Advert

Wednesday, August 12, 2009

Saya sangat malas...

...... untuk pergi ke physio!

Ya, hari ini dan hari-hari yang berikutnya sehingga lah saya betul-betul pulih. Saya juga seorang yang pemalas untuk melakukan physio dirumah. Dan, saya tidak melakukannya langsung dirumah!! Dan saya tipu physiotherapist saya bila dia tanya ada buat kat rumah tak? *adik-adik, jangan ikut perangai akak ye*

Saya pun tidak tahu mengapa saya begitu malas untuk melakukannya dirumah sedangkan amatlah penting untuk saya melakukan physio itu. Kaki saya sangat lemah. Kalau diangkat, terketar-ketar, itu pun masih saya malas! Haiah!!! Apa mahu jadi lah dengan saya ini!! Bahkan, kaki kanan yang numb sebelum operation pun masih tidak baik-baik sehingga kini. Dan malam tadi, saya cemas gile, kerana kaki kanan yang numb itu tiba-tiba numb yang teramat! (Last time saya ada bagitahu yang numb tu sudah kurang 20% kan). Dan malam tadi, tidak semena-mena numb tersebut menjadi 100% semula. Dan, saya pun dimarahi oleh somi saya. "Hah, baring senget-senget, mana lah tak sakit" "Bla bla bla bla" *sunggoh bingit bila lelaki membebel kan*

Sebenarnya saya bukanlah pemalas. *memang malas pun sebenarnya* Tetapi saya juga telah TERLUPA step-step yang telah diajar oleh physiotherapist saya. Oh, jangan salah faham, saya tidak belom tua sehingga terlupa. Cuma daya ingatan saya lemah sikit sejak sakit ni *alasan!!* Jadi, hari ini, saya telah memaksa meminta somi saya menemani saya ke physio supaya beliau boleh tolong ingat apa step yang perlu dilakukan.

Oh, betapa saya sangat perlu untuk melakukan physio setiap hari! Jangan malas! Jangan malas!! Ya, saya tahu impact nye sangat besar jika saya tuang (read: ponteng) physio! Saya tidak akan pulih sepenohnya jika saya tuang! Tetapi saya malas. Bagaimana?????

Malas ini sudah lama bertapak di dalam sanubari saya. Sejak zaman Uni lagik. Saya selalu tuang kelas. Nak buat camna?? Bak kata orang putih, it's in the blood :p Tetapi saya pintar, tak pergi kelas pun saya boleh score *muntah darah la ye saya puji diri sendiri*. Jadi macam mana tu? Lagi lah membuat kan saya malas nak pergi kelas kan. So, the same goes to this physio thingy. Macam mana?

Arghhhhhhh tidakkkk.. Saya mahu baik cepat. Saya kena rajin!

Selamat ber-senam semua!

-Saya mahu pergi termenong mengenang nasib dahulu-

7 || shades of life ||:

Mrs Zamzuri said...

ape nih malas2? nak kena babap ke? ahaks!

:: || Mrs. Izwan || :: said...

sila lah babap saya jika itu boleh merajinkan saya :p

uMmi said...

i pun tgh bermalas2an kat rumah ni...arrrggghhhh

RENDA said...

sudah lama xberpeluang bermalas-malas di rumah..

grrr~~~

weekend pun x ado peluang..

~tumpang meluahkn perasaan jap eh Pn Izwan

Anonymous said...

cik shanaz,
jgn malas2... nanti lambat sembuh...

Siti..

:: || Mrs. Izwan || :: said...
This comment has been removed by the author.
:: || Mrs. Izwan || :: said...

ummi : ummi, saya mati2 ingat awak ummi kawan saya si ummi balqish tu.. hihihi amponn... silap ummi. sila bermalas2.. best malas2 ni ;)

cik RENDA : sile kan sile kan.. sini memang tempat luahan rasa :p

cik siti : saya malas tu sebab saya sakit! *wah ngaku* ;)