Saya sudah penat bercerita mengenai kesakitan saya. Dengan ini, saya membuat selingan mengenai kawan saya pula. Saya ada seorang kawan. Kawan saya yang agak rapat. Ya, kami bekerja dibawah satu bumbung. Bumbung kaler biru. *Saya pun tak tau bumbung opis kami kaler apa sebenarnya he he he* Beliau adalah seorang yang sangat sihat. Oh tidak, bukan saya hendak mengata dia sihat = gemok. Tidak, tidak sama sekali, walaupun hakikatnya dia memang montel he he he. Maksud sihat di sini adalah, beliau tidak mengalami penyakit yang memerlukan beliau di rawat atau di masukkan ke hospital. Dan setiap kali ada rakan-rakan yang masuk hospital, beliau akan berkata "Aku teringinnnnnn nak masuk hospital". Tidakkah beliau seorang yang comel? Hanya orang yang comel sahaja teringin masuk hospital ya kawan-kawan.
Dan di kala saya berada di hospital selama berminggu lama nya ini, beliau seringkali melawat saya. Boleh dikatakan beliau adalah rating tertinggi pelawat yang sering melawat saya, selain tuan saya. Oh, saya sungguh sayang akan dia. Baik sungguh dia. Walaupun baru pulang dari outstation, beliau akan terus singgah menjengok saya. Barangkali, beliau sangat taksub hendak masuk hospital, dapat melawat pun jadi lah. Atau mungkin beliau dan tunangan beliau taksub dengan teh tarik dan puff yang dijual di hospital ini? Apakah?

4 || shades of life ||:
saye dh masukkkk
Somi saya , masuk apaaaa tuuuu :p
hehehe...eh...kenal la si montel itu...sanaz,semuga selamat semuanya.yabeet
Yabeet the rabbit, kenal ek si mont tu? Femes sehhhh.. hik hik hik.. thanks. doakan aku bebanyak yek.
xoxo
Post a Comment