Advert

Friday, June 4, 2010

Mengidam di saat akhir

Saya adalah masih di sini, belom lagi bersalin daaaaa... masih menghitung hari. Ikut EDD dari doctor adalah pada 8 June dan scan punya EDD pun 6 June. Dan baby in the womb masih belom menunjukkan tanda-tanda yang dia nak keluar. Dah macam-macam saya buat, jalan bebanyak, duduk mencangkung, bersujud, minum air akar siti fatimah.. tapi baby masih selesa dan sedap di dalam. Tiap-tiap hari saya cakap kat baby, keluarlah bila baby nak keluar, tapi jangan lambat sangat. Takut benda tak elok jadik. Takut jugak bila baca baby yang overdue ada tendency untuk termakan najis seniri a.k.a meconium. Boleh refer kat sini about meconium--> Meconium Aspiration Syndrome

Okeh, since masih tak ada sebarang tanda yang saya akan due anytime soon, saya yang memang dah agak lama mengidam nak makan sotong sumbat or known as ketupat sotong dari Terengganu/Kelantan ni, pun buat lah tuk diri sniri. Huhuhu.. nak beli yang dah siap masak, tak tau kat mana nak carik. Since nak buat pun tak susah, and saya pernah buat sniri dulu, buat je lah sniri. *kesian org mengidam masak sniri* Actually lama dah plan nak buat, tapi sebab macam susah sangat nak carik sotong, dah tertangguh-tangguh dah hajat di hati ni. Tadi carik sotong pun, 2 3 tempat baru jumpa sotong yg ok sikit. Itu pun terpaksa jugak beli walaupun sotong ni kecik sikit. Jadik lah, asal dapat makan. Kang kempunan plak kang susah. Mana ler tau kot kan, lepas makan sotong sumbat ni, baby terus keluar ke. Hehehehe

:: Sotong yang dah siap masak, tp tak letak kuah lagi sebab nak pose-pose dulu :p ::


:: Okeh, now sotong dah masuk skali ngan kuah dia ::


Hasilnya.. Alhamdulillah. Hilang kempunan ai. Hubby yang 1st time makan pun kagom *eh, mestilah laki ai puji ai kan* Oh, saya bega2 sket resepi ni, tambah cili padi. Takut muak sangat pulak sebab santan banyak kan.

Anyways, talking about mengidam. Sepanjang pregnant ni, saya tak ada any specific cravings. Takde langsung rasanya. Cuma yang ni la tetiba rasa macam nakkkk sangat makan sotong sumbat ni. Itu pun takde lah ngidam beno. Last-last ni maybe tekak ni nak mengada sikit kot bila memikirkan pantang nanti jangan harap nak makan seafood2 ni kannn.. itu yang gigih jugak lah masak benda alah ni.

Okeh, tetiba perut saya adalah mengeras tak berhenti. Harus kena berbaring-baringan. Nanti sambung lagi ye. Ciao.

ps: Orang-orang Terengganu, kamu makan sotong sumbat/ ketupat sotong ni dengan apa ye? Ke makan gitu aje?

Tuesday, June 1, 2010

Daycare centre for newborn anyone????

Ok, sekarang saya cemas!!!

All this while, kami tidak cemas langsung pasal nursery tuk jaga baby kami sebab dah letak nama kat Felda punya nursery yg berada tidak jauh dari opis kami laki bini. Kami dah letak nama since end last year and giliran kami adalah yang ke-10. (bajet-bajet, by bulan June tahun ni, confirm la kami dah ada tempat tuk si baby comel kami ni).

Sekaliiiiiiiiiiiii....... arghhhhhhhhhhhhhh nightmare!! I asked hubby to call the nursery tanya dah ada tempat ke tuk kitorang and tau apa dia jawab????? Eh, takde pun nama kitorang dalam waitlist. BOLEH???? Pulak tu, dia kata now Felda dah tak amik orang luar. Nursery hanya tuk staff diorang. OMG!!! *pitam aku* Ok, relax relax. Hubby kata kena pergi sana and check out bebetul. But still.. if betul takde .. mana la haku nak anta budak kecik ni nanti?

Cuak cuak cuak. Anyone tau mana mana reliable daycare yang amik newborn? Say 2 months old above? Preferably area KL, Jalan Ampang ke dan sewaktu denganya. FYI, Im staying at Bukit Jalil and laki bini keja KLCC area. So anywhere along the way sangat lah mudah bagi kami tuk drop the budak kecik nanti.

Please helppppppppppppppppppppppppppp *meroyan haku jap*

Yours truly,
Masa tuk surf surf cari daycare pulak. Sigh!

XOXO

Sunday, May 30, 2010

38th Week check-up dan kena warded

Yeap, saya ada 38th week check up semalam, Saturday. Tapi 2 days before that perut rasa tak sedap mcm memulas and asik diarrhea and muntah2. Dan rasa nak demam, seram2 sejuk. Jumaat tu dah sampai kemuncak memang tak lalu langsung nak berjalan, tido the whole day. Tapi sempat la makan lunch kat Tupai2. Makan nasi goreng. Balik je, terus tido lagi. Until malam, terjaga sebab diarrhea tak ingat. Lepas diarrhea muntah pulak. Every 1 hour. Memang gile! Tak leh nak lelap langsung. Kalau ikut ati memang nak ajak terus hubby gi Emergency. Tapi sebab pagi tu ada appointment ngan gynae, better tunggu je pagi tu. As expected, masa check up tu, doc soh warded sebab dehydrate agak teruk.

Baby is doing fine. Cuma mommy dia la dah lembik sebab asik membuang atas bawah. So lepas jumpa doctor tu, straight away masuk ward. Until la today. Kena drip berbotol2. Sampai tempat cucuk IV line tu pun dah rasa bengkak. Diarrhea tetap ada until today. Tapi tak seteruk Jumaat ari tu. Muntah dah takde. Itu pun sebab makan ubat muntah kot.

According to my gynae, while warded ni, kalau ada sign of labor, maybe kena tahan sampai beranak la. Tapi kalau takde any sign of labor, boleh balik dulu. At the moment, lepas buat CTG 2 kali, baby heart beat sangat bagus. Tapi contraction tak tinggi pun. Memang belom ada sign of labor la tu. So I guess, memang confirm la boleh balik dalam esok or lusa. Tapi tak tau la kot tetiba rasa nak beranak tu muncul malam kang ke kan. Huhuhuhu...

Lagi pun due date dah dekat, tengah menghitung hari je ni. Ikut EDD 8 June, kalu ikut scan 6 June. Doakan semua selamat buat saya dan baby ye :)

Tapi yang penting sekali sekarang, nak clear up diarrhea punya problem ni. And hopefully dah tak dehydrate lagi la. Dah masuk 6 botol drip kan, melampau sangat la kalau masih dehydrate.

Yours truly,
Takut pulak rasa bila dah dekat due ni..

XOXO

Friday, May 7, 2010

Teknologi "gigi-biru" ...

Okeh, saya adalah pemalas tahap dewa sekali lagi untuk meng-hapdate blog saya. Bukan apa, idop tidak ceria tanpa ada gambar untuk diupload ke dalam blog . Wordings are boring without pictures. Kan??


Saya adalah sebenarnya sangat mahu memblog tentang babymoon kami di Pullman Putrajaya bebaru ini. (Ok tipu, tak baru sangat, early April ari tu) tapi adalah kemalasan mahu men-transfer gambar2 di camera ke computer. Tapi mahu juga blog sebab nak share the coolness of the room. Opppsss, apartment! Location memang la setakat Putrajaya kan, tp serious saya rasa best for a quick getaway. Nantila citer panjang bila nafsu serakah untuk men-transfer gambar2 itu telah kembali.

Buat masa ini, hanya gambar dari henpon sahaja yang mampu ditransfer ke lappy kerana adanya teknologi "gigi-biru" a.k.a bluetooth. (Hehehehe.. ) tapi itu pun takde gambar yang menarik untuk ditayang kan di blog ini adalah kerana, again, saya adalah pemalas nak amik gambar menggunakan henpon saya. Ok, itu semua salah hormon mengandung! Oh alasan!! Jangan percaya kan saya. Saya hanya gunakan alasan mengandung 35 minggu ni untuk meng-cover kemalasan saya. Hehehe.. ye lah, dah 35 minggu pastinya sudah jadi malas serba serbi. Berat ooo nak bawak perut. (Konon la kannn..).

Ok, akhirnya baru sat ni saya berjaya men-transfer gambar2 dr henpon ke lappy ni. Ok, 1st time ye sebab ini adalah lappy baru (saja nak bitau ini lappy baru, ok saya tau saya keji :p). Mudah rupanya. Cuma takleh nak letak watermark sebab tidak ada teknologi Illustrator di-install kan ke dalam lappy ini. (All this while saya buh watermark kat picture guna Illustrator. Kamu guna apa?).

Saya buh kat sini picture babycot yang telah berjaya di transfer secara "gigi-biru". Babycot sudah sampai 2 minggu sudah. Kami rembat masa Parenthood Expo di Mid Valley early March (kot) yang lalu. Sekarang barang2 baby sudah 100% siap. Tapi barang mommy dia jugak yang tak siap2 lagi. sian mommy.

:: Pasti baby saya kelihatan comel dan kacak tido dan bermain-main di dalam babycot ini::

Okeh, sekarang saya nak tanya. Sapa yang baik hati nak bagi baby saya menan di bawah ini? Ini adalah untuk sangkot kat babycot yang comel di atas. Pastinya babycot ini akan bertambah-tambah comel dengan adanya menan ini (hehehehe) dan pastinya baby saya gumbira kalau menan ni tergantung di atas beliau. Menan ini boleh didapati dimana-mana Toys R' Us. Sila jangan malu jangan segan kalau anda nak hadiahkan kepada baby saya nanti hik hik hik hik.. (okeh dasar tak tahu malu.. hhehehe)..

:: Fisher Price Rainforest Peek-a-Boo Leaves Musical Mobile yang pasti menambahkan kecomelan babycot kami dan menambahkan daya kreativiti baby kami :p ::



Jadi besok adalah weekend. Apa plan kamu? Saya mahu keluar pagi-pagi menabur duit di shopping mall untuk beli hadiah Hari Ibu. Jangan lupa tau! Hari Ahad adalah Hari Ibu.

Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu. I love my Mama and my Mak.

Friday, April 23, 2010

Last check up

Last check up adalah pada minggu lepas tapi baru ada time nak cerita minggu ni. Kalau nasi ni, dah berkulat2 basi, takdo rupa nasi dah. Huhuhu Saya adalah sibuk melampaui seorang Regional Manager nampaknya. Ni semua gara2 transition dlm syarikat. Pening pala dibuatnya, semua benda kena urgent, semua email kena reply on time. Kalu sesikit email tu ok gak lah kan, tapi kalu dah berduyun2 tiba siap nak kena bagi justification lah apa lah, kena korek sana sini lah, dari nak reply email 2 3 minit tu, dah drag jadi 2 3 jam.

Sejak kitorang di acquire by this American co. adalah sangat meletihkan. Semalam pun terpaksa buat keja kat umah. Luckily hubby pun ada homework kena buat, so tak lah dia bising. Kami laki bini buat keja ofis semalam. Sunggoh takdo kehidopan. Apa kes kan buat keja opis kat umah.

Sib baek la anak belom keluo lagi. Kalu tak, macam mano la nak buat keja opis ngan nak melayan anak lagi. Kat opis pun memang sangat tak cukup tangan nak buat keja. Sib baek lah tak leh guna kaki, kalu tak dah confirm aku dah macam sotong. Dah dekat2 nak maternity leave ni lah kan aku kena pindah2 bilik lah kan. Sapo eh nak ngangkut flle2 aku nanti ngan perut memboyot ni. Kang ada aku terberanak kat opis nanti. Dengan assistant aku yang asik EL tu, dah memang lah cukup untuk buat aku nak tambah 2 pasang tangan lagi. And she finally tender her resignation semalam, baru keja 3 bulan dah buat perangai asyik EL. Dah kaya beno agaknya. Bermakna kena cari orang baru. Time dekat aku nak maternity leave ni lah kan nak benti. Satu hal aku nak kena train orang baru which menambahkan lagi keja aku yang dah sedia melambak ni! Pastu ntah zaman bila nya nak dapat orang baru. Kang ada aku dah beranak, orang baru tak masuk2. Muntah darah lah boss aku nanti kalau aku cuti nanti, pastu backup pun takde.

Now memang tengah rushing gila2 settlekan hal2 urgent sebelum aku cuti beranak. Kelam kabut nak buat submission semua. Memang 8 jam keja tu optimised abis lah. Sunggoh tak macam aku. Nak main2 masak2, nak gosip2 ngan kawan2 pun tak dan. 8 jam aku terperuk dalam bilik aku buat keja ngadap komputer. Gile takdo life! Lunch pun tapau saje ye, makan pun ngadap komputer.

Eh gile melalut citer pasal keja lak. Ni nak melepas geram ni. Rasanya aku jarang citer pasal opis kat sini. Tapi dah tak larat sangat ni dengan keja yang sangat banyak. Dengan keadaan aku dah nak masuk 8 bulan setengah. Tahu je lah perut dah beso mana. Tapi gigih ye ke hulu hilir. Kalau aku susah nak beranak nanti, tak tau lah kan. Orang kata kalau banyak gerak, aktif senang beranak kan? We'll see. Ni aku jadi guinea pig ni, tengok betul tak teori tu. Tapi so far kaki aku memang takde la lagi tanda2 bengkak. Sebab bergerak melampau punya banyak kan. Nak bengkak pun tak sempat.

Berbalik pasal last check up, which was done last Saturday, aku buat MGTT on Friday tu and result tau masa check up on Saturday. Alhamdulillah bebas dari GDM atau bahasa pasar dia kencing manis. Result 1st round before minum air gula tu 4.1 and 2nd round lepas minum air gula adalah 5.1 which according tu doc border line adalah 8.1. Ye, saya bebas kencing manis! *walaupon saya budak gemok :p*. Pastu saat kuidamkan tiba jua. Sibok sangat tanya pasal ATT jab kan, hah amik ko sedas kat vontot. Hazab ye the next day tu. Dia mula bengkak dan aku pun start macam nak demam. Sib baek tak demam.

Untuk bakal2 ibu, MGTT tu sebenarnya test tuk cek kandungan gula dalam darah, glucose test la tu. *saya pun 1st time buat benda ni, jadi marilah kongsi ilmu* Nak cek whether ada gestational diabetes tak. Masa preggy ni ada penyakit bermusim mcm kencing manis dan darah tinggi. Tapi katanya, lepas preggy ilang terus. Tapi kalu ada kencing manis masa preggy ni bahaya sebab baby pun ada potensi untuk kena kencing manis, dan boleh menyebabkan baby yang lahir besar. Lain2 fakta, sila google sendiri. Hehehhee kang bermuka2 pulak entry aku ni hah. Tangan pun dah lengoh ye sebab blogging guna henpon. Ok macam mana test dia? Mudah saja. Memula kena puasa pada malam sebelum buat test tu. Esok pagi dengan keadaan gigil kelaparan dengan baby dalam perut yang menendang2 mommy dia kelaparan mintak makan, pegi lah spital seperti yang dah set appointment. 1st sekali amik darah. Then pastu dia bagi glucose atau air gula la orang panggil (manis la jugak, tp masih boleh minum dengan steadynya). Lepas 2 jam, amik darah semula. Dalam tempoh 2 jam tuh aku dok jek tunggu kat spital tu. Malas nak gi mana2. Itu lah antara sebab korang kena check up kat spital yang ada wi-fi hehehe. Boleh surfing while waiting. Tak lah kesangapan. Pastu dah amik darah 2nd time, boleha la balik dan makan semahunya.

Last check up at 32weeks, baby again seorang yang pemalu takmo tunjuk muka, dengan senang hatinya tutup muka ngan tangan dia. Sian mommy ngan daddy. Tak dapat nak tengok muka baby. Berat adalah 2.2kg. Kaki adalah panjang seperti daddy nya dan bakal pelari pecut negara ye :p dan kepala nya according to doc agak besar sedikit *orang kata budak pala besar bijak kan* again, ikut bapak dia besar kepala eh kepala besar. (Tapi hubby kata baby ikot mommy dia pala besar. Boleh?) Tapi nenek hubby kata masa lahir dulu hubby kepala besar. Eh ntah la. Redha je lah macam mana pun. Doc kata besar yang normal lah. Asal normal takpe lah nak oiiii. Next check up tengok balik macam mana.

Dan satu lagi yang tak berapa best, doc kata my plasenta now kat bawah. Tapi nothing to worry at the moment sebab kepala baby lagi bawah dari plasenta. Adakah plasenta akan naik semula? Hmmm mudah-mudahan lah. Aku nak sangat beranak normal. Kalau dia kat bawah dari baby, memang confirm la kena c-zer. Please doakan plasenta saya naek ye kekawan. Ni semua gara2 terlebih banyak gerak la ni.

Ok lah nak sambong tido. Tadi tido awal sangat kul 9 lebih dah tido. Kol 1 terbuntang mata plak. Tiba2 malam2 buta ni teringin nak makan nasi Capitol. Sok kena pegi serang la.

Nite nite everyone.

Yours truly,
Departing to Lala Land in 5,4,3,2,1....
XOXO

Tuesday, April 13, 2010

32 weeks

Bukan hilang tapi sedang dilanda kepeningan kepala. Semalam terpaksa amik half day and pergi jumpa doctor. Dah 2 kali dah jumpa doctor due to sakit kepala ni. Kecuakan sebab takut high bp. Mula-mula sakit tengkok mcm berdenyut-denyut pastu naik sakit sampai ke kepala pulak. Selalunya tu kan mcm tanda-tanda high bp. Luckily my bp was nornal. Doc said sakit kepala tu maybe due to susah nak tido, and buat neck jadi stressed. Which is quite true jugak. Asik la berkalih position nak cari position paling comfort.

Alhamdulillah sangat dah berjaya masuk 8th month. Macam x caya je dah nak jadi mommy soon. Next check up will be on Friday where I've to do the MOGTT and blood test. Then on Saturday jumpa my obgyn pulak for monthly check up. Saspen nak tau condition baby in the womb. Hope he is doing well in there.

Till date, I gained about 3kg thru out this pregnancy. Last check up baby was around 1.2kg at 7 months old. I think this coming check up mesti dah jadi 2kg +. My tummy is getting bigger and bigger. And baby movement pun dah kurang sikit banding 7 months maybe sbb limited space kot. Talking about active movement, saya sudah mula minum air kelapa. I read somewhere, air kelapa sangat elok tuk diminum diakhir2 kehamilan coz baby yang lahir nanti bersih. Being in the womb for a long time, baby kan diselaput amniotic fluid, so bila keluar normally ada lapisan wax. So minum air kelapa, baby bersih dr 'kerak2' kat kepala and bersih lah dari selaput2 yang berkerak2 tu. Wallahualam. Nanti tengok lah camna. Betul tak teori ni. Dan kalau ikut kan, baby jadik sangat active lepas kita minum air kelapa. But this doesnt happened to me. My baby relax je.

Another thing yang tidak berlaku kepada saya sepanjang pregnant, which a normal thing yang seringkali jadi kat preggers lain, adalah keputihan. Saya tidak ada sama sekali. Alhamdulillah la kan takde. Tapi in the same time rasa takut mcm x normal pulak. Sampai rasa takut nanti nak beranak susah. Hehehe ada kena mengena ke??

Braxton Hicks pun saya x berapa rasa sangat. Orang kata masuk 7 dah mula rasa2. Tapi me x de. Or maybe sbb 1st time preggy, x tau rasa dia mcm mana. Tapi banyak kali la baby mengeras. Itu ke Braxton Hicks?

Buat masa sekarang ni sangat bersyukur sbb xde lagi sakit pinggang. Harap2 xde la sakit2 pinggang sampai nak beranak nanti. Jalan pun masih laju walaupun perut dah beso. So far Im doing good. No major complaints. Alhamdulillah again. Nak tido pun xde masalah once dapat the most comfortable position.

Oh, by the way, I just got back dr babymoon. Hmmmm nanti update on that in my next entry.

Till we meet again.

Yours truly,
Yang dah terjaga since 4.30 am.

Sunday, April 4, 2010

Gelombang ke2 H1N1

Sangat takut baca paper pasal 29 y.o expectant mommy meninggal dunia semalam at Melaka disebabkan H1N1 ni. Muncul balik pulak...! Tp the 36th weeks baby selamat dilahirkan. Sedeynyaaaa....

Now saya sudah takut untuk merayap2 di mall. Duduk rumah lebey bagos! Lagipun saya sudah tidak berapa larat nak jalan lama2. Cepat letih pulak lately ni.

Btw, any mommies out there yg ada problem bila duduk lama sangat x??? Saya adalah mengalami sakit yang amat amat sangat setiap kali duduk lama sangat especially masa kat ofis. Kadang2 kan kalu dah ngadap buat keja tu, kita lupa nak gerak2 for about an hour kan. Pastu bila nak bangun and jalan, sangat azabbbbb sakitttt sangat lower abdomen. Sampai nak jalan pun x leh. Sakit sangatttt. Sapa2 kena mcm ni x? Tapi yang peliknya, kalau jalan lama x sakit macam ni. Only happen selepas duduk lama sangat.

Mula2 takut kena SPD. Tapi takde simptom mcm SPD pun. Hopefully sakit tu sebab duduk lama sangat je, perut kan dah besar. Harap sangat nothing serious. Amin..