Saya baru sudah bubuh cold pack di bahagian yang di bedah, iaitu di lower back bone saya. Apakah itu cold pack? Saya rekemen setiap isi rumah untuk menyimpan sekurang-kurangnya satu. Ia nya sangat bagus. Menurut kata physiotherapist saya, apa sahaja luka atau bengkak yang baru sahaja terjadi, eloklah di bubuh cold pack supaya bengkak-bengkak atau luka-luka surut dengan cepat.
:: Ini adalah cold pack saya ::
Cold pack saya ini boleh juga dijadikan hot pack. Jika anda mahu kan ia panas, masuk dalam microwave, dan jika ingin kan ia sejuk, masukkan ke dalam fridge. Saya disuruh untuk meletakkan cold pack ini di bahagian bengkak di kawasan yang dibedah 3 hari sekali. Ini dilakukan adalah untuk menyurutkan bengkak dalaman dan juga luaran. Hasil nya? Bengkak di bahagian belakang akibat kesan operasi sudah surut. Kalau tidak, sangat lah bengkak belakang saya ye kawan-kawan.
Tetapi harus diingat, cold pack diletakkan apabila sesuatu trauma itu baru sahaja terjadi. Kaki terseliuh ke, bahu terpeleot ke, baru lepas operate macam saya ini ke. Sila lah bubuh cold pack. Ingat! Jangan bubuh hot pack! Hot pack hanya digunakan setelah seminggu atau dua minggu. Hot pack hanya digunakan apabila luka atau bengkak sudah sembuh. Rasional menggunakan hot pack pula, adalah untuk melegakan urat-urat yang tegang dan stress itu. Faham kah kamu?
Tetapi, pada awal saya mengguna cold pack ini, seksa zahir dan batin ya kerana sangat lah sakit. Ya lah, ais diletakkan di atas luka atau bengkak memang berpinau sekejap bijik mata. Rasa macam digigit-gigit bahagian yang sakit itu. Tapi itu merupakan kesan proses pembekuan darah. Hang on hokeh. Tetapi jika terasa seperti ice burn, jangan pulak diteruskan. Nanti lain pulak jadi nya.
Seperti yang saya khabarkan di entri saya sebelum ini, saya juga menggunakan Lumbar Support Corset untuk menampung spine saya. Ini adalah sangat di rekemen oleh Dr. Spine saya, supaya spine saya senantiasa di dalam posture yang tegak. Apabila saya menggunakan corset ini, memang terasa tegak dan tidak "lembik" pergerakan tubuh saya. Sangat bagus. Jika saya tidak menggunakannya, saya harus extra berhati-hati kerana di takuti spine saya terpeleot.
:: Lumbar Support Corset (depan) ::
:: Lumbar Support Corset (belakang) ::
Corset ini ada tetulang besi yang memastikan saya sentiasa tegak. Sangat bagus ya kerana saya sangat tidak boleh bongkok dan twist. Oleh itu, corset ini sangat mengawal posture saya. Tetapi adakah corset ini juga boleh membantu mengempeskan perot saya yang buncit ini? He he he saya tidak pasti. Jika berjaya kempes, saya pasti, rakan saya, Yabeet akan makan hati *hua hua hua*
Ingat! Guna kan cold pack untuk mengurangkan kesakitan dan gunakan corset untuk support pinggang anda. Jika anda ada masalah sakit belakang, corset ini pasti membantu. Cegah sebelum parah!
Pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh saya sendiri.
0 || shades of life ||:
Post a Comment