Advert

Wednesday, July 22, 2009

Buat suami saya

Note : This is an auto-published entry

Di kala kamu semua membaca entri ini, saya sedang berada di dalam bilik bedah. Saya tujukan entri ini buat suami saya. Beliau berasa cemburu pula apabila saya membuat satu entri khas untuk kawan saya si mont. Dan beliau seringkali mengatakan bahawa saya tidak menyebut bahawa beliau datang melawat saya di dalam blog ini. Apakah suami saya juga mahukan glams? *LOL*

Saya amat-amat bersyukur dikurniakan suami seperti beliau. Beliau BAIK. Satu perkataan itu sudah cukup menggambarkan beliau. Ya, BAIK. Sangat BAIK. Baik sahaja sudah menunjukkan segalanya. Beliau penyayang, beliau mengambil berat, beliau tidak cerewet, beliau senang dijaga, beliau tidak banyak kerenah, beliau tidak merokok, beliau tidak mengeteh dengan kawan-kawan sampai lewat malam (read : memang tidak melepak dengan kawan sama sekali, hanya menghabiskan masa bersama saya dan keluarga sahaja), beliau makan apa sahaja yang saya masak, beliau akan menghabiskan apa sahaja yang saya masak sehingga licin (apakah sedap sangat masakan saya?), beliau melayani keluarga saya dengan baik, beliau boleh berbual dengan kawan-kawan saya, beliau melayani segala kerenah saya, beliau tidak komplen ikut saya bershopping berjam-jam, beliau tidak memaksa saya memasak, membuat air mahupun mengemas rumah, beliau adalah BAIK. Tidakkah kamu cemburu akan saya? Pasti anda juga mahu suami seperti saya? Kerana itulah saya berasa sangat beruntung bersuamikan beliau. Yang pastinya, beliau bukanlah lelaki melayu tipikal, dan beliau tidak gay!

Mana saya jumpa beliau? Oh, di suatu tempat yang pasti nya tiada orang lain akan jumpa. Sebab itulah hanya saya sahaja yang memiliki beliau. *LOL*

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau kerana sanggop menunggu saya di hospital setiap hari dan setiap kali saya di-warded-kan. Bayang kan berapa kali saya sudah di-warded-kan. Beliau setia menemani saya di kala saya menghadapai kerosakan demi kerosakan. Saya sangat terharu. Beliau tidur di hospital menemani saya walaupun keesokkan hari perlu ke kerja (read: tido atas lantai, sebab kedekut nak bayar rm80 untuk extra bed. Ya, suami saya juga seorang kedekut LOL). Beliau berulang alik rumah dan hospital untuk mengambil barang-barang keperluan saya. Apa yang saya perlu lakukan? Hanya "memerintah" sahaja. Dan beliau akan menuruti kehendak saya. Saya sangat bersyukur. Suami saya sayang saya. Saya juga sayang beliau. Sangat sayang! *awak je tak tau :p*

Beliau senantiasa menuruti kemahuan saya. Tetapi saya degil dan nakal, seringkali mengelak kemahuan beliau. Suami saya hanya gilakan dua benda sahaja, komputer dan motor. Low Yatt? Apakah itu? *Pura-pura tak tahu* Adalah sangat malas untuk saya kunjungi tempat itu walaupun ia merupakan tempat kegemaran kalbu suami saya. Durhaka kan saya? Saya sangat lemah longlai jika beliau menyebut Low Yatt. Tetapi saya bernekad, selepas saya pulih dari pembedahan, saya berjanji, saya akan ikut sahaja kemana beliau mahu pergi walaupun ke Low Yatt *tskk tskk* Dan saya berjanji akan patuh kepada beliau. Saya berjanji akan menjadi isteri yang terbaik. Dan saya berjanji saya akan masak kan beliau nasi ayam, yang diminta-minta beliau berkurun lamanya. Saya berjanji tidak akan nakal lagi.

Beliau lah tempat saya untuk ketawa, menangis, sedih, keciwa, gembira. Beliau segalanya untuk saya. Sudah 3 tahun tempoh perkahwinan kami. Suka dan duka telah kami tempuhi. Ya, memang tidak dinafikan, tahun pertama dan kedua sangat menyiksa jiwa. Tapi tahun ketiga ini, Alhamdulillah, kami sudah tenang. Saya berdoa kami akan tenang selamanya. *Tapi sikit-sikit gado pun best jugek*

Somi, saya sayang kamu! Saya janji saya akan jadi isteri yang terbaik buat kamu. Namun saya sedih, saya sudah rosak. *:(*

:: Tuan saya yang comel ::
:: Us ::



xoxo

2 || shades of life ||:

Unknown said...

Isteriku, sewaktu say membaca entry utk saya, awak sedang nyenyak tidur selepas keletihan bertarung di operation theater.I Love You So Much, isteriku...semoga Allah memberkati kita dn memberi kebahagiaan di dunia dn yang paling penting di akhirat..semoga kite menjadi pasangan yang soleh dan solehah...amin

:: || Mrs. Izwan || :: said...

I LOVE U TOO SOMI..

♥,
isteli