Advert

Saturday, September 5, 2009

Resepi Nasi Ayam Saya

Oleh kerana ada beberapa rakan yang meminta resepinya, so saya tempek lah di bawah ini.

Selamat mencoba....

NASI AYAM (Anggaran utk 3-4 org makan)

Bahan utk masak ayam:
1/2 ekor ayam- dipotong 2
2 ulas bawang putih } diketuk
1 inci halia } diketuk
1 sudu besar kicap manis --> adjust ler ikut banyak mana ayam korang
1 sudu besar sos tiram --> adjust ler ikut banyak mana ayam korang
sedikit minyak bijan
6 cawan air --> I buh air agak² je. Ini sekadar anggaran. Nanti kang air tak cukup pulak

Cara membuat:
1. Ayam dibersihkan kemudian direbus di dalam air bersama halia dan bawang putih selama 15 minit.
2. Angkat ayam, toskan kemudian perap sebentar bersama campuran kicap manis, sos tiram dan beberapa titis minyak bijan.
3. Air rebusan disimpan untuk masak nasi dan buat sup. --> penting!! jangan korang pi buang lak.
4. Ayam yg telah diperap tadi digrill dlm oven sehingga agak garing dan berkilat ATAU digoreng sehingga berkilat dan bolehlah diangkat.
5. Bila masak, potong ayam kecil-kecil dan renjiskan sedikit minyak bijan sebelum dihidangkan.

** Note : Air rebusan ayam ni kena cukup untuk masak nasi, buat sup dan buat sambal² nye. Semua nya menggunakan air rebusan ayam ini ye **

Bahan untuk buat sup:
1 ulas bawang putih - dimayang
1 cm halia - dimayang
2 ulas bawang merah - dimayang
daun sup } dihiris
3 cawan air rebusan ayam

Cara membuat:
1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan-bahan yg dimayang dan goreng sehingga kuning.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Angkat dan taburkan daun sup.

Bahan untuk masak nasi:
2 cawan beras
3 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kena kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras tersbt
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 cm halia - ditumbuk
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar majerin --> saya guna butter
1 sudu besar minyak masak --> saya guna olive oil
setitik pewarna kuning --> saya tak guna puna pewarna². I kan au natural.. :p

Cara membuat:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin + minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam, pewarna kuning dan garam.
4. Tanak hingga masak.

Bahan untuk buat sos cili:
4 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar air rebusan ayam --> saya guna sesuka hati, kalau nak cair, letak lebih sikit
sedikit gula dan garam

Cara membuat:
Kisar cili bersama bahan-bahan di atas sehingga halus --> saya masukkan dalam microwave 1 minit, saja untuk bagi masak sikit. Takut sakit pewut.

Bahan untuk buat sos kicap:
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar air rebusan ayam --> ini pun saya letak sesuka hati, adjust pada kepekatan

Cara membuat :
1. Campurkan semua bahan di atas kacau sebati. --> saya masukkan dalam microwave 1 minit, saja untuk bagi masak sikit. Takut sakit pewut.

Bahan sampingan: -dihiris
1 biji salad
1 batang timun
2 biji buah tomato
* Sayur-sayuran ni, ikut suka korang ler.. *

Kalau ada apa² nak tanya, tanya la ye..

Resepi adalah dari Noor Masri. Terima kasih kat beliau untuk resepi yang sedap ini. Saya dah buat dari 4 5 tahun lepas. *Wah hover* Kalau korang buat tak sedap tu, maknanya, korang lah yang tak pandai masak. Hua hua hua *keji kannnn*

* Mahu "terbang" ke suatu tempat, yahooooo *

0 || shades of life ||: