Advert

Saturday, June 12, 2010

Oye oye

Okeh, entri sebelum ni ke-cuak-an kan... Tapi kali ni ai happpppyyyyyyyy! Sangat. Sebabbbbbbbbbbb saya dah dapat 'tanda'. Pagi tadi kul 3 pg tgh tido, tetiba terjaga, dan dan tu mcm rasa ada 'air' terkeluar tanpa dpt ditahan. Tapi tak sampai la secawan. Tapi lagi sekali, air tu mcm campo ngan lendir. Tapi (brapa banyak tapi daaaaa) tak ler likat lekat pekat. Cecair lendir la gitu. Pastu jerit2 dari dlm bilik panggil hubby yang tengah tgk France vs. Uruguay (read: dia tido sebenarnya). Pastu lepas lap semua, ada lagi sikit air terkeluar lagi. Kali ni air jernih. Saya yg xde pengalaman ni buat assumption that second air yg keluar tu adalah air ketuban yg leaking sket. Pastu masa cuci, ada darah kuar sikit. Sangat2 sikit.

Masa tu memang happy gile (kuar tanda pun emo emo happy yek) campo terharu sbb doa dah dimakbulkan oleh Dia Yang Maha Esa. Rasa sangat kerdil dan hina diri ni sbb haku ni jenis solat lobang2 sana sini, tapi Allah tetap makbulkan doa aku. Masya Allah, malu sangat2 aku rasa. Aku nekad takmo dah tinggal2 solat. Mana tau ini adalah titik tolak aku jadi better human and a good mom to my dear son. Ya Allah, sesuungguhnya Engkau lah Yang Maha Agung dan Engkau lah yang menentukan segalanya. Insaf sungguh aku!

Baru sat ni, gi shi-shi dekat pad dah ada setompok lagi darah. Alhamdulillah. Itu petanda "pintu" serviks dah terbuka. So instead of nak gi serah diri kul 10pm as scheduled by our gynae, hubby decided nak bawak gi spital tengahari ni.

Ok, sampai spital sure kena seluk nak tgk dah bukak brape. Harap lah dah bukak banyak. Aminnnn.

Yang penting, jangan lupa baca doa Nabi Yunus dalam perut ikan tu. Insya Allah, mujarab.

Good luck to me-self.

Lotta Love,
XOXO

3 || shades of life ||:

fabulous.farah said...

insyaallah semua selamat. gud luck=)

qimie said...

gud luck babe! semoga semuanya selamat!

FairyGodmother said...

all the best!!!