Advert

Tuesday, July 21, 2009

Minum pagi saya yang terakhir sebagai manusia normal

Selamat pagi semua!

Nyummmmmm... saya sedang menikmati hidangan pagi yang sangat lazat ini. Sunggoh lazat. Pasti tidak dapat saya lupakan hingga ke akhir hayat saya. Dan ini merupakan hidangan pagi terakhir saya sebagai manusia biasa. Selepas ini saya akan berubah menjadi Optimus Prime pula.

:: Club sandwich ::Pic googled from http://www.neelscorner.com/wp-content/uploads/2009/02/club-sandwich_337x506.jpg

Ya, ternyata pilihan saya adalah tepat. Saya pasti tuan saya juga menyukai nya. Lapisan roti bersama telur, keju, cebisan ayam dan ayam belanda. Pastinya kamu juga terliur. Dihidangkan pula bersama milo, jus epal dan potongan buaha-buahan beranika. Wah, adakah saya di syurga sekarang? Oh, tidak, saya hanya di hospital.

Club sandwich ini pastinya akan senantiasa melekat di dalam kotak hati saya (read : selain tuan saya). Esok dan hari seterusnya, saya pasti, saya tidak bisa memakan club sandwich sambil badan terbongkok sedikit. Itu sangat pasti! Kerana, ssetelah melakukan pembedahan tersebut, saya sudah tidak dibenarkan membengkok, meng-twist akan badan saya lagi. Kasihan club sandwich kerana selepas ini beliau tidak dapat dinikmati secara gaya-bebas oleh saya lagi. Dan di kala ini, saya sedang makan sambil meng-twist kan badan saya. *Yahooooo*

Selamat makan pagi semua!


0 || shades of life ||: