: Okay, this 3 gentlemen hanya nak show off cara ikat sampin ;) L-R : my bro atas me, dad-in-law and eldest bro :
: The siblings~ adik² ipar ku :
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 7:20 AM 3 || shades of life ||
Labels: R.a.y.a
Saya adalah sangat tidak mempunyai masa untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Bahkan dua tiga hari sebelum hari raya pun, kami suami isteri masih berkejaran ke hulu hilir membeli persiapan raya. Sehingga ke hari ini pun, barang² yang sepatutnya dibeli pun belum dibeli² lagi.
So, di kesempatan ini, *walaupun macam sudah kelewatan, tapi tidak mengapa, raya sebolan kan*, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog saya. Maaf andai ada terkasar bahasa, terperli, terejek, tersinggung perasaan sesiapa.. AMPUN DAN MAAF dipinta! Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Saya juga memohon ampun dan maaf sekiranya ada meninggalkan jejak yang menyinggung perasaan di blog² anda semua. Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 8:29 AM 1 || shades of life ||
Labels: R.a.y.a
Cuma...
Saya amat sibuk menjelang Aidil Fitri ini. Dengan kerja ofis yang menimbun. Dan kerja mengemas rumah. Semuanya ada dateline. Haihhh!!
Esok petang, saya akan berbuka puasa di luar lagi. Dan esok malam pula, saya akan ke pasar untuk membeli barang² masakan. Saya sudah tiada banyak masa.
Barang² hiasan rumah adalah belum di beli lagi. Sampin somi juga masih belum beli.
Dan paling bestnya, curtain yang saya hantar ke tailor 1 minggu lebih yang lalu TELAH SALAH JAHIT!!! Saya beritahu somi, nasib baik saya dah bertudung sekarang ni. Kalau tidak, dah lama orang kedai yang juga bertudung dan kurang sopan dan tidak ada customer service itu di sembur oleh saya!!! Dia telah salah jahit, yang belakang ke depan, yang depan ke belakang. Dan bestnya adalah, beliau tidak mengaku kesilapan beliau, dan kata yang kain itu adalah "multitasking" boleh digunakan depan dan belakang. Kepala tengkorak dia!! Dan dengan senang hati nya, beliau adalah menyuruh saya gantung saja curtain yang dijahit terbalik itu! Kepala tengkorak dia sekali lagi!! Dan beliau adalah bermuka yang mencuka sangat masam apabila saya bising² mintak dia bukak dan jahit semula. Sudah lah engkau caj mahal sangat, salah jahit pula. Dan sekarang saya akan busukkan nama kedai engkau disini. *Dia dont even say sorry!!! Memang pantannggg la haku orang buat silap tak reti mintak mahap kan!!*
Wahai manusia sekalian alam, jangan hantar curtain anda ke kedai yang bernama TZM di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, kawasan kedai baru tu!!! Mereka adalah tailor yang berlagak nak mamp*s cam pro tapi tak reti beza kan kain belah depan dan kain belah belakang. Dan sangat tidak ada customer service. Apa dia ingat haku hantar kain tu for free?? Ini lah orang Melayu berniaga. Camna nak maju??
Apa patut saya buat sekarang??? Ini sudah Rabu, dia belom call lagi! Dan pasti curtain saya adalah sangat buruk. Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Patut ke saya mintak 50% discount kalau curtain tu turn out buruk?? Argggghhhhh benci benci!!!
* Menyesal hantar kat kedai tu konon nak buat eyelet. Hantar kat Nag*ya pun bagus buat french pleat bodoh je, jahit pun cantik! *
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 11:13 PM 2 || shades of life ||
Labels: c.o.m.p.l.a.i.n.t, R.a.y.a
Somi saya adalah di dalam mood mengemas rumah untuk Aidilfitri. Pagi² hari di kala istelinya sedang ber-blog-ing, beliau telah dengan semangat nya mengemas rumah. Mengemas rumah untuk raya ye!! Saya sangat lah seperti biasa pemalas malas kan, suruh somi mengemas minggu depan sahaja. Tetapi beliau adalah semangat untuk mengemas hari ini, dia kata ini weekend terakhir. Next week dah raya. Erkkk? Cepat kan nak raya dah.
Sang Rumah sudah 80% siap di make-over. Sang Rumah sangat senang hati kerana tuan rumah telah mengotakan janji² *walaupun tak keseluruhannya*.
* Wallpaper - checked!
* Kitchen cabinet - checked!
* Glass basin - checked!
* Curtain - next week collect!
* Carpet - checked!
* Decoration kecik² - mesti pergi SSF!
* Ayat Qu'ran empat segi tepat - mana nak carik ek yang cantik²?
* Mirror besar untuk walkway masuk ke rumah - bajet tak cukup!
* Sliding window kat dapur - bajet tak cukup jugak!
* Table mat - masih tak jumpa yang berkenan di hati!
* Stand lamp - checked!
* Vacuum cleaner - yang lama punya tak efektif dah. Sila jangan beli electrolux ergorapido. Sebab ia tewas di atas carpet.
Basically, saya dah puas hati dah dengan keadaan rumah. Cuma kena touch up sana sini dengan deco² bagi berseri sikit.
As for Aidilfitri preparation pulak :
* Baju raya somi isteli - checked!!!! *Wahhhh teruja okeh, tak penah beraya dengan baju raya yang proper siap wayyyy before raya, vangga tahun nih*
* Kasut raya - checked! *Except untuk somi belum lagi*
* Clutch raya - tak ketemu lagi!! Nak cari oversize sikit. Last year punya macam kecik je rasa. masuk henpon, masuk duit raya, dah sarat.
* Tudung raya - checked! *tapi the one hantar "service" kat deZahra belum collect lagi*
* Duit raya - checked!!! *semangat sangat, siap dah masuk sampol!!*
* Kueh raya - checked!! *Beli bangkit dan biscuits² dari blog kawan². Seriously bangkit dan biscuits² itu adalah sangat sedap!!! Tapi tak banyak beli tahun ini sebab last year punya beli banyak² tetamu tak berapa makan kueh. Hentam hidangan raya sajork.*
*Sampin somi - belum ketemu!!! Mana mahu dapat yang cantik dan berkualiti tetapi tidak mahal sangat??
* Songkok somi -guna masa nikah punya dulu. guna few times sajork.
* Butang baju melayu somi - guna tahun lepas punya. Evergreen. *wahhh evergreen lah kohnon, alasan takmo beli lain.. hehehe*
* Bahan-bahan nak masak malam/pagi raya - beli on Saturday morning, 19th. Erkkk lambat sangat ka?
Menu malam/pagi raya :
Ketupat
Ketupat palas - cilok umah mertua :p *dengan ucapan, semoga mak buatlah tahun ni. Kami tolong :D*
Rendang
Lodeh
Sambal kacang
Sambal sotong kering - makan ngan lodeh ngan ketupat
Lemang ?
Nasi beriyani
Daging beriyani
Ayam masak merah
Acar
Slurrrppppp. Meleleh tengok menu sendiri di atas.
Macam tahun lepas, kami beraya di rumah sendiri. Sebab tahun lepas, rumah kami ini baru siap pembinaan nya. Jadi adalah sangat teruja beraya di rumah sendiri. Lepas solat raya, baru lah kami menziarahi rumah mertua di B*ngi. Since emak saya tinggal bersama saya, adik-beradik saya berada di rumah saya. Berkumpul di sini.
Tetapi tahun ini, program masih seperti tahun lepas, beraya di rumah sendiri, lepas solat raya, ke rumah mertua. Kemudian mertua pula ke rumah kami. He he he pi mai pi mai tang tu. Selepas rumah kami, beramai-ramai pula menziarahi sanak-saudara somi *tahun lepas pun macam ni*. Malam nya, saya akan ke Sepang pula, menziarah adik dan emak kepada ayah saya, iaitu nenek saya. Kebiasaannya, raya ke-2 tiada aktiviti sangat. Acara beraya dah berkurang. Tetapi, tidak silap saya, raya ke-2 tahun lepas kami ke Melaka menziarah datuk dan nenek somi. Tahun ini tidak pasti lagi. Jika raya ke-2 jatuh hari Selasa, pastinya saya tidak ke Melaka kerana esoknya, Rabu saya sudah mula kerja. Ya!!! Saya tidak cuti raya tahun ini. Saya "didenda" kerana cuti lama sangat hari itu kerana di hospitalised kan. He he he.
Keluarga belah saya adalah sangat kecil. Pergi 2 3 rumah, dah habis. Sebab tu lah, kalau lihat plan di atas, banyak memihak kepada somi saya. Untung kan beliau! Dan saya adalah sangat bersyukur kerana keluarga mertua hanya di B*ngi. Dalam 30 minit drive dari rumah kami. Tak perlulah nak balik kampung jauh². Dan tak perlulah nak allocate bajet untuk minyak dan car maintenance. Syukurrr.
Volume of people yang datang beraya ke rumah kami pun tidak ramai kerana kebanyakkan kawan² pulang ke kampung masing². Raya pertama selalunya dikunjungi oleh sanak saudara somi saya, adik-beradik saya. Dan rumah kawan² pun tidak kami kunjungi cuma raya ke-3 tahun lepas kot, kami beraya di rumah boss saya. He he he. Itu pun sebab beliau buat open house. So jumpa lah kawan² yang takde kampung kat situ. Pastu kawan yang takde kampung jugak tu, Id*, beraya pula di rumah saya. Haiihhh sian sunggoh raya orang KL ni kan???
Saya adalah sangat pasti ramai yang dah mula mengemas rumah kan... Bahang raya sudah tiba!
* Selamat membuat preparation raya kepada semua *
update :
Zakat fitrah tak bayarrrrrr laggiiiiiii.. erkkk. *walaupun somi bayar untuk saya, saya tetap bayar untuk diri saya, emak saya dan ayah saya. iskkk mana² soping complex ada kan kaunter nye???*
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 10:29 AM 4 || shades of life ||
Labels: R.a.y.a
Nak marah tak dengan orang yang tak tepati janji? Bukan sekali tapi berkali-kali. Pastu bestnya, baru beberapa jam berjanji, orang tu claim lupa. Patut kan nak marah??? Pastu paling best sekali kita dah sampai kat tempat yang dijanjikan pulak tuh! Lagi lah membara-bara kan????? Memang patut bagi penyepak je kan! Kalau takat datang lambat ke, ok lagi lah, boleh dimaafkan. Tapi ni tak muncul langsung! Nak buat macam mana ngan orang camni?
Wahai cik adik, janganlah jadi macam pengembala kambing. Nanti tak ada siapa mahu percaya kamu lagi.
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 7:57 AM 7 || shades of life ||
Saya adalah seperti kesibukan lately. Dengan majlis berbuka puasa nya. Balik rumah dah tak dan nak berblog. Cuma available untuk update during weekends.
Sekarang ini saya adalah di PCMC untuk physiotherapy session saya yang sudah kali ke berapa ntah nya. As usual tujuannya adalah untuk senaman menguatkan kaki dan menguatkan otot-otot belakang saya. Ntah bila la nak abis buat physio ni.
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 2:23 PM 1 || shades of life ||
Kelmarin, saya adalah telah berbuka puasa bersama rakan² sepejabat saya, yang memang ngam dan kamceng. Nama group kami adalah GMP a.k.a Geng Mulut Puaka. Bukan lah bermakna mulut kami ni jahat². No No No! Kami adalah 6 jelitawan yang ayu dan sopan ye hi hi hi. Cuma ia digelar sebegitu kerana, tiada istilah sentap antara kami. Kalau si Monts A kutuk si Monts B, kami memasing tahu itu hanya gurauan. Jadik tak payah lah nak sentap². Actually bukan lah kutuk, tapi gurau² je. Oh di kesempatan ini juga, saya nak minta mahap lah ye kepada Geng² Mulut Puaka yang kot² lah ada tersentap dalam hati ngan gurauan saya ke kan. Mana lah nak tau mulut kata tak sentap, tapi hati dah tersiat². Hik hik hik
Dalam geng kami ni, 3 married dan 3 single. 3 pakai tudung dan 3 tak pakai tudung. Oh tapi tak lama lagi tinggal 2 jek single ye. Yang 1 lagi akan melansungkan perkahwinan bulan October ni. Alah, saya penah buat entry pasal dia suka masuk hospital suatu ketika dahulu. Ingat tak? Tini the Mama-San. Oleh kerana ciri² ke-Mama-San beliau, maka hen night beliau nanti adalah akan di buat di karaoke. Hik hik hik.. wahhhhh!
Kami berenam adalah telah berbuka puasa di Shangri-La KL. Siapa yang pilih tempat ni hah? Ni mesti Ayde ni. He he he. Harga sekepala adalah RM112.70 nett. Makanan? Ada Chinese cuisine, Malay, Japannese *my favorite!!*, Italian, Kambing Panggang, dessert counter yang pelbagai temasuk kuih melayu dan choc fountain yang ada 2 flavor choc dan white choc, ada nasi beriyani, eh macam² la. Rasa? Hmmmm standard la makan kat hotel. Saya tak reti nak komen lelebih. Sebab rasa lebih kurang jek. Cuma chicken wings adalah sangat tidak sedap.
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 4:58 PM 4 || shades of life ||
Oleh kerana ada beberapa rakan yang meminta resepinya, so saya tempek lah di bawah ini.
Selamat mencoba....
NASI AYAM (Anggaran utk 3-4 org makan)
Bahan utk masak ayam:
1/2 ekor ayam- dipotong 2
2 ulas bawang putih } diketuk
1 inci halia } diketuk
1 sudu besar kicap manis --> adjust ler ikut banyak mana ayam korang
1 sudu besar sos tiram --> adjust ler ikut banyak mana ayam korang
sedikit minyak bijan
6 cawan air --> I buh air agak² je. Ini sekadar anggaran. Nanti kang air tak cukup pulak
Cara membuat:
1. Ayam dibersihkan kemudian direbus di dalam air bersama halia dan bawang putih selama 15 minit.
2. Angkat ayam, toskan kemudian perap sebentar bersama campuran kicap manis, sos tiram dan beberapa titis minyak bijan.
3. Air rebusan disimpan untuk masak nasi dan buat sup. --> penting!! jangan korang pi buang lak.
4. Ayam yg telah diperap tadi digrill dlm oven sehingga agak garing dan berkilat ATAU digoreng sehingga berkilat dan bolehlah diangkat.
5. Bila masak, potong ayam kecil-kecil dan renjiskan sedikit minyak bijan sebelum dihidangkan.
** Note : Air rebusan ayam ni kena cukup untuk masak nasi, buat sup dan buat sambal² nye. Semua nya menggunakan air rebusan ayam ini ye **
Bahan untuk buat sup:
1 ulas bawang putih - dimayang
1 cm halia - dimayang
2 ulas bawang merah - dimayang
daun sup } dihiris
3 cawan air rebusan ayam
Cara membuat:
1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan-bahan yg dimayang dan goreng sehingga kuning.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Angkat dan taburkan daun sup.
Bahan untuk masak nasi:
2 cawan beras
3 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kena kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras tersbt
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 cm halia - ditumbuk
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar majerin --> saya guna butter
1 sudu besar minyak masak --> saya guna olive oil
setitik pewarna kuning --> saya tak guna puna pewarna². I kan au natural.. :p
Cara membuat:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin + minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam, pewarna kuning dan garam.
4. Tanak hingga masak.
Bahan untuk buat sos cili:
4 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar air rebusan ayam --> saya guna sesuka hati, kalau nak cair, letak lebih sikit
sedikit gula dan garam
Cara membuat:
Kisar cili bersama bahan-bahan di atas sehingga halus --> saya masukkan dalam microwave 1 minit, saja untuk bagi masak sikit. Takut sakit pewut.
Bahan untuk buat sos kicap:
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar air rebusan ayam --> ini pun saya letak sesuka hati, adjust pada kepekatan
Cara membuat :
1. Campurkan semua bahan di atas kacau sebati. --> saya masukkan dalam microwave 1 minit, saja untuk bagi masak sikit. Takut sakit pewut.
Bahan sampingan: -dihiris
1 biji salad
1 batang timun
2 biji buah tomato
* Sayur-sayuran ni, ikut suka korang ler.. *
Kalau ada apa² nak tanya, tanya la ye..
Resepi adalah dari Noor Masri. Terima kasih kat beliau untuk resepi yang sedap ini. Saya dah buat dari 4 5 tahun lepas. *Wah hover* Kalau korang buat tak sedap tu, maknanya, korang lah yang tak pandai masak. Hua hua hua *keji kannnn*
* Mahu "terbang" ke suatu tempat, yahooooo *
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 11:27 AM 0 || shades of life ||
Labels: r.e.c.i.p.e
Agak bengang lah dengan orang itu yang kat situ tu. Menunding jari salahkan orang lain bila kerja kau tak buat! Macam harem kan??
Bongoks!!
Blah lah kau!!
* Sila abaikan rasa amarah saya ini. Tak mengapa sebab saya tidak diperlukan untuk berpuasa pada ketika ini dan beberapa hari ini... *
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 5:36 PM 3 || shades of life ||
Labels: Luahan Perasaan
Ini adalah entry berbuka puasa kelmarin.
Semalam saya adalah berbuka puasa di luar bersama jelitawan² mulut puaka. Tetapi, kelmarin, saya adalah berbuka puasa di rumah baru saya. Oleh kerana ia adalah baru di makeover, maka kami telah mengundang orang B*ngi a.k.a keluarga mertua untuk "sneak preview" *kohnon* rumah baru kami itu. Maka saya dengan tubuh badan yang masih lemah gemalai, telah gigih membuat nasi ayam untuk santapan sekeluarga. Dan sila jangan tak tahu, bahawa Nasi Ayam Saya adalah the best in town *sendiri puji sambil di sokong oleh somi saya :p*
Jam 1.30pm saya sms somi yang berada di ofis.
:: Ulam-ulaman Nasi Ayam Saya ::
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 6:51 AM 5 || shades of life ||
After 2 days of MC, dengan lemah gemalai nya saya melangkah ke ofis. Huargggghhhhhh.. demam sudah kurang, tapi batuk kong kang kong kang masih ada. Tapi luckily kat ofis ni, batuk kong kang kong kang saya tidak bertindak liar. Masih terkawal. Sib baik. Kalau tak harus lah si roomate saya Id* lari sorok bawah meja. Hik hik hik
Hari ini saya adalah akan pulang lewat kerana para jeliwatan geng-geng mulut puaka akan berbuka puassa di Shangri-La KL. *geng-geng mulut puaka adalah kami si jelita 6 orang :p (nama group memang tak hengat nye dasat)* Waaaahhh wahhhh wahhhhhh... perghhh tempat nak buka tak hengat-hengat. Sapo lah punya idea ya.
Picture dan gambar makanan pasti akan menyusul di next entry ;)
Buat masa ini, saya mahu sambong kerja.
Selama berbuka semua.
* Kasihan somi buka sowang-sowang, isteli nak gedik-gedik buka di luar ye. *
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 4:25 PM 1 || shades of life ||
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 9:25 PM 4 || shades of life ||
Labels: foodies
Itu lah keadaan saya di saat ini. Demam dah kebah skit. Cuma malam jek temperature naik sket. Somi saya kata demam kura². Errrr... ada ek camtu?
Tapi batuk kong kang kong kang ngalah ayah saya yang 24 jam isap rokok tu. Perit tekak ni. Dan kering plak tuh.
Kalau sok tak 100% semboh haruskah saya jumpa doctor lagik??
Hmppphhhhhhhhh
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 12:03 PM 5 || shades of life ||
Labels: Personal Development
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 1:26 AM 7 || shades of life ||
Saya masih dalam mode demam. *dizzy* *batuk²* *lengoh²* *tak larat* etc etc etc... Saya dapat MC 2 hari and doc said after 3 days tak baik jugak, jumpa dia balik or refer to any hospital.
ZzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz...
Eh hello.. dekat FB saya ramai kata saya kena H1N1.. sabaq je lah haku. Saya pun tak tau dari mana saya dapat virus demam ni. Yang pasti nya memula sekali saya batuk² dan tekak rasa kering² dan ada k*hak yang tak dapat dikeluarkan. Tekak sakit macam nak demam. Actually saya mula nak demam ni lepas balik dari pasar ramadhan petang semalam. Wah setelah 10 hari, baru lah pertama kali saya jejak kaki ke pasar ramadhan. Dah tu, demam lak balik dari pasar ramadhan. Sabaq je haku! Mungkin jugak demam terkujat kot beli AYAM PERCIK harga RM6.50 seketul. Terkejut terus demam. Hi hi hi... Giler betul kan?? Pertama kali dalam hidop saya beli ayam percik semahal nih. Saya beli 2 ketul = RM13. Boleh dapat sekor ayam hokeh!!
Atau mungkin juga saya demam ni disebabkan habuk. Sejak sabtu, somi mulakan operasi spring cleaning. Habis satu rumah di spring clean. Berterbangan habuk ke sana sini. Saya yang sememangnya tak tahan ngan habuk, cepat betul sakit tekak. Hmmmm tak tau lah mana satu puncanya. Cuma harapnya bukan lah benda² merbahaya macam H1N1 ke. Selisih malaikat 44.
Ada banyak saya nak cerita.
1. Tentang pertemuan saya dengan 2 blogger.
2. Tentang janji² saya terhadap sang rumah yang telah berjaya di lunaskan - Kitchen cabinet sudah dipasang, wallpaper sudah dipasang, curtain baru dalam proses. Carpet baru sudah di temui. Yeay! Rumah saya sudah complete sekarang. Cuma perlukan "bunga²" untuk menghiasi dan menceriakan suasana.
Nanti saya cerita ye..
Dan sekarang saya adalah sangat tidak larat. Pagi tadi badan saya adalah sangat panas. Baru sekarang ni, lepas makan ubat, baru lah larat nak bangon. Saya perlu makan ubat. Errr ubat lagik!! Tak larat dah nak makan ubat! But this time doctor cuma bagi ubat untuk 3 hari jek. harap² esok lusa saya semboh.
Doakan ye kawan².
Yours truly :: || Mrs. Izwan || :: at 3:03 PM 5 || shades of life ||
Labels: Personal Development