Advert

Sunday, July 19, 2009

Saya ibarat Optimus Prime

Ya, saya masih di sini, terlantar kesakitan. Tetapi saya hairan saya masih boleh berblog. Ini adalah kerana saya sangat bosan. Tuan saya sudah pulang ke rumah sebentar tadi. Hari ini, hari Ahad, maka nya tuan saya terpaksa pulang kerana esok kerja. Esok dia akan datang membuat lawatan sambil belajar beliau pada setiap kali waktu makan tengahari dan selepas waktu kerja. Sungguh baik dia. Saya sayang tuan saya.

Tapi pada saat ini, saya bersendirian. Seperti malam-malam sebelumnya. Tuan saya hanya menemani saya pada hari minggu sahaja. Saya pun seorang puan yang baik, yang tidak mahu melihat tuan nya letih tak cukup tido dan tak tido dengan selesa. Lalu saya akan menyuruh tuan saya pulang, dan berehat di rumah. Nasib saya sangat baik kerana hospital ini menyediakan wi-fi perchuma! Ya !! Perchuma!! *Senyum sampai telinga*

Hari ini, hanya ayah saya dan abang ke-3 serta isteri sahaja yang datang melawat. Saya tidak berapa kesah pun jika orang tidak melawat saya kerana saya faham setiap orang ada urusan memasing. Tapi seronok lah bila ada yang datang melawat. Tidak lah saya kebosanan melayan diri (read: komputer) saya ini.

Oh, lupa pula saya, tajuk entri menyimpang dari isi kandungan entri. Mengapa saya rasakan diri saya seperti Optimus Prime? Ini adalah kerana saya memerlukan the matrix untuk menghidupkan diri saya semula. Tapi kerana kasihan kan tuan saya yang satu hal nak kena pergi Egypt pulak mencari the matrix, maka lebih baik lah saya jadi manusia sahaja dan menyerah diri untuk dibedah oleh doktor pakar-Neurosurgeon saya. (Note : Jika anda tidak menonton Transformer anda pasti keliru dengan cerita saya ini)

Saya selalu merasakan diri saya adalah Transformers. Saya selalu beranggapan diri saya selalu "rosak". Ya, rosak! Ini merupakan kali ke-3 saya disumbatkan ke dalam hospital. Kali pertama, saya keguguran, kali ke-2 saya operate appendix dan kali ke-3 ini masalah tulang belakang. Lihatlah betapa rosaknya saya ini. *kasihan tuan saya dapat isteri "rosak"*

:: Kerosakkan pada Mac 2009 :: :: disertai dengan ucapan cecepat-sembuh-supaya-cepat-mai-opis dari opis saya::

Bayangkan dalam tahun ini sahaja sudah kali ke-3 saya warded di hospital. Setiap kali warded, minimum tempoh berada di hospital 5-6 hari. Tetapi untuk kali ini, pasti nya sangat sangat lama. Saya dijangka discaj pada minggu hadapan dan akan diberi 1 bulan MC *yahooooooooooooooooooooooooo* opssss maafkan saya terlebih excited pula. Tetapi sebagai pekerja yang sangat berdedikasi, saya sangat risau dengan kerja opis saya yang akan menggunung itu. Dan pastinya rakan sebilik saya akan merindui saya. Ya, saya pasti!! Dia akan tertonggeng kebosanan dan ke-frust-an kerana saya MC. *hua hua hua hua (read: gelak syaiton)* Ini adalah kerana, apabila saya tiada, dia terpaksa mem-back-up kerja-kerja urgent saya. Sungguh kasihan saya dengan beliau itu. Tidak mengapa, nanti saya belanja beliau memakan Chillis.

Saya juga rasa diri ini sudah seperti seorang Transformers adalah kerana saya akan disumbatkan "bendasing" ke tulang belakang saya bagi memulihkan keadaan saya yang "rosak" ini. Saya berdoa semoga segala urusan potong memotong, sumbat menyumbat yang bakal dilakukan oleh Dr. Jag saya itu berjalan lancar. Amin amin..

Dan saya adalah juga sudah mengantuk. Disamping rasa sakit di leher pula sebab terbaring sambil melayani blog saya ini. Nanti dengan leher saya sekali di potong pula. Saya pasti akan menyambung cerita saya pada esok pagi. Akan saya cerita kan keadaan diri saya pula. Oh, jelitawan (read: yang so-so jelita, yang lain pun ada yang lagik jelita kot) dari Russia telah dimahkotakan sebagai Ms. World 2009, baru saya tontoni di TV sebentar tadi. Moga-moga malam ini saya bermimpi jadi Ms. World pula.

Selamat Malam semua! Signing off to Lala Land.

0 || shades of life ||: