Yeap, yang ke 31! Ye.. saya sudah 31 tahun, tapi masih kelihatan muda :p
I had earlier birthday celebration with my fellow girlfriends and it was a blast one! Memang best giler!!! We had soooo much fun! Thanks dear friends.
Saya juga sedang berfikir nak hadiah apa from hubby, sbb dia tak tau nak hadiahkan apa, and let me decide what to have.
And last night, I supposed to have dinner with my mertua tapi balik dari ofis terus tertido sampai jam 10+. Penat giler!!!
Well ok, hari ini saya mahu ke Bangsar Village untuk membeli-belah barang baby. Mereka ada Mothercare yang sangat besarrrr.
Berat baby saya sudah 333g+/-49g. Dan saya sudah tahu gender baby saya. Yipppeeeeee.. ♥
XOXO
Saturday, January 23, 2010
It was my birthday yesterday!
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 9:17 AM 2 || shades of life ||
Labels: B.a.b.y, Personal Development
Saturday, December 19, 2009
Bila mabok dan pening yang melampau..
Nak keluar rumah pun malas!
Tension la jugak sebab cuti kan. Grrrrrrr! Semalam sempat pegi Mid Valley, tujuan utama nak pegi MPH beli buku. Sukses! Tapi on the way back muntah2 dalam kereta. End up, tak jadi nak dinner kat luar. Terus balik, singgah Ayamas, tapau roasted chicken.
Hari ini, pada waktu ini, masih bermalas2 lagi. Hummmppphhhh nak keluar pun tak lalu. Perut adalah sangat lapar tapi nak makan apa pun tak tau. Pagi2 tadi dah muntah kuning. Yucks.. pahit okeh!
Nak keluar makan pun tak tau nak makan kat mana. Kang ada yang En. Somi tanya nak makan apa, haku tanya dia balik nak makan apa, sampai ke sudah tak makan.
Hmmmm nak kena carik ilham pulak nak makan apa. Susah betul. Cerewet sungguh baby ku ini.
Yang lapar tapi tak tau nak makan apa,
XOXO
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 12:47 PM 1 || shades of life ||
Labels: p.r.e.g.n.a.n.c.y, Personal Development
Friday, December 18, 2009
Salam Tahun Baru : Tahun Hijrah buat saya
Salam,
Tahun baru ini merupakan tahun yang betul² membuatkan saya hijrah. Hijrah dari seorang isteri kepada seorang ibu (Insya Allah kalau ada rezeki dari Allah). Azam saya sangat simple. Saya mahu jadi isteri dan ibu yang terbaik buat suami dan anak yang bakal saya lahirkan. Most importantly, hijrah menjadi insan yang lebih baik terutama kepada suami dan anak saya.
Saya rasa tahun ini sungguh bermakna buat diri saya. Sangat!!
Salam Maal Hijrah kepada semua,
XOXO
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 8:28 AM 0 || shades of life ||
Labels: Personal Development
Wednesday, September 2, 2009
Ding dong
Itu lah keadaan saya di saat ini. Demam dah kebah skit. Cuma malam jek temperature naik sket. Somi saya kata demam kura². Errrr... ada ek camtu?
Tapi batuk kong kang kong kang ngalah ayah saya yang 24 jam isap rokok tu. Perit tekak ni. Dan kering plak tuh.
Kalau sok tak 100% semboh haruskah saya jumpa doctor lagik??
Hmppphhhhhhhhh
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 12:03 PM 5 || shades of life ||
Labels: Personal Development
Tuesday, September 1, 2009
So many things, so little time..
Saya masih dalam mode demam. *dizzy* *batuk²* *lengoh²* *tak larat* etc etc etc... Saya dapat MC 2 hari and doc said after 3 days tak baik jugak, jumpa dia balik or refer to any hospital.
ZzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz...
Eh hello.. dekat FB saya ramai kata saya kena H1N1.. sabaq je lah haku. Saya pun tak tau dari mana saya dapat virus demam ni. Yang pasti nya memula sekali saya batuk² dan tekak rasa kering² dan ada k*hak yang tak dapat dikeluarkan. Tekak sakit macam nak demam. Actually saya mula nak demam ni lepas balik dari pasar ramadhan petang semalam. Wah setelah 10 hari, baru lah pertama kali saya jejak kaki ke pasar ramadhan. Dah tu, demam lak balik dari pasar ramadhan. Sabaq je haku! Mungkin jugak demam terkujat kot beli AYAM PERCIK harga RM6.50 seketul. Terkejut terus demam. Hi hi hi... Giler betul kan?? Pertama kali dalam hidop saya beli ayam percik semahal nih. Saya beli 2 ketul = RM13. Boleh dapat sekor ayam hokeh!!
Atau mungkin juga saya demam ni disebabkan habuk. Sejak sabtu, somi mulakan operasi spring cleaning. Habis satu rumah di spring clean. Berterbangan habuk ke sana sini. Saya yang sememangnya tak tahan ngan habuk, cepat betul sakit tekak. Hmmmm tak tau lah mana satu puncanya. Cuma harapnya bukan lah benda² merbahaya macam H1N1 ke. Selisih malaikat 44.
Ada banyak saya nak cerita.
1. Tentang pertemuan saya dengan 2 blogger.
2. Tentang janji² saya terhadap sang rumah yang telah berjaya di lunaskan - Kitchen cabinet sudah dipasang, wallpaper sudah dipasang, curtain baru dalam proses. Carpet baru sudah di temui. Yeay! Rumah saya sudah complete sekarang. Cuma perlukan "bunga²" untuk menghiasi dan menceriakan suasana.
Nanti saya cerita ye..
Dan sekarang saya adalah sangat tidak larat. Pagi tadi badan saya adalah sangat panas. Baru sekarang ni, lepas makan ubat, baru lah larat nak bangon. Saya perlu makan ubat. Errr ubat lagik!! Tak larat dah nak makan ubat! But this time doctor cuma bagi ubat untuk 3 hari jek. harap² esok lusa saya semboh.
Doakan ye kawan².
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 3:03 PM 5 || shades of life ||
Labels: Personal Development
Thursday, August 27, 2009
Imej baru saya?????
Okeh, obviously gambar ini di pilih atas dasar faktor-faktor kekurusan yang didapati dari shot ini. :p Giler keji!!!! Hua hua hua hua *wahhhh buat entry dari opis, mementang boss takde*. Tuan punya blog dikelilingi dayang-dayang yang cun lagi anggun *termasuk tuan punya blog, agak cun la jugak kan :p*
* Selamat bekerja semua! *
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 12:12 PM 6 || shades of life ||
Labels: Personal Development
Friday, August 14, 2009
Physio Saya yang menyayat hati
Ini kesah hari Rabu lepas. Saya sunggoh malas nak update semalam. Apa telah jadi dengan physio saya? Sangat sedih! Okeh, okeh, takde la sedih mana. I kan over! Tetapi sangat mencemaskan jiwa dan raga saya.
Hasil dari pemeriksaan physiotherapist saya, dia dapati satu badan saya adalah sangat tegang. Dia kata saya adalah sudah over-used spine saya. Erkkkkkk!! Cemas giler masa tu! Semua ini adalah gara-gara saya ke KLCC tempohari, dan oh Alamanda! Tetapi, *masih nak back-up diri lagik* saya tidak lah berjalan lama sangat. Those were the shortest trip to shopping mall I ever encounter ok!! Seyesly! 1 jam+ sahaja. Itu pun termasuk saya duduk-duduk untuk bersenggang.
Physiotheraphist saya kata lagi, saya tak gunakan otot perut. Dan tak exercise *kantoi!!!* She knew sebab perut saya lembik seems like takde exercise perut pun. Errrrkkkk. But I told her that trip to mall tu dah few days back. Takkan baru now sakit kan? She said memang macam tu. It wont sakit on the spot. It took days to sakit. Pulak tu somi saya jadik nasi tambah! Tambah-tambah pulak dia kat therapist tu kata saya jalan lama sangat lah, saya tak guna perut lah, saya main komputer lama-lama lah, duduk lama-lama lah. Nasi tambah kan dia? Sabar je lah! *memang nak kena dia ni* Pastu siap kantoi kan saya kata saya gi Alamanda jugak. Errkkk, saya bitau KLCC jek. Sabo sangat kan??? Iskkk!!
Alololololo camna? Saya sangat panik masa tu. Terus terbayang kena masuk balik hospital dan undergo the operation again!!! *tahu takut!* Sebab somi saya ada bitau saya, kawan dia sorang buat operation macam saya, sebab dia tak jaga, lasak sangat, dia kena buat operation again. *adakah somi saya nak menakut-nakutkan saya?*
Tapi tahu tak kenapa saya tak bersenam, tak exercise abdominal muscle saya? Sebab, saya ni ada masalah tak reti nak exercise otot perut. Bila tahan perut je, bahu saya semua lenguh-lenguh dan tegang-tegang-tegang! Saya ni cacat ke ek? Asal tarik nafas je, dengan bahu-bahu semua saya angkat. Iskkkkk
Kata-kata akhir dari therapist saya setelah aktiviti physio dilakukan, please exercise perut tu! Sangat penting! Kalau tidak, I'll keep on "abuse" spine saya. Nanti memang confirm akan sakit balik. Tapi dia kata, nanti sakit-sakit ini akan hilang, dont worry. Tapi kena buat apa yang dia suruh. So, moralnye, balik je rumah, wahh, dengan tidak semena-mena lah saya terus bubuh hot packs, exercise perut, somi saya pun terus rajin urut belakang saya tetiap malam. Hik hik hik
Moralnya, itu lah manusia. Bila dah terhantuk, baru kelam-kabut nak fix balik. Alhamdulillah, after 2 days, belakang saya sudah tidak sakit lagi. Tetapi kaki saya sangat lemah. Terketar-ketar bila nak bongkok. Oh ya! Saya sudah belajar untuk membongkok juga! Tapi susah nak membongkok. Rasa sakit tegang-tegang tulang belakang saya. Ngeri pun ada. Tapi therapist saya kata sakit itu adalah normal, sebab baru lepas operate kan. Dan saya jugak dah naik beskal exercise for 10 minutes. Rasa berkarat dah kaki-kaki ni. Dah berkurun rasanya tak bersenam!
Bila lah nak baik ni? Saya tak sabar nak bergerak seperti biasa, erkk tiada istlilah BIASA dah untuk saya lepas ni. Kena jaga posture all the time! Boring! *Exercise lah kalau nak baik cepat!!- somi saya kata dalam nada cik Joyah * Dan lagi dia kata "Cuba you jangan main komputer langsung the whole day besok. Tengok sakit leher dan bahu lagi tak. Mesti takde dah." Somi saya "menuduh" saya mengadap computer lama sangat yang buat saya sakit bahu sebenarnya. Erkkk matilah kalau saya tak main computer sehari. Ini kembar saya okeh! Dia sememangnya tak senang hati tengok saya berkepit ngan lappy. Bluuuweeeekkkkk!
Mari bersenam bersama saya! ;)
-Al-Fatihah untuk Arwah Ustaz Asri (Rabbani), semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan yang soleh dan solehah- *ramai betul orang meninggal lately*
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 9:14 AM 5 || shades of life ||
Labels: P.I.D, Personal Development
Wednesday, August 12, 2009
Saya sangat malas...
...... untuk pergi ke physio!
Ya, hari ini dan hari-hari yang berikutnya sehingga lah saya betul-betul pulih. Saya juga seorang yang pemalas untuk melakukan physio dirumah. Dan, saya tidak melakukannya langsung dirumah!! Dan saya tipu physiotherapist saya bila dia tanya ada buat kat rumah tak? *adik-adik, jangan ikut perangai akak ye*
Saya pun tidak tahu mengapa saya begitu malas untuk melakukannya dirumah sedangkan amatlah penting untuk saya melakukan physio itu. Kaki saya sangat lemah. Kalau diangkat, terketar-ketar, itu pun masih saya malas! Haiah!!! Apa mahu jadi lah dengan saya ini!! Bahkan, kaki kanan yang numb sebelum operation pun masih tidak baik-baik sehingga kini. Dan malam tadi, saya cemas gile, kerana kaki kanan yang numb itu tiba-tiba numb yang teramat! (Last time saya ada bagitahu yang numb tu sudah kurang 20% kan). Dan malam tadi, tidak semena-mena numb tersebut menjadi 100% semula. Dan, saya pun dimarahi oleh somi saya. "Hah, baring senget-senget, mana lah tak sakit" "Bla bla bla bla" *sunggoh bingit bila lelaki membebel kan*
Sebenarnya saya bukanlah pemalas. *memang malas pun sebenarnya* Tetapi saya juga telah TERLUPA step-step yang telah diajar oleh physiotherapist saya. Oh, jangan salah faham, saya tidak belom tua sehingga terlupa. Cuma daya ingatan saya lemah sikit sejak sakit ni *alasan!!* Jadi, hari ini, saya telah memaksa meminta somi saya menemani saya ke physio supaya beliau boleh tolong ingat apa step yang perlu dilakukan.
Oh, betapa saya sangat perlu untuk melakukan physio setiap hari! Jangan malas! Jangan malas!! Ya, saya tahu impact nye sangat besar jika saya tuang (read: ponteng) physio! Saya tidak akan pulih sepenohnya jika saya tuang! Tetapi saya malas. Bagaimana?????
Malas ini sudah lama bertapak di dalam sanubari saya. Sejak zaman Uni lagik. Saya selalu tuang kelas. Nak buat camna?? Bak kata orang putih, it's in the blood :p Tetapi saya pintar, tak pergi kelas pun saya boleh score *muntah darah la ye saya puji diri sendiri*. Jadi macam mana tu? Lagi lah membuat kan saya malas nak pergi kelas kan. So, the same goes to this physio thingy. Macam mana?
Arghhhhhhh tidakkkk.. Saya mahu baik cepat. Saya kena rajin!
Selamat ber-senam semua!
-Saya mahu pergi termenong mengenang nasib dahulu-
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 9:43 AM 7 || shades of life ||
Labels: P.I.D, Personal Development
Friday, August 7, 2009
Sudah, akhirnya!
Setelah peristiwa amuk kan saya di PCMC Rabu lepas *he he he* I managed to see the doctor today. Finally, the stitches were removed. Alhamdulillah! And the wound is nicely healed. Alhamdulillah again.
And my physio went very well. I did the usual hot pack thingy and few exercises to strengthen my muscle, the feet especially. My foot macam weak, according to the physiotherapist lah. So banyak balancing exercise untuk kuat kan muscle.Dan juga untuk kuatkan otot perut!
Oh, the doctor said that my progress is so good! It means that the surgery went very well and that I'm coping well with the "new me". He asked me to exercise a lot (especially swimming), walk a lot *yes yes!!* and even asked me to buy a more comfortable shoe ie: Nike Air, or at least Clarks, or Crocs and a clog is recommended. Yes! I like the idea. I can go shopping! It's a must kan. To make sure the healing process successful! :p (read : sila dengar cakap doctor!) And most importantly to LOSE SOME WEIGHT! Hu hu hu. My next appointment would be another 6 weeks from today. And he wanted to see slimmer me by that time. Errrrkkk...
Tapi, again, anything I do tak boleh over-do. If walk cannot be more than 30 minutes, the same goes to duduk or anything. Kena stretch out selalu. Noted! And he said I can start driving too! Coolness. Tapi My physio tak allow pulak. She said must ensure my muscle dah bebetul kuat baru boleh. So nak ikut cakap sapa?
Ok lah, saya sangat penat ini hari. Sangat! Dan esok pagi, sudah pasti saya akan ajak somi saya exercise di shopping mall sambil mencari kasut yang Dr. Jag suruh :p *ha ha ha*
Happy weekends uols!
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 4:32 PM 6 || shades of life ||
Labels: P.I.D, Personal Development
Thursday, July 30, 2009
Saya gumbira
Apa yang akan kamu lakukan bila kamu gumbira? Tepuk tangan? Melompat kegirangan? Menari terkinja-kinja?
Saya hanya mampu mengucapkan Alhamdulillah, tiada kata yang lebih afdhal untuk diucapkan (read : saya takleh lompat.. nanti terpeleot pulak pinggang saya. Jadi saya lompat katak dalam hati sahaja).
Saya gumbira kerana beberapa perkara telah akhirnya selesai. Alhamdulillah sekali lagi. Tak sia-sia saya tidak berputus asa. Rezeki ada di mana-mana. Jika kita tidak berusaha, kita tidak akan berjaya mengecapi impian kita. Kan? Syukur. Oleh itu jangan mudah mengalah dan sentiasa berfikiran positif. Nak lagi bagus, bacalah buku The Secrets. Law of Attraction sangat penting ;) *apa kena mengena daaa*
Walaupun saya gumbira tetapi saya tetap nak luahkan rasa nak marah saya. Nak marah sunggoh saya dengan seorang ENT specialist dari hospital yang saya masuk hari itu. Saya ni, dari kecik, memang lah hidung ni selalu berdarah. Nose bleed is my middle name hokeh. Saya pun dah lali dan tak kuasa. Lantak la ko nak darah kan. Sebab bukan mengganggu hidop saya yang ceria dan comel ini pun. I'm so used to it! Pastu si ENT specialist ni, masa saya warded and while waiting for the surgery tu, saya kan ada chest infection. So jumpa dia pasal masalah sore throat. Dan tetiba isu hidong saya berdarah naik dan dia, TANPA kebenaran saya, selamba badak mak bapak dia, telah "culturised" kan hidong saya yang comel ini. Apa tu culturised? Saya pun tak tau betul ke tak spelling ni. Tapi cam tu ler dia nyebut nya. Nak marah hokeh! Sakit giler sebab dia mcm guna satu alat ni, tajam nak mampus, cucuk-cucuk ke dalam dinding lubang hidong saya. Dua-dua belah hokeh! Macam pinch-pinch ngan laser gitu untuk "burn" blood vessel and stop the bleeding. WTF?? Awak tahu? Sampai sekarang hidong saya ni masih berdarah dan berkopeng. Elok-elok yang belah kanan jarang-jarang bleeding, now tetiap hari bleeding. Boleh tak?? Huishhh marah sunggoh saya sebab hidong saya baru lepas berdarah lagi. Pastu tuan saya kata, jangan kopek kopeng2 tu. Tapi, hello! Sure la rimas kan! Pastu rasa macam perit tau, rasa keras-keras dalam hidong saya. Sigh!
Nampaknya, terpaksa lah saya bertandang ke Ampang Puteri lak jumpa Dr. Hidong saya, Dr. Amin. Saya hanya percayakan dia untuk mencucuk hidong saya. Doctor lain jangan harap! Bluweeekkkk.
Errr.. hi hi emosi pula saya. Mungkin sebab saya belom makan obat lagi kot. Okay lah, saya nak makan obat dulu ye.
Jumpa lagi!
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 11:10 AM 0 || shades of life ||
Labels: Personal Development
Wednesday, July 29, 2009
Home sweet home
Saya sudah pulang ke rumah sejak semalam. Saya discharged dari hospital jam 5pm. Sampai rumah sekitar jam 5.30pm. Aktiviti saya sejak pulang ke rumah? Makan dan baring dan makan dan tidor. Saya tidak dapat ber-blog-ing semalam kerana tuan saya tidak on kan wi-fi di rumah. Sungguh kasihan saya. Terpaksa menunggu hingga beliau pulang. Saya tidak boleh meng-on-kan wi-fi dengan sendirinya kerana saya tidak boleh bongkok mahupun squatting. Apa-apa barang yang berada di atas lantai, atau terjatuh, maaf lah ya. Memang saya buat bodoh tak akan kutip.
Saya rindu kan rumah? Ermmmm.. soalan yang susah untuk dijawab. *tuan saya kata saya gile sebab suka duduk di hospital* Bukannya saya tidak suka pulang ke rumah, saya suka!! 18 hari di hospital memang boleh buat sesiapa pun jadik giler! Tapi, saya tidak kesah pun duduk di hospital berkurun lamanya. Kerana saya adalah seorang yang mementingkan kesihatan saya, saya lebih rela duduk di hospital untuk sembuh dari duduk di rumah tetapi tak sembuh-sembuh. Sebab, jika saya duduk di rumah, memang melasak lah saya, memang lah lambat sembuh. Moralnya, saya rindu PCMC. *giler punya perempuan*
Progress saya hari ini, setelah genap seminggu di bedah? So far so good. Belom ada kesakitan yang melampaui batas. Sakit-sakit lepas operate. Biasa lah tu. Tapi pergerakan saya sudah mula laju sedikit. Nak baring, nak duduk, nak bangun sudah laju sedikit. *tak bagus, tak bagus* saya perlu berhati-hati dalam setiap pergerakan saya. Kalu tersilap sedikit sahaja, habis lah saya! Saya tidak mahu back pain ini berulang lagi. Kerana dalam tempoh 6 minggu ini, adalah 6 minggu yang crucial. Kalau sakit belakang datang kembali, ia akan datang dan datang dan datang lagi. Tapi selepas 6 minggu ini dia baik, dia akan baik dan baik dan baik. Saya nak baik!
Abangah saya mentertawakan cara jalan saya. Sampai hati sunggoh dia itu! Dia kata saya jalan seperti robot. Harus lah kan saya berjalan seperti robot kerana pergerakan spine saya terbatas. Saya berjalan dengan menggunakan otot perut. *huishhh.. pasti saya akan ada 6 pack selepas ini* Oh, ya. Saya juga menggunakan Lumbar Support Corset. Rasa lebih yakin ketika menggunakannya. Ia men-support badan saya untuk jadi tegak. Jadi tidak lah spine saya terpeleot. *nanti saya tunjukkan gambarnye ye*
Ok lah semua. Saya ada gastric pulak. Mungkin ubat terlalu kuat. Sakit perot saya. Saya mahu breakfast dan makan ubat dahulu. Jumpa lagi!
Selamat makan pagi semua!
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 9:22 AM 2 || shades of life ||
Labels: Personal Development
Monday, July 27, 2009
Saya pening!
Sangat pening, sejak pagi ini. Rasa drowsy. Mungkin sebab saya makan cornflake sahaja pagi ini? Tapi lunch tadi saya sudah makan nasi. Namun tetap pening. Rasa loya pun ada. Alamak, kenapa ngan saya ini? Saya nak discharge dah besok. Tapi pening-pening pulak hari ini. *Sigh*
Saya yang dah pening,
Mahu ke Lala Land dahulu..
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 5:32 PM 2 || shades of life ||
Labels: Personal Development
Sunday, July 26, 2009
Hari ke-4
Ya! Hari ini hari ke-4 selepas surgery. Keadaan saya? Ya! Sudah semakin sihat. Sakit sudah kurang. Bangun, duduk, berdiri, berjalan sudah semakin selesa. Baring pun sudah laju sedikit. Progress sangat bagus *puji diri sendiri*
Saya sungguh lega dan gembira! Sangat gembira dengan development diri saya. Cuma biasa lah, keadaan lepas operation. Baru nak sembuh luka, baru nak hilang bengkak-bengkak muscle lah, baru nak sembuh luka-luka dalaman. Jadi saya sangat lah berhati-hati dari segi posture terutamanya.
Oh ya, saya juga minum air gamat. Baru sekali minum semalam. Dengan harapan boleh baik cepat luka-luka dalaman ini. Adakah benar khasiat air gamat ini? Betulkah boleh cepat sembuh? Ada sesiapa yang ada testimonial mengenai air gamat ini? Boleh lah share dengan saya. Nanti saya akan bagi testimonial tentang air gamat yang saya dah minum. Tapi previous operation saya, saya ada minum pati ikan haruan dan jelly gamat. Alhamdulillah cepat sembuh. Tapi kali ini saya sudah jelak mau minum ikan haruan. Saya cuma minum air gamat yang saya baru sahaja beli dari Langkawi beberapa hari sebelum saya di-warded-kan di hospital *macam tau-tau saja nak kena operate ye*
Oh ya, nanti, di masa lain, saya akan ceritakan mengenai pengalaman surgery Microdiscectomy saya. Masih belum saya ceritakan ye. Belom ada masa lagi saya nak berfikir dan bercerita panjang lebar mengenai operation tersebut. Sekarang ini saya sangat letih sebab leher saya, bahu saya lenguh. Lenguh sebab terlalu menjaga posture badan. Sebab kalau silap gerak sikit nanti akan sakit. Masa tidor pun, terlalu jaga sampai leher dan bahu sayalah yang menjadi mangsa.
Sorry ye, tiada lagi entri lawak atau ceria dari saya buat masa ini. Maklumlah, masih dalam mood post operation :)
Saya akan kembalikan menceriakan anda ye :p
Jumpa lagi semua!
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 1:00 PM 0 || shades of life ||
Labels: P.I.D, Personal Development
Saturday, July 25, 2009
Saya sudah mandi, saya sudah mangi *wangi*
Hi semua!
Malu saya.. saya sudah tidak dimandi dan bermandi sejak hari saya di operate. Iaitu sejak 22 July hari itu. Hik hik hik.. cuma hari ini saya berjaya mandi dengan sendirinya (read : dengan bantuan tuan saya). Saya sudah bangun, berdiri, dan berjalan dan pergi ke shower dan mandi. Hebat bukan? Ya! Dalam masa 3 hari, saya sudah boleh berjalan dan mandi sendiri. Oye oye.
Sekarang ini saya sedang duduk di atas kerusi, sambil menggunakan laptop. Oye oye.
Sakit? So far so good. Belum lagi datang sakit yang mencengkam jiwa itu. Sudah pergi jauh-jauh harap nya.
Saya sudah wangi! Saya sudah harum! Saya gumbira! :) Saya mahu makan sambil duduk di atas kerusi dan di atas meja. Oye oye.
Selamat makan tengahari semua!
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 1:15 PM 0 || shades of life ||
Labels: P.I.D, Personal Development
Friday, July 24, 2009
I CAN WALK!!!!
Yeah people!! I can now walk!! With a very very minimum pain of course!
Saya teruja! Tapi tension jugak lah bila Dr. Jag kata, saya adalah the slowest patient dia yang start walking. Tapi saya rasa saya sangat cepat. Dalam masa satu hari, saya sudah boleh bangun dan berdiri. Tapi bila saya cuba baring semula, sakit macam nak mati. Mungkin muscle atau bengkak di keliling tempat jahitan tu yang menyebabkan kesakitan teramat sangat.
Dan pagi ini, saya hanya mampu duduk dan berdiri. Bila saya cuba baring, sakit itu datang semula. Sakit yang tidak boleh saya gambarkan dengan kata-kata. Giler punya sakit. Sampai kan mengalir-alir air mata saya menahan kesakitan yang teramat. Jadi phobia pun ada.
Saya kaji, dan saya dapati, cara saya membaringkan diri dari posisi duduk sudah silap. Saya semacam menghempas tubuh saya. Jadi petang ini, Dr. Jag datang dan marah saya sebab saya masih terbaring. Dia suruh saya bangun. Tapi, helllloooo.. Dr, I can sit and stand. I have no problem with that. I'm just afraid that the pain will come back whenever I tried to lay down. Jadi, saya dengan eksyen nya buktikan kepada dia yang saya sudah boleh bangun, duduk, berdiri and walk!!! Yeah people!! I walked!!
Hari ini hari kedua selepas surgery, dan saya sudah boleh berjalan. Siap jalan keluar dari bilik. Sudah berlangkah-langkahan. Cuma kaki agak goyang sebab lama sangat dah tak berdiri. Tapi overall, it's a great walk. I can walk properly. Tahniah kepada diri saya sendiri *walaupun Dr. saya kata saya slow hu hu*
Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah. Saya yakin esok saya dah leh melompat *hover gile hokeh* Saya sangat happy. Esok urine tube dan morphine tube untuk pain reliever akan di tanggalkan. Saya harap saya sudah tidak sakit dengan gilernya lagi. Kalu tidak, pasti saya akan giler menahan sakit itu. Hik hik hik
Okay semua, saya hendak berehat. Letih jugak berjalan dengan kaki yang masih shaky dan kepala yang agak berpusing.
Sehingga berjumpa lagi, esok pagi, pasti saya kembali :)
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 7:03 PM 0 || shades of life ||
Labels: P.I.D, Personal Development
Saya sangat sakit!
Ya! Saya sangat sakit...!!!
Semalam saya sudah cuba untuk mengiring, duduk dan berdiri. Tetapi, setelah itu, saya terus sakit. Sakit yang amat!!! Sangat sakit dibahagian belakang. Mungkin otot, mungkin kesan jahitan. Tapi yang pasti di tulang belakang saya.
Saya sudah lemah. Saya sakit. Tetapi saya cuba, walaupun sakit. Doakan saya sembuh cepat! Saya mahu cepat-cepat berjalan.
Saya tidak larat untuk menulis. Saya akan cuba untuk ber-blog-ing jika saya sudah ada kudrat.
Jumpa lagi!
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 10:14 AM 2 || shades of life ||
Labels: P.I.D, Personal Development
Thursday, July 23, 2009
Post Op
Selamat pagi semua!
Belom cukup 24 jam usia surgery saya. Tapi saya sangat okey!! Alhamdulillah. Saya masih terbaring sejak semalam. Dr. Jag saya tidak benarkan saya banyak bergerak. Buang air kecil pun menggunakan tiub. Saya sedang menanti physiotherapist untuk datang dan mengajar cara untuk bangun. Saya tidak berani untuk bangun bahkan tidak lagi cuba untuk mengiring. Sejak malam tadi hanya baring terlentang sahaja. Tapi agak ngeri juga apabila memikirkan saya telah baring dan menghempap kesan jahitan di belakang badan saya. Tetapi Dr. Jag saya mengatakan tidak apa-apa.
Okay semua. Saya mahu berehat dahulu. Just a short note to say i'm fine.
Jumpa lagi!
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 10:22 AM 0 || shades of life ||
Labels: P.I.D, Personal Development
Tuesday, July 21, 2009
Malam terakhir sebelum saya di-transform
Saya sudah bertemu anesthetist dan di-explain secara detail procedure esok dan telah pun menandatangi the consent letter. Dan saya juga sudah bertemu dengan Dr. Jag saya dan sudah juga diterangkan mengenai procedure, risk, complication berkaitan procedure dan sudah juga menandatangani consent letter. Semua sudah siap! Cuma menanti waktu siang.
Untuk anesthesia, general anesthesia akan diberikan. Dr. John Doe, saya tidak ingat nama beliau (nama beliau adalah Dr. Rozaidi, selepas saya menggoogle di laman web hospital tersebut), memberitahu bahawa saya perlu berpuasa mulai jam 6 pagi esok. Saya akan dihidangkan light breakfast pada jam 6 pagi dan dibenarkan minum air putih (sahaja) sehingga jam 10 pagi. Bermula jam 10 pagi, saya tidak dibenarkan sama sekali mengambil apa sahaja minuman atau makanan. Pembedahan bermula jam 2 petang. Beliau akan memberi saya ubat tidor pada malam ini, untuk memastikan saya dapat tidor secukupnya dan beliau juga kata, saya akan diberikan ubat tidor pada esok hari sebelum dihantar ke bilik bedah bagi memastikan saya dalam keadaan yang selesa. Sungguh baguskan hospital dan doctor-doctor disini? Saya suka!
Tidak pernah saya di beri explaination yang cukup detail berkenaan sesuatu procedure yang bakal saya lakukan sebelum ini. Sebelum ini, saya penah melakukan D&C dan juga appendix operation, kedua-dua di Pantai Medical Centre. Namun, tidak pernah sama sekali saya diterangkan sedalam nya mengenai procedure yang akan dijalankan. Wah! Inilah hospital idaman saya!! 4 thumbs (2 thumbs + 2 toes) up saya berikan kepada hospital ini.
Bahkan jam 6 petang tadi, semasa Dr. Jag menerangkan mengenai procedure etc, beliau turut membuat pemeriksaan terakhir ke atas saya. Alhamdullilah, kami sangat berpuas hati, yakin, dan senang hati. Insya Allah, saya sangat yakin segalanya akan berjalan lancar. Saya tahu, saya selamat di tangan Dr. Jag yang mempunyai 15 tahun pengalaman sebagai Neurosurgeon dan juga telah melakukan thousands of spine surgery. Insya Allah!
Sekarang, saya hanya menunggu detik-detik saya akan di tidorkan. Dan oh ya, tuan saya ada bersama saya malam ini. Beliau cuti hari esok dan juga lusa. Oye oye..!
Selamat tidor semua! Jumpa lagi esok!
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 8:46 PM 3 || shades of life ||
Labels: P.I.D, Personal Development
Sunday, July 19, 2009
Saya ibarat Optimus Prime
Ya, saya masih di sini, terlantar kesakitan. Tetapi saya hairan saya masih boleh berblog. Ini adalah kerana saya sangat bosan. Tuan saya sudah pulang ke rumah sebentar tadi. Hari ini, hari Ahad, maka nya tuan saya terpaksa pulang kerana esok kerja. Esok dia akan datang membuat lawatan sambil belajar beliau pada setiap kali waktu makan tengahari dan selepas waktu kerja. Sungguh baik dia. Saya sayang tuan saya.
Tapi pada saat ini, saya bersendirian. Seperti malam-malam sebelumnya. Tuan saya hanya menemani saya pada hari minggu sahaja. Saya pun seorang puan yang baik, yang tidak mahu melihat tuan nya letih tak cukup tido dan tak tido dengan selesa. Lalu saya akan menyuruh tuan saya pulang, dan berehat di rumah. Nasib saya sangat baik kerana hospital ini menyediakan wi-fi perchuma! Ya !! Perchuma!! *Senyum sampai telinga*
Hari ini, hanya ayah saya dan abang ke-3 serta isteri sahaja yang datang melawat. Saya tidak berapa kesah pun jika orang tidak melawat saya kerana saya faham setiap orang ada urusan memasing. Tapi seronok lah bila ada yang datang melawat. Tidak lah saya kebosanan melayan diri (read: komputer) saya ini.
Oh, lupa pula saya, tajuk entri menyimpang dari isi kandungan entri. Mengapa saya rasakan diri saya seperti Optimus Prime? Ini adalah kerana saya memerlukan the matrix untuk menghidupkan diri saya semula. Tapi kerana kasihan kan tuan saya yang satu hal nak kena pergi Egypt pulak mencari the matrix, maka lebih baik lah saya jadi manusia sahaja dan menyerah diri untuk dibedah oleh doktor pakar-Neurosurgeon saya. (Note : Jika anda tidak menonton Transformer anda pasti keliru dengan cerita saya ini)
Saya selalu merasakan diri saya adalah Transformers. Saya selalu beranggapan diri saya selalu "rosak". Ya, rosak! Ini merupakan kali ke-3 saya disumbatkan ke dalam hospital. Kali pertama, saya keguguran, kali ke-2 saya operate appendix dan kali ke-3 ini masalah tulang belakang. Lihatlah betapa rosaknya saya ini. *kasihan tuan saya dapat isteri "rosak"*
:: Kerosakkan pada Mac 2009 ::
:: disertai dengan ucapan cecepat-sembuh-supaya-cepat-mai-opis dari opis saya::
Bayangkan dalam tahun ini sahaja sudah kali ke-3 saya warded di hospital. Setiap kali warded, minimum tempoh berada di hospital 5-6 hari. Tetapi untuk kali ini, pasti nya sangat sangat lama. Saya dijangka discaj pada minggu hadapan dan akan diberi 1 bulan MC *yahooooooooooooooooooooooooo* opssss maafkan saya terlebih excited pula. Tetapi sebagai pekerja yang sangat berdedikasi, saya sangat risau dengan kerja opis saya yang akan menggunung itu. Dan pastinya rakan sebilik saya akan merindui saya. Ya, saya pasti!! Dia akan tertonggeng kebosanan dan ke-frust-an kerana saya MC. *hua hua hua hua (read: gelak syaiton)* Ini adalah kerana, apabila saya tiada, dia terpaksa mem-back-up kerja-kerja urgent saya. Sungguh kasihan saya dengan beliau itu. Tidak mengapa, nanti saya belanja beliau memakan Chillis.
Saya juga rasa diri ini sudah seperti seorang Transformers adalah kerana saya akan disumbatkan "bendasing" ke tulang belakang saya bagi memulihkan keadaan saya yang "rosak" ini. Saya berdoa semoga segala urusan potong memotong, sumbat menyumbat yang bakal dilakukan oleh Dr. Jag saya itu berjalan lancar. Amin amin..
Dan saya adalah juga sudah mengantuk. Disamping rasa sakit di leher pula sebab terbaring sambil melayani blog saya ini. Nanti dengan leher saya sekali di potong pula. Saya pasti akan menyambung cerita saya pada esok pagi. Akan saya cerita kan keadaan diri saya pula. Oh, jelitawan (read: yang so-so jelita, yang lain pun ada yang lagik jelita kot) dari Russia telah dimahkotakan sebagai Ms. World 2009, baru saya tontoni di TV sebentar tadi. Moga-moga malam ini saya bermimpi jadi Ms. World pula.
Selamat Malam semua! Signing off to Lala Land.
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 10:55 PM 0 || shades of life ||
Labels: P.I.D, Personal Development