Ini adalah back dated punya entry.
Pada Sabtu lepas, setelah rumah kami di tunggang langgang kan oleh contractor pasang kitchen cabinet, kami 3 beranak telah membawa diri untuk berbuka puasa di luar. Ini adalah disebabkan kesukaran untuk memasak dan menyediakan juadah berbuka akibat rumah yang telah terbalik itu. Oleh sebab kami mahu membeli beberapa barang di IKEA, kami bertiga pun bersetuju untuk berbuka di IKEA *didalam hati saya sangat lah malas untuk berbuka di IKEA sebab tahun lepas saya ada terbaca review tentang "kepayahan" untuk mengambil juadah akibat terlalu ramai umat manusia*
Okeh lah semua, sekian sahaja promo tidak bergaji dari saya.
Food wise, biasa sajork. Tapi harga sangat murah. Rm 15++ rasanya untuk seorang, hidangan secara buffet. Makanan yang dihidangkan adalah berlainan ye dari menu asal mereka. Jadi jangan lah bercita² nak makan meatballs ka, poached salmon ka, sausage ka. Menu yang dihidang kan adalah berbeza² setiap hari dan pada hari itu, hidangan nya adalah Nasi Putih, Asam Pedas Talapia, Ayam Percik, Kurma Kambing, Kerabu Kerang dan ulam², nugget ayam, dan kuih muih seperti talam ubi, seri muka, puding, aiskrim, air tebu dan soya bean, air teh. *kalau ada makanan yang tertinggal, harap maap, saya tak ingat dah*. Gambar adalah tiada kerana saya sudah berasap beratur untuk amik makanan. Sangat lama okeh!! Kalau ikut saya, memang tak di-rekomen lah untuk berbuka puasa di sana. Tetapi kalau ikut somi saya, okeh aja sebab murah :p
:: Barangan yang berjaya dirembat ::
Di kesempatan itu juga saya telah berjanji dengan Cik Siken yang kini telah me-revamp blog beliau menjadi sangat canggih dan bertukar nama kepada Puan Siken. Saya telah membeli telekong dari Puan Siken ni. So kawan², kalau nak beli telekong ka, kasut Crocs ka, Ikan keli umphhh ka, kad kawen yang canggih manggih imported dari Jakarta ka, boleh lah visit blog Puan Siken ye. Telekong yang saya beli tu pon imported dari Jakarta. Jadi, bisa aja ke blog Puan Siken ya. Puan Siken juga bilang, raya ini beliau akan pulang ke kampung halaman suami nya, di Jakarta, jadi pada sesiapa yang nak kirim beli apa² barang, sila lah ye contact Puan Siken direct. *ewah, Cik Siken, haku buat free promo untuk ko hahhhhh :p* Tapi haku teringin nak rasa hang punya keli black pepper tu. Cam leleh je tengok. *btw Cik Siken, awak kelihatan sangat kecil berbanding dengan dalam pic kat blog awak ;)*
:: Ini telekong saya beli dari Puan Siken, pic adalah dirembat dari blog beliau ;) ::
Saya jugak telah bertemu dengan Puan Jua untuk mengambil sambal belacan power yang telah saya order dari beliau. Hik hik hik.. dasat wooo sambal belacan beliau. Sambal belacan segera ye. Tak perlu nak tumbuk² ye, cuma bukak penutup botol, cedok sambal belacan keluar dan perah limau. Perghhhh mudah :p Saya juga bercadang untuk membakar ikan dengan sambal tersebut. Memang leleh lah wa cakap lu...! Sambal belacan tersebut di datang kan dalam 2 perisa. Orginal dan shrimp. Saya beli dedua tapi baru try yang original. Harga sambal belacan ini adalah sangat murah cuma RM4.50 untuk original dan RM4.80 untuk shrimp. Dan sangat berbaloi lah!
Okeh lah semua, sekian sahaja promo tidak bergaji dari saya.
* Saya adalah sangat teringin mahu makan nasi kerabu atau nasi dagang yang lazat. Sapa ada resepi yang enak²? Saya mahu buat lah ujung minggu ini *
7 || shades of life ||:
kewll beb..telekung indon raya ke?? ehhe....aku nak pi jengah la blog Cik Siken tu...klau dari indon suka ajeeeeee
mimy one day kita ajak mrs izwan gi jakarta time air asia buat sale lg nak tak? mesti bergegar punya!!! ehehehe i pun mcm teruja la nak try sambal belacan tu!
hah jom gi jakarta dan bandong. adik ipar i ada kat sana, dah ada tourist guide dah. kalau tak kita hangkot Cik Siken tu skali.. bisa ajaaaaaa ya ibuk ibuk..
hi there, i perasan u leave comment flm blog i pasal cake buah tuh..can u email me back nanti kiter diskas pasal nak pick up tuh...ok ke tak???
elinnr@gmail.com
hi kaezrin, sure i will.. thanks for your prompt reply. ;)
vavava..nama i muncul atas bawah kiri kanan*ahak,mak soka,ala2 diva*
nak pi jakarta ka,jom..jom..i leh jadi tourist guide*ehem,i mean laki i*eh jogja pun best..atau bandung sorga shopping..aduh..ribet banget sih..
babe, i ada hutang u singgit. sepatutnya sepuluh ringgit.
Post a Comment