Saya rasa seperti satu kepelikkan apabila saya berbahasa sebegini rupa. Tapi, ya, inilah yang berlegar-legar dalam kepala saya sejak saya berada di sini. Mungkin kerana terlalu depressed sehingga saya berbunyi aneh? Oh, tidak , saya tidak begitu tertekan, tapi kebosanan barangkali. Jangan bimbang, saya tidak akan ber-blog-ing dengan aneh nye selepas saya keluar dari sini. Saya harap, saya sudah sembuh di kala itu, dan penggunaan bahasa saya pun akan meningkat.
Oh ya, Dr. Jag saya baru sahaja bertemu dengan saya sebentar tadi. Saya ingat kan dia sudah ke Singapura tetapi belum lagi dan beliau melawat saya dahulu sebelum bertolak. Wah, beliau sangat mengambil berat tentang saya. *Terharu* Dia kata, dia cuba untuk membedah saya pada esok hari jika beliau ada kelapangan. *Errr, kelapangan?* Jika tidak, Wednesday it is. It' a date! *Yahooooooo, saya akhirnya ada date dengan seorang doktor, perempuan mana yang tidak mahu berdate dengan doktor, bukankah?* Tetapi, saya silap, bukan date itu yang dimaksudkan beliau, tetapi date di bilik bedah. Oh sungguh kasihan sama saya.
Tapi naluri saya mengatakan yang saya akan di bedah esok hari. *dup dap dup dap* Sekiranya tidak ada sebarang khabar berita daripada saya, bermakna saya sedang ber-dating ngan Dr. Jag saya itu. Saya tidak kesah. Esok lebih baik. Rabu pun afdal jugak. Asalkan saya dibedah! Saya sudah cukup gembira. Oh, pasti kamu pelik, saya gembira dibedah? Ya, saya gembira. Dan lega! Walaupun saya cemas. Sangat cemas. Tapi lega kerana penderitaan ini akan berakhir.
Saya sudah menderitai sakit belakang sejak 4 ke 5 tahun yang lalu. Baru-baru ini sahaja keadaan menjadi kritikal dan saya disahkan p.i.d = prolapsed interverbrae disc beberapa minggu yang lalu hasil 2xMRI. Dan disahkan d.d.d = disc degenerative disease hasil xray beberapa hari lepas. Saya akan di perlakukan dengan Microdiscectomy di L4/L5 dan flexible fusion di L4 lumbar spine saya. Wah, sekarang saya sudah betul-betul bertukar menjadi Optimus Prime *tapi saya suka si kembar* , dengan bahasa-bahasa saintifik saya ini.
Saya merasakan adalah perlu saya me-war-war-kan kepada semua orang tentang penyakit saya ini. Ini adalah kerana, hasil internet research saya sepanjang saya berada di hospital ini, orang Malaysia sangat taboo dengan hal-hal berkaitan tulang belakang. Dan sangat kolot bila berhadapan dengan masalah tulang belakang. Saya sedih dan kecewa kerana tidak ada pendedahan yang betul dan telus. Oh, saya sudah berbunyi seperti ahli politik pula. Ya, saya sebagai penghidap, merasakan saya perlu bersuara dan menceritakan pengalaman saya, dan membuang rasa taboo tersebut. Ramai yang tidak sedar, terutamanya di Malaysia ini apakah yang perlu di lakukan apabila menghidapi kesakitan di lower back, di pinggang dan kebas-kebas di kaki. Apakah langkah pencenggahan, apa kah solution? Adakah membedah tulang belakang adalah keputusan yang tepat? Ya, saya "dimarahi" kaum keluarga apabila mengumumkan kepada mereka bahawa saya berkeputusan untuk membedah tulang belakang saya. Mereka bimbang saya tidak boleh berjalan lagi, saya tidak boleh melakukan bermacam-macam aktiviti lagi. Namun, apakah yang akan berkalu kepada saya jika saya tidak dibedah? Saya akan menjadi lumpuh! Jadi, what option do i have?
Saya akan sambung dengan Kempen PID Awareness saya sebentar lagi. Leher saya sudah terpeleot. Dan hidangan tengahari saya bakal tiba sebentar lagi. Saya mahu men-strecth-ing-kan diri saya dahulu.
Selamat Makan Tenghari semua.
Monday, July 20, 2009
Saya sudah rosak, maka mind my language
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 || shades of life ||:
tipu, tipu!
bella cakap 'ksya, operate je. pleasela go on with the operation. aman ok je buat tu, after 3 days dah bangun berjalan.'
ha, bella xtermasuk ek dalam golongan keluarga yang 'memarahi' tu. haaa.. haaa :p
Cik Man dan Cik B, hahahahahaha iye. Kamu tidak tergolong di dalam keluarga yang memarahi itu. Hahhahahahha.. keluarga yang memarahi itu adalah keluarga saya yang kohnonnya tediri daripada para mak nenek doktor dan surgeon. bluweeekkkk.. iye iye.. sila sokongi saya. saya juga mahu join Cik Man menjadi Transformers. :p
xoxo
Post a Comment