Advert

Tuesday, July 21, 2009

Malam terakhir sebelum saya di-transform

Saya sudah bertemu anesthetist dan di-explain secara detail procedure esok dan telah pun menandatangi the consent letter. Dan saya juga sudah bertemu dengan Dr. Jag saya dan sudah juga diterangkan mengenai procedure, risk, complication berkaitan procedure dan sudah juga menandatangani consent letter. Semua sudah siap! Cuma menanti waktu siang.

Untuk anesthesia, general anesthesia akan diberikan. Dr. John Doe, saya tidak ingat nama beliau (nama beliau adalah Dr. Rozaidi, selepas saya menggoogle di laman web hospital tersebut), memberitahu bahawa saya perlu berpuasa mulai jam 6 pagi esok. Saya akan dihidangkan light breakfast pada jam 6 pagi dan dibenarkan minum air putih (sahaja) sehingga jam 10 pagi. Bermula jam 10 pagi, saya tidak dibenarkan sama sekali mengambil apa sahaja minuman atau makanan. Pembedahan bermula jam 2 petang. Beliau akan memberi saya ubat tidor pada malam ini, untuk memastikan saya dapat tidor secukupnya dan beliau juga kata, saya akan diberikan ubat tidor pada esok hari sebelum dihantar ke bilik bedah bagi memastikan saya dalam keadaan yang selesa. Sungguh baguskan hospital dan doctor-doctor disini? Saya suka!

Tidak pernah saya di beri explaination yang cukup detail berkenaan sesuatu procedure yang bakal saya lakukan sebelum ini. Sebelum ini, saya penah melakukan D&C dan juga appendix operation, kedua-dua di Pantai Medical Centre. Namun, tidak pernah sama sekali saya diterangkan sedalam nya mengenai procedure yang akan dijalankan. Wah! Inilah hospital idaman saya!! 4 thumbs (2 thumbs + 2 toes) up saya berikan kepada hospital ini.

Bahkan jam 6 petang tadi, semasa Dr. Jag menerangkan mengenai procedure etc, beliau turut membuat pemeriksaan terakhir ke atas saya. Alhamdullilah, kami sangat berpuas hati, yakin, dan senang hati. Insya Allah, saya sangat yakin segalanya akan berjalan lancar. Saya tahu, saya selamat di tangan Dr. Jag yang mempunyai 15 tahun pengalaman sebagai Neurosurgeon dan juga telah melakukan thousands of spine surgery. Insya Allah!

Sekarang, saya hanya menunggu detik-detik saya akan di tidorkan. Dan oh ya, tuan saya ada bersama saya malam ini. Beliau cuti hari esok dan juga lusa. Oye oye..!

Selamat tidor semua! Jumpa lagi esok!

3 || shades of life ||:

Anonymous said...

Hi sana...

Seems like your surgery went well..boleh tanya which hosp you went?

I mungkin kena bedah juga..

:: || Mrs. Izwan || :: said...

Hi babe.. Alhamdulillah, the surgery went very very well. I went to Prince Court Medical Centre. I recomend Dr. Jagdeep. Sangat bagus!! Good luck to u.

Jay said...

Nice blog over here.

Was just wondering how much was the total cost you spent on this surgery? Most probably you had insurance but was just wondering :)