Advert

Monday, July 20, 2009

Sambungan Kempen Kesedaran P.I.D saya || Part 1 ||

Baiklah, saya sudah kenyang, sungguh baik hati kawan-kawan saya menziarahi saya di waktu lunch tadi. Tuan saya pun turut menjenguk saya. Dan jam 5.00 petang adalah waktu kegemaran saya kerana tuan saya akan abis kerja dan datang berjumpa saya. Oye oye saya sangat suka!

Cita-cita saya menjadi kenyataan kerana kawan-kawan saya yang comel (read : montel) itu membawa kan sushi idaman kalbu saya. Memang sudah lama saya mengidam. Terima kasih kawan-kawan ku. Sila lah datang lagi dengan juadah dan hidangan yang beraneka pula di lain masa. He he he

Saya sebenarnya agak keletihan menahan kesakitan peha kanan saya yang sudah beberapa hari kebas, "spasm" seperti electric shock ini. Maka dengan itu, saya mahu berhenti sebentar dan merehatkan leher saya sebentar. Oh ya, pasti kamu dan kamu pelik mengapa saya seringkali mahu merehatkan leher saya. Ini adalah kerana, saya juga mengalami ruptured disc di cervical part C4,C5. Dalam bahasa orang melayu nyer, mengalami slip disc di leher juga. Sungguh kasihan sama saya. Betapa rosaknya saya ini. Saya akan bersambung siaran sebentar sahaja lagi. Sementara itu, saya menempek beberapa gambarajah berkaitan P.I.D ini untuk tatapan kamu semua. Supaya kamu semua boleh lah membayangkan bagaimana keadaan diri saya yang telah rosak ini.

:: Kerosakkan pertama - ruptured/herniated disc ::
Note : Disc yang berupa bentuk gel terkoyak/ terpecah dan menyebabkan it terjojol keluar lalu meng-compress spinal cord. Pic googled from http://droside.com/images/06-1%20Lumbar%20Disk%20Herniation.jpg

:: Pandangan penoh :: Pic googled from http://www.millerandzois.com/images/Herniated%20Disc.gif

Okay, selamat berehat semua!

0 || shades of life ||: