Advert

Wednesday, September 2, 2009

Menangkap ikan Iftar di Manhattan Fish Market

Kami somi isteli penah suatu ketika serik untuk makan di Manhattan Fish Market (MFM) ini kerana makanan nya yang sangat oily dan menyebabkan kadar kolestrol kami naik kami berdua kepeningan sesudah makan² di sinun. Lalu kami mengecop BANNED FOR LIFE di dahi tokey MFM terhadap MFM.

Walau bagaimanapun, kerana kegatalan saya semalam *orang demam kan, fikiran bercelaru :p*, kami berdua telah pergi ke Alamanda untuk berbuka puasa. Dengan badan yang lesu dan muka yang pucat dan obviously tidak puasa, saya tidak tahu mahu makan di mana. Somi suka menyerahkan tanggungjawab berfikir kepada saya. *sigh* Somi mati² sudah tidak mahu berpikir untuk makan di mana. Alahhhhh Alamanda tu ada apa aje kan tempat makan nye?? Balik² itu. Jadi dengan memberi peluang sekali lagi kepada MFM, kami melangkah masuk dan mengorder set Ramadhan mereka yang Platter for Two itu.

Dan dengan ini, secara rasminya, kami umumkan MFM adalah di BANNED FOR LIFE. This time we really mean it. Bayangkan, kami tidak habiskan makanan tersebut kerana terlalu oily. Tidakkkkkk kepada MFM!!! *mungkin kami je overly sensitive kot ngan isu oily ni*

FISH & CO adalah tetap di hati kami. We Fish & Co. Yummmehhh!!!

:: Gambar intro ::


Ini adalah set yang kami ambil. Ada fried calamari, oyster, dory dan pilihan side dish adalah chips dan garlic butter rice yang takde rasa garlic mahupun butter tetapi lebih kepada rasa nasi putih. Ohhhh bulan puasa, chef tak leh nak rasa *bersangka baik* Tepung celupan mereka adalah agak serap minyak, membuat kan kami fening lah.. Set ini adalah including bottomless ice lemon tea, tiramisu dan 2 ketui kurma. Harga adalah RM63.60 (belom masuk tax).




Saya juga mengorder fried country mushroom - YA!! Saya gile mushroom! Tetapi again, setelah 1/2 way makan, sangat lah pening kerana oily.




Sekian sahaja laporan mengenai iftar kami semalam. Jika kamu penggemar MFM, sila kan. Tapi kami tidak :p

Kami masih berdiri teguh di belakang FISH & CO. Hiappp hiapppp!!!
Pic adalah di googled

4 || shades of life ||:

Mimy Hamid said...

fish &co pulakkkk...memacam lol...mana lagi ek ada kat KL ni?/

Ms. Omey said...

i prefer mfm dari fish & co. tak prasan pulak oily tu..hehe..nampak sangat sedap je makan benda2 tak menyihatkan camtu.

Real Woman said...

mrs izwan jgn kau kutuk fried mushroom kegemaranku itu!!! my feveret in the world wokey!! i mmg hantu ikan so selalu la makan MFM dan London Fish Tale kat foodcrt KLCC tu. kalau pegi steakhse pun mmg i akan order fish n chips jugak. sedih tak? mak tak lalu makan daging k..:(

Shikhin Ishak said...

weh aku ni jakun sikit,tak penah makan pun manhattan fish market..alih2 dah kena banned..cammaner ni?