Advert

Wednesday, August 5, 2009

PCMC,here I come!

Hari ini secara rasminya saya akan keluar rumah. Yipppppeeeeeeeeeeee!!!

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... untuk pergi ke hospital *sob sob* nak bukak jahit. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tuan saya bersetuju untuk membawa saya berjalan-jalan setelah itu *oye oye oye* Bahkan beliau telah mengambil coti ini hari. Yipppppppppeeeeeeeeeeeeeeee!! Saya rasa macam dah 10 tahun tak keluar ke dunia nyata. Dan rasa tersangat jakun! Mesti saya letak kepala luar tingkap keta masa jalan-jalan di KL nanti. Hik hik hik

Saya sudah over excited nak mampos!

Saya mahu pergi IKEA nak beli langsir baru untuk raya. Yahoooooooooo!! *Errr agak-agaknya tuan saya bagi ke saya gi IKEA (sebab perjalanan ke sana adalah agak jauh?)* Saya adalah tidak boleh berlama-lama duduk didalam kereta.

Dan kalau ke IKEA, saya juga mahu singgah di Munawwarah. *hi hi hi*

Saya juga mahu ke Gardens untuk menonton wayang di Signature, cerita yang saya nak tengok tu.*sekali lagi, tuan saya bagi ke saya nak tengok wayang (sebab kena duduk sampai 2 jam) ?*

Saya juga mahu makan sedap-sedap!!

Saya juga mahu beli kasut!

Saya juga... see, betapa jakun nya saya dapat keluar rumah. Saya bahagiaaaaaaa!

Baiklah, saya mahu mandi. Sebentar lagi mahu keluar. *tuan saya dah bising-bising ni tengok saya masih ngadap lappy* Mahu singgah klinik dahulu. Nak tanya pasal vaccine Tamiflu. Langkah pencegahan H1N1.


-Roger and out-

0 || shades of life ||: