Advert

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Friday, May 7, 2010

Teknologi "gigi-biru" ...

Okeh, saya adalah pemalas tahap dewa sekali lagi untuk meng-hapdate blog saya. Bukan apa, idop tidak ceria tanpa ada gambar untuk diupload ke dalam blog . Wordings are boring without pictures. Kan??


Saya adalah sebenarnya sangat mahu memblog tentang babymoon kami di Pullman Putrajaya bebaru ini. (Ok tipu, tak baru sangat, early April ari tu) tapi adalah kemalasan mahu men-transfer gambar2 di camera ke computer. Tapi mahu juga blog sebab nak share the coolness of the room. Opppsss, apartment! Location memang la setakat Putrajaya kan, tp serious saya rasa best for a quick getaway. Nantila citer panjang bila nafsu serakah untuk men-transfer gambar2 itu telah kembali.

Buat masa ini, hanya gambar dari henpon sahaja yang mampu ditransfer ke lappy kerana adanya teknologi "gigi-biru" a.k.a bluetooth. (Hehehehe.. ) tapi itu pun takde gambar yang menarik untuk ditayang kan di blog ini adalah kerana, again, saya adalah pemalas nak amik gambar menggunakan henpon saya. Ok, itu semua salah hormon mengandung! Oh alasan!! Jangan percaya kan saya. Saya hanya gunakan alasan mengandung 35 minggu ni untuk meng-cover kemalasan saya. Hehehe.. ye lah, dah 35 minggu pastinya sudah jadi malas serba serbi. Berat ooo nak bawak perut. (Konon la kannn..).

Ok, akhirnya baru sat ni saya berjaya men-transfer gambar2 dr henpon ke lappy ni. Ok, 1st time ye sebab ini adalah lappy baru (saja nak bitau ini lappy baru, ok saya tau saya keji :p). Mudah rupanya. Cuma takleh nak letak watermark sebab tidak ada teknologi Illustrator di-install kan ke dalam lappy ini. (All this while saya buh watermark kat picture guna Illustrator. Kamu guna apa?).

Saya buh kat sini picture babycot yang telah berjaya di transfer secara "gigi-biru". Babycot sudah sampai 2 minggu sudah. Kami rembat masa Parenthood Expo di Mid Valley early March (kot) yang lalu. Sekarang barang2 baby sudah 100% siap. Tapi barang mommy dia jugak yang tak siap2 lagi. sian mommy.

:: Pasti baby saya kelihatan comel dan kacak tido dan bermain-main di dalam babycot ini::

Okeh, sekarang saya nak tanya. Sapa yang baik hati nak bagi baby saya menan di bawah ini? Ini adalah untuk sangkot kat babycot yang comel di atas. Pastinya babycot ini akan bertambah-tambah comel dengan adanya menan ini (hehehehe) dan pastinya baby saya gumbira kalau menan ni tergantung di atas beliau. Menan ini boleh didapati dimana-mana Toys R' Us. Sila jangan malu jangan segan kalau anda nak hadiahkan kepada baby saya nanti hik hik hik hik.. (okeh dasar tak tahu malu.. hhehehe)..

:: Fisher Price Rainforest Peek-a-Boo Leaves Musical Mobile yang pasti menambahkan kecomelan babycot kami dan menambahkan daya kreativiti baby kami :p ::



Jadi besok adalah weekend. Apa plan kamu? Saya mahu keluar pagi-pagi menabur duit di shopping mall untuk beli hadiah Hari Ibu. Jangan lupa tau! Hari Ahad adalah Hari Ibu.

Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu. I love my Mama and my Mak.

Tuesday, March 2, 2010

Hubby's coming home soon

Yippeeeeee finally setelah penat menghitung hariiiii... I cant wait! I cant wait!!!

Baby in the womb update- masih tidak ada movement yang rancak dan tendangan yang padu dari si kecil. :( Risau ...

Besok nak pergi seek 2nd opinion. Baby, please baby.. move la sayang.. Jangan buat mommy risau pleaseeee :(

Yours truly,
Yang x sabar nak pergi KLIA ..
XOXO

Sunday, February 21, 2010

Dearest hubby part 2

Yesterday
I was at home, in the room to be exact, for the whole day. Tak tau nak tengok movie apa, sebab mostly movie somi donlod tu macam pelik2 dan seram2. Saya telah menonton sekali lagi cerita Pisau Cukur ye. Sighh!! No choice, pastu layan cerita Nur Kasih sebab nak abiskan dah abandon lama kan. Hehe.. Pastu malam tengok cerekarama pulak with mom. Terpaksa tgk cerekarama tu sebab nak force myself keluar dari bilik. Duduk lama2 dalam bilik pun boleh pening. I slept quite late sebab tak leh tido, ntah buat apa tah, browsing the net. Than sedar2 dah tertido.

Oh btw, mak ada called masa tgh tgk cerekarama tu. Earlier she said she wanna drop by our house. Tapi she called said tak jadi. Maybe will come today. Nak hantar air sekali. But I told her no need la hantar air (macam susah2kan dia pulak). Ada lagi sikit la air tu. I can just buy mineral water.

This morning

At 4am tetiba terjaga cos baby active dengan tiba2. Tendang2 perut mommy dengan activenya. Lapar kot. But i ate quite a lot for dinner last night, nasi+udang goreng around 7pm then masa tgk cerekarama tu lapar lagi, makan roti + egg and cheese. Masa terjaga around 4am tu memang tak leh tido balik until 6 lebih kot, then tertido balik sampai kul 11am. Hik hik hik.. Bangun2 terus browse internet balik. Sangat takde life kan. Baca pasal cloth diaper (CD). Macam berminat nak guna CD ni for our little guy nanti. I've read quite a lot about CD since dia pun ada macam2 brand, macam2 jenis.. quite pening jugak. But now dah 80% sure on which is suitable for our newborn. And one thing yang looks positive about this CD, memang sangat menjimatkan!!! We'll see how.

I ate my breakfast around 12+. Mom cooked macaroni goreng. Lepas makan sambung balik browse internet. Until now. But around 1 tadi break for shower :p ehehe baru mandi pagi around 1pm ish ish ish..

Well now tak tau nak buat apa, maybe will continue reading on the CD. Oh, saya mahu keluar isi minyak dan top up t&g petang2 sikit. Sambil ambik angin :)

Oh btw, td kan, masa nak amik macaroni tu, I saw a grasshopper kot kat our tong air tu. Small belalang kaler hijau. Macam mana dia boleh naik tinggi sangat sampai masuk kat umah eh? Errr I asked mom whether that is belalang ke pelesit? Errrrrrr pastu mom try to get rid of it, nak tangkap2 dia, lari2 plak dia pastu terus ilang. Tak tau mana pergi. Cari keliling kat kitchen cabinet tu tak jumpa lak. Hmmmmmm....?

Ok esok adalah Isnin and I bet the traffic pasti macam giler! Orang dah mula naik kerja, budak sekolah pun dah mula sekolah. I MUST leave the house early. By 7.15am kot. Nak elak jam. Tak larat la nak drive jam2. Hopefully berjaya lah bangun terus. Sifat hendak bergolek2 adalah sangat tinggi di dalam diri ini :p Ya!! Saya mesti bangun terus dan pergi kerja !!! He he he

Oh and tomorrow my friends and I plan to go swimming again. This time memang pastinya saya akan pulang by 830pm kerana K tidak pulang dengan saya.

ps: Yes, saya suka sebab somi reply email saya. :) Nanti malam kita chit chat.

Please do take care and be good.

Yours truly,
Baby and mommy nak baring-baring. Jom baby!

XOXO

Saturday, February 20, 2010

Dearest Hubby

What I did while you're away...

Thursday- 18/02/2010
Masa 1st day I drove to work, lega sangat sebab traffic still smooth. Lalalallaa je bawak keta. Keluar rumah at 8am. By 8.30 am dah sampai office. Syok wooo.. :) I bet you missed the traffic kan hehehe.. Budak2 stil cuti sekolah + orang masih cuti for CNY kot. That's why kot. Pastu masa lunch my friends and I went to Pavilion for lunch, kitorang makan Nando's. Masa on the way back to office, somi called bitau baru sampai. Boy, I'm damn excited to see "strange" international number appeared on my phone. I knew it must be you. Memang rindu abis la.. hehehe (padahal baru 1st day kan.. over ek). Lagi excited bila somi hantar email with the photos tu. Ok, you have promised kan nak bawak me and baby jalan2 main salji kan nanti. I keep the promise tau!!!! Tipu dosa!! :p Please send more emails with pictures pleaseeeeeeeeeeeeee....

I went home late hehe coz pegi swimming with my dear friends. Ok, I promised you to come back at 8.30pm kan. But after swimming we went eating at Sakae Sushi. Lapar lah! Tapi no worries cos I went back with K. Her hubby picked her up kat rumah kita. I reached home by 10.30pm. Opppsss terlebih sudahhhh... And that night I called you and you talked to baby :) Comel baby tendang handphone bila dengar suara daddy. Mommy shocked baby extreme tetiba. Hehe.. anak somi sangat comel okeh.. :)

Friday - 19/02/2010
I woke up early coz tunggu somi tak sms sms ... pastu solat Subuh, golek2 kejap, you called (best!!!) then basuh baju and mandi to work. I left the home at 8am again today. And again by 830am dah sampai ofis. Soka gile!! Jalan tak jem. How I wish traffic macam ni tetiap hari. Sure heaven kan. Today rasa bosan cos no calls or sms from you sbb somi travel to Chayvo by train kan. No coverage ek? Btw, kat ofis takde la stress sangat cos I've done with my work. Yang kena prepare documents cam gile tu kan. Alhamdulillah, all in progress and in order. So my boss pun tak cakap banyak and tak kacau sangat. Hehehe suka suka!! Tapi siap lah hari Isnin pasti stressfool! Sebab nak kena send out those documents. Bohsannnn!! Pastu Monday baru buat my monthly end-month routine tu kot. Boss said it will be as usual. So I'm quite broke sementara nak tunggu end month :D

I went back around 6.30pm. Jalan tak jem macam selalu. Still smooth la. By 7pm dah sampai rumah dah. I didnt took my dinner pun semalam. Balik, rest2.. main2 internet, pastu tertido. Luckily tak terjaga tengah2 malam kelaparan. And baby pun mcm paham2 je tak banyak kerenah pulak dia. Kalau tak, bila tak dinner sure pening la apa la kan.. tapi semalam okeh pulak. Baby sian kat mommy dia kot. Tapi tido tak lena sangat sebab sikit2 bangun check phone. Mana tau kot somi ada sms. Tapi takde. I know, somi masih dlm train kan.

This morning - 20/02/2010
I update my blog. I saw my visitor ada dari Russia. Was it you? Somi, while I'm typing this, baby's kicking. Maybe lapar kot. But I took 2 slices of bread and cheese tadi. Maybe baby still lapar kot. Gonna eat another set of bread and cheese with fresh milk jap lagi. We teribbly missed you! Tak puas cakap ngan somi tadi. Tak sampai 5 minit pun. Btw, mak ada call and asked whether I want anything from pasar. Dia beli ayam for me, but I told her we bought some foods before your left ari tu kan. Takut tak abis je. Nanti bazir lak. So mak said, she'll keep it at B*ngi, nanti dah abis stock amik je kat sana. So.. nothing much to do today. And hubby, hari ni hari Sabtu ye. Cuti :p My plan for today? I might be watching movies yang somi donload bebanyak tu. Repeat balik la nampaknya. Oh, nak abis kan tengok Nur Kasih la :p ehehehe.. I think I'll be staying at home je weekend ni. I'll update more. Watch out this space ye..

ps: you said you will top-up my touch n go. :( takde ponnn tipuuuuu... :p sib baik isteli ada cash nak bayar toll.

Yours truly,
Ye ye baby.. jom kita makan dulu.. :)
XOXO

Being hubby-less at 6 months old

As usual, mukadimah would be.. lama tak hapdate, takde mood, tak tau nak citer apa bla bla bla.. sighh!!! Padahal quite a lot of things to share in here especially about my pregnancy. Tapi, MALAS!

Ok, now dah rajin dengan tetiba. All because I'm all alone, husband went outstation for 2 weeks. Alaaa 2 weeks je. But being pregnant, tetiba jadi emo okeh. Rasa sunyi sangat takde hubby around, rasa bilik tetiba sangat kosong. And some more, communication susah sangat. Sukar untuk mengubat rindu. The place he went tidak ada Maxis roaming and he was given a local number. Dah la mahal giler for me to call him. RM2.28/minit. :( Pastu office dia pulak block chatting punya application, so his co's laptop takleh nak berYM ke, gtalk ke, even facebook punya chat pun blocked!!! Pastu he had to travel to other site from his current base by train for another 14 hours dan sepanjang 14 hours tu no coverage means no call no sms. Double sad!!!

Now baru baru 3rd days he left. Tapi rasa boring giler and rasa tak tau nak describe camna. Anyways, while I'm typing this, dear hubby just called. Tengok number je dah rasa berbunga2. :) Panjang umur dia. Tapi as usual, cakap tak sampai 5 minit pun. Because dia adalah sangat sibok. Banyak keja nak kena settle dalam 2 weeks. I can only talk longer (less than 15 minutes) after his working hours. Itupun dia dah penat and nak tido cos the weather there is freaking cold, snow lebat gile and he's now caught a flu pulak. Haiyoooo. Hopefully he'll be recovered soon.

He's now arrived at the town after 14 hours journey by train and now in the car heading to the site which took another 1 1/2 hours. Dan sekarang tengah ribut salji yang mild. I pray for your safety and we (me and baby) missed you very very much :( Somi... i love you!!!

Ok now about my 6 months baby in the womb. This cute little precious "guy" inside me pun rindu kat daddy dia. Last 2 nights hubby called, I put on the speakerphone and letak atas perut bagi daddy dia cakap ngan dia. Dia punya excited sampai tendang2 handphone tu. All this while, kalau hubby letak tangan dia tendang, tp kalu takat dengar suara dia buat dek jek la. But surprisingly, dengar suara je thru the phone pun dia tendang. Obviously he knew that daddy is not around and he missed daddy too. Cuteness!!

Oh yeah, the precious little one is a HE. We scanned at the 5th months, my gynae said nampak macam HE. Tapi she dare not confirmed and asked us to wait till the next check-up, which was last Saturday. So last Saturday, scanned at 6th months and she said it looks like a HE again. Tapi my baby tak mau tunjuk sangat. Dia sorok-sorok. Tapi Dr. Seri confirmed boy. Takpe lah baby, mommy beli baju semua warna natural. If boy boleh pakai, girl pun boleh pakai. :) But I think its a BOY lah.. :)

Now baby dah start actively kicking. Tapi normally cuma at night time la paling active, while me tengah baring2. Kadang2 kat ofis pun ada rasa dia gerak2 bila me tengah sit still buat keja. The 1st I felt the movement masa 5th months. Tapi sikit2 je. Started with butterfly flutters and at the end of 5th months baru rasa gendang2 kat dalam. Tapi mild la. Now baru lah rasa gendang kuat sikit. The feeling is sooooooooo undescribeable. Macam sooooooooo precious. And it can make you smile sorang2. :) I'm so blessed and grateful sangat been given this opportunity. Syukur Alhamdulillah. Even tho it took a while (3 years ye) to experienced this, but it's all worth it.

*Ya Allah, kau kurniakan lah aku zuriat yang sihat, sempurna sifatnya. Amin...*

My morning sickness dah reduce a bit. Since few weeks back. Kalau tak asik muntah pagi2. Muntah je la. And pening2 sikit. Tapi as of few weeks back, muntah kuning di pagi hari tu dah takde and pening waktu pagi pun dah kurang. Like this morning, Alhamdulillah sangat, rasa kuat je :) Maybe sebab hubby takde kot.. automatically body ni pandai nak adjust jadi survivor hehehe..

Ok lah peeps.. I'll continue in my next entry. I wanna share the baby scanned photo. Bentuk muka dah nampak, dagu kecik macam mommy dia, mata ikut daddy dia. :) See you soon..

Yours truly,
Saya yang kebosanan dan mungkin akan melayan movie yang telah dibekalkan oleh Somi saya sebelum dia berangkat..

XOXO

Thursday, September 3, 2009

Back to work (again)

After 2 days of MC, dengan lemah gemalai nya saya melangkah ke ofis. Huargggghhhhhh.. demam sudah kurang, tapi batuk kong kang kong kang masih ada. Tapi luckily kat ofis ni, batuk kong kang kong kang saya tidak bertindak liar. Masih terkawal. Sib baik. Kalau tak harus lah si roomate saya Id* lari sorok bawah meja. Hik hik hik

Hari ini saya adalah akan pulang lewat kerana para jeliwatan geng-geng mulut puaka akan berbuka puassa di Shangri-La KL. *geng-geng mulut puaka adalah kami si jelita 6 orang :p (nama group memang tak hengat nye dasat)* Waaaahhh wahhhh wahhhhhh... perghhh tempat nak buka tak hengat-hengat. Sapo lah punya idea ya.

Picture dan gambar makanan pasti akan menyusul di next entry ;)

Buat masa ini, saya mahu sambong kerja.

Selama berbuka semua.


* Kasihan somi buka sowang-sowang, isteli nak gedik-gedik buka di luar ye. *

Monday, August 24, 2009

saya takde masa

untuk update blog!!!

Sekarang ini saya di PCMC tengah berbaringan bubuh hotpacks sambil kepoci di blog-blog orang.

Balik karang saya update dengan cerita sensasi :p

Saturday, August 22, 2009

Puasa Pertama Saya

Hari ini saya telah merayap ke IK*A untuk membeli beberapa barang yg telah saya "hutang" dengan bilik tidor saya. *Yes, finally bilik tidor saya sudah siap sepenoh nya* Dapat lah membuang sedikit masa yang banyak ini, jadi tidak lah terasa sangat lama nak nunggu waktu berbuka *hehe ampon, saya memang seperti kekanak nunggu waktu berbuka :p*

Saya sangat bersyukur kepada Allah swt yang mengurniakan hari yang amat mendung, sejuk pada hari pertama kita berpuasa. Alhamdulillah. Puasa saya pada hari ini berjalan dengan sangat nyaman dan aman tanpa anasir-anasir kehausan dan sebagainya. He he

Dan hari ini juga kami somi isteli akan berbuka puasa bersama keluarga mertua saya di B*ngi. Tetapi memandangkan saya mengambil kesempatan bulan yang mulia ini untuk menguruskan badan saya yang montel ini, saya bercadang untuk menjamah-jamah sahaja makanan. Dan makan kurma, kurma, kurma!! Ya, saya bolehhhh!!!

Selamat ber-iftar semua!

Sunday, August 16, 2009

Busy bee

Saya adalah sangat busy.

Semalam adalah seharian saya busy. Hari ini juga akan mem-busy body kan diri saya.


Hari ini saya akan ke convo adik ipar yang comel itu.

Nanti malam saya akan update blog dengan henpon baru saya. Opppss... He he he

Jumpa lagi semua!

ps: Adalah tidak sempat untuk ber-blog-walking.

Saturday, August 15, 2009

Pssstttt...

Saya mahu ke physio sebentar lagi. Dan juga pergi "me-reward" diri saya. Ahhhhhh...

Saya juga mahu makan Sakae Sushi... sunggoh teringin. Nyuuummmm!

Saya juga mahu pergi mengambil baju raya yang sudah siap itu. Yahoooooo leh raya! :p

Saya juga mahu.. mahu.. mahu.. yes yes!!

Dan jumlah kematian H1N1 setakat jam 8 pagi semalam adalah 56 kematian. Haihhhhh...!!

Ya Allah, kau hentikanlah wabak yang melanda ini. Kau selamatkanlah kami semua Ya Allah dan jauhkanlah kami dari bencana yang dahsyat ini. Amin..

Tuesday, August 11, 2009

Prince Court

Ini adalah entry ketinggalan zaman. Ini lah akibatnya apabila saya sudah tiada idea untuk bercerita. Layanz sahaja pics yang diambil semasa saya di-warded-kan di Prince Court Medical Centre. Pic adalah di ambil menggunakan henpon Norkiah Nokia somi saya. So, excuse the quality. Pic adalah random dan bercampur-baur antara 1st admission dan 2nd admission. *dan ini lah akibatnya kalau banyak kali masuk spital*

:: Ini adalah adik ipar dan bakal adir ipar saya posing di sebelah bunga pemberian opis somi saya, diorang memang suker posing :p ::


:: Kan, saya memang 24/7 mengadap lappy. Dekat hospital pon sama :p. Terima kasih kerana menyediakan wi-fi percuma. Erkkk percoma ke? Ntah² ada masuk bill kot huhuhu. Oh bunga yang didalam pic di bawah adalah yang kenit belah kiri- dari opis saya , dan yang beso kanan dari opis somi saya. Somi saya?? Dia tak bagi bunge pun. Kerana dia adalah bukan mat bunga. Dia mat motor kata membazir nanti bunga layu, buang. Erkkkk??? Kasihan saya. ::

:: Oh, bunga ini masuk di dalam blog saya kerana ia nya santek. Ini I*ma dan Pa* yang bagi, :p Rakan² lain sila jangan jeles. Oh saya tahu kamu jeles :p ::

:: Oh ini adalah muka nebes saya pagi sebelom operation. Cuma membuat muka se-kiut boleh dengan muka yang beso dolang comel itu :p Alasan : muka yang tembun itu adalah kerana saya baring 24/7. Jadi dia adalah mengembang. *graviti bep, graviti* ::


:: Oh ini adalah ketika saya melakukan nerve test. Untuk menguji sama ada nerve saya ada blockage atau tidak, or sudah damage ke tidak. Alhamdulillah, semuanya okeh. Lihat lah wayar yang berselirat satu kepala dan juga badan. Gambar, dibawah terpaksa saya blur kan sebab² keseksian dan muka pun terpaksa di blur kan sebab macam buah tembikai tah apa apa :p Nerve test ini adalah menggunakan electric current. Tapi low voltage sahaje. Sangat lama, ada dekat sejam lebey. Tzzztt tzzzttt ::




:: Ini adalah ketika saya ditolak ke OT, eh ini adalah didalam OT. Waiting room OT. Somi boleh masuk sampai sini je. Itu pun, lepas diorang tolak saya kedalam bilik di belakang tu, somi kena keluar ::


:: Gambar weng lepas keluar OT adalah tiada kerana diharamkan akibat muka sememeh saya semua orang excited nak tengok saya. Dibawah adalah morphine yang dibekalkan kepada saya kalau² sakit. Hah, itu tangan saya, bukti yang morphine itu milik saya :p ::


:: See, saya adalah tidak menggunakan morphine ini dengan banyak nya. (rakan saya Ida kata, saya adalah penghisap dadah yang legal pada waktu ini :p ) Saya hanya menggunakan 8.6ml sejak keluar dari OT. Hebat sungguh saya. Hehehe *sempat vangga kan diri tuh* ::


:: And finally, my precious baby stitches saya yang tak berapa comel itu. Erkk dan rashes pulak tu. Lama sangat tutup, baring lak tu, berpeluh² dan akibatnya adalah rashes. Tak panjang, 2cm jek. Tapi hazab tak hengat! Oh skrg dia sudah terbuka bebas. Gambar ini semasa stitches belom di-remove. Ini adalah semasa hari saya amuk di specialist clinic sebab doctor takde. Nurse tu tukar patch, so somi sempat snap. ::


Nanti saya ada idea, saya akan menceceh lagi. Till then, nak makan siket, kena makan ubat. Oh, esok antibiotic saya sudah abis. Yahooooo!!
Selamat errrr dah tak tau nak ucap selamat apa. Ermmm selamat bekerja!! Ha ha ha (ditujukan untuk rakan² saya di opis tu)

Saturday, August 8, 2009

Pakai mask di tempat awam!

Angka kematian H1N1 naik lagi. Sudah 15 mangsa.

Saya sangat prihatin tentang ini. Setiap kali keluar, saya memang pastikan tangan saya di cuci. Tetapi, satu perkara yang saya tidak lakukan ialah memakai mask. Kenapa? Saya rasa segan pula. *haihhhh boleh pulak macam tu ye* Saya rasa macam aneh bila pakai mask tetapi orang di sekeliling saya tidak pula menggunakannya. Takut pula nanti orang ingat kita yang berpenyakit. Padahal kita pakai untuk prevention.

Perlukah kita ada perasaan seperti ini? TIDAK sama sekali! Peduli lah kan dengan orang sekeliling. Saya mesti pakai. Mesti!!
Anda pula macam mana? Ada perasaan segan macam saya kah?

Yang bawah ini adalah mask² yang biasa digunakan dan yang melambak ada di pasaran.

Saya mahu ini! Saya mahu ini! Tetiap hari pun saya sanggop pakai! Sanggopppppp!!
Tapi, ada tak dijual yang jenis² yang fancy macam ni kat KL ni?

Anda berani pakai yang macam ini?





Semua pic diatas adalah di google-ed!

Selamat bertopeng semua! Kesihatan lebih penting dari perasaan segan, kan?

Thursday, August 6, 2009

H1N1 attack dan diet saya hari ke-3

Inilah akibatnya bila ada penyakit macam H1N1 ni.



*


*


*


*


*


*


*


*


*


*




Dettol hand sanitizer adalah wajib berada di dalam handbag sepanjang masa. Kaya la taukey Dettol. Ingat! Apa tips mencegah H1N1? Cuci tangan sentiasa. So, bila dah keluar tu, faham-faham je lah kan. Nanti terpegang escalator punya hand rail la, pegang tempat nak bayar tiket la, even kot-kot ada orang bersin dedekat ke terkena tangan kita kan. Takkan nak pergi toilet 24-7 kan? Dettol hand sanitizer ni sangat mudah untuk dibawa kemana sahaja dan senang digunakan. Ingat juga! Jangan gatal-gatal nak sentoh muka ke, hidong ke, mata ke kalau tak cuci tangan lagi. Cuci tangan dahulu. Ingat juga juga, golongan berisiko tinggi adalah orang gemok (read: macam saya), perempuan mengandung, dan kanan-kanak, warga tua pun kan?

Dan saya jadi sangat phobia. Sampaikan bila somi (read : suami) saya pulang dari ofis, saya suruh dia mandi dulu, baru syiom-syiom saya. He he he. Dan semalam bila keluar pegi hospital (dan saya sempat ke Macy kat Serdang tu- tengok curtain, pegi Bangi untuk tempah kitchen cabinet, dan pergi Alamanda jalan-jalan dan makan-makan :p) , adalah dekat 50 kali saya gunakan hand sanitizer itu. Hover kan..

Speaking of the devil, Alamanda, diet saya telah lebur semalam. Saya dan somi telah "All-you-can-eat" di Chakri Express. Cuma RM19.90++ per pax. Ada 101 dishes disediakan. Dan kami telah order sebanyak 13 hidangan. Hua hua hua tetapi hidangan nya adalah small portion ye. Sedap! Tetapi service slow amat. Saya punya udang goreng tepong (nasib baik sedap) tak sampai-sampai. Org yang datang selepas saya pun dah balik, udang saya tak sampai lagi. Saya makan nasi dalam 6-10 sudu! Huarghhhhhhhh dan akibatnya? Berat saya naik semula 400 gram dari hari pertama diet. Harus tidak boleh makan lagi selepas ini.

"All-you-can-eat" di Chakri Express bermula dari jam 6.00pm - 10.00pm. Tetapi sehingga 19 Ogos sahaja dan valid on weekdays only. Cobalah! (mungkin nasib anda tidak seburuk saya yang memang selalu kena tunggu lama kalu time makan. tak tau lah apa pasal)

Selamat menggemokkan badan anda!

Bila saya naik hantu....!!!!!

Dah remove stitches? BELOM!!! Booo!

Grrrrrrrrrr... ini adalah entri %@#&#&^ saya!!


Semalam, jam 10.30 pagi kami dah keluar rumah. Mula-mula singgah klinik favorite kami, Klinik Sri Kinrara untuk tanya pasal Tamiflu Vaccine. Tetapi mereka tidak ada itu vaccine. Pastu kami pergi ke Mediviron di Giant Kinrara pula. Tetapi kami tidak naik pun, hanya ambil nombor klinik di bawah and call, sebab masa itu sudah nearly 11o'clock. *Takut rush pergi PCMC* Yes, they do have it. Dah agak dah sebab klinik ni macam-macam vacccine ada. Masa dulu kami ke China pun, amik vaccine Hepatitis A ngan thyphoid kat klinik ni. Jadi kami cadang datang balik sebab nak bawak mama saya sekali cucuk.

Sampai PCMC adalah jam 11.30 pagi. 11.30 pagi ye tuan-tuan dan puan-puan. Appointment saya adalah jam 12.00 tengahari. Sampai kat specialist clinic, saya beri appoinment card, and suruh reception tu cek GL saya yang dah di fax semalam. They asked me to sit 1st. Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn... jeng jeng jeng.. episode naik hantu saya pun bermula!!! Sila baca ayat seterusnya dengan nada yang marah dan geram macam nak jentik telinga nurse sekor-sekor yang ada kat situ....!!!!!

Macam biasa, PCMC specialist clinic tu, ngalahkan hospital gomen. Masa menunggu untuk jumpa specialist, sila lah cuti sepanjang hari ye. 1-2 jam! Ya! Saya pun tak tau ler apa jenis sistem appointment diorang ni. Appointment jam 12 jumpa doctor jam 2! Ya saya pernah tunggu sebegitu lama. Banyak kali hokeh!!! Adakah saya sahaja yang bernasib malang di sini? Well ok, that's not the main stories.

Sambung balik. Saya sampai jam 11.30 kan, jam 12.00 baru lah mereka datang balik jumpa saya, dan bagitahu saya DOCTOR TIDAK ADA HARI INI!!! Doctor pergi outstation!!!! Selepas 30 minit menunggu!!! Apa perasaan kamu??? Macam nak tercabut gegendang telinga saya dengar! Nak terkeluar bijik mata saya tengok nurse tu. Dan mulut saya dah siap ternganga nak telan dia idop-idop!!!!! WTF!!!!!!! Hellloooooooooo!!!! Saya buat appointment ni since 28 JULY 2009!!!!! Pastu untuk membuat saya bertambah rasa nak cekik nurse bengong tu, semalam saya call PCMC hokeh untuk confirmkan GL saya yang sudah di fax oleh insurer saya. Siap orang PCMC tu call saya balik confirmkan yang GL sudah diterima untuk appointment hari semalam tu!

Nurse bengong : *tercari-cari seseorang, kemudian datang kepada saya* Puan N*** Sh*****?

Mrs. Izwan : Ya, saya.

Nurse bengong : *muka serba salah* Puan, we are so sorry. *masa ni haku dah cuak.. dah hagak mesti ada bad news* Dr. Jag is not around today. He's outstation.

Mrs. Izwan : *saya sudah mula naik hantu* Whatttttt????? I tot he came back on Monday kan?

Nurse bengong : Yes he was. He was here yesterday, but he's outstation today.

Mrs. Izwan : Then how come no one inform me about this?

Nurse bengong : We dont know that there is any appoinment for Dr. today. Supposedly from Monday- Wednesday Dr. will not have any appointment. *nampak sangat penipu kan. tadi kata semalam Dr. ada. ni kata Mon-Wed patutnya Dr. takde appoinment plak* This appointment was made by the nurses at the ward. So we dont know about this.

Mrs. Izwan : *amboi menjawab! pastu nak salahkan nurse kat ward pulak padahal korang tu kan yang kena jaga patient Dr.* Yes, I know. But you should have check the Dr.'s appointment and notify the patient kan??? OMG!!! Why didnt you call me yesterday or this morning at least, to inform about this?

Nurse bengong : *Pandang kawan dia kat sebelah and tanya kawan dia naper tak call*

Nurse paling bengong : I was busy until 4pm assisting Dr. Tan. I dont have time to call. *fyi, nurse paling bengong ni adalah nurse kepada Dr. Jag. Dia yang patut nya supervise patient2 Dr. Jag*

Mrs. Izwan : *bertambah menyirap haku dengar jawapan camtu* Then why didnt you call me this morning? At least at 9 ke 10 ke. Before I leave the house???? *tone saya dah naik masa ni, tuan saya kata*

Dedua Nurse : *senyap!!! nampak sangat salah dia kan??? tu lah, diorang ni buat keja main-main, terkekek-kekek sana, terhuha-huha sini*

Mrs. Izwan : Do you know how much hassle I have to go thru to come here? You are just wasting my time! Do you know that my hasben has to take leave just because of this?? Bla bla bla bla *aku bebel tak henti, semua org kat specialist clinik tu dah pandang haku. haku tak peduli*

Nurse bengong : So how now? *aik kau tanya aku how now?*

Mrs. Izwan : What to do??? You have to give me new date lah! Do you know that I'm not well?
Its hard for me to move around??? And I came here just to remove my stitches, tau tak????!

Nurse bengong : *suh nurse paling bengong pergi check new date*

Nurse paling bengong : Tomorrow Puan.

Mrs. Izwan : Tomorrow???? What ? Do you expect me to come everyday???

Dan conversation seterusnya berkisar mengenai apointment. Dan haku ngan muka terbakar merah, blah terus pas dapat appointment tu. Dan apa reaksi tuan saya? Dia hanya diam sahaja membiarkan bini dia yang dah naik darah ni pot pet pot pet. Boleh? Laki mak memang macam tu hokeh!! Kalau kena kat batang idong dia pun, dia diam jek. Kalau dia marah pun, dia cakap macam tak marah je. Haku pulak yang rasa nak marah. Suami saya tu memang macam tu. Tak reti nak marah-marah. *marah sungguh haku. asik haku je kena buat keja marah orang*

Pastu saya turun bawah kat customer service dia, haku complaint bagai nak rak lah kat bawah. Siap suruh budak tu make sure sampaikan the complaint to the boss. Budak tu tulis all my complaint kat complaint form. Budak tu kata, "Memang patut lah puan marah. Datang sini semata-mata nak jumpa Dr. kan. Takpe, takpe, saya akan bitau boss saya pasal ni. Takpe, saya bagi puan tiket" *boleh tak memula saya dan tuan saya hingat kan tiket wayang haahahahah* Rupanya tiket parking free.

Pastu saya terus pegi ke PRM, tempat physio. Physio tu patutnya pukul 2.00pm. Saya mintak awalkan kalau ada slot. Nasib baik ada slot. Takde la sia-sia saya pegi sana do nothing. Lepas buat physio, ada org dari Customer Relation dia dah tunggu saya. Minta maaf sangat-sangat dengan apa yang dah jadi tadi. Dia kata dia akan make sure this same thing would not happen in the future. I told her that I'm so pissed!! Marah sangat sebab my main objective is to see doctor, Kalau takde doctor pahal haku nak datang kan. Dia kata, yes yes, you should marah pun. Pastu to say sorry, dia belanja kami lunch kat Galleria bawah tu. So me and hubby makan lunch free semalam. Tapi sila jangan ingat, dengan belanja kami lunch, dapat mendiamkan mulut saya. Bluuuuweeekkkkk!!!!

Tell me, siapa yang tak marah???? Kamu tahu? Roadtax kereta kami dah mati! Suami saya kena pinjam kereta mak dia kat Bangi. Jam 6 pagi dia dah keluar rumah pergi Bangi, ambik kereta! Jam 6 pagi, naik motor hokeh pergi amik kereta. Sejuk-sejuk tu!! Pastu dia cuti lagi hari ni semata-mata nak teman saya bukak jahit. Pastu bila sampai, doctor takde. Kalau kamu? Tak ke kamu naik hangin. Look at the trouble my hasben went thru. Kesian kan dia??? Pastu dah la kami tunggu sampai 30 minit untuk di beritahu yang the doctor tak ada!! I dont understand la. Why cant they just tell me masa aku sampai tu? I told the reception, I nak jumpa Dr. Jag. Dangggg! Tak keluar dalam pala otak dia ke, that the Dr. takde hari ni. And just at least cakap lah, eh, I rasa Dr. Jag takde arini. Kan???? Takkan la kau tak tau Dr. ada ke tak. FYI, reception dia bukan secluded ke apa. Reception dia campur sekali ngan all the nurses. They should know punya! Hah!! Hambek, tak pasal-pasal kena ngan haku pepagi ni! Dan the bestest part, SEBENARNYA, DR. SAYA TU MEMANG TAKDE KLINIK SAMA SEKALI PADA HARI RABU DI PCMC. HARI RABU DIA DI GLENEAGLES. Tak ke penipu nurse tu kata dr. saya tu outstation?

Yang pastinya, mereka telah membuang masa saya dan suami saya! Saya sangat marah!!! Tapi tidak lah sampai saya terjerit-jerit marah mereka. Cuma tinggi suara jek sikit. Haihhhh! Hospital bertaraf 6 bintang pun ada masalah camni. Jadi patutkah saya rekemen hospital ini kepada orang lain? Huh!!!

Sekian cerita #$%#^$^ saya buat hari ini. Moralnya, jahitan saya masih belom berbukak.

Yours truly,
Si comel yang marah!

Wednesday, August 5, 2009

PCMC,here I come!

Hari ini secara rasminya saya akan keluar rumah. Yipppppeeeeeeeeeeee!!!

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... untuk pergi ke hospital *sob sob* nak bukak jahit. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tuan saya bersetuju untuk membawa saya berjalan-jalan setelah itu *oye oye oye* Bahkan beliau telah mengambil coti ini hari. Yipppppppppeeeeeeeeeeeeeeee!! Saya rasa macam dah 10 tahun tak keluar ke dunia nyata. Dan rasa tersangat jakun! Mesti saya letak kepala luar tingkap keta masa jalan-jalan di KL nanti. Hik hik hik

Saya sudah over excited nak mampos!

Saya mahu pergi IKEA nak beli langsir baru untuk raya. Yahoooooooooo!! *Errr agak-agaknya tuan saya bagi ke saya gi IKEA (sebab perjalanan ke sana adalah agak jauh?)* Saya adalah tidak boleh berlama-lama duduk didalam kereta.

Dan kalau ke IKEA, saya juga mahu singgah di Munawwarah. *hi hi hi*

Saya juga mahu ke Gardens untuk menonton wayang di Signature, cerita yang saya nak tengok tu.*sekali lagi, tuan saya bagi ke saya nak tengok wayang (sebab kena duduk sampai 2 jam) ?*

Saya juga mahu makan sedap-sedap!!

Saya juga mahu beli kasut!

Saya juga... see, betapa jakun nya saya dapat keluar rumah. Saya bahagiaaaaaaa!

Baiklah, saya mahu mandi. Sebentar lagi mahu keluar. *tuan saya dah bising-bising ni tengok saya masih ngadap lappy* Mahu singgah klinik dahulu. Nak tanya pasal vaccine Tamiflu. Langkah pencegahan H1N1.


-Roger and out-

Sunday, August 2, 2009

Sejarah telah tercipta

Ya! Saya tidak langsung keluar rumah pada hujung minggu! Hebat kan? *jangan tanya bagaimana saya berjaya lakukan nya, sob sob sobb*

Yang sudah rindu untuk mengkur mall,
*Saya*

Friday, July 31, 2009

Medical Leave until 22 August

Yeah, you read it right!

I was given 6 weeks of sick leave from the day I admitted to the hospital which was on 11th July. And today is 31st of July. Longgggg way to go. And I hope I would be fully recovered by then. Like I've always mentioned these 6 weeks are the most crucial healing period. I've got to remind myself to always CAREFUL! *jangan lasak, jangan lasak!*

The progress so far is good! No severe pain, (except the surgical pain) and I can walk and get up and lay down quicker. One thing that worried me is of course the leg pain! Numbness at my left foot (that appeared only after the surgery, which seems the same since then) and the numbness and spasm on my right thigh, which actually now 20% better.

PATIENCE! That's the keyword for people who suffered p.i.d. The recovery process took longer time than we thought. *arrghhhhhhhhh* I missed my trip to the malls, jalan-jalan cari makan, swimming, steam bathing, trips to the malls again and again and again.. *sigh* KLCC, Pavilion, I missed you guys! Not to forget Chilli's, Sakae Sushi, Fish & Co, Lala Chong, Crocs!, Bangsar Village, Clarks, Zara, The Gardens, Signature, movie, Sale! Sale! Sale!

Oooohhh that reminds me of Olivia. I need to get a pair of those as my working shoes. Since I can no longer wear high heels. *sigh again* I need to get some new shoes!!! Red or black? Kasut kerja harus lah black can match any bajus. *Oh kasihan saya, Crocs sebagai kasut kerja?*

:: Olivia in red and black (pic credit to Crocs) ::


Oh! Saya juga mahu ke Clarks. Tetapi... saya tidak boleh keluar rumah! *sigh untuk ke sekian kali nya* Dan saya juga mahu menonton ini....

Bagaimana?

Wednesday, July 22, 2009

Buat suami saya

Note : This is an auto-published entry

Di kala kamu semua membaca entri ini, saya sedang berada di dalam bilik bedah. Saya tujukan entri ini buat suami saya. Beliau berasa cemburu pula apabila saya membuat satu entri khas untuk kawan saya si mont. Dan beliau seringkali mengatakan bahawa saya tidak menyebut bahawa beliau datang melawat saya di dalam blog ini. Apakah suami saya juga mahukan glams? *LOL*

Saya amat-amat bersyukur dikurniakan suami seperti beliau. Beliau BAIK. Satu perkataan itu sudah cukup menggambarkan beliau. Ya, BAIK. Sangat BAIK. Baik sahaja sudah menunjukkan segalanya. Beliau penyayang, beliau mengambil berat, beliau tidak cerewet, beliau senang dijaga, beliau tidak banyak kerenah, beliau tidak merokok, beliau tidak mengeteh dengan kawan-kawan sampai lewat malam (read : memang tidak melepak dengan kawan sama sekali, hanya menghabiskan masa bersama saya dan keluarga sahaja), beliau makan apa sahaja yang saya masak, beliau akan menghabiskan apa sahaja yang saya masak sehingga licin (apakah sedap sangat masakan saya?), beliau melayani keluarga saya dengan baik, beliau boleh berbual dengan kawan-kawan saya, beliau melayani segala kerenah saya, beliau tidak komplen ikut saya bershopping berjam-jam, beliau tidak memaksa saya memasak, membuat air mahupun mengemas rumah, beliau adalah BAIK. Tidakkah kamu cemburu akan saya? Pasti anda juga mahu suami seperti saya? Kerana itulah saya berasa sangat beruntung bersuamikan beliau. Yang pastinya, beliau bukanlah lelaki melayu tipikal, dan beliau tidak gay!

Mana saya jumpa beliau? Oh, di suatu tempat yang pasti nya tiada orang lain akan jumpa. Sebab itulah hanya saya sahaja yang memiliki beliau. *LOL*

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau kerana sanggop menunggu saya di hospital setiap hari dan setiap kali saya di-warded-kan. Bayang kan berapa kali saya sudah di-warded-kan. Beliau setia menemani saya di kala saya menghadapai kerosakan demi kerosakan. Saya sangat terharu. Beliau tidur di hospital menemani saya walaupun keesokkan hari perlu ke kerja (read: tido atas lantai, sebab kedekut nak bayar rm80 untuk extra bed. Ya, suami saya juga seorang kedekut LOL). Beliau berulang alik rumah dan hospital untuk mengambil barang-barang keperluan saya. Apa yang saya perlu lakukan? Hanya "memerintah" sahaja. Dan beliau akan menuruti kehendak saya. Saya sangat bersyukur. Suami saya sayang saya. Saya juga sayang beliau. Sangat sayang! *awak je tak tau :p*

Beliau senantiasa menuruti kemahuan saya. Tetapi saya degil dan nakal, seringkali mengelak kemahuan beliau. Suami saya hanya gilakan dua benda sahaja, komputer dan motor. Low Yatt? Apakah itu? *Pura-pura tak tahu* Adalah sangat malas untuk saya kunjungi tempat itu walaupun ia merupakan tempat kegemaran kalbu suami saya. Durhaka kan saya? Saya sangat lemah longlai jika beliau menyebut Low Yatt. Tetapi saya bernekad, selepas saya pulih dari pembedahan, saya berjanji, saya akan ikut sahaja kemana beliau mahu pergi walaupun ke Low Yatt *tskk tskk* Dan saya berjanji akan patuh kepada beliau. Saya berjanji akan menjadi isteri yang terbaik. Dan saya berjanji saya akan masak kan beliau nasi ayam, yang diminta-minta beliau berkurun lamanya. Saya berjanji tidak akan nakal lagi.

Beliau lah tempat saya untuk ketawa, menangis, sedih, keciwa, gembira. Beliau segalanya untuk saya. Sudah 3 tahun tempoh perkahwinan kami. Suka dan duka telah kami tempuhi. Ya, memang tidak dinafikan, tahun pertama dan kedua sangat menyiksa jiwa. Tapi tahun ketiga ini, Alhamdulillah, kami sudah tenang. Saya berdoa kami akan tenang selamanya. *Tapi sikit-sikit gado pun best jugek*

Somi, saya sayang kamu! Saya janji saya akan jadi isteri yang terbaik buat kamu. Namun saya sedih, saya sudah rosak. *:(*

:: Tuan saya yang comel ::
:: Us ::



xoxo

Pagi yang mendebarkan

Salam semua!

Saya sudah sedia! Saya sudah tawakkal! Saya sudah berserah! Saya yakin! Insya Allah, Allah akan permudahkan urusan saya.

Saya mungkin manusia yang paling jahil. Yang hanya tunduk kepada Allah, yang hanya mengadu kepada Allah pabila ditimpa musibah! Masya Allah!! Tetapi, saya tetap hambaNya yang lemah. Hanya Dia sahaja yang boleh membantu saya! Hanya Dia sahaja tempat saya mengadu. Ya Allah, kau selamatkan lah aku, kau permudahkan lah urusan ku, kau jayakan lah pembedahan ini, ko berikanlah aku kesihatan yang baik sejurus pembedahan ini. Makbulkanlah permintaan hamba mu yang lemah lagi hina ini Ya Allah. Amin. Amin Ya Rabbal Alamin.

Saya sudah tenang. Sangat tenang. Setenang air di kali *tapi saya pun tak penah lihat dan tahu air di kali tu camna he he* Saya tak pernah merasa setenang ini. Sebelum ini, terus terang saya katakan, saya sangat takut, takut teramat! Berbagai-bagai benda yang saya fikirkan. Setiap hari ada sahaja perkara yang bermain di fikiran saya. Bahkan hampir setiap hari saya akan menitiskan air mata kerana kerisauan, takut dan berbagai-bagai! Kini, tidak lagi. Saya sangat bersyukur.

Apatah lagi memikirkan, orang-orang disekeliling saya yang tidak putus-putus memberi semangat dan sokongan *terbayang orang digi kaler kuning ikut saya kemana-mana* Terima kasih semua, terima kasih tuan saya, Izwan Idris, kaum keluarga saya, kawan-kawan saya Ida, Tini, Ayde, Kinah, Yani, Ain, Shue, dan semua-semua nya. Terima kasih mendoakan keselamatan saya. Saya sayang kamu semua.

Oh,ya. Lupa pula. Sekarang ini saya sedang berpuasa. Pagi tadi, jam 6, saya telah dikejutkan oleh nurse untuk mengambil light breakfast. 2 keping roti, butter dan jam. Dan saya hanya dibenarkan minum air hingga jam 10 pagi sahaja. Alamak! Dah jam 10. *minum sekejap ye* Okeh, saya baru sudah minum. Dan mulai saat ini, saya kena berpuasa. Pukul 2 nanti saya akan di tolak ke OT. Baju bedah kaler purple *oh, comelnye baju bedah ini* pun sudah diberi kepada saya. *boleh tak saya nak bawak balik baju bedah ini*

Doakan saya selamat dan sihat selepas ini. Supaya boleh lah saya berlari-lari di taman yang indah, melompat kegirangan..

Jumpa lagi malam karang ye *jangan terkejut jika saya masih mampu ber-blog malam karang ha ha ha*

Sayang kamu semua!