert

Sunday, October 17, 2010

Mommy saya dah malas la tu


* hellloooooo.. Masa ni saya baru 3 bln 3 minggu.. Sekarang saya sudah 4 bulan 4 hari. Mesti semua orang rindu kat saya kannnnn*


*saya dan mommy saya ... She's mine! Sebab tu dia tak boleh update blog. Saya dh conquer dia.. Lallalalaalaaaaa*

Mommy saya dah lama tak update blog kan. Sorry ye kawan-kawan semua. Mommy saya sibuk layan saya la. Dia dah takde 'me' time dah. Sekarang semuanya Adam time. He he he siannnn mommy saya. Saya memang suka melekap kat mommy saya je sampai keja lain pun dia tak boleh nak buat. Tapi tak kesah la kan.. Sebab mommy saya sayang saya. Lalalallala...

Hari ni saya dah hampir 4 bulan 1 minggu. Saya dah boleh meniarap! Hip hipppppp... Hoooraaaayyyyy..... Hip hippppppp ... Hhhhooooorrrrraaayyyyy... Saya dah mula meniarap sejak 3 bulan lebih, tp masa tu tgn saya ni asik sangkut jek. Mommy ngan daddy asik kena tolong betulkan. Tapi kini tidak lagi... Bila masuk 4 bulan, saya meniarap ngan selambanya je, sampai mommy n daddy saya pun impressed! Dannnnnn abis satu katil ni saya dah conquer. Mommy kata saya dah berpusing2 mcm jam. Hehehe

Ok lah.. esok saya kena bangun pagi2 ikut mommy pegi work. Mommy anta saya kat umah ibu, babysitter saya kat kg. Baru. Nanti lah mommy saya citer pasal tu. Tapi ntah bila la mommy saya nak hapdate lagi ntaH..

Bye semua.

Ps: update guna henpon, camni la... Gambo kuar dulu.. X reti nak ekjas...

Wednesday, July 21, 2010

Cak!!

Si comel Adam is backkkkk...



Picture ni taken lepas daddy cukur kepala Adam.. Alhamdulillah... majlis aqiqah dan cukur jambul Adam selamat semuanya....

Sneak preview majlis aqiqah Adam ...



Mommy and Adam day after the majlis..

Wednesday, July 7, 2010

Baby Adam tengah tido.. jadiiii...

Boleh la mommy dia berblogging. Tapi I'm sure not for long. Sat gi sure dia ek ok ek ok balik...

Masa memang banyak. Tapi bila berpantang dan ada pulak budak kecik ni, masa jadi sangat suntuk. Macam terkejar sangat2!! Nak mandi pun express je. Nak bengkong pun kekadang tak sempat. (abih la tak ramping aku pasni).

My baby quite cranky. Nak tido berpangku. Bila letak, tak sampai 5 minit mula la menangis. Bila nak buka laptop je, mula la dia dah ek ek ek ek. Nak update blog memang sangat2 tak sempat. Ni pun gamble je type ni, si kecik tengah tido lena. Hopefully lama la sikit dia tido. Boleh la mommy dia berblogging sakan. Selama ni cuma dan baca blog org jek. Blog sniri tak sempat langsung nak update. Banyak sangat benda nak cerita. Rasanya story2 tu pun nak basi dah ni.

As of today, my lil' Adam is 24 days old. Update on Adam so far:-
1) hari ke 4 dah boleh angkat kepala. Boy! Memang anak mommy ni tulang nya kuat dan sihat!!
2) pusat tanggal masa hari ke 5
3) first 2 weeks rashes naik banyak kat leher, nappy rashes pun banyak sangat! now dah hilang semua. tp pimple kat pipi masih ada lagi even dah apply ubat doctor. Orang kata ruam susu eh.
4) masih berjaya breast feed Adam till today. Insya Allah mmg plan nk exclusive BF.
5 ) mommy Adam dah berjaya shed off 13kg. Hua hua hua hua... lebih ringan dr berat sebelom pregnant. Hubby kata nk bg reward kalu dpt buang lg 10kgs. Yeayyyy!!

Ok dah agak, Adam akan bangun. Dah ek ek ek ek dah. Mmg la Adam tak kasi mommy dia sentuh lappy lelama.

Nanti sambung la. Nk upload gambo pun tak sompek.

Tuesday, June 22, 2010

Finally... the arrival of our lil' Prince Charming

Presenting our new arrival ...

Baby Adam
DOB : 13 June 2010
Time : 2002 hrs



Alhamdulillah, saya selamat melahirkan baby pertama kami pada 13 June 2010 jam 8.02 malam di PCMC, KL. Dah 9 hari bersalin, baru lah ada masa nk buat keja lain. Sangat lah kesibukan untuk meng-adapt dan meng-adjust new lifestyle with baby .. sleepless nite dan mandi yang memang tak basah dan makan tak kenyang bak kata orang (sebab takut baby bangun nak menyusu).. etc etc etc. Sangat terkejar-kejar. Some more, kami berdua (eh, bertiga campur daddy) kena stay kat hospital for 5 days sbb baby Adam kena jaundice and fever (38.2 degrees).

Will update more on the birth story. Now nk kena breast feed Adam.. dia dah bangon. :) Life is now more colorful with the arrival of our lil' Adam. Biarpun mommy dia dah penat mcm zombie berjaga malam, or sakit nak push Adam keluar, it's worth it. :)

Yours truly,
Blogging sambil pangku Adam... hihi

Saturday, June 12, 2010

Oye oye

Okeh, entri sebelum ni ke-cuak-an kan... Tapi kali ni ai happpppyyyyyyyy! Sangat. Sebabbbbbbbbbbb saya dah dapat 'tanda'. Pagi tadi kul 3 pg tgh tido, tetiba terjaga, dan dan tu mcm rasa ada 'air' terkeluar tanpa dpt ditahan. Tapi tak sampai la secawan. Tapi lagi sekali, air tu mcm campo ngan lendir. Tapi (brapa banyak tapi daaaaa) tak ler likat lekat pekat. Cecair lendir la gitu. Pastu jerit2 dari dlm bilik panggil hubby yang tengah tgk France vs. Uruguay (read: dia tido sebenarnya). Pastu lepas lap semua, ada lagi sikit air terkeluar lagi. Kali ni air jernih. Saya yg xde pengalaman ni buat assumption that second air yg keluar tu adalah air ketuban yg leaking sket. Pastu masa cuci, ada darah kuar sikit. Sangat2 sikit.

Masa tu memang happy gile (kuar tanda pun emo emo happy yek) campo terharu sbb doa dah dimakbulkan oleh Dia Yang Maha Esa. Rasa sangat kerdil dan hina diri ni sbb haku ni jenis solat lobang2 sana sini, tapi Allah tetap makbulkan doa aku. Masya Allah, malu sangat2 aku rasa. Aku nekad takmo dah tinggal2 solat. Mana tau ini adalah titik tolak aku jadi better human and a good mom to my dear son. Ya Allah, sesuungguhnya Engkau lah Yang Maha Agung dan Engkau lah yang menentukan segalanya. Insaf sungguh aku!

Baru sat ni, gi shi-shi dekat pad dah ada setompok lagi darah. Alhamdulillah. Itu petanda "pintu" serviks dah terbuka. So instead of nak gi serah diri kul 10pm as scheduled by our gynae, hubby decided nak bawak gi spital tengahari ni.

Ok, sampai spital sure kena seluk nak tgk dah bukak brape. Harap lah dah bukak banyak. Aminnnn.

Yang penting, jangan lupa baca doa Nabi Yunus dalam perut ikan tu. Insya Allah, mujarab.

Good luck to me-self.

Lotta Love,
XOXO

Nervous

Finally.. dah mula rasa nervous. Malam kang (if in between time masih takde apa apa tanda lagik), sesi penyerahan diri akan dilakukan jam 10pm. Saya adalah sudah overdue selama 4 hari. Tetapi, bermula pagi semalam, pinggang bahagian bawah adalah kesakitan (manja-manja punya sakit la..bagi warm up dulu kot). Lengoh semacam. Siang semalam gi spital as asked by the gynae for the daily CTG dosage kan, the midwive kata ianya adalah kerana baby sudah sangat berat di bawah. Nak jalan pun dah terkangkang-kangkang dan asik la shi-shi jek. Tapi kenc nya tak ado banyak pun. *Oh btw, please abaikan bahasa yang saya gunakan. If you read my earlier entry, masa nak operate my p.i.d last time, the language I've used lebih kurang ini macam. Pabila ke-nervous-an muncol, ayat saya otomatik jadi begini.* And the CTG tu adalah baik-baik aja. Baby heart rate adalah bagos, tetapi mommy's contraction tidak ada ye yang maha dasat. Hmmmmmm... kebalkah aku??

All this while saya adalah tidak berapa ke-cemas-an. Sbb rasa macam still long way to go. Bila dah tiba hari nya, hahhhhhh kauuuuuuuuu... cuak sey!! Rasa macam tak sanggop nak kena induce "mentah-mentah". At least kalu dah bukak 1-2 cm ke, confident la sket kan. Since induce ni nak mempercepatkan kelahiran, kalu pintu dah terbukak tu, memang la tak kesah nak induce kan. But in my case, pintu terkatup rapat. Lagu mana cheq nak induce??? Huaaaaaaaaaaaaa... harap-harap esok pagi ka, pintu dah bukak la sket. Amin amin. *Baby, tolong mommy ye*

Thru my reading, tanda-tanda nak bersalin ada 3 (kalau ada yang lelain tu, korang pepandai la):-
1. keluar tanda (show) - lendir/darah

2. pecah air ketuban (sangat jarang berlaku)

3. kontraksi yang kerap


Me????? Nan ado. Ketiga-tiga di atas adalah N/A to me. So what to do?

Apa adalah perlu dilakukan untuk percepatkan "jalan" keluar tuk baby?? Orang kata :-

1. jalan banyak-banyak - CHECKED! --> kat opis dah macam lipas kudung aku ke hulu hilir. tak cukup lagik ka???
2. mencangkung - CHECKED! --> sepanjang MC ni (fyi, haku MC dari 31 May sampai la ni. Sbb nya doc kata baby kena kuar awal, tp x jadik. So dah berkurun haku dok umah ni tunggu bila baby nak kuar. Huhuhuhuhu) membasuh baju guna tangan je, sambil mencangkong kat bilik air tu dengan harapan cepat lah "pintu" terbukak.
3. make l*ve - errrrrr no komen. Hal dalam kain mana leh canang kat orang kan. Dosa :p hua hua hua.. tapi wonder lah. Dalam perut besaq membuyung cenggini, lalu ka nak berasmaradana? Adoi laaaa.. teori yg bagus tapi sukar tuk dipraktikkan.
4. turun naik tangga - ni haku tak buat. Kompem! Sbb umah aku tingkat 12. Tak kose aku nak turun naik tangga la kannnn. Hehehehe opis pun tingkat 9. Tak kose gak nak turun naik tangga. Lagipun, risiko tuk jatuh tu tinggi la (hah, alasannn sangat kan bunyinye).
5. minum air akar siti fatimah/ selusuh - CHECKED! --> tapi haku minom air akar siti fatimah jek. Selusuh takdo.

Tips lelain banyak. Tapi maleh dah nak type. *Pempuan mengandong maaaa... penat kan type panjang lebo* As of tonight (morning dah kot ni kul 12.36am).. baby sangat2 lah ke-aktif-an. Maybe sebab minom air kelapa kot siang tadi. Tgk bola South Africa vs. Mexico, rasa macam baby pun tgh main bola dalam perut ni. Sakan abis.

Memandangkan esok daku akan menyerahkan badan ini kepada doctor untuk di-induce, saya mengambil kesempatan ni untuk memohon ampun dan maaf kepada sesapa sajek yang baca atau TERbaca blog picisan saya ni. Kalau ada terkata, terumpat ke, termegah ke, ter-show off.. mintak mahap ye. Memang ahkak tak sengaja. Tak de niat pun dan mungkin tak terperasaan. Ampun ye semua. Sila doakan urusan bersalin saya ni, dipermudah kan oleh Allah swt sebagaimana Dia permudahkan urusan bersalin Maryam ketika melahirkan Isa a.s. Aminnnnn... Doakan saya dan baby selamat ye.

Sebelom ai mem-berambos-kan diri sniri, sila lah tatapi perut muncit ai yang diambil masa babymoon kat Pullman ari tu. *Oh, entry pasal Pullman tu nanti haku citer masa confinement nanti ye* Pic ini di ambil semasa kandungan 31 minggu. Sekarang ni beso sket la dari ni.



Yours truly,
Ooooooohhh berdebar-debar rasanya.. kali pertama bertentang mata.. oooo iiiiiinii la pengalaman... harus ditempuhi tiap insannnnnn.. (lirik lagu Ahkak Ogy.. tetiba teringat lak)
XOXO

Tuesday, June 8, 2010

Hari ini saya due!

Hah you read it right!! Hari ini adalah hari saya due (ikut Doctor punya EDD). Tapi ... masih takde any tanda lagi. Sakit pun tak ada lagi. I guess baby syok duduk dalam mummy's tummy. Semalam pergi last check up with the gynae. Everything is fine. Alhamdulillah walao dalam hati berdebar-debar sebab baby tak keluar-keluar lagi. Hopefully semuanya oke oke aja. Last time doc tak kasi over due date. Jadi kitorang dah bajet kena admit semalam and kena induce. Sekali doc kata leh tunggu sampai 15hb pulak. Huhuhuhu... but since hubby's birthday is on 13th June, we planned to induce on 12th June. Kalau dia keluar on 13th June, seronok la hubby tercapai cita-cita dia anak dia beranak sama date ngan dia. :)

So doc dah bagi pun admission slip, kalu in between takde tanda jugak, confirm 12th June kena gi serah diri. Tapi everyday starting tomorrow kena pergi hospital to monitor baby's progress. Takut sangat ni kalau kena induce. Dalam hati doa sangat keluar la tanda. At least terbukak 1-2 cm pun jadik la dari tak terbukak langsung. Takut nak induce masa jalan tak bukak lagi. Apa pun, harap semua dipermudahkan.Aminnnn...