Advert

Wednesday, September 2, 2009

Ding dong

Itu lah keadaan saya di saat ini. Demam dah kebah skit. Cuma malam jek temperature naik sket. Somi saya kata demam kura². Errrr... ada ek camtu?

Tapi batuk kong kang kong kang ngalah ayah saya yang 24 jam isap rokok tu. Perit tekak ni. Dan kering plak tuh.

Kalau sok tak 100% semboh haruskah saya jumpa doctor lagik??

Hmppphhhhhhhhh

IKEA dan 2 bloggers

Ini adalah back dated punya entry.

Pada Sabtu lepas, setelah rumah kami di tunggang langgang kan oleh contractor pasang kitchen cabinet, kami 3 beranak telah membawa diri untuk berbuka puasa di luar. Ini adalah disebabkan kesukaran untuk memasak dan menyediakan juadah berbuka akibat rumah yang telah terbalik itu. Oleh sebab kami mahu membeli beberapa barang di IKEA, kami bertiga pun bersetuju untuk berbuka di IKEA *didalam hati saya sangat lah malas untuk berbuka di IKEA sebab tahun lepas saya ada terbaca review tentang "kepayahan" untuk mengambil juadah akibat terlalu ramai umat manusia*


Food wise, biasa sajork. Tapi harga sangat murah. Rm 15++ rasanya untuk seorang, hidangan secara buffet. Makanan yang dihidangkan adalah berlainan ye dari menu asal mereka. Jadi jangan lah bercita² nak makan meatballs ka, poached salmon ka, sausage ka. Menu yang dihidang kan adalah berbeza² setiap hari dan pada hari itu, hidangan nya adalah Nasi Putih, Asam Pedas Talapia, Ayam Percik, Kurma Kambing, Kerabu Kerang dan ulam², nugget ayam, dan kuih muih seperti talam ubi, seri muka, puding, aiskrim, air tebu dan soya bean, air teh. *kalau ada makanan yang tertinggal, harap maap, saya tak ingat dah*. Gambar adalah tiada kerana saya sudah berasap beratur untuk amik makanan. Sangat lama okeh!! Kalau ikut saya, memang tak di-rekomen lah untuk berbuka puasa di sana. Tetapi kalau ikut somi saya, okeh aja sebab murah :p

:: Barangan yang berjaya dirembat ::




Di kesempatan itu juga saya telah berjanji dengan Cik Siken yang kini telah me-revamp blog beliau menjadi sangat canggih dan bertukar nama kepada Puan Siken. Saya telah membeli telekong dari Puan Siken ni. So kawan², kalau nak beli telekong ka, kasut Crocs ka, Ikan keli umphhh ka, kad kawen yang canggih manggih imported dari Jakarta ka, boleh lah visit blog Puan Siken ye. Telekong yang saya beli tu pon imported dari Jakarta. Jadi, bisa aja ke blog Puan Siken ya. Puan Siken juga bilang, raya ini beliau akan pulang ke kampung halaman suami nya, di Jakarta, jadi pada sesiapa yang nak kirim beli apa² barang, sila lah ye contact Puan Siken direct. *ewah, Cik Siken, haku buat free promo untuk ko hahhhhh :p* Tapi haku teringin nak rasa hang punya keli black pepper tu. Cam leleh je tengok. *btw Cik Siken, awak kelihatan sangat kecil berbanding dengan dalam pic kat blog awak ;)*

:: Ini telekong saya beli dari Puan Siken, pic adalah dirembat dari blog beliau ;) ::

Saya jugak telah bertemu dengan Puan Jua untuk mengambil sambal belacan power yang telah saya order dari beliau. Hik hik hik.. dasat wooo sambal belacan beliau. Sambal belacan segera ye. Tak perlu nak tumbuk² ye, cuma bukak penutup botol, cedok sambal belacan keluar dan perah limau. Perghhhh mudah :p Saya juga bercadang untuk membakar ikan dengan sambal tersebut. Memang leleh lah wa cakap lu...! Sambal belacan tersebut di datang kan dalam 2 perisa. Orginal dan shrimp. Saya beli dedua tapi baru try yang original. Harga sambal belacan ini adalah sangat murah cuma RM4.50 untuk original dan RM4.80 untuk shrimp. Dan sangat berbaloi lah!



Okeh lah semua, sekian sahaja promo tidak bergaji dari saya.


* Saya adalah sangat teringin mahu makan nasi kerabu atau nasi dagang yang lazat. Sapa ada resepi yang enak²? Saya mahu buat lah ujung minggu ini *

Tuesday, September 1, 2009

So many things, so little time..

Saya masih dalam mode demam. *dizzy* *batuk²* *lengoh²* *tak larat* etc etc etc... Saya dapat MC 2 hari and doc said after 3 days tak baik jugak, jumpa dia balik or refer to any hospital.

ZzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz...

Eh hello.. dekat FB saya ramai kata saya kena H1N1.. sabaq je lah haku. Saya pun tak tau dari mana saya dapat virus demam ni. Yang pasti nya memula sekali saya batuk² dan tekak rasa kering² dan ada k*hak yang tak dapat dikeluarkan. Tekak sakit macam nak demam. Actually saya mula nak demam ni lepas balik dari pasar ramadhan petang semalam. Wah setelah 10 hari, baru lah pertama kali saya jejak kaki ke pasar ramadhan. Dah tu, demam lak balik dari pasar ramadhan. Sabaq je haku! Mungkin jugak demam terkujat kot beli AYAM PERCIK harga RM6.50 seketul. Terkejut terus demam. Hi hi hi... Giler betul kan?? Pertama kali dalam hidop saya beli ayam percik semahal nih. Saya beli 2 ketul = RM13. Boleh dapat sekor ayam hokeh!!

Atau mungkin juga saya demam ni disebabkan habuk. Sejak sabtu, somi mulakan operasi spring cleaning. Habis satu rumah di spring clean. Berterbangan habuk ke sana sini. Saya yang sememangnya tak tahan ngan habuk, cepat betul sakit tekak. Hmmmm tak tau lah mana satu puncanya. Cuma harapnya bukan lah benda² merbahaya macam H1N1 ke. Selisih malaikat 44.

Ada banyak saya nak cerita.

1. Tentang pertemuan saya dengan 2 blogger.
2. Tentang janji² saya terhadap sang rumah yang telah berjaya di lunaskan - Kitchen cabinet sudah dipasang, wallpaper sudah dipasang, curtain baru dalam proses. Carpet baru sudah di temui. Yeay! Rumah saya sudah complete sekarang. Cuma perlukan "bunga²" untuk menghiasi dan menceriakan suasana.

Nanti saya cerita ye..

Dan sekarang saya adalah sangat tidak larat. Pagi tadi badan saya adalah sangat panas. Baru sekarang ni, lepas makan ubat, baru lah larat nak bangon. Saya perlu makan ubat. Errr ubat lagik!! Tak larat dah nak makan ubat! But this time doctor cuma bagi ubat untuk 3 hari jek. harap² esok lusa saya semboh.

Doakan ye kawan².

Monday, August 31, 2009

Saya demam!

Dan kerja2 peM-blog-an adalah terhenti sementara waktu.....

Saturday, August 29, 2009

Saya teringin....

............. mahu makan ini ...


: Haagen Dazs fondue :


..... atau ......

: Baskin Robbins fondue :

Note : kualiti gambar adalah tidak menarik kerana menggunakan camera phone cap ayam..


Makan ini sahaja untuk berbuka pun saya tak kesah. Janji dapat makan..

Tapi tak mungkin saya dapat berbuka dengan mereka ini kerana somi saya tidak mungkin mahu berbuka dengan ini dan beranggapan isteli nya adalah giler kerana mahu berbuka dengan aiskrim. Oh, kasihan saya...

Friday, August 28, 2009

Eyelet Curtain

Saya sudah jatuh chenta with this design sejak pertama kali menggunakannya 5 6 tahun lepas. Sangat jatuh chenta kerana saya adalah malas nak masuk² cangkuk praktikal (kecuali nak basuh susah sket) dan jatuhan kain itu kelihatan ayu.



Kemas sajork kan? Kalau yang lama punya nak kena adjust² lak ropol² dia.. nanti sini terlebih, sana terkurang.

Note : All pic googled

Setelah berjaya membeli kain sebanyak 14m untuk sliding door 3 pintu rumahku syurgaku, (setelah berpuluh² kedai di redah dan tiada yang menepati citarasa) kami merembat apa sahaja di depan mata. Penat noks mak nak carik langsir. Akhirnya saya memberikan sepenoh keputusan kepada somi saya. Saya dah tak larat nak pikir. Setakat ini, saya rasa macam kurang berpuas hati dengan pembelian kami itu, tetapi cuba menerapkan nilai² positif dalam benak otak saya ini dengan mengatakan "nanti dah siap cantik lah tu". Ya, ayat sedapkan hati sendiri!

Dan malam tadi, kami berjaya menghantar nya di sebuah kedai menjahit langsir di B*ngi, berdekatan umah mertua saya. Dan to my surprise, kedai cap ayam telah mengecaj dengan agak mahal. *memandangkan ia nya bukan Macy kedai cap ayam sajork * Apakah???
Upah jahit = RM150
Sebjiik eyelet ring = RM2.80
Total : Priceless *wahhhh! macam iklan Mastercard lak* RM250
Selepas bodekan saya discount adalah RM240.

Okeh ke? Actually ni 1st time saya tempah kat kedai cap ayam. Selama ni beli siap sajork.
Ini adalah merupakan night curtain kami. Upah day curtain kami adalah sangat murah cuma RM32 sahaja kerana di tempah di kedai kain langsir tersebut dan hanya mengguna french pleat *somi sudah janji untuk pasang cangkok² tu kerana mak adalah sangat malas nak pasang²* Kedai kain langsir kebanyakkan nya sudah tidak mahu terima tempahan raya.
Misi seterusnya adalah carpet/rug. Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh ini pun satu, dah berpuluh² dan berpeluh² kedai dah terjah. Tak jumpa gak yang seswai. Hari tu buka puasa kat Sunway, adda satu kedai tu jual carpet dari mana ek tak ingat sampai RM2 ribu 3 ribu *ni paling murah okehhhh*!!! Pengsan mak dengar noks!! Saya tanya somi "ada berannnnnn?". Somi kata "giler ke hapa nak beli carpet mahal camtu, baik buat benda lain".
Saya setuju ngan kata² somi saya tu. Tapi carpet tu best gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr lembut nak mamps! Tapi adalah lebih baik tidak membelinya kerana, saya akan terjegil² bijik mata kalau time raya nanti ada kanak² yang makan kueh atas carpet ribu-ribuan saya tu. Mahu sakit jantung saya nanti!!
* Kamu dah beli curtain dan carpet raya? *

Thursday, August 27, 2009

Imej baru saya?????

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA



*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*




Okeh, obviously gambar ini di pilih atas dasar faktor-faktor kekurusan yang didapati dari shot ini. :p Giler keji!!!! Hua hua hua hua *wahhhh buat entry dari opis, mementang boss takde*. Tuan punya blog dikelilingi dayang-dayang yang cun lagi anggun *termasuk tuan punya blog, agak cun la jugak kan :p*

* Selamat bekerja semua! *