Advert

Friday, September 4, 2009

Nasi Ayam Saya

Ini adalah entry berbuka puasa kelmarin.

Semalam saya adalah berbuka puasa di luar bersama jelitawan² mulut puaka. Tetapi, kelmarin, saya adalah berbuka puasa di rumah baru saya. Oleh kerana ia adalah baru di makeover, maka kami telah mengundang orang B*ngi a.k.a keluarga mertua untuk "sneak preview" *kohnon* rumah baru kami itu. Maka saya dengan tubuh badan yang masih lemah gemalai, telah gigih membuat nasi ayam untuk santapan sekeluarga. Dan sila jangan tak tahu, bahawa Nasi Ayam Saya adalah the best in town *sendiri puji sambil di sokong oleh somi saya :p*

Jam 1.30pm saya sms somi yang berada di ofis.


Isteli : Somiiiiiiiiiiiiiiiii, nak ajak orang B*ngi datang buka kat rumah baru tak ?


Somi : You larat ke nak masak?


Isteli : Larat kot. Tapi cuba tanya diorang ok ke tak nak makan kat sini.


Somi : OK nanti I tanya dulu.


Lepas 1 minit *wah efisen somi saya*


Somi : Yang, diorang ok. Confirm ke?


Isteli : Yes, confirmed.

Maka saya dengan terbatuk² kong kang *tapi saya tidak batuk² depan masakan saya ye* telah pergi ke G*ant berhampiran beli 2 ekor ayam, beras Moghul Faiza 1kg, dan bahan² sampingan.

Jam 3.30pm baru mula rendam ayam dengan tepung. Dalam hati dah cemas takut tak sempat nak masak. Sangat cemas hokeh!!! Setelah kelentang kelentung di dapur, jam 5.30pm somi pulang dari ofis. Dan sudah tentu nya beliau adalah mangsa keadaan saya untuk menggoreng ayam. Semua nya siap ngam² sebelum tetamu sampai. Tapi pak choy oyster saya cuma siap masa tetamu dah sampai. Sangat² last minit. Nasi ayam adalah sedap di makan bersama pak choy oyster ye kawan². Agak kelam kabut jugak lah sebab meja belum di set lagi.


Moralnya, sila jangan buat decision last minute untuk memasak *kecuali anda ada bibik* untuk 10 orang. Ya, saya masak untuk 10 orang!!! Saya sangat berkembang hidong ya. Selama ini saya masak kecil-kecilan sahaja. *mungkin pada orang lain no big deal, tetapi bagi saya yang ala² diva jarang turun ke dapor ni, satu pencapaian yang gemilang ye* Selama ni cuma masak dalam periuk nasi, kelmarin dalam sejarah saya masak dalam periuk besar. Huihhhhh saspen. Saya sempat text kat somi that saya tak confident nak masak untuk ramai². Takut tak sedap. Tapi somi saya kata, you kan terel masak nasi ayam. He he he tergelak saya baca sms somi saya tu.

Saya adalah sangat tidak berkesempatan untuk snap gambar yang menggiurkan meliurkan *ada ke perkataan ni??* anda. Maklom lah, tatamu dah sampai, kita sibuk rebus pak choy lagik.



:: Ini adalah nasi kepada Nasi Ayam Saya. See periok beso tau, tak tipu ::




:: Ayam kepada Nasi Ayam Saya yang telah digoreng oleh somi saya ::




:: Sambal cili, daun sup dan sambal kicap kepada Nasi Ayam Saya ::


:: Ulam-ulaman Nasi Ayam Saya ::


Oh ya, untuk pengetahuan semua, resepi Nasi Ayam Saya ini bukan lah ciptaan saya. He he he tetapi telah saya gunapakai sejak berzaman lamanya. Resepi di ambil dari internet. Memang sedap! Dijamin!! *elloo, at least mak saya dan somi puji sedap ye.. EMAK saya okeh, yang cerewet tu, tiada belas kasihan atau tiada nak ambil² hati. Kalau tak sedap dia cakap tak sedap. Sangat laser hokeh!*

Jadi, marilah ber-Nasi Ayam untuk berbuka. Sedappppppp! Nyummmmmmmm...!!

5 || shades of life ||:

Mrs Zamzuri said...

kasik la resipi penuh!! hehehe

Mimy Hamid said...

cakap sedap tidak guna kalau ko tak bagi aku rasa...sebab aku tgk dah meleleh..ini belum rasa...ngan muka tak malu ingat nak dtg terjah..boleh??

Shikhin Ishak said...

kongsi resepi lah..i nak try buat juga..biar indon kat rumah tu makan nasi ayam plak..asyik2 makan bakso jo..

AmanBella said...

ok bella living proof ksya yang dah rasa nasi ayam tu..

super marvellous!!

bella siap tambah 2x ogeh :^D

||Mrs. Izwan|| said...

Mrs. Zamzuri : bisaaaa. nanti i tempek...

Mimy : uihhh nk terjah kaaa? hik hik hik..

Pn. Siken : waaahhh cuba untuk ma-Malaysiakan pa' bambang nampak :p

Bella : *malu ai*