Advert

Monday, August 3, 2009

Program Diet Saya || Day 1 || *update*

Bermula hari ini. Dengan rasminya, saya melancarkan Program Diet South Beach Diet ke atas diri saya. Tongggg tonggggg tonggggg (read : bunyi gong).

Untuk yang first time dengar South Beach Diet ni, program diet ini terbahagi kepada 3 fasa. Fasa pertama ni berjalan selama 2 minggu. Dalam masa 2 minggu ni, saya langsung tidak boleh makan carbo (refer gambar di bawah for further details).


Fasa ke-2 dan ke-3 akan saya bincangkan setelah tamat tempoh 2 minggu ini. So, ada sesiapa nak join saya? Jom kita buat challenge biggest loser nak? He he he.

Berat saya setakat pagi ini, ditimbang jam 8.00 am adalah *4.5 kg. Mari kita lihat berapa kg berjaya saya kurang kan dalam masa 2 minggu ini. Saya hanya bergantung kepada pengawalan pengambilan makanan sahaja, memandangkan keadaan diri saya yang tak boleh nak exercise sama sekali ni.

Semoga saya berjaya! Hip hip hooorrayyyy!

update :

Apa nak makan bila diet?

Okeh, hari ini, saya cuma makan :

Breakfast : 3 keping biskut oat + segelas air suam + 5 sudu bubur kacang

Lunch : Paha ayam bakar + fries (5-6 batang) + pasta 2 sudu (kecek kak ipar punya) + air stoberi. *okeh okeh saya tau fries adalah berminyak dan tidak dibenarkan makan kalau ikut SDB. pasta juga adalah dilarang makan huhu*

FYI, saya jadi kan SDB ni sebagai guide sahaja, dan tidaklah menggunakannya 100%. Kalau tengokkan apa food yang dibenarkan makan tu, sangat lah membuatkan kita pening kepala nak pikir apa yang nak di makan.

Apa yang penting sekarang ni, saya cuba elakkan sama sekali dari makan nasi. *Ya Allah, kuatkan lah iman aku huhu*

Saya akan cari resepi-resepi diet yang bersesuaian dengan SDB, dan akan kongsi kan di dalam blog ini ya. So, tungguuuu..

0 || shades of life ||: