Kelmarin, saya adalah telah berbuka puasa bersama rakan² sepejabat saya, yang memang ngam dan kamceng. Nama group kami adalah GMP a.k.a Geng Mulut Puaka. Bukan lah bermakna mulut kami ni jahat². No No No! Kami adalah 6 jelitawan yang ayu dan sopan ye hi hi hi. Cuma ia digelar sebegitu kerana, tiada istilah sentap antara kami. Kalau si Monts A kutuk si Monts B, kami memasing tahu itu hanya gurauan. Jadik tak payah lah nak sentap². Actually bukan lah kutuk, tapi gurau² je. Oh di kesempatan ini juga, saya nak minta mahap lah ye kepada Geng² Mulut Puaka yang kot² lah ada tersentap dalam hati ngan gurauan saya ke kan. Mana lah nak tau mulut kata tak sentap, tapi hati dah tersiat². Hik hik hik
Dalam geng kami ni, 3 married dan 3 single. 3 pakai tudung dan 3 tak pakai tudung. Oh tapi tak lama lagi tinggal 2 jek single ye. Yang 1 lagi akan melansungkan perkahwinan bulan October ni. Alah, saya penah buat entry pasal dia suka masuk hospital suatu ketika dahulu. Ingat tak? Tini the Mama-San. Oleh kerana ciri² ke-Mama-San beliau, maka hen night beliau nanti adalah akan di buat di karaoke. Hik hik hik.. wahhhhh!
Kami berenam adalah telah berbuka puasa di Shangri-La KL. Siapa yang pilih tempat ni hah? Ni mesti Ayde ni. He he he. Harga sekepala adalah RM112.70 nett. Makanan? Ada Chinese cuisine, Malay, Japannese *my favorite!!*, Italian, Kambing Panggang, dessert counter yang pelbagai temasuk kuih melayu dan choc fountain yang ada 2 flavor choc dan white choc, ada nasi beriyani, eh macam² la. Rasa? Hmmmm standard la makan kat hotel. Saya tak reti nak komen lelebih. Sebab rasa lebih kurang jek. Cuma chicken wings adalah sangat tidak sedap.



: Kinah's. Saya lupa nak rasa satay ni. Kinah kata sedap. Yang nasi tu, nasi beriyani kot :

: Kinah punya lagik. Excuse her, dia ibu mengandung hihi pizza dan apa tah lelain tu ko makan Kinah oii :

: Penuh satu table. Tapi motip nya nak tunjuk, beriya member² lapor diri kat sepaus (read : spouse) memasing hehe :

Banyak lagi makanan lain yang kitorang makan. Tapi tak koser la kan mak nak amik gambar bebanyak. Gambar² di atas adalah di ambil pun sementara nak tunggu azan. Kitorang sampai awal. 6.30 pm dah sampai. Antara yang pertama sampai, dan terlambat balik. Jam 10pm baru kitorang balik. Hua hua hua hua. Buffet start dari 6.45pm - 10.30pm. Anyway it was really super duper fun! Jadi kami berenam telah merancang untuk me-repeat program berbuka puasa GMP bersama sepaus (read : spouse) pula minggu depan.
* Selamat berbuka puasa bersama rakan² tersayang anda. Bulan mulia ini, inilah masanya untuk merapatkan hubungan yang sudah rapat itu. *apa aku merepek daaa* *





4 || shades of life ||:
wahh..tahan u duk lame2 kat situ..i biasa kejap da kenyang trus cabut..tapi memang nak kena duk lama2 so baru worth bayar kann..
kemain ko buka kt shangrila..berbaloi tak ngan harga n makannya?? camner perut ada penuh tak..heeh
best nye, berbaloi tak makan kat sini..xpernah try..
saya link awak eh
menariknya makanan kt situ..
Post a Comment