Advert

Tuesday, August 4, 2009

H1N1 ragut 8 nyawa

Ini saya tonton di Buletin Utama semalam. Latest case 51y.o cikgu from Kuala Selangor (meninggal di Hospital Seremban) and 23y.o lady yang baru gave birth 2 weeks ago, di Miri, Sarawak. The baby was reported stable.

*Sigh*

The best part was... last night, Buletin Utama reported that some viewers email-ed them regarding this H1N1 issues and those people claimed that our gomen hospital refuse to accept them. They refuse to screen them. WTF? The reason being? They only accept warga tua dan kanak-kanak? WTH? Then, if not gomen hospital, where else should they go to? Please note that some of private clinics in Shah Alam terang-terangan stick a note in front of their clinics ye saying that they dont accept H1N1 cases "Pesakit H1N1 dilarang masuk". Seeee???

*Apa ni?* Kalau dah kena H1N1, biar kan mati je?

Tak lama lagi satu Malaysia semua mati kena H1N1.

In newspaper today. From The Star
A(H1N1): Death toll rises to eight
KUALA LUMPUR: Malaysia reported two new influenza A (H1N1) deaths yesterday, bringing the total number of people who have succumbed to the disease to eight.
The seventh victim was a 24-year-old native woman who died at the Miri Hospital’s intensive care unit, two weeks after giving birth to her first child. She was the first A (H1N1) fatality in Sarawak.
The eighth victim was a 51-year-old school teacher who died in Seremban on Sunday, said Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican.
The Institute for Medical Research confirmed yesterday that the teacher had contracted the virus. Her tissue samples were tested after her death.
She had taught at a school in Selangor, which was closed on July 27 following the discovery of an A (H1N1) cluster there.
The onset of the disease began on July 23, and the teacher visited a general practitioner on July 27.
She went to the Sungai Buloh Hospital on July 30, and subsequently to the Tuanku Ja’afar Hospital in Seremban on Sunday after experiencing a shortness of breath. She was admitted to the intensive care unit where she died.
The native woman was warded on July 17. At the time, she was already in an advanced stage of pregnancy.
The hospital helped her deliver a baby girl a few days later. The baby is healthy and has been handed over to the father, a labourer in his late 20s.
Sarawak Deputy Chief Minister Tan Sri Dr George Chan Hong Nam said the state had stepped up the alert level.
“Nobody can take this disease lightly any more,” he said yesterday.
The Miri Hospital has stopped children from entering the wards unless they are undergoing treatment.
The elderly are also discouraged from the wards, while smokers are barred altogether.
Hospital director Dr Uma Devi said the tighter safety measures were aimed at protecting those with a weak immune system.

From Utusan
8 kematian H1N1 setakat ini
KUALA LUMPUR 3 Ogos - Seorang guru yang berusia 51 tahun dari Kuala Selangor disahkan meninggal dunia akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) menjadikan kematian meningkat kepada lapan orang setakat ini.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mangsa meninggal dunia pada pukul 11 malam, semalam.
Jelasnya, mangsa mula mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta pada 27 Julai lalu sebelum ditahan di Hospital Sungai Buloh pada 30 Julai.
''Akibat jangkitan pneumonia yang semakin serius, dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Seremban pada 2 Ogos lepas dan meninggal dunia pada hari yang sama,'' katanya di dalam kenyataan di sini hari ini.
Kematian guru berkenaan menjadikan dua orang sebagai korban H1N1 pada hari ini.
Dalam pada itu, Tiong Lai mengingatkan ibu bapa, doktor dan pihak hospital agar mempertingkatkan lagi langkah keselamatan ekoran jumlah kematian yang semakin meningkat.
''Virus H1N1 ini baru berusia empat bulan menyerang dunia dan kita masih belum memahami sepenuhnya bagaimana ia bertindak, oleh itu semua orang perlu berwaspada serta mengamalkan pencegahan yang dikeluarkan kementerian,'' jelasnya.

From Utusan
Ibu baru bersalin korban pertama di Sarawak
KUALA LUMPUR 3 Ogos - Seorang wanita berusia 23 tahun yang baru dua minggu bersalin menjadi korban ketujuh virus selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini.
Mangsa merupakan kes kematian pertama H1N1 di Sarawak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, mangsa meninggal dunia pada pukul 4 pagi ini setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Miri, Sarawak sejak 22 Julai lalu.
''Dia dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi pada paru-paru dan disahkan dijangkiti H1N1 pada 23 Julai lalu. Dia telah bersalin di hospital sama dua hari sebelum itu,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, wanita itu didapati menghidap pneumonia yang teruk selepas bersalin selain mengalami simptom demam dan batuk empat hari sebelum bersalin.
''Bayi wanita itu didapati selamat dan disahkan bebas daripada H1N1. Penyebab kematian direkodkan sebagai pneumonia akibat jangkitan H1N1,'' jelas beliau.
Mohd. Ismail menambah, sebanyak 17 kes baru H1N1 termasuk satu kes kematian dilaporkan di negara ini menjadikan jumlah kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 1,446 kes.
''Kesemua kes baru itu adalah jangkitan tempatan yang melibatkan rakyat Malaysia. Jumlah kematian akibat H1N1 di negara ini setakat ini adalah sebanyak tujuh orang,'' katanya.
Menurutnya, daripada 1,446 kes terkumpul H1N1, sebanyak 574 merupakan kes import dan 872 adalah kes jangkitan tempatan.
''Daripada jumlah ini, 1,408 kes telah sembuh, hanya 29 kes sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital yang mana lapan daripadanya berada di ICU. Sembilan orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah,'' katanya.
Beliau berkata, daripada lapan kes di ICU, empat daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), wanita hamil (1) dan imuniti rendah (2).
Mohd. Ismail berkata, bagi 17 kes terpencil, tujuh kes dirawat di wad pengasingan hospital, satu kes di ICU dan sembilan orang menerima rawatan pesakit luar.
Merujuk kepada situasi global sehingga hari ini, beliau memberitahu, sejumlah 183,854 kes H1N1 dengan 1,307 kematian telah dilaporkan daripada 167 negara.
''Ia melibatkan peningkatan sebanyak 28 kes termasuk enam kes kematian berbanding dengan hari sebelumnya,'' katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai gejala jangkitan H1N1 berterusan dan bertambah teruk disaran mendapatkan rawatan di klinik serta hospital yang berdekatan.
''Kes-kes yang mempunyai simptom jangkitan influenza serta faktor risiko seperti mengandung, obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetes dan golongan imuniti rendah akan diberi rawatan antiviral influenza serta-merta tanpa perlu membuat ujian pengesahan H1N1.
''Ini adalah untuk kes-kes yang dikesan dalam masa 48 jam selepas mereka mula mengalami simptom jangkitan influenza. Ujian pengesahan jangkitan influenza hanya perlu untuk kes-kes yang dirawat di hospital,'' katanya.

2 || shades of life ||:

Real Woman said...

hi there! mmg menakutkan H1N1 ni kan. dah menjadi kes local dah skrg. nak keluar rumah sendiri pun rasa mcm dah tak selamat. ntah bila keadaan ni nak pulih! *sigh*

:: || Mrs. Izwan || :: said...

Hi there.

yeah memang sangat menakutkan. sometimes buat i wonder whether this thing akan ada ending nya ke tak. nampak mcm sampai bila-bila pun org keep on meninggal because of this. i pun mcm u, nak keluar rumah pun tak berani nak gi tempat yg crowded.