Advert

Saturday, September 12, 2009

Projek Raya

Somi saya adalah di dalam mood mengemas rumah untuk Aidilfitri. Pagi² hari di kala istelinya sedang ber-blog-ing, beliau telah dengan semangat nya mengemas rumah. Mengemas rumah untuk raya ye!! Saya sangat lah seperti biasa pemalas malas kan, suruh somi mengemas minggu depan sahaja. Tetapi beliau adalah semangat untuk mengemas hari ini, dia kata ini weekend terakhir. Next week dah raya. Erkkk? Cepat kan nak raya dah.

Sang Rumah sudah 80% siap di make-over. Sang Rumah sangat senang hati kerana tuan rumah telah mengotakan janji² *walaupun tak keseluruhannya*.


* Wallpaper - checked!

* Kitchen cabinet - checked!

* Glass basin - checked!

* Curtain - next week collect!

* Carpet - checked!

* Decoration kecik² - mesti pergi SSF!

* Ayat Qu'ran empat segi tepat - mana nak carik ek yang cantik²?

* Mirror besar untuk walkway masuk ke rumah - bajet tak cukup!

* Sliding window kat dapur - bajet tak cukup jugak!

* Table mat - masih tak jumpa yang berkenan di hati!

* Stand lamp - checked!

* Vacuum cleaner - yang lama punya tak efektif dah. Sila jangan beli electrolux ergorapido. Sebab ia tewas di atas carpet.

Basically, saya dah puas hati dah dengan keadaan rumah. Cuma kena touch up sana sini dengan deco² bagi berseri sikit.

As for Aidilfitri preparation pulak :

* Baju raya somi isteli - checked!!!! *Wahhhh teruja okeh, tak penah beraya dengan baju raya yang proper siap wayyyy before raya, vangga tahun nih*

* Kasut raya - checked! *Except untuk somi belum lagi*

* Clutch raya - tak ketemu lagi!! Nak cari oversize sikit. Last year punya macam kecik je rasa. masuk henpon, masuk duit raya, dah sarat.

* Tudung raya - checked! *tapi the one hantar "service" kat deZahra belum collect lagi*

* Duit raya - checked!!! *semangat sangat, siap dah masuk sampol!!*

* Kueh raya - checked!! *Beli bangkit dan biscuits² dari blog kawan². Seriously bangkit dan biscuits² itu adalah sangat sedap!!! Tapi tak banyak beli tahun ini sebab last year punya beli banyak² tetamu tak berapa makan kueh. Hentam hidangan raya sajork.*

*Sampin somi - belum ketemu!!! Mana mahu dapat yang cantik dan berkualiti tetapi tidak mahal sangat??

* Songkok somi -guna masa nikah punya dulu. guna few times sajork.

* Butang baju melayu somi - guna tahun lepas punya. Evergreen. *wahhh evergreen lah kohnon, alasan takmo beli lain.. hehehe*

* Bahan-bahan nak masak malam/pagi raya - beli on Saturday morning, 19th. Erkkk lambat sangat ka?

Menu malam/pagi raya :
Ketupat
Ketupat palas - cilok umah mertua :p *dengan ucapan, semoga mak buatlah tahun ni. Kami tolong :D*
Rendang
Lodeh
Sambal kacang
Sambal sotong kering - makan ngan lodeh ngan ketupat
Lemang ?
Nasi beriyani
Daging beriyani
Ayam masak merah
Acar

Slurrrppppp. Meleleh tengok menu sendiri di atas.

Macam tahun lepas, kami beraya di rumah sendiri. Sebab tahun lepas, rumah kami ini baru siap pembinaan nya. Jadi adalah sangat teruja beraya di rumah sendiri. Lepas solat raya, baru lah kami menziarahi rumah mertua di B*ngi. Since emak saya tinggal bersama saya, adik-beradik saya berada di rumah saya. Berkumpul di sini.

Tetapi tahun ini, program masih seperti tahun lepas, beraya di rumah sendiri, lepas solat raya, ke rumah mertua. Kemudian mertua pula ke rumah kami. He he he pi mai pi mai tang tu. Selepas rumah kami, beramai-ramai pula menziarahi sanak-saudara somi *tahun lepas pun macam ni*. Malam nya, saya akan ke Sepang pula, menziarah adik dan emak kepada ayah saya, iaitu nenek saya. Kebiasaannya, raya ke-2 tiada aktiviti sangat. Acara beraya dah berkurang. Tetapi, tidak silap saya, raya ke-2 tahun lepas kami ke Melaka menziarah datuk dan nenek somi. Tahun ini tidak pasti lagi. Jika raya ke-2 jatuh hari Selasa, pastinya saya tidak ke Melaka kerana esoknya, Rabu saya sudah mula kerja. Ya!!! Saya tidak cuti raya tahun ini. Saya "didenda" kerana cuti lama sangat hari itu kerana di hospitalised kan. He he he.

Keluarga belah saya adalah sangat kecil. Pergi 2 3 rumah, dah habis. Sebab tu lah, kalau lihat plan di atas, banyak memihak kepada somi saya. Untung kan beliau! Dan saya adalah sangat bersyukur kerana keluarga mertua hanya di B*ngi. Dalam 30 minit drive dari rumah kami. Tak perlulah nak balik kampung jauh². Dan tak perlulah nak allocate bajet untuk minyak dan car maintenance. Syukurrr.

Volume of people yang datang beraya ke rumah kami pun tidak ramai kerana kebanyakkan kawan² pulang ke kampung masing². Raya pertama selalunya dikunjungi oleh sanak saudara somi saya, adik-beradik saya. Dan rumah kawan² pun tidak kami kunjungi cuma raya ke-3 tahun lepas kot, kami beraya di rumah boss saya. He he he. Itu pun sebab beliau buat open house. So jumpa lah kawan² yang takde kampung kat situ. Pastu kawan yang takde kampung jugak tu, Id*, beraya pula di rumah saya. Haiihhh sian sunggoh raya orang KL ni kan???


: Sneak preview, nak bagi semangat raya mai :


Saya adalah sangat pasti ramai yang dah mula mengemas rumah kan... Bahang raya sudah tiba!

* Selamat membuat preparation raya kepada semua *

update :

Zakat fitrah tak bayarrrrrr laggiiiiiii.. erkkk. *walaupun somi bayar untuk saya, saya tetap bayar untuk diri saya, emak saya dan ayah saya. iskkk mana² soping complex ada kan kaunter nye???*

4 || shades of life ||:

siti said...

selamat hari raya cik shanaz... maaf zahir batin... jemput datang umah yea...

Real Woman said...

perghhh bukan main panjang lebar checklist u beb!! bagus bagus.. eh huge mirror i tgk bnyk ada kat Nilai3 la...and ayat2 quran dlm frame pun bnyk. Kebetulan i pergi last 2 mths nak tgk brg2 persiapan kahwin my bro, and ternampak cermin2 tu. designs worth checking out for. aand for the sampin tu, gi jalan TAR or Kompleks PKNS je lah. Cantik2 and murah2!

Mimy Hamid said...

wah kamu sangat bersemangat untuk raya..checklist sumer siap sedia rapi..ni yang ada harapan nk raya umah ko ni...

Shikhin Ishak said...

aku bukan org kl tp kenapa kan nasib ku begini,terpaksa berhariraya di kl pula..sangat tak best..malam raya nak kena pi tesco beli ketupat rendang ekspress..siap hidang.