Advert

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, September 5, 2009

Berbuka puasa bersama si monts GMP

Kelmarin, saya adalah telah berbuka puasa bersama rakan² sepejabat saya, yang memang ngam dan kamceng. Nama group kami adalah GMP a.k.a Geng Mulut Puaka. Bukan lah bermakna mulut kami ni jahat². No No No! Kami adalah 6 jelitawan yang ayu dan sopan ye hi hi hi. Cuma ia digelar sebegitu kerana, tiada istilah sentap antara kami. Kalau si Monts A kutuk si Monts B, kami memasing tahu itu hanya gurauan. Jadik tak payah lah nak sentap². Actually bukan lah kutuk, tapi gurau² je. Oh di kesempatan ini juga, saya nak minta mahap lah ye kepada Geng² Mulut Puaka yang kot² lah ada tersentap dalam hati ngan gurauan saya ke kan. Mana lah nak tau mulut kata tak sentap, tapi hati dah tersiat². Hik hik hik

Dalam geng kami ni, 3 married dan 3 single. 3 pakai tudung dan 3 tak pakai tudung. Oh tapi tak lama lagi tinggal 2 jek single ye. Yang 1 lagi akan melansungkan perkahwinan bulan October ni. Alah, saya penah buat entry pasal dia suka masuk hospital suatu ketika dahulu. Ingat tak? Tini the Mama-San. Oleh kerana ciri² ke-Mama-San beliau, maka hen night beliau nanti adalah akan di buat di karaoke. Hik hik hik.. wahhhhh!

Kami berenam adalah telah berbuka puasa di Shangri-La KL. Siapa yang pilih tempat ni hah? Ni mesti Ayde ni. He he he. Harga sekepala adalah RM112.70 nett. Makanan? Ada Chinese cuisine, Malay, Japannese *my favorite!!*, Italian, Kambing Panggang, dessert counter yang pelbagai temasuk kuih melayu dan choc fountain yang ada 2 flavor choc dan white choc, ada nasi beriyani, eh macam² la. Rasa? Hmmmm standard la makan kat hotel. Saya tak reti nak komen lelebih. Sebab rasa lebih kurang jek. Cuma chicken wings adalah sangat tidak sedap.

: Ini adalah pastinya santapan yours truly. Ada salmon sashimi. Nyummmmm... !!! 1st round salmon sashimi, 2nd round pun masih salmon sashimi. Saya memang hantu salmon sashimi!!! :



: Salmon sashimi *lagik!!* oyster yang agak fresh, udang yang sangattttt sedap!! dan mussle. All these dari Japannese counter, kecuali ada kambing panggang sikit saya amik nak rasa. Not bad lah :


: Ciken wings Kinah yang tak berapa sedap. Frust jek member² antu ayam :

: Sushi Ayde. Saya pun tumpang balun. Tapi makan yang ada salmon jek. :

: Kinah's. Saya lupa nak rasa satay ni. Kinah kata sedap. Yang nasi tu, nasi beriyani kot :



: Kinah punya lagik. Excuse her, dia ibu mengandung hihi pizza dan apa tah lelain tu ko makan Kinah oii :


: Penuh satu table. Tapi motip nya nak tunjuk, beriya member² lapor diri kat sepaus (read : spouse) memasing hehe :

: Ayde's. Beliau adalah juga antu oyster. Dim sum juga adalah sedap! Tetapi saya kempunan nak makan glutinous rice mereka. :

: Finally, dessert pulut mangga dan warm muffin. Muffin ini memang warm ye, dia bubuh atas lilin untuk bagi dia sentiasa panas. :

Banyak lagi makanan lain yang kitorang makan. Tapi tak koser la kan mak nak amik gambar bebanyak. Gambar² di atas adalah di ambil pun sementara nak tunggu azan. Kitorang sampai awal. 6.30 pm dah sampai. Antara yang pertama sampai, dan terlambat balik. Jam 10pm baru kitorang balik. Hua hua hua hua. Buffet start dari 6.45pm - 10.30pm.
Dan yours truly sempat termuntah selepas makan tuh. Bukan sebab melantak tak hengat donia. Tapi sebab angin naik lepas makan jeruk. Ya, mereka juga ada sediakan jeruk kedondong la, jeruk ubi kelubi la *ye ke nama dia camni?* . Lepas makan jeruk je, terus terbelahak. Sib baik sempat gi toilet.

Anyway it was really super duper fun! Jadi kami berenam telah merancang untuk me-repeat program berbuka puasa GMP bersama sepaus (read : spouse) pula minggu depan.


* Selamat berbuka puasa bersama rakan² tersayang anda. Bulan mulia ini, inilah masanya untuk merapatkan hubungan yang sudah rapat itu. *apa aku merepek daaa* *

Friday, September 4, 2009

Nasi Ayam Saya

Ini adalah entry berbuka puasa kelmarin.

Semalam saya adalah berbuka puasa di luar bersama jelitawan² mulut puaka. Tetapi, kelmarin, saya adalah berbuka puasa di rumah baru saya. Oleh kerana ia adalah baru di makeover, maka kami telah mengundang orang B*ngi a.k.a keluarga mertua untuk "sneak preview" *kohnon* rumah baru kami itu. Maka saya dengan tubuh badan yang masih lemah gemalai, telah gigih membuat nasi ayam untuk santapan sekeluarga. Dan sila jangan tak tahu, bahawa Nasi Ayam Saya adalah the best in town *sendiri puji sambil di sokong oleh somi saya :p*

Jam 1.30pm saya sms somi yang berada di ofis.


Isteli : Somiiiiiiiiiiiiiiiii, nak ajak orang B*ngi datang buka kat rumah baru tak ?


Somi : You larat ke nak masak?


Isteli : Larat kot. Tapi cuba tanya diorang ok ke tak nak makan kat sini.


Somi : OK nanti I tanya dulu.


Lepas 1 minit *wah efisen somi saya*


Somi : Yang, diorang ok. Confirm ke?


Isteli : Yes, confirmed.

Maka saya dengan terbatuk² kong kang *tapi saya tidak batuk² depan masakan saya ye* telah pergi ke G*ant berhampiran beli 2 ekor ayam, beras Moghul Faiza 1kg, dan bahan² sampingan.

Jam 3.30pm baru mula rendam ayam dengan tepung. Dalam hati dah cemas takut tak sempat nak masak. Sangat cemas hokeh!!! Setelah kelentang kelentung di dapur, jam 5.30pm somi pulang dari ofis. Dan sudah tentu nya beliau adalah mangsa keadaan saya untuk menggoreng ayam. Semua nya siap ngam² sebelum tetamu sampai. Tapi pak choy oyster saya cuma siap masa tetamu dah sampai. Sangat² last minit. Nasi ayam adalah sedap di makan bersama pak choy oyster ye kawan². Agak kelam kabut jugak lah sebab meja belum di set lagi.


Moralnya, sila jangan buat decision last minute untuk memasak *kecuali anda ada bibik* untuk 10 orang. Ya, saya masak untuk 10 orang!!! Saya sangat berkembang hidong ya. Selama ini saya masak kecil-kecilan sahaja. *mungkin pada orang lain no big deal, tetapi bagi saya yang ala² diva jarang turun ke dapor ni, satu pencapaian yang gemilang ye* Selama ni cuma masak dalam periuk nasi, kelmarin dalam sejarah saya masak dalam periuk besar. Huihhhhh saspen. Saya sempat text kat somi that saya tak confident nak masak untuk ramai². Takut tak sedap. Tapi somi saya kata, you kan terel masak nasi ayam. He he he tergelak saya baca sms somi saya tu.

Saya adalah sangat tidak berkesempatan untuk snap gambar yang menggiurkan meliurkan *ada ke perkataan ni??* anda. Maklom lah, tatamu dah sampai, kita sibuk rebus pak choy lagik.



:: Ini adalah nasi kepada Nasi Ayam Saya. See periok beso tau, tak tipu ::




:: Ayam kepada Nasi Ayam Saya yang telah digoreng oleh somi saya ::




:: Sambal cili, daun sup dan sambal kicap kepada Nasi Ayam Saya ::


:: Ulam-ulaman Nasi Ayam Saya ::


Oh ya, untuk pengetahuan semua, resepi Nasi Ayam Saya ini bukan lah ciptaan saya. He he he tetapi telah saya gunapakai sejak berzaman lamanya. Resepi di ambil dari internet. Memang sedap! Dijamin!! *elloo, at least mak saya dan somi puji sedap ye.. EMAK saya okeh, yang cerewet tu, tiada belas kasihan atau tiada nak ambil² hati. Kalau tak sedap dia cakap tak sedap. Sangat laser hokeh!*

Jadi, marilah ber-Nasi Ayam untuk berbuka. Sedappppppp! Nyummmmmmmm...!!

Thursday, September 3, 2009

Back to work (again)

After 2 days of MC, dengan lemah gemalai nya saya melangkah ke ofis. Huargggghhhhhh.. demam sudah kurang, tapi batuk kong kang kong kang masih ada. Tapi luckily kat ofis ni, batuk kong kang kong kang saya tidak bertindak liar. Masih terkawal. Sib baik. Kalau tak harus lah si roomate saya Id* lari sorok bawah meja. Hik hik hik

Hari ini saya adalah akan pulang lewat kerana para jeliwatan geng-geng mulut puaka akan berbuka puassa di Shangri-La KL. *geng-geng mulut puaka adalah kami si jelita 6 orang :p (nama group memang tak hengat nye dasat)* Waaaahhh wahhhh wahhhhhh... perghhh tempat nak buka tak hengat-hengat. Sapo lah punya idea ya.

Picture dan gambar makanan pasti akan menyusul di next entry ;)

Buat masa ini, saya mahu sambong kerja.

Selama berbuka semua.


* Kasihan somi buka sowang-sowang, isteli nak gedik-gedik buka di luar ye. *

Wednesday, August 26, 2009

Ini adalah entry mentekedarah makan !!!

Hari ini pada mulanya, saya dan emak telah merancang untuk masak Laksa Johor (read: emak saja yang masak, bukan saya :p). Ya!! Kami orang Johor! Dan suka makan laksa Johor buatan Malaysia sendiri. Kalau carik kat luar memang tak jumpa yang lepas piawaian kami. Tapi masa kat office tadi, rasa macam nak makan kat luar. So I called my mom and asked whether dia dah masak ke belom and luckily dia baru siap² bahan jek. So I told her that today nak break fast kat luar sajork memandangkan saya akan pulang awal ke rumah ini hari *ada physio jam 2pm, terus cabut balik umah after physio*.

Oh, semua nya berpunca dari Ida, rakan sepermainan saya di office. Ya!! Dia yang punya angkara! Dia cerita pasal dia dan geng² sepermainan kami yang lain, pergi makan kat Tarbush semasa ketiadaan saya bercuti panjang. Cissss!! Mana boleh kan. Diorang pergi, tapi saya tak pergi!!! Jadi beliau telah membuat saya kecur terhadap Tarbush lalu saya bernekad untuk berbuka puasa di situ.

Tetapi, apabila dikhabarkan kepada somi untuk berbuka puasa di luar, beliau telah print satu senarai panjangggggggggggggggggggggggggggggg tempat² berbuka puasa yang beliau perolehi melalui email beliau *sapa nak senarai tu, habaq mai, saya email kat kamu ;)* FYI, itu senarai tempat² yang ada Ramadhan buffet sekali harga nya. Mostly tidak melebihi RM100 pun untuk 1 pax.

Jadi setelah saya belek² senarai tu, dan memikirkan keadaan logistic dan faktor kesesakan lalu lintas, maka kami berniat untuk berbuka dia Palace sahaja. Dekat sajork ngan rumah kami. Tetapi bila sampai di rumah dan survey² dalam internet, somi tetiba teringin nak makan kambing! Dan tiba² keinginan untuk makan di Tarbush kembali semula. Jadi, kami bertiga *termasuk emak saya* pun bersiap dan terus ke Sunway Pyramid. *Saya redha je gi Sunway Pyramid.. sebab saya ada agenda saya tersendiri hik hik hik* Siap call reserve kat Tarbush takut penoh. Sampai kat Sunway adalah jam 6.30pm. Wahhhh sangat awal!! Jadi kami pun survey² restaurant lain dan tiba² terpandang kan ini .....


Being me yang sangat hantu Japs.. saya pasrah! Somi mintak izin tokey kedai nak tengok buffet line. Dan terus jatuh chenta sebab buffet spread dia quite beranika compared to Tarbush. *padahal Tarbush ngan Shogun selang beberapa kedai jek, hampeh!!* So kami pun dengan nafsu makan yang tinggi, memilih Shogun over Tarbush. Sian orang Tarbush tu call kami berjutapuluh kali tanya bila nak sampai. Hik hik hik..
Jadi, apa yang kami plan tak jadik, yang tak plan lak kami sapu. Punyalah banyak somi saya makan :p (read : somi sahaja ye).

Saya makan ini sahaja ...

: My allllllll time favorite, Salmon Sashimi !!!!! dan fresh oyster yang tak berapa nak fresh sebagai warming up session :p :
: Dim sum :


: Clockwise: Cheese spinach roll *tak sedap*, spicy escargot *not bad lor*, yam and mushroom, dory fish in creamy sauce and bbq squid :






: Minum fresh oren yang sedap :




Dan somi makan ini semua, sambil saya cilok banyak² sikit² ...

: Lamb briyani, chicken kebab, lamb kebab, minced lamb in tomato sauce - somi kata sedap! :



: Lamb shank dan sayor² :

: Sop ekoq - somi kata sedap! :

: Chicken boxing, chicken wing, stuffed chicken fried calamari etc etc :


: Spicy lala, chili crab - boleh tahan sedap! :


: Ice cream :

: Kali ni bagi emak saya jek interframe :p :



Okeh okeh..!! Baiklah saya ngaku.. ada lagik benda lain saya makan :p. Tapi tak dan nak snap. :D. Overall, bolehlah Shogun ni. Takde lah marbeles giler! Dan takdelah tak sedap langsung. Kira nya berbaloi la. Monday-Thursday ada discount 30%. So harga per pax adalah RM46.70 sajork! Murah kan??

Selamat mencoba!
ps: Sempat lah saya merembat sesuatu di DP

Monday, August 24, 2009

SOTONG GORENG TEPUNG KRISPY KRUP KRUK Cik Mimy

Ewah ewah ewahhhh.. lamanya tak hapdet blog ni. Ai pasti ramai yang merindui ai kan :p hua hua hua.. kohnon la kannnn.. saya teramat busylah di bulan puasa ni. Busy nak menyiapkan rumah, kehulu hilir mencari curtain la, itu la, ini la. Macam². Dengan sakit² ni, masa tak cukup. Sebab tak leh nak berjalan lama. Baru keluar 2, 3 jam dah keletihan. So kena sambung pulak the next day.


Balik je dah malam, terus zzzzzzzzzzzzzz takde masa nak hapdet².

Puasa pertama hari tu, buka puasa kat umah emak somi saya, puasa ke-2 pulak saya menjemput kakak kepada bakal biras saya ke rumah untuk berbuka, in the same time untuk ambil barang yang saya order dari dia hi hi hi *alaaa barang orang pompuan :p*. Memang takde masa langsung. Ke-capik-kan gue. Hari ni baru lah ada masa nak berehat² di rumah. Itupun, the whole day dah occupied pergi hospital. Sempat la jugak saya made a quick shopping di Bangsar Village untuk dry clean baju raya saya dan rembat kasut Crocs, si Malindi untuk pakai jalan² *I need to have a comfy shoe, remember? Heh alasan hihi*

Kenapa saya pergi sampai ke Bangsar Village untuk dry clean baju? Sebab saya tak percaya dobi lain untuk cuci baju² kesayangan saya. Hik hik hik. Boleh ek camtu? Walau di mana saya berada, saya akan ke kedai yang satu itu juga untuk hantar baju² kesayangan. :D Dan Crocs Bangsar Village menjadi pilihan sebab ada banyak size² anak gajah macam saya. Size 10. Kalau gi Crocs lain memang confirm takde!!

So hari ini, dengan aman nya saya berbuka di rumah. Emak saya masak lontong dengan kuah kacang nya, sambal sotong nya, rendang dagingnya. Siap ketupat palas lagi *yang ini beli ye*. Tetapi memandangkan semalam saya kecur tengok sotong goreng tepung Chef Mimiziouslicious, maka saya telah membeli sotong untuk digoreng style Cik Mimy tu. Cicah sos cili bawang putih dan halia cap maggi tu jek.

Hasilnye .....

Kalau nak resepi, pi click link Cik Mimy kat atas nun kay. Ni masa saya tengah nak pecah kan telur nak amik yang putih, sekali tengok kuning telor tu "kembar". Wah!! Ada harapan kah nak dapat anak kembor? ;p


Sahur ni saya kena bangun awal. Nak kena masak Pak Choy oyster untuk somi saya. Beliau memang makan dengan hebat nya untuk sahur. Nak tampung sampai ke petang kata nya. Errrr boleh ek camtu??? He he he

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah. Saya dah pun di transform. ;) I'm sure rakan² opis saya terkejut beruk besok. He he he

Oh speaking of OFFICE..!! *Sigh* Malas giler nak gi opis after almost 2 months MC. Bosannnnnn...!! Macam mana lah kalau beranak ek? Lagi la berat hati nak mula keja tinggalkan baby. Hmmmmm... pulak tu memikirkan keja yang bertimbun, membuat kan saya trauma nak pegi keja! Arghhhhhhhhh.. nak bukak email opis pun saya phobia nak mati! Punya lah banyak keja yang menunggu saya di opis. Tolllonnnnngggggg....!!!

Okaylah semua. Saya mahu berehat. Tido sepuasnya dan lupakan OFFICE sementara boleh. Esok saya pasti cam gile buat keja. *sigh*


* I wish my husband is a millionaire. Takyah ai keja. Soping je 24/7 *

Saturday, August 22, 2009

Puasa Pertama Saya

Hari ini saya telah merayap ke IK*A untuk membeli beberapa barang yg telah saya "hutang" dengan bilik tidor saya. *Yes, finally bilik tidor saya sudah siap sepenoh nya* Dapat lah membuang sedikit masa yang banyak ini, jadi tidak lah terasa sangat lama nak nunggu waktu berbuka *hehe ampon, saya memang seperti kekanak nunggu waktu berbuka :p*

Saya sangat bersyukur kepada Allah swt yang mengurniakan hari yang amat mendung, sejuk pada hari pertama kita berpuasa. Alhamdulillah. Puasa saya pada hari ini berjalan dengan sangat nyaman dan aman tanpa anasir-anasir kehausan dan sebagainya. He he

Dan hari ini juga kami somi isteli akan berbuka puasa bersama keluarga mertua saya di B*ngi. Tetapi memandangkan saya mengambil kesempatan bulan yang mulia ini untuk menguruskan badan saya yang montel ini, saya bercadang untuk menjamah-jamah sahaja makanan. Dan makan kurma, kurma, kurma!! Ya, saya bolehhhh!!!

Selamat ber-iftar semua!

Friday, August 21, 2009

Jangan lupa solat tawarih

Salam kawan² semua. Dalam sibuk persiapan untuk berpuasa esok hari, jangan lupa untuk bertarawih malam ini.

Fadhilat solat tarawih :-

Malam ke-1
"Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan"
Selamat menyambut Ramadhan Al' Mubarak dengan penoh kesyukuran. Saya memohon sejuta kemaafan kepada segenap umat yang mengenali saya dan berdoa agar puasa kita pada tahun ini diberkati Allah s.w.t.

Ingat, jangan ada pembaziran di bulan yang mulia ini. Jangan terlalu mengikut nafsu semasa membeli juadah² berbuka puasa (read : note to self).

Rasa macam tak percaya sudah masuk bulan Ramadhan. Rasa sunggoh cepat masa berlalu. Mohon Allah buka kan pintu rezeki buat kita semua dan dijauhi dengan penyakit² yang merbahaya. Harap juga, bulan Ramdhan tahun ini, membuka lembaran baru dalam hidup kita, untuk menjadi umat yang lebih baik di sisi Allah, Insya Allah (read : note to self again!)


* Malam ini selepas somi tarawih (errrr saya tak leh nak ke tarawih), kami mahu soping beli barang dapor. Haih, semua pun nak buat last minute *

Selamat ber-tarawih semua! Semoga kita mendapat keberkatan dari-Nya. Amin!


psstttt : tahun ke-3 kami berpuasa bersama. Alhamdulillah...