Advert

Saturday, June 12, 2010

Nervous

Finally.. dah mula rasa nervous. Malam kang (if in between time masih takde apa apa tanda lagik), sesi penyerahan diri akan dilakukan jam 10pm. Saya adalah sudah overdue selama 4 hari. Tetapi, bermula pagi semalam, pinggang bahagian bawah adalah kesakitan (manja-manja punya sakit la..bagi warm up dulu kot). Lengoh semacam. Siang semalam gi spital as asked by the gynae for the daily CTG dosage kan, the midwive kata ianya adalah kerana baby sudah sangat berat di bawah. Nak jalan pun dah terkangkang-kangkang dan asik la shi-shi jek. Tapi kenc nya tak ado banyak pun. *Oh btw, please abaikan bahasa yang saya gunakan. If you read my earlier entry, masa nak operate my p.i.d last time, the language I've used lebih kurang ini macam. Pabila ke-nervous-an muncol, ayat saya otomatik jadi begini.* And the CTG tu adalah baik-baik aja. Baby heart rate adalah bagos, tetapi mommy's contraction tidak ada ye yang maha dasat. Hmmmmmm... kebalkah aku??

All this while saya adalah tidak berapa ke-cemas-an. Sbb rasa macam still long way to go. Bila dah tiba hari nya, hahhhhhh kauuuuuuuuu... cuak sey!! Rasa macam tak sanggop nak kena induce "mentah-mentah". At least kalu dah bukak 1-2 cm ke, confident la sket kan. Since induce ni nak mempercepatkan kelahiran, kalu pintu dah terbukak tu, memang la tak kesah nak induce kan. But in my case, pintu terkatup rapat. Lagu mana cheq nak induce??? Huaaaaaaaaaaaaa... harap-harap esok pagi ka, pintu dah bukak la sket. Amin amin. *Baby, tolong mommy ye*

Thru my reading, tanda-tanda nak bersalin ada 3 (kalau ada yang lelain tu, korang pepandai la):-
1. keluar tanda (show) - lendir/darah

2. pecah air ketuban (sangat jarang berlaku)

3. kontraksi yang kerap


Me????? Nan ado. Ketiga-tiga di atas adalah N/A to me. So what to do?

Apa adalah perlu dilakukan untuk percepatkan "jalan" keluar tuk baby?? Orang kata :-

1. jalan banyak-banyak - CHECKED! --> kat opis dah macam lipas kudung aku ke hulu hilir. tak cukup lagik ka???
2. mencangkung - CHECKED! --> sepanjang MC ni (fyi, haku MC dari 31 May sampai la ni. Sbb nya doc kata baby kena kuar awal, tp x jadik. So dah berkurun haku dok umah ni tunggu bila baby nak kuar. Huhuhuhuhu) membasuh baju guna tangan je, sambil mencangkong kat bilik air tu dengan harapan cepat lah "pintu" terbukak.
3. make l*ve - errrrrr no komen. Hal dalam kain mana leh canang kat orang kan. Dosa :p hua hua hua.. tapi wonder lah. Dalam perut besaq membuyung cenggini, lalu ka nak berasmaradana? Adoi laaaa.. teori yg bagus tapi sukar tuk dipraktikkan.
4. turun naik tangga - ni haku tak buat. Kompem! Sbb umah aku tingkat 12. Tak kose aku nak turun naik tangga la kannnn. Hehehehe opis pun tingkat 9. Tak kose gak nak turun naik tangga. Lagipun, risiko tuk jatuh tu tinggi la (hah, alasannn sangat kan bunyinye).
5. minum air akar siti fatimah/ selusuh - CHECKED! --> tapi haku minom air akar siti fatimah jek. Selusuh takdo.

Tips lelain banyak. Tapi maleh dah nak type. *Pempuan mengandong maaaa... penat kan type panjang lebo* As of tonight (morning dah kot ni kul 12.36am).. baby sangat2 lah ke-aktif-an. Maybe sebab minom air kelapa kot siang tadi. Tgk bola South Africa vs. Mexico, rasa macam baby pun tgh main bola dalam perut ni. Sakan abis.

Memandangkan esok daku akan menyerahkan badan ini kepada doctor untuk di-induce, saya mengambil kesempatan ni untuk memohon ampun dan maaf kepada sesapa sajek yang baca atau TERbaca blog picisan saya ni. Kalau ada terkata, terumpat ke, termegah ke, ter-show off.. mintak mahap ye. Memang ahkak tak sengaja. Tak de niat pun dan mungkin tak terperasaan. Ampun ye semua. Sila doakan urusan bersalin saya ni, dipermudah kan oleh Allah swt sebagaimana Dia permudahkan urusan bersalin Maryam ketika melahirkan Isa a.s. Aminnnnn... Doakan saya dan baby selamat ye.

Sebelom ai mem-berambos-kan diri sniri, sila lah tatapi perut muncit ai yang diambil masa babymoon kat Pullman ari tu. *Oh, entry pasal Pullman tu nanti haku citer masa confinement nanti ye* Pic ini di ambil semasa kandungan 31 minggu. Sekarang ni beso sket la dari ni.



Yours truly,
Ooooooohhh berdebar-debar rasanya.. kali pertama bertentang mata.. oooo iiiiiinii la pengalaman... harus ditempuhi tiap insannnnnn.. (lirik lagu Ahkak Ogy.. tetiba teringat lak)
XOXO

2 || shades of life ||:

Shikhin Ishak said...

mommy,good luck!!baru nak letak gambar..baby boy eyh??

:: || Mrs. Izwan || :: said...

puan siken.. Thanks bep. Yeah baby boi. Doakan semuanya selamat dan mudah yek. .)