Advert

Tuesday, July 21, 2009

Kempen Kesedaran P.I.D || Part 2 ||

Note: Entri ini agak panjang dan mungkin membosankan anda. Perbicangan yang lebeh serious tentang sejarah sakit belakang saya diceritakan di entri ini dan kronologi pembedahan saya.

Saya telah mengalami sakit belakang, lower back sejak 4 ke 5 tahun lamanye. Tapi, kita tidak akan menyangka bahawa itu merupakan sesuatu yang berbahaya, dan mengambil langkah buat tidak tahu sahaja. Saya hanya lah manusia normal, maka itu lah saya buat tidak tahu akan kesakitan tersebut. Manusia yang tidak normal sahaja akan kelam kabut bertemu doctor apabila mengalami sesuatu kesakitan. *he he he* Being normal, saya hanya buat bodoh. Bahkan saya sudah lali. Dalam setahun, pasti 2 -3 kali kesakitan pada lower back pain tersebut akan datang. Dan dalam masa seminggu dua, dia akan hilang. Sekiranya rasa sakit itu teramat sangat, saya akan pergi bertemu doktor. Kebiasaannya, doktor akan beri ubat tahan sakit ataupun jab untuk menghilangkan kesakitan itu. Atau jika kesakitan itu ala kadar, saya hanya akan buat bodoh, dan tidak bertemu doctor sama sekali. Dan biarkan sahaja kesakitan itu hilang dengan sendiri nya.

Rasa sakit yang saya alami lebih pada bahagian belakang pinggang, lower back. Rasa seperti "berat", "lenguh", "sakit!" dan kadangkala saya tidak boleh duduk atau berdiri mahupun membongkok. Saya sangat kerap mengalami kesakitan seperti ini, tetapi masih bearable. Being me, kalau masih boleh tahan, saya hanya akan bertahan sahaja. Masa berlalu, sakit saya masih sama. On and off. Datang dan pergi. Saya pernah bersin sehingga pinggang saya lock. Terbongkok dan tidak boleh bergerak sama sekali. Saya pernah duduk dengan sopan, dan tetiba.. OUCH! Terus sakit dengan tidak semena-menanya. Saya penah angkat kaki masa mandi dan tiba-tiba pinggang saya terlock. Lock! Ya, kunci! Tidak boleh bergerak. Saya pernah duduk bertinggung dan tiba-tiba pinggang saya menjadi "berat" yang amat, terus terbaring dan tidak boleh bergerak. Bahkan saya juga mengalami kesukaran untuk berjalan dalam tempoh yang lama. Jikalau saya ber-soping dan berjalan selama berjam-jam, bahagian punggung ke kaki akan mula berasa lenguh dan kebas. *there goes my shopping trip* Saya selalu komplen kepada tuan saya. Tetapi beliau memarahi saya pula kerana gemok. Gemok yang membuatkan saya lenguh dan kebas. Oh, sungguh kijam tuan saya! Sedangkan itu sebenarnya tanda-tanda awal bagi pesakit p.i.d. Jadi, sesiapa yang berjalan lama-lama sudah rasa sakit-sakit, sila lah berjumpa doctor ya. Jangan terhantok baru nak tergadah, macam saya. Oh, kasihan saya.


Dan tahun ini adalah kemuncaknya. 2 kali saya disumbatkan ke hospital kerana sakit yang amat. Kali pertama, sebab angkat kaki yang saya ceritakan di atas, lalu terus terlantar. Kali kedua ini, akibat saya duk bertinggung nak capai barang di lantai. He he he kelakar juga saya rasa apabila teringatkan sebab-sebab yang men-trigger sakit saya ini. He he he

Kini, saya di-warded-kan di hospital akibat rasa sakit yang amat. Beberapa minggu sebelum di-warded-kan, saya telah berjumpa dengan pakar ortopedik di hospital ini. Dr. Badrul. Perkara pertama di lakukan adalah dengan melakukan MRI di mana kerosakan yang saya alami dapat dilihat dengan lebih jelas. Keputusan MRI menunjukkan kerosakan terjadi di lumbar spine L4 dan L5. Hasil MRI tidak begitu menyeronokkan jiwa raga saya ini. Juga jiwa raga Dr. Badrul. Beliau mengatakan keadaan nerve saya sudah teruk dihimpit oleh disc yang terkoyak itu dan menasihatkan saya untuk bertemu dengan pakar spine lantas saya meminta Dr. Badrul untuk me-refer saya kepada Dr. Jag saya ini. Saya memang minta Dr. Jag kerana boss saya telah me-rekomen-kan saya untuk bertemu beliau dengan alasan beliau merupakan seorang Neurosurgeon yang bagus. Ya! Saya setuju! Beliau sangat bagus! Setelah di-refer ke Dr. Jag, beliau menasihatkan saya untuk melakukan physiotherapy. Pada saat itu, beliau tidak memberi sebarang cadangan untuk melakukan apa-apa pembedahan ke atas tulang belakang saya walaupun keadaan sudah agak kritikal. Beliau memberi tempoh kepada saya untuk melakukan physio dahulu dan datang semula untuk follow-up. Disamping menasihatkan saya segera ke hospital sekiranya dengan tiba-tiba saya mengalami kekebasan yang melampuai batas, kaki tidak boleh bergerak atau hilang upaya untuk menahan kencing/berak. Kerana ini adalah simptom bahawa keadaan sudah kritikal dan jika tidak dirawat dalam masa 4 jam, boleh menyebabkan lumpuh seumur hidop. Wah, saspen saya mendengarnya. Namun, itu tidak sama sekali menakutkan saya, kerana saya sangat terlebih konfiden bahawa saya tidak seteruk itu. *biasalah hidop dalam denial*

Malangnye, setelah seminggu bertemu Dr. Jag, dan belom sempat saya mengikuti sebarang sesi physio, saya telah mengalami sakit pinggang yang teruk. Saya tidak boleh berjalan, kerana sakit yang amat. Lalu saya dibawa ke ER oleh tuan saya, dan di-warded-kan di hospital. Dan Dr. Jag datang bertemu saya sambil "menggelakkan" saya. *tskk tskk* Di hospital, saya membuat rawatan physio, sekali lagi MRI (whole spine) dan di akhirnya, Dr. Jag mencadangkan saya melakukan pembedahan, Microdscectomy. Satu pembedahan yang sangat minor, hanya 2cm incision dilakukan untuk me-remove disc yang telah rupture itu. Supaya nerve saya dapat "bernafas" semula. Ingat, nerve saya kan sudah dihimpit. Tetapi, saya sebagai seorang yang normal, pastinya menolak mati-matian cadangan itu. Ya, hanya orang tak normal sahaja menerima cadangan sebegitu. Bahkan saya sebagai seorang yang sangat konfiden tinggi tetap merasakan saya akan pulih seperti sediakala jika diberi peluang melakukan physio. Dr. Jag pasrah dengan keputusan saya. *baguskan, doctor saya tidak memaksa saya* Saya meminta tempoh satu bolan untuk memulihkan diri dan berjanji akan datang semula satu bolan kemudian jika keadaan diri semakin teruk.


Makanya saya pun discaj kan keluar dari hospital setelah enam hari kami berkampung di hospital ini. Dan diberi MC selama 2 minggu. Tetapi, baru sahaja MC saya digunakan selama 5 hari, saya diserang sekali lagi. Ahhhhh!! Tension saya! Baru hendak meng-enjoy-kan diri saya dengan MC itu. Saya sudah sakit semula!! Kali ini lebih teruk dari sebelumnya!! Dan tuan saya sekali lagi mengheret saya ke hospital ini. Dan kali ini, Dr. Jag ketawa guling-guling apabila melihat saya kembali kepada beliau. Sambil beliau tersenyum-senyum seakan mengejek saya (read: ini adalah benar, cuma saya dah tokok tambah menyedapkan cerita he he ). Dan kali ini, saya sudah tidak berkemampuan untuk meng-konfiden-kan diri lagi bahawa saya okay. Memang saya tak okey. Lalu, saya pasrah dalam kerisauan. Saya bersetuju melakukan Microdiscectomy. Namun Dr. Jag mungkin kehairanan mengapalah symptom saya tak seberapa teruk berbanding keputusan MRI saya yang sangat teruk itu. Ini kerana, dari pembacaan saya di internet, Microdiscectomy akan menyembuhkan kekebasan pada kaki. Namun, saya tidak mengalami kekebasan kaki yang teruk. Tetapi sakit pinggang yang sangat teruk!! Lalu Dr. Jag menyuruh saya melakukan X-ray dan hasil X-ray, ternyata saya mempunyai D.D.D = degenerative disc disease. Dalam bahasa melayu kuno bermaksud, tulang belakang saya telah terpeleot jugek. Tulang belakang pula telah menghimpit nerve saya. Jangan tanya apa yang telah saya buat. Tidak, saya tidak ganas. Saya seorang yang lemah lembut, sopan santun. *sila muntah* Saya pun tidak tahu yang mana satu punca nye. Mungkin jatuh, mungkin angkat barang berat atau mungkin ketawa, batuk, bersin dan berbagai alasan yang lain.

Kini, keputusan telah dicapai, hari pembedahan juga sudah pasti. Saya akan melakukan microdiscectomy di L4 dan L5 dan memasukkan satu device bernama D.I.A.M, Spinal Stabilization System (flexible fusion) di L4 pada hari esok. Doakan saya berjaya, dan doakan semoga saya semboh seperti biasa.

Dibawah ini adalah ringkasan beberapa fakta yang berkaitan.
(Note : Apa yang diceritakan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya, dan bahasa yang digunakan adalah bersesuaian dengan background saya yang bukan seorang doctor. Maaf jika ada beberapa term atau penerangan yang tidak tepat di huraikan disini. Sekali lagi, ia nya tercetus daripada apa yang saya lalui.)


What is Lumbar Microdiscectomy?
Lumbar microdiscectomy is an operation on the lumbar spine performed using a surgical microscope and microsurgical techniques. A microdiscectomy requires only a very small incision and will remove only that portion of your ruptured disc which is "pinching" one or more spinal nerve roots. The recovery time for this particular surgery is usually much less than is required for traditional lumbar surgery.
Why is it done?
Lumbar microdiscectomy is usually recommended only when specific conditions are met. In general, surgery is recommended when a ruptured disc is pinching a spinal nerve root(s) and you have:
Leg pain which limits your normal daily activities
Weakness in your leg(s) or feet
Numbness in your extremities
Impaired bowel and/or bladder function

What is Degenerative Disc Disease (d.d.d) ?
As disc lose their water content because of disease or age, they lose their height, bringing the vertebrae closer together. As a result, the nerve openings in your spine become narrow and the discs dont absorb the shocks as well, particularly when you are walking, running or jumping. Wear and tear, poor posture and incorrect body movements can also weaken the disc and facets, causing degeneration. Disc degeneration not only causes back pain but may also cause functional problems such as tingling or numbness in your legs or buttocks, or difficulty walking.





What is the D.I.A.M Spinal Stabilization System?

The D.I.A.M Spinal Stabilization System implant is a dynamic stabilization product used that can be used to treat low back pain and radiating leg pain. The core of the D.I.A.M Device is made of silicone. The outer mesh and tether are made of polyethylene terephtalate (polyester). The crimp is titanium. The 1st D.I.A.M Device surery was performed in 1997. Since then, thousands of cases have been performed. The size is 8mm, 12mm and 14mm depending on patient needs.

**More info from http://back.com/ & http://maturespine.com/

0 || shades of life ||: