Salam semua!
Saya sudah sedia! Saya sudah tawakkal! Saya sudah berserah! Saya yakin! Insya Allah, Allah akan permudahkan urusan saya.
Saya mungkin manusia yang paling jahil. Yang hanya tunduk kepada Allah, yang hanya mengadu kepada Allah pabila ditimpa musibah! Masya Allah!! Tetapi, saya tetap hambaNya yang lemah. Hanya Dia sahaja yang boleh membantu saya! Hanya Dia sahaja tempat saya mengadu. Ya Allah, kau selamatkan lah aku, kau permudahkan lah urusan ku, kau jayakan lah pembedahan ini, ko berikanlah aku kesihatan yang baik sejurus pembedahan ini. Makbulkanlah permintaan hamba mu yang lemah lagi hina ini Ya Allah. Amin. Amin Ya Rabbal Alamin.
Saya sudah tenang. Sangat tenang. Setenang air di kali *tapi saya pun tak penah lihat dan tahu air di kali tu camna he he* Saya tak pernah merasa setenang ini. Sebelum ini, terus terang saya katakan, saya sangat takut, takut teramat! Berbagai-bagai benda yang saya fikirkan. Setiap hari ada sahaja perkara yang bermain di fikiran saya. Bahkan hampir setiap hari saya akan menitiskan air mata kerana kerisauan, takut dan berbagai-bagai! Kini, tidak lagi. Saya sangat bersyukur.
Apatah lagi memikirkan, orang-orang disekeliling saya yang tidak putus-putus memberi semangat dan sokongan *terbayang orang digi kaler kuning ikut saya kemana-mana* Terima kasih semua, terima kasih tuan saya, Izwan Idris, kaum keluarga saya, kawan-kawan saya Ida, Tini, Ayde, Kinah, Yani, Ain, Shue, dan semua-semua nya. Terima kasih mendoakan keselamatan saya. Saya sayang kamu semua.
Oh,ya. Lupa pula. Sekarang ini saya sedang berpuasa. Pagi tadi, jam 6, saya telah dikejutkan oleh nurse untuk mengambil light breakfast. 2 keping roti, butter dan jam. Dan saya hanya dibenarkan minum air hingga jam 10 pagi sahaja. Alamak! Dah jam 10. *minum sekejap ye* Okeh, saya baru sudah minum. Dan mulai saat ini, saya kena berpuasa. Pukul 2 nanti saya akan di tolak ke OT. Baju bedah kaler purple *oh, comelnye baju bedah ini* pun sudah diberi kepada saya. *boleh tak saya nak bawak balik baju bedah ini*
Doakan saya selamat dan sihat selepas ini. Supaya boleh lah saya berlari-lari di taman yang indah, melompat kegirangan..
Jumpa lagi malam karang ye *jangan terkejut jika saya masih mampu ber-blog malam karang ha ha ha*
Sayang kamu semua!
Wednesday, July 22, 2009
Pagi yang mendebarkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 || shades of life ||:
Post a Comment