Advert

Tuesday, October 27, 2009

Perkahwinan Jawa kawan saya...

Saya sendiri dah muak dengan entry² kemabokan dan kepeningan saya. Hari ini saya mahu upload gambar² perkahwinan kawan saya yang dah hampir basi. Kiranya sudah hampir 1 bulan jugalah kawan saya ini telah selamat dinikahkan dan sudah selamat di zasssss oleh si suami. Hik Hik Hik...

Saya adalah sangat tidak berkesempatan untuk upload earlier sebab tahap kepeningan dan kemalasan yang membuak². Wedding ni masa awal Oktober yang lalu, saya baru tahu tentang pregnancy saya masa ni.

The bride is my friend the mama-san. Alhamdulillah, semuanya sudah selamat dan Alhamdulillah, kawen jugakkkk ko yek. ☺Nikah was held dekat surau rumah bride, and the reception adalah di Felda Villa, KL dengan berkonsepkan Jawa. Ini adalah kerana mereka somi isteri adalah Jawa. Hihihi kan?

Saya kagom sebab 1st time dalam hidop saya pergi ke wedding berkonsepkan Jawa, tho Jawa mereka more like Jawa kontemporari. Still, Jawa kan. Adaptation la. Taklah 100% Jawa. Jawa dari segi costume, pelamin. Ok lah tu.

Anyways, I'm happy for you, semoga kekal hingga akhir hayat dan semoga ko berjaya membuat persenyawaan diantara sperm dan ovum lalu membentuk bb, supaya anak kita sekolah sesama. Hehehe..


:: siap sedia for nikah. Her sis pakaikan tudung which is actually a veil, no, a tudung that looks like a veil.. hmmmm ::



:: gambar wajib me and the bride ::


:: the make-up (untuk nikah) was done by my bro, Mik Budin from Glammakeover

:: the reception was held at night. Siang nye nikah, malam nye sanding ::


:: pengantin melangkah masuk ::
:: the Jawa bride ☺ ::


:: the Jawa concept dias::

:: me & hubby with the raja dan ratu sehari ::
The venue, Felda Villa pun okeh. Sebelum ni tak tahu pun pasal kewujudan Felda Villa. Selalunya wedding dekat Perdana Felda or Merak Kayangan. The food was ok, using the same caterer d'saji, sama macam other 2 halls.
Again, tahniah kepada kawan saya.

Thursday, October 22, 2009

Bleeding balik..

Macam mana nih?? Baru dapat discharge summary dan bill pun dah siap. Macam ada possibility tak jadi keluar je. Sebab bleeding balik nih.

Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkan lah semua nya.. Amin.


Mode : Saspen dan nervous tahap gaban!

Setelah 5 malam duduk hospital...

Saya akan pulang hari ini. Dengan ucapan dari Doc, sila jangan berjalan banyak. Make sure ada orang kat rumah to help me. Errrr...

Doc adalah sangat tidak tahu yang saya akan ke kerja esok. Saya adalah perlu ke kerja kerana sekarang adalah hujung bulan. Rutin biasa di hujung bulan. *Sigh*

Saya sangatlah berharap sudah takde bleeding lagi selepas ini. Kang ada yang tak pasal-pasal di buang kerja pulok asik MC manjang. Huhuhuhu... *tapi kalau saya dibuang kerja pasal MC, pasti saya boleh saman the company ek? RM3 juta ke.. hihihi*

Progress as of today, masih pening-pening. Saya tetap mengatakan ia adalah angkara duphaston, si pil penguat rahim itu. Tapi, the good news is, saya dah boleh lah makan nasi in a small portion. Saya suka makan buah-buahan sekarang ni. Suka sangat!!

Ok pregnant mommies out there, especially 1st timer, 1st trimester ni please elakkan dari involved dengan activities yang ada bahan chemical. Cos you never know the effect on your baby. Jangan lah nak buat hair coloring ke, rebonding ke, even facial pun elakkan kalau boleh. Whatever things yang you rasa ragu-ragu untuk buat, just avoid. Pesanan dari gynae saya, Dr. Seri. Dia jugak kata during the 1st trimester ni lah, baby baru nak develop, and its really fragile that can cause benda-benda yang tak diingini. *please note, explaination dari saya ni adalah bahasa pasar je, setelah di translate dari bahasa doctor yang canggih manggih tu*

And my ENT doc jugak advice me not to take too many medication on the 1st trimester. Saya adalah selesema, blocked nose, batuk-batuk. Jadi adalah sangat pasti untuk saya mintak ubat batuk kan. Tapi dia refuse untuk beri saya, dan bagi saya lozenges jek.

So now, saya adalah perlu makan duphaston 2x pagi dan malam, ubat selesema, vit C 1000mg, acid folic dan lozenges. Juga nasal spray sebab hidung saya sumbat. Tapi I've tried to avoid using the nasal spray tu kalau tak perlu.

So from today onwards, bermula dari detik ini, saya berjanji pada diri saya untuk avoid makanan yang tak healthy dan buat benda-benda yang terdedah kepada kerosakkan janin.

TAKNAK!!
1. Mc D/ KFC etc fast food
2. Maggi
3. gassy drink --> ni memang dah avoid dari awal preggy
4. makanan ada pepper --> ni pun dah avoid dari awal preggy
5. the usual fruits yang tajam ie. nanas, tebu etc --> ni pun dah avoid dari awal preggy
6. hand sanitizer yang ada alcohol smell yang sangat kuat seperti dettol
7. coffee/ tea/ caffeinated drinks
8. lagi takde idea.. can u guys list it out for me??

Another advice for the 1st time mommies, kalau ada bleeding tu sikit ke banyak ke, cepat-cepat jumpa doctor. It is something abnormal to bleed during pregnancy. Tak normal ye sebenarnya. So better cepat-cepat jumpa doctor jika sayang kandungan anda. Sangat penting untuk tahu punca bleeding tu. Especially kalau bleeding tu menyebabkan anda sakit perut yang amat. Fast action could save the baby. Believe me!

Dan misi saya sekarang, adalah to make sure saya bebas dari flu/demam. Sangat penting untuk keep fit at this point of time. Like now, everytime saya bersin, rasa nak tercabut perut. Semalam lepas satu das bersin yang sangat kuat, bleeding sikit. Sampai macam tu sekali penangan nya!

Tuesday, October 20, 2009

Tak ada morning sickness

new baby

Ini hari sudah 7 minggu 1 hari usia kandungan saya. Kalau kira secara manual la. * tak tau naper pregnancy ticker ni lewat 3 hari*
Morning sickness memang takde. Cuma ada breast tenderness. Breast tenderness ni ada sejak mula-mula confirmed pregnant. Until now. Sakit woooooo. Berat masih maintain. In fact turun 1-2 kg. Bukan sebab tak lalu makan. Tapi yang peliknya, makan-makan-makan, tapi berat tak naik. Mana dia pergi ek?
Tapi sejak admitted ni, makan memang sangat tak lalu. Mungkin sebab duphaston yang doc beri tu. I was given duphaston since 5 weeks preggy by another doc. 1st cycle 3 biji sehari. 2nd cycle from my gynae *ex-gynae, saya dah beralih arah, heheheh* kat Pantai, dia suh amik 2 bijik sehari. Tapi masa admitted kat Prince Court hari tu, Dr. Seri suh saya ambik 4 biji sekali makan. *Emergency dosage ni* And now 2 pagi 2 malam. Maybe dosage too high, saya pun dah "mabok". Tak lalu nak makan. Bau makanan pun nak muntah. I can only eat bread, sandwiches *hint kepada sesapa yang nak visit saya, sila bawa sandwiches dari CoffeeBean pun dah cukop :p*
Orang kata pembawakan budak that I cant smell foods. Tapi rasa nya sebab bau masakan hospital tu yang buat saya tak selera kot. Tau tak bau hospital food? Errrr my hubby kata no such smell. I je smell, dia tak pun smell. Ntah ler.

So semalam, this morning, memang tak lalu makan nasi because of that "smell". Makan roti, and fruits je.

Muntah-muntah takdo. Loya ada je sikit, macam pening. Maybe efek duphaston. Harap-harap takdelah morning sickness yang teruk. Amin.
As of now, bleeding dah takde. *kalu ada pun tak berapa nampak* Alhamdulillah. Doc masih suruh stay on kat hospital. Jangan take risk dia kata. Haihhhhh..

Admitted sekali lagi...

This time not because of my slip disc but bleeding due to my pregnancy. I was admitted to Prince Court last Saturday and dont know when will be discharged. Most probably tomorrow kot. My gynae, Dr. Seri asked me to bed rest jek and since dia tak kasi saya pegi kerja, dia tahan lagi few days to ensure the bleeding tu bebetul stop. Tak boleh stress, tak boleh banyak jalan.. tak boleh lasak-lasak.. what else? Macam mana nak kerja macam ni. But Doc asked me, nak baby ke nak kerja? Aiyo.. kalau tak keja camna nak dapat duit.

Anyway, the janin is fine. Alhamdulillah. Masa scan tu dah nampak the sac and the heartbeat. Kecikkkkkkk je heartbeat. Dan laju giler beat. And the best part, Dr. Seri turn on the audio and we heard the heartbeat. Laju giler! Awesome!!

Terharu sangat. Ini dah entah kali ke berapa we scan, and only now nampak the heartbeat. Alhamdulillah the bleeding tak cause anything to my little fella ni.

Sekarang dah masuk 7 weeks. And EDD will be in 10th June 2010. My somi hope the baby pop out on 13th so that sama birthday ngan dia. Huhuhu.. Okeh la if the little fella nak same birthdate ngan daddy dia. Then he/she will be the "bestest birthday gift" for my hubby.

Anyways, sila doakan keselamatan my little fella.

Saturday, October 10, 2009

Terima Kasih dan Kisahnya adalah...

Saya nak ucapkan terima kasih pada kawan² yang wish CONGRATS kat saya walaupun korang tak tau hujung pangkal cerita kan. Terima kasih bebanyak. Saya mintak you all doa kan semoga semuanya berjalan lancar. Nak buat pengumuman rasmi pun cuak sangat sebab masih sangat baru. Maklumlah, saya ada sejarah yang tak berapa nak elok. So takut sangat nak reveal. Macam ala² trauma lah kan.


Ok lah ok lah. Meh sini nak habaq.. tapi korang kena janji doa kan keselamatan saya dan minta Allah permudahkan segalanya.

Alhamdulillah, saya dah pregnant! Macam tak percaya, tapi itu lah hakikatnya. Memang tak nak reveal sebab very early lagi. Tapi in the same time, excited sangat nak beritahu satu donia, maklumlah kan, 1st baby (2nd lah lepas gugur suatu ketika dahulu).

Yes, I'm proudly announcing that I'm gonna be a mommy. Doesn't it too soon to reveal this? As I am only at week 5. Sebab orang kata, 1st trimester adalah saat genting. And the mom-to-be have to really take care of the tiny little seed inside the womb tu. Sebab sangat fragile kan. Expecially in my case. Sangatlah fragile. My rahim tak kuat.

Tapi orang kata, sharing is caring. And I believe by sharing this good news, everyone akan doakan keselamatan dan kesihatan si kecil saya. Semoga doa anda semua membuatkan dia lebih kuat "di dalam" dan membesar bagai johan!! Aminnnnn....


I discovered about this masa 1 day missed my period. Actually, I noticed something "not right" masa lepas2 raya hari tu. Sebab macam ada brown spot masa pee. Masa tu macam terdetik, am I pregnant? Tapi cuba deny lah and fikir maybe nak period kot. Tapi macam longggg way je nak period. My period patutnya on 1st. And masa brown spotting tu dalam 20-ish. Sekali tu je la brown spot. Then buat bodoh je.

Until on 1st this month, tiba² macam terdetik nak buat urine test. Masa buat tu adalah di ofis ye. Terkejut sampai tak tentu arah. Sebab memang tak menaruh harapan akan keluar dua line. Alhamdulillah sangat! The 2nd line to a bit blur. Then I mms to somi the image and a note "Hai Daddy". Hehe.. *"awwwwww sweetnyeeeee"... perasaan sendiri lah macam sweet kan*

Masa check for the 1st time tu, sampai buat 2 kali test. Sebab takut tertipu. Hu hu.. Then the next morning test lagi sekali. Then balik keja, pergi klinik kat B*ngi, and the doc scan and test sekali lagi urine. Giler ah, 4 kali test nak confirm tu. Tapi the line a bit blur, doc cakap sebab too early lagi pun. Then the doc saja nak scan tengok, and she said ada macam "bengkak" which means ada something melekat there. So hati dah sedap. And terus inform family. Huihhh excited eh.

Tetiba few days lepas jumpa doc Bangi, ada brown spot masa buang air kecik. Panik punya pasal jumpa doctor kat Pusat Rawatan Mesra, Serdang pulak as recommended oleh kawan saya, Ummi Balqish tu. Kat situ pun scan jugak, but the doc kata tak berapa nampak. So she decided to do blood test to see the HCG count. Petang tu tau result and the clinic nurse tu kata HCG count adalah tinggi. So melompat lah katak dalam hati. Gembira tak terkata. Alhamdulillah sekali lagi. So kali ni memang agak confident lah that kandungan saya menunjukkan progress.

Kelmarin buat urine test on my own again. The 5th times. Hehe.. kali ni, the 2nd line sangat pekat. Wahhhh happy happy joy joy...

Tapi tiba² tengahari semalam masa kat ofis, ada keluar lagi spot tapi kali ni reddish. Cuak lagi sekali, pegi lagi sekali jumpa doc Bangi. And this time, scan dah nampak something. Alalalalalaaa comel. Doctor said bleeding tu maybe masa nak menempel tu. Dia kata jangan risau² and stress².

Ya, saya memang sebegitu. Bila bleeding sikit cuak. Which memang I should feel cuak pun kan. Most importantly, I should relax! Ya, saya mengaku, saya sangat lasak! *Tenang... tenang...*

Kawan², doakan saya ye!

Sunday, October 4, 2009

Penantian selama 3 tahun sudah berakhir

Noktah!

Friday, October 2, 2009

Too good to be true!

Yup!!!! Yupp!!!

Terlalu bagos, best dan segala macam!

Saya rasa mahu lompat katak sepoloh juta kali.. that's to show how happy I am now!!!

()#*Q(RHCMIQ*ER)QI+_(Q+_($*%)Q*($ HAPPY HAPPYYYYY!!!!

Err mood tuan punya blog adalah tidak stabil dan bercampur baur. Yang pasti hormone kegembiraan telah melonjak ke paras kritikal. Ehehehee..

Akan update cerita seterus nya.... Sementara itu, hati ku berbunga riang.... ♥♥♥♥♥♥♥♥

Thursday, October 1, 2009

Mode : HAPPY tahap gaban!!

Saya sangat happy tahap gaban di kala ini.

Sekian, terima kasih. Off to hepi hepi land,
XOXO

Blogger saya adalah didalam mode Gile!

Saya tak tahu kenapa, apabila saya log in ke blogger, dashboard tidak normal seperti kebiasaannya. Ye, Sumpah! Ini bukan alasan saya lembap tidak mengupdate blog. Tetapi kerana kebenong-an blogger telah membantutkan niat saya..

Nanti balik rumah saya check balik. Rasa nya kalau access dari rumah takde masalah. Cuma dari opis je pelik siket. Harap-harap berjayalah saya post entry ini. Kerana entery sebelumnya adalah tidak berjaya di post.

update :

Ya, entry berjaya di post. Tetapi features-features untuk menukar font dan sebagainya adalah tidak ada. *Weird*