Advert

Saturday, August 22, 2009

Puasa Pertama Saya

Hari ini saya telah merayap ke IK*A untuk membeli beberapa barang yg telah saya "hutang" dengan bilik tidor saya. *Yes, finally bilik tidor saya sudah siap sepenoh nya* Dapat lah membuang sedikit masa yang banyak ini, jadi tidak lah terasa sangat lama nak nunggu waktu berbuka *hehe ampon, saya memang seperti kekanak nunggu waktu berbuka :p*

Saya sangat bersyukur kepada Allah swt yang mengurniakan hari yang amat mendung, sejuk pada hari pertama kita berpuasa. Alhamdulillah. Puasa saya pada hari ini berjalan dengan sangat nyaman dan aman tanpa anasir-anasir kehausan dan sebagainya. He he

Dan hari ini juga kami somi isteli akan berbuka puasa bersama keluarga mertua saya di B*ngi. Tetapi memandangkan saya mengambil kesempatan bulan yang mulia ini untuk menguruskan badan saya yang montel ini, saya bercadang untuk menjamah-jamah sahaja makanan. Dan makan kurma, kurma, kurma!! Ya, saya bolehhhh!!!

Selamat ber-iftar semua!

2 || shades of life ||:

Real Woman said...

makan kurma je berbuka?? rugi beb rugi! eheheh. mmg kelass weather semalam kan? ala2 kat london gitu! hari ni nampak cerah sikit..so boleh lah nak membasuh baju yg dah berlonggok tu!! huhuhuh

Mimy Hamid said...

beb aku buka pose mmg kasi santap betul..pastu nyesal napa buncit..hehe