Baru jap tadi saya type punya la tak berapa panjang an entry to be published. Bila click je button PUBLISH POST, tupppppppppp tiba² blogger buat hal daaaaaaaaa..... huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sori la den nak menaip semulo kan. Memang siot jek buang maso den. Cis cis cis.. dah la agak panjang lebar haku citer. Huwaaaaa sunggoh menguji keimanan ku.
Anyway nak tanya ni, korang penah tak basuh baju, pastu baju tu turun kaler? Contoh, baju tu kaler putih, ada bunga² sulam warna warni. Akibat merendam semalaman (rendam sebab baju tu kan putih, kalau tak rendam nanti kang tak putih la pulak kang, kot² ada kesan kotor yang tak perasan kan) bunga yang warna-warni tu turun la plak warnanya mencomotkan base baju yang berwarna putih tu. Apa korang buat?
Dah try guna varnish tapi tak berkesan. Varnish yang putih tak berkesan, yang utk color tu pun tak berkesan. Huhuhuuhu help.. baju tu baru pakai skali. Pastu baju tu cotton material fyi. Uhuk uhuk uhuk tadi telah sempat singgah sebentar ke IOI Mall dan terjah ke Ace Hardware (walaupun jalan jem cam nak mati). Ni semua gara² hubby baca dalam internet, ada org suggest guna Dylon for run-color remover. Dah beli, tapi belom cuba lagi, esok kot. Nanti kalau dah cuba, I update ye. In the meantime, kalu sesapa penah encounter this situation, sila lah share kan bersama² saya yang runsing ini. (Hover!!)
Yours truly,
Bengang nak mamp*s ngan blogger! Penat tauuu I type!!!!
XOXO
Wednesday, March 17, 2010
Boleh takkkk????
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 10:34 PM 0 || shades of life ||
Labels: Luahan Perasaan
Friday, September 4, 2009
Bengang!!
Agak bengang lah dengan orang itu yang kat situ tu. Menunding jari salahkan orang lain bila kerja kau tak buat! Macam harem kan??
Bongoks!!
Blah lah kau!!
* Sila abaikan rasa amarah saya ini. Tak mengapa sebab saya tidak diperlukan untuk berpuasa pada ketika ini dan beberapa hari ini... *
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 5:36 PM 3 || shades of life ||
Labels: Luahan Perasaan
Friday, August 14, 2009
Hari ini saya sedikit tensi
Ha ah! Betul!! Saya dan somi *agaknya lah somi pun tensi kot??* sedikit tensi. Berita yang baru kami terima tidak begitu memberangsangkan. Tetapi bak kata somi, ada hikmahnya. Insya Allah. Allah tentu lebih arif tentang perjalanan hidop kami. Kan? Pasti Dia sudah tentukan apa yang sepatotnya kami lakukan. Sedih, tapi pasrah jek ler.
Tapi, dengan berita itu, bermakna boleh lah saya berangan-angan untuk siapkan rumah yang terbengkalai ni. Dah setahun + kami duduk kat umah ni. Tapi baru beberapa bahagian siap di-furnish. Nampaknya, tahun ini, dapat lah saya beraya dengan kitchen cabinet dan peralatan rumah yang baru. *kalau saya tak melencong beli benda lain lah pulak huhuhu* Saya rasa, susah betul nak set kan aim kita. Contohnya, kalau nak buat kitchen cabinet sekian-sekian bulan, tapi bila sampai bulan tu, sure melencong buat benda lain. Kamu pernah tak alami macam saya alami? Tak fokus, tak fokus!! Saya dan somi dah aim mahu buat kitchen cabinet sejak tahun lepas. Sampai tahun ni, masih tak berbuat. Isk isk isk. Inilah orang Melayu! *errrr apa kena-mengena daaa* Ya, lah. Kan ada satu lagu, masa saya zaman sekolah-sekolah, pergi kem motivasi, Melayu Mudah Lupa. Errr tu bukan lah tajuk lagunya, tapi bait-bait lagunya ada sebut Melayu Mudah Lupa. Ya, saya lah Melayu yang mudah lupa dengan janji-janji sendiri. Agaknya, kalau lah Sang Rumah saya boleh berkata-kata, mesti dia tuntut semua janji-janji saya pada dia kan...?
Saya hutang wallpaper, kitchen cabinet, shoe cabinet, xxxxxx, xxxxx xxxxx, xxxxxxx dan curtain raya pada Sang Rumah . Okeh okeh satu hutang dah langsai, lagi 2 minggu kitchen cabinet akan dipasang. Yang lain-lain? Ermmm tengoklah wahai Sang Rumah, kalau saya berkemampuan, saya akan tepati janji saya pada kamu ye. Doa kan lah tuan rumah mu ini dilimpahi rezeki yang tak terhingga.
Saya juga berhutang sesuatu pada tubuh badan saya. Ya, saya janji nak bagi dia bentuk yang lebih menawan dan anggun. Tapi setelah hampir seminggu saya berdiet, hanya kurang lebih kurang 1kg. Apa lah daya saya? Saya sudah tidak makan nasi selama 1 minggu. Makan sop sayur, makan ayam bakar, makan buah naga. Itu sahaja. Tapiiiiii.. haih, sabar ye tubuh badan ku. Tak lama je lagi. Nanti bulan puasa, insya Allah, kamu akan menjadi anggun mempersona *itu pun kalau saya tak makan banyak masa berbuka hik hik hik sangat kejiiii*
Dan terakhirnya, saya berjanji kepada Si Oren, untuk membersihkan dia, dan menjelitakan dia. Ermmm itu janji somi saya kot kepadanya. Nanti saya akan kerah somi saya untuk bikin Si Oren menjadi cun dan berkilat-kilat.
Hmmm.. maaflah saya banyak menceceh. Kalau dalam mood tensi, memang lah saya begini. Semua benda saya fikirkan. Esok saya ada physio lagi. Lagi 1 minggu saya akan mula kerja *tidakkkkkkkkkkkk* Kerja kerja kerja! Arghhhh pastinya kerja saya menggunung kan boss? Malas nya nak pergi kerja setelah lebih sebulan bercuti. Mak saya kata dah macam coti bersalin pulak. Heh.. haih!
Dan saya punya tensi tadi, saya cakap kat somi nak beli buah naga lagi 10 kg. Somi saya gelak je tengok perangai istelinya yang dah sewel ni.
Oh, btw, sempena Ramadhan ni, saya mahu muncul dengan imej baru. Wah wah wah. Berdebar-debar saya.
Saya sesonggohnya mahu pergi bercoti!! Arghhhhh TENSIIIIIII!
Okehlah, saya nak berbaringan sambil melayan perasaan. Selamat bekerja wahai rakan-rakan ku. Jangan cemburui saya ya :p
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 1:59 PM 3 || shades of life ||
Labels: Luahan Perasaan