Malam tadi, saya ber-YM dengan seorang kenalan saya dan beliau beritahu bahawa beliau juga menghidapi back pain dan baru sahaja selesai melakukan steriod injection pada bahagian yang bermasalah itu. Ada few options to be considered bagi pesakit back pain. Kebiasaannya, doctor akan menilai dahulu tahap kerosakan pesakit. Seperti lazimnya, pada awalnya, doctor akan mencadangkan pesakit untuk menjalani physiotheraphy. Ya! Physiotheraphy yang banyaknya, mungkin selama setahun. Dan sekiranya physiotherapy (atau turut dipanggil sebagai non-surgical treatment) juga tidak berjaya menghilangkan kesakitan itu (read : most non-surgical treatment does work and some might not, especially those critical one, like me), the next option will be the steroid injection (which actually would not get rid the pain permanently). And some doctors might not opt for steriod injection for those critical cases as the pain will be coming back say after 2-3 years. And therefore, the last resort would be surgery. In short, the process would be physio --> injection --> surgery. But in my case, i dont go for injection as according to the doctor, it would not give any significant impact *nampak sangat haku dah rosak teruk* Kaum keluarga penuh mengelilingi saya malam itu. Terima kasih semua. Saya sayang kamu semua. Terima kasih sudi melawat saya, memberi semangat kepada saya.
Moral of the story, bila awal-awal dah rasa simptom-simptom back pain tu, segera lah berjumpa doctor dan saya pasti, non-surgical treatment dapat membantu anda! Jangan lah jadi macam saya, dah terlewat. Kan dah kena operate! Lebih baik cegah sebelum ia menjadi parah! *padan muka haku!*
Surgical option juga terdapat a few. Like my case, my doctor suggested Microdiscectomy, a 2 cm incision made and the doctor sucked out the ruptured disc. Mine was done at L4, L5 and S1 *banyak parts rupanya, initially doctor said L4 and L5 jek* The procedure took less than 2 hours and you can say it's a minor procedure BUT with a huge impact! Initially pun, my doctor suggested to insert a device called D.I.A.M (which i've mentioned in my previous post) but during the surgery, he decided not to do it as that device could not fit into my back bone. My back bone narrow pulak. *phewww, as I dont prefer to be inserted "bendasing" into my body*
Other surgical option would be spine fusion, yang ini doctor akan replace the ruptured disc with a fake disc and akan di screw pada tulang belakang. And many other type of surgeries which saya pun tak takut nak cerita. The type of surgery is depending on your pattern of pain. Some good websites you can refer to regarding this disease are HERE, HERE and HERE.
Btw, mari back to the future bersama saya. Saya mahu bercerita mengenai surgery saya. Surgery dilakukan pada 22 July yang lalu, jam 1.45pm saya telah disorong ke bilik bedah. Perasaan saya? Huishhh cemas. Tapi macam saya katakan, saya tenang. Memang tenang, mungkin sebab malam sebelum itu saya sudah buat sembahyang hajat dan Allah telah memperkenankan doa saya untuk tenang sepanjang menempohi kesakitan ini.
Saya rasa saya mula dibedah jam 2.30pm. Dan ditolak balik ke bilik semula jam 5.45pm (tuan saya kata). Saya memang tak sedar langsung apa dah berlaku sebab memang totally "dead". Tak sedar apa. Bahkan lepas surgery pun, ditolak balik ke bilik pun, saya tidak sedar. Saya cuma sedar bila sudah masuk ke bilik, dan saya masih ingat benda pertama saya tanya, "doctor mana. doctor mana. *hi hi hi* kaki saya kebas, kaki saya kebas, pinggang kiri saya sakit". Kemudian pada jam 6pm, saya sudah totally awake, cuma agak groggy. Kesan bius tak hilang lagi. Dalam jam 6pm lebih, baru lah saya berani minum air sedikit-sedikit (read: takut muntah). Dan dalam jam 8pm saya sudah mula makan nasi (read : nasi rawsha ye kawan-kawan :p) sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, tidak ada rasa mual atau muntah.
:: Macam nilah rupa saya tertonggeng kena bedah ::Pic from HERE
Saya terbaring sahaja sejak keluar dari bilik bedah. Dr. Jag pun tidak benarkan saya bergerak banyak. Sebab sangat baru kan. Bed ridden. Ada urine tube untuk memudahkan saya. Jadi tidak perlu saya bergerak sama sekali. In fact ada a tube of morphine yang saya boleh tekan jika saya kesakitan. Tapi pada malam pertama itu, saya tidak langsung menggunakan nya. Saya sungguh eksyen kerana ingatkan tidak sakit. Tetapi rupa-rupanya tidak sakit disebabkan kesan anesthesia masih ada *tak sedar diri kan*
Hari kedua pun, saya sangat sihat. Tidak ada kesakitan yang dasyat lagi (read : belom mula lagik). Hari kedua, physiotherapist saya, Neng, datang untuk mengajar saya mengiring, duduk, berdiri. Pada mulanya, beliau tidak kasi saya berdiri dahulu, sebab masih baru. *Beliau kata ada patient yang hari ke-3 pun tak mahu bangun-bangun lagi* Tetapi disebabkan saya rasa sangat sihat, tidak sakit (read : kesan anesthesia tak hilang lagi ye), saya bersemangat untuk bangun. Semua nya okay. Saya boleh ngiring, boleh duduk dan berdiri. Cuma tidak berani untuk jalan. Cuma sakit yang amat bila saya cuba berbaring dari posisi duduk. Terus saya serik untuk bangun. *tetapi hari-hari seterusnya, dengan posture yang betul, saya sudah dapat control rasa sakit itu. Alhamdulillah*
Akibat dari surgery tersebut, kaki kanan saya yang numb dan "spasm" masih ada lagi rasa sakit cuma mungkin kurang dalam 20%. Numb di kaki kiri yang tiba-tiba muncul selepas operation, ikut kata doctor adalah disebabkan posisi kaki saya semasa operation di jalankan. Mungkin tidak bergerak lama, dan sebab itu ia kebas. Doctor kata, mungkin hilang dalam masa 1-2 minggu. Oh ya, luka kesan bedah pun tidak besar, cuma 2cm sahaja, dipotong secara melintang di tengah-tengah tulang belakang saya.So pada hari ini, setelah 10 hari di bedah, rasa sakit memang tidak ada. Sakit kesan surgical wound sahaja. Dan pergerakan masih terhad dan slow. That's what the patient shoould do pun, kena slowly move all the time. This is to ensure you dont over do in anything pun and in the same time to prevent you from move vigorously and the usual lifting, bending and twisting adalah dicegah sama sekali! So far, sakit pinggang memang dah totally gone, cuma leg pain masih ada lagi, which according to the doctor, it will go away in few weeks time. And the bengkak at the back pun dah kurang banyak. *suka suka*
I hope I've made the right decision, and I hope I'll be okay forever and I hope that this pain will not becoming back and bothering me.
And next Wednesday, 5th, I'll remove the stitches. Wish me luck!
0 || shades of life ||:
Post a Comment