Advert

Thursday, July 30, 2009

Saya gumbira

Apa yang akan kamu lakukan bila kamu gumbira? Tepuk tangan? Melompat kegirangan? Menari terkinja-kinja?

Saya hanya mampu mengucapkan Alhamdulillah, tiada kata yang lebih afdhal untuk diucapkan (read : saya takleh lompat.. nanti terpeleot pulak pinggang saya. Jadi saya lompat katak dalam hati sahaja).

Saya gumbira kerana beberapa perkara telah akhirnya selesai. Alhamdulillah sekali lagi. Tak sia-sia saya tidak berputus asa. Rezeki ada di mana-mana. Jika kita tidak berusaha, kita tidak akan berjaya mengecapi impian kita. Kan? Syukur. Oleh itu jangan mudah mengalah dan sentiasa berfikiran positif. Nak lagi bagus, bacalah buku The Secrets. Law of Attraction sangat penting ;) *apa kena mengena daaa*

Walaupun saya gumbira tetapi saya tetap nak luahkan rasa nak marah saya. Nak marah sunggoh saya dengan seorang ENT specialist dari hospital yang saya masuk hari itu. Saya ni, dari kecik, memang lah hidung ni selalu berdarah. Nose bleed is my middle name hokeh. Saya pun dah lali dan tak kuasa. Lantak la ko nak darah kan. Sebab bukan mengganggu hidop saya yang ceria dan comel ini pun. I'm so used to it! Pastu si ENT specialist ni, masa saya warded and while waiting for the surgery tu, saya kan ada chest infection. So jumpa dia pasal masalah sore throat. Dan tetiba isu hidong saya berdarah naik dan dia, TANPA kebenaran saya, selamba badak mak bapak dia, telah "culturised" kan hidong saya yang comel ini. Apa tu culturised? Saya pun tak tau betul ke tak spelling ni. Tapi cam tu ler dia nyebut nya. Nak marah hokeh! Sakit giler sebab dia mcm guna satu alat ni, tajam nak mampus, cucuk-cucuk ke dalam dinding lubang hidong saya. Dua-dua belah hokeh! Macam pinch-pinch ngan laser gitu untuk "burn" blood vessel and stop the bleeding. WTF?? Awak tahu? Sampai sekarang hidong saya ni masih berdarah dan berkopeng. Elok-elok yang belah kanan jarang-jarang bleeding, now tetiap hari bleeding. Boleh tak?? Huishhh marah sunggoh saya sebab hidong saya baru lepas berdarah lagi. Pastu tuan saya kata, jangan kopek kopeng2 tu. Tapi, hello! Sure la rimas kan! Pastu rasa macam perit tau, rasa keras-keras dalam hidong saya. Sigh!

Nampaknya, terpaksa lah saya bertandang ke Ampang Puteri lak jumpa Dr. Hidong saya, Dr. Amin. Saya hanya percayakan dia untuk mencucuk hidong saya. Doctor lain jangan harap! Bluweeekkkk.

Errr.. hi hi emosi pula saya. Mungkin sebab saya belom makan obat lagi kot. Okay lah, saya nak makan obat dulu ye.

Jumpa lagi!

0 || shades of life ||: