Advert

Wednesday, July 29, 2009

H1N1 membimbangkan saya

Sudah 4 kematian dilaporkan setakat ini. EMPAT!

Tapi saya hairan, kenapa bebudak U yang dah dijangkiti tu tidak dikuarantinkan di hospital? Kuarantin di rumah? Bagaimana jika mereka merayau-rayau ke shopping mall? Atau jika kaum keluarga mereka pun terjangkit dan mereka bebas ke hulu dan ke hilir dengan virus ini? Saya tidak faham. Adakah saya seorang sahaja yang amat concern akan H1N1?

Rakan saya pensyarah di salah sebuah UiTM yang terlibat berkata, student-student tersebut yang dijangkiti H1N1 langsung tidak ada kesedaran untuk berhati-hati. Ini kerana, mereka dan rakan-rakan lain yang belum terdedah, dengan selamba nya bergaul seperti biasa dan menyebabkan beberapa yang lain turut dijangkiti pula.

Saya yang confuse...

ps: Abangah saya baru lepas call saya. Dia sudah cuak sebab macam ada tanda-tanda H1N1. Malam ini dia akan ke hospital untuk check. Harap-harap bukan H1N1, Ya Allah, jauhkan lah kami semua dari virus durjana ini. Amin.

0 || shades of life ||: