Advert

Monday, August 17, 2009

Kecewa? Sedih? Marah? Putus Asa?

Apa yang akan kamu rasa jika segala usaha, susah payah kamu tidak dihargai? Kamu sangat² berusaha untuk membuat sekeliling kamu gembira, mengambil hati bersungguh² tetapi.. at the end of the day, rasa seperti tidak berbaloi-baloi dihargai!

Apa rasanya apabila madu yang diberi, tetapi botol madu kosonghempedu yang dibalas? Kecewa? Sedih? Marah?

Atau tidak perlu rasa seperti diatas, tetapi terus menganggap yang itu takdir kita? Harus kah?

Atau menyalahkan diri sendiri kerana tidak mencuba lebih daripada sepatutnya? Sedangkan kamu telah lakukan sehabis baik?

Atau terus-terusan berfikiran positif dan mengubati (read : memujuk) hati sendiri yang semua nya akan jadi lebih baik, suatu hari nanti? *sound sucks to me*

Atau mungkin sekadar kata² "penyedap hati" yang penuh kepura-puraan yang kononnya menghargai kamu , sudah cukup untuk membuat kamu gembira?

Yang mana pilihan kamu - Tidak menghargai kamu atau berpura-pura untuk menghargai kamu? Mana yang menjadi pilihan kamu?

Tetapi ini bukan persoalannya!

Persoalannya, penting kah apa yang berada di fikiran kita?

Jika terlalu fikirkan, orang kata ikut perasaan. Tapi bila terlalu difikirkan, kita yang gila.


Jika terlalu dibiarkan, orang pijak kepala. Tapi bila di biarkan, melarat-larat pula.

Akhirnya berbalik kepada kita juga.

Apa pun yang kita fikirkan atau kita lakukan, hanya kita sahaja yang ada. Kita sahaja. *dan Allah yang Maha Besar dan Maha Esa*

Perlukah jawapan bagi setiap persoalan? Perlu kah? Perlu?????????

Saya pun tidak tahu dan keliru.

Atau biarkan sahaja setiap persoalan terbang di angin lalu?

Yang pasti jiwa kita akan meruntun-runtun kesedihan, kepedihan atau kesakitan *which to me, they are all the same, SAKIT*!

Saya sedang mencari jawapan kepada persoalan saya ini. Perlukah jawapan bagi setiap persoalan? Dan perlukah jawapan kepada persoalan saya ini? Haihhh!

Life is always always tough! It could be tougher than you thought. Or at least tougher than you could handle or tougher than what you have been thru.


Life could be easy peasy for some people, tak perlu fikir pasal hutang (hutang kereta ka, hutang rumah ke be it rumah sewa atau rumah sendiri), tak perlu fikir pasal disayangi atau tidak (untungnya jadi Ms. Popular atau Ms. Loveable!), tak perlu fikir pasal duit tak cukup menjelang pertengahan bulan, tak perlu fikir pasal masalah sekeliling, tak perlu fikir pasal kena bayar duit utilities, tak perlu fikir untuk jaga hati orang lain, cuma fikir pasal diri sendiri sahaja! Itu pun fikir pasal nak pakai baju apa esok, baju raya dah dibelikan ke belum, tahun ini ada lagi ke orang bawak jalan² makan angin. Wah heaven giler! *I wish I could be this person*

Conclusionnya, apa yang akan kamu lakukan apabila tiada jawapan bagi persoalan kamu? Tidor sahaja? Atau mengamok? Atau menjerit? Atau .. berbagai lagi. *saya rasa dah macam soalan objektif kertas periksa Bahasa Melayu SRP tahun 1990 jek :p hi hi hi*

Yang pasti nya, tiada siapa pun yang dapat menjawab setiap persoalan ini. Kecuali yang maha esa. Berdoalah semoga diberi petunjuk. Amin.

- Signing off to la la land and hope tomorrow will be a better day for me, for you and for anyone yang masih tercari-cari jawapan yang tak pasti. GOOD LUCK! -

4 || shades of life ||:

Mimy Hamid said...

this is life...depends to everybody la camner dia nk thinking..kalau aku, mmg tak amik pusing la kan..gi matikk la sumer...tapi tapi mmg betul kepala leh biol giler..tapi tak pe la..everything happen with reson....

||Mrs. Izwan|| said...

betul tu mimy everything happen with reasons. Apa reason nya pun nobody knows. But for sure, sangat membiolkan kita.so kalau taknak biol buat bodo je tp lagi la blh buat gile. Moralnya, tanggung la sniri. Huhu

Real Woman said...

semua org punya masalah masing2.nobody can escape from having problems in their lives! kalau takde masalah dgn hutang, mungkin ada masalah dengan anak. kalau bukan dgn anak, mungkin dgn kerja bla bla bla..all we can do is pray and be closer to our family..to me family keeps us stronger...and nothing else. Well 'true friends' help too, but in these days..susah nak cari true friends!

||Mrs. Izwan|| said...

RW : mcm mana kalau xde family? Say u sebatang kara? Saapa nk support bg semangat??