Saya adalah sangat tidak mempunyai masa untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Bahkan dua tiga hari sebelum hari raya pun, kami suami isteri masih berkejaran ke hulu hilir membeli persiapan raya. Sehingga ke hari ini pun, barang² yang sepatutnya dibeli pun belum dibeli² lagi.
So, di kesempatan ini, *walaupun macam sudah kelewatan, tapi tidak mengapa, raya sebolan kan*, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog saya. Maaf andai ada terkasar bahasa, terperli, terejek, tersinggung perasaan sesiapa.. AMPUN DAN MAAF dipinta! Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Saya juga memohon ampun dan maaf sekiranya ada meninggalkan jejak yang menyinggung perasaan di blog² anda semua. Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

1 || shades of life ||:
selamat hari raya jugal beb..cepat hapdate
Post a Comment