Advert

Wednesday, July 29, 2009

Home sweet home

Saya sudah pulang ke rumah sejak semalam. Saya discharged dari hospital jam 5pm. Sampai rumah sekitar jam 5.30pm. Aktiviti saya sejak pulang ke rumah? Makan dan baring dan makan dan tidor. Saya tidak dapat ber-blog-ing semalam kerana tuan saya tidak on kan wi-fi di rumah. Sungguh kasihan saya. Terpaksa menunggu hingga beliau pulang. Saya tidak boleh meng-on-kan wi-fi dengan sendirinya kerana saya tidak boleh bongkok mahupun squatting. Apa-apa barang yang berada di atas lantai, atau terjatuh, maaf lah ya. Memang saya buat bodoh tak akan kutip.

Saya rindu kan rumah? Ermmmm.. soalan yang susah untuk dijawab. *tuan saya kata saya gile sebab suka duduk di hospital* Bukannya saya tidak suka pulang ke rumah, saya suka!! 18 hari di hospital memang boleh buat sesiapa pun jadik giler! Tapi, saya tidak kesah pun duduk di hospital berkurun lamanya. Kerana saya adalah seorang yang mementingkan kesihatan saya, saya lebih rela duduk di hospital untuk sembuh dari duduk di rumah tetapi tak sembuh-sembuh. Sebab, jika saya duduk di rumah, memang melasak lah saya, memang lah lambat sembuh. Moralnya, saya rindu PCMC. *giler punya perempuan*

Progress saya hari ini, setelah genap seminggu di bedah? So far so good. Belom ada kesakitan yang melampaui batas. Sakit-sakit lepas operate. Biasa lah tu. Tapi pergerakan saya sudah mula laju sedikit. Nak baring, nak duduk, nak bangun sudah laju sedikit. *tak bagus, tak bagus* saya perlu berhati-hati dalam setiap pergerakan saya. Kalu tersilap sedikit sahaja, habis lah saya! Saya tidak mahu back pain ini berulang lagi. Kerana dalam tempoh 6 minggu ini, adalah 6 minggu yang crucial. Kalau sakit belakang datang kembali, ia akan datang dan datang dan datang lagi. Tapi selepas 6 minggu ini dia baik, dia akan baik dan baik dan baik. Saya nak baik!

Abangah saya mentertawakan cara jalan saya. Sampai hati sunggoh dia itu! Dia kata saya jalan seperti robot. Harus lah kan saya berjalan seperti robot kerana pergerakan spine saya terbatas. Saya berjalan dengan menggunakan otot perut. *huishhh.. pasti saya akan ada 6 pack selepas ini* Oh, ya. Saya juga menggunakan Lumbar Support Corset. Rasa lebih yakin ketika menggunakannya. Ia men-support badan saya untuk jadi tegak. Jadi tidak lah spine saya terpeleot. *nanti saya tunjukkan gambarnye ye*

Ok lah semua. Saya ada gastric pulak. Mungkin ubat terlalu kuat. Sakit perot saya. Saya mahu breakfast dan makan ubat dahulu. Jumpa lagi!

Selamat makan pagi semua!

2 || shades of life ||:

Anonymous said...

kempis perot??xbole jd nih.dengki2

yabeet

:: || Mrs. Izwan || :: said...

Yabeet,
Sila makan hati hokeh! Kuah kuah kuah kuah..

xoxo