Setelah mengintai melihat di blog Cik Siken mengenai tudung De Zahra yang dipakai beliau semasa nikah, saya pun tanpa berlengah terus menskodeng website deZahra. Saya selalu nya berminat dengan tudung-tudung di sebuah kedai yang famous kat TTDI itu, (dan jarang berpaling ke arah kedai yang lain seperti Ari*ni atau lain-lain), tetapi kebanyakkan tudung mereka adalah plain dan kalau ada yang bercorak pun tidak berapa menarik minat saya. *saya sebenarnya tidak bertudung, tapi suka-suka saja beli buat koleksi, mana tau sampai seru kan senang, dah ada ;)*
Tetapi apabila saya browse cuci-cuci mata kat deZahra, saya tertarik hati pula dengan tudung mereka yang ada beranika corak yang agak menarik dan awning yang kelihatan sangat kemas dan harga yang agak berpatutan. Lalu saya pun bernekad untuk menabur duit mengunjungi kedai deZahra dan melihat sendiri tudung-tudung mereka.
Butik mereka terletak di Mutiara Damansara. Pada suatu hari tu saya sudah plan hendak pergi terjah kedai mereka, tetapi terlupa pulak catit alamat kedai tu, so terpaksa lah membatal kan niat menyoping yang suci ini. So hari ini, since siang tadi kena pergi renew roadtax kereta, saya telah bertekad untuk ke kedai ini sekali lagi. Sekali lagi, saya lupa catit alamat mereka. Errr.. oooo nasib baik henpon baru saya jadi penyelemat. Dengan sekejapan, saya mem-browse dan berjaya mendapatkan alamat mereka dan dengan bantuan GPS henpon Norkiah somi saya, kami berjaya menjejaki Jalan PJU 7/7A. Rupa-rupanya kedai mereka terletak di restoran yang saya dan somi selalu bertenet melepak masa zaman-zaman belum kawin dulu.
Mereka baru sahaja dalam seminggu berpindah ke kedai bawah. Sebelum ini, mereka beroperasi di tingkat atas shop lot 2 tingkat itu. So, senang lah untuk makcik-makcik, akak-akak yang sakit lutut ke datang. Tak perlu nak panjat-panjat tangga. Kedai mereka sangat luas dan selesa. Lagipun masa saya pergi, bau "kedai" pun kuat lagi sebab baru sangat mereka berpindah. Barang-barang perabot ofis pun tak pindah sepenuhnya.
Dan paling best, akak yang jaga tu adalah peramah dan helpful. Tak macam "kedai yang famous" kat TTDI tu, mungkin ramai sangat kot customer diorang, sampai takleh nak layan customer ngan friendly *tak semua la, ada satu dua lah yang muka masam dan cakap slang-slang huhu*
Dan yang bestnya, banyak juga tudung-tudung yang bercorak ada di butik deZahra ni. Dan yang best lagi, material nya ada pelbagai. Taklah dari material jersey (jersey ek nama materialnya) semata. *saya suka saya suka* Dan yang penting juga, adalah kemas. Jadi, saya pun berjaya merembat beberapa helai.
:: Ta-daaaaa, tudung deZahra pertama saya ::
:: Ini yang saya pilih untuk dipakai di hari raya::
FYI, tudung-tudung yang saya beli ini, material nya ada yang dari kain jersey (jersey or t-shirt ek org panggil?) seperti cik brown yang plain tu, dan dari material macam kain lembut-lembut (tak tau nama apa!! tp macam chiffon jojet ek? ala-ala begitu la.. saya tak tahu how to describe!) seperti cik purple yang fancy dan cik polka. Dan material jersey dia adalah sangat lembut seperti contoh cik hijau si warna-warna ceria tu. Kalau di "kedai yang famous" tu, material dia macam berat sikit kan, yang ini dia ringan dan lembut sedikit *seperti komen dari somi saya*
Hah, macam itu lah hendaknya. Bukan saya nak compare kan "kedai yang famous" itu dengan kedai deZahra ni, cuma nak terangkan how the material like. ;) Dan dari segi jenis-jenis tudung pula, deZahra juga ada nama-nama tersendiri macam kedai-kedai yang lain. Tudung Sarah untuk yang jenis medium tidak berbelah, Fatihah untuk jenis pusing-pusing ke belakang dan agak labuh serta tidak berbelah, Hajah untuk tudung yang labuh tidak berbelah, Jannah labuh dan berbelah dan tudung eksklusif yang dikatakan material lebih bagus (harga rm180) dan saya tak ingat satu lagi jenis tudung, tapi dia ada dua lapis, katanya. Mereka juga ada menjual mini tudung. Dan pilihan awning nya pula adalah dari thai silk untuk tudung yang ada corak dan bagi tudung plain ada thai silk dan juga material jersey yang sedondon dengan tudung.
Oh ya, tudung yang ada manik-manik pun ada untuk sesiapa yang suka bling-bling dan glam. Dannnnn.. tudung nikah yang cun!!! Betul tak tipu. Sesiapa nak kawin tu, elok le terjah ke deZahra, mana tau kot-kot ada tudung ready made yang sesuai untuk hari bahagia anda. *cewah, macam spokeperson pulak* Contoh macam tudung nikah anak Amy Search, Nabila. ;)
Moralnya, saya pasti akan datang lagi ke sini. Dan juga ke "kedai yang famous itu" untuk tudung plain. Saya lebih suka tudung plain kat "kedai yang famous itu" sebab saya minat yang jenis belah tu. macam comel je jika saya pakai
Oh, jika kamu beli sekarang, mereka ada potongan 30% untuk selected design sempena pembukaan kedai baru mereka.*saya suka sebab 2 tudung yang saya beli tu ada discount!!! yahoooo*
Dan yang cari tudung raya tu, apa lagi. Pergi ke website mereka kerana anda juga boleh membeli secara online ;) cuma saya rasa, susahnya nak tau size yang sesuai la kan? Lagi feel kalau pergi kedai kan? He he he
Sekian, tugas saya sebagai promoter tak bergaji.
*signing off to la la land sambil mimpi-mimpi pakai tudung deZahra*
9 || shades of life ||:
beb mana lagi murah, ariri, munaroh ke dezahra...dgr gak pasal de zahra ni..tang ariri & munaroh tu dh byk sgt orang mahai le...
mimy : erm deZahra ni range rega dia dr rm65 (tuk tudung yang labuhnya medium, labuh mcm ni pun dah seswai tuk badan montels cam ai). Kalau tudung yang labuh murah sket by rm10 - rm20 compared to Munaroh. Sbb kat Murnaroh thai silk awning rm120 , kat sini rm100. Tp basically lebih kurang +/- . Dr segi kualiti kain haku tak pandai nak tgk mana lg bagus. Ariri tak masuk dlm senarai haku sebab ai tak brape suka sbb nampak cam cikai n mahal giler *alamak mati lah mak kena hamun ngan peminat Ariri* masa ari tu la haku gi, nmpak cikai, tk tau la time lain nampak cantik ke. Hehehe
Aik cik mimy, dah sampai seru ke? Hehehe ke usha2 tudung nikah :p
leh tahan rege de zahra ni...heheh mak usha tuk emak aku le..eheheh..seru tu Insya Allah..doa2 kan ek..tapi wlupn tak pakai tp teringin gak nak pakai cam selebriti tu...pehhhhh ada hati nk glam bkn niat tutup aurat..hehe
mak haih angkot sampai sekodi..miahahaha..ada bgtau tak sapa rekemen?best kan tudung dia..i pun ada beli lagi satu kaler merah..tp baju raya takdak lagi,bleh?huahua..saya juga tidak bertudung..saja gatal beli mana tau sampai seru ke..amiin.
mimy : aku dah bley agak, sure kalu ko pakai tudung pun vouge gedevasssss. hihi aku pun kalo pakai tak nk kelihatan kulup2 mcm mak aji kan hehehe harus kena stylo mylo kan. Ni aku tgh usha2 camna nak berstylo ngan tudung tp sgt muslimah. Laki mak kan ala ala pak aji gitu, gaya muslimah adalah pentinggg. Harus lah baju mak yg ketat2 tu kena letgo.takkan pakai tudung nak pakai baju ketat metat, tak seswaii!
cik siken : alaaa, kalau bagitau ada org rekemen leh dapat diskaun ke? errrrr adakah? kalau ada, saya sanagt lah rogi ye!!!! saya bitau kawan jeee ;) hehe memalu lah pulak haku..cik siken, baju raya hang bukan kaler ijo ke? itu baju hantaran tu kaler ijo kan? ka dah takdan nak hantaq? he he meh haku tolong aminnnn kan skali tuk ko ye :D
mimy: lupa lak, aku tolong doa skali tuk ko ye. mana tau kita leh buat group nasyid fomfuan2 vogue kaaa hik hikh ik
lawa beb lawa..but so advance one ah u buy!! harap2 sampai seru awal jugak la ye!! eheheheh..*doa utk diri sendiri gaks*
RW : i tgh kumpul² stock tudung, baju yang bersesuaian. bila dah cukup, dan seru pun dah sampai, boleh la bergaya secara se-muslimahnya. Adakah seru I dah sampai awal? Jeng jeng jeng..
*i doa untuk u jugak ye :p heheheh*
weh baju raya apa nya,duit pun dah kering sekering padang pasir..aceceh..kalau ada credit card bleh gak haku berhutang dulu sementara nak gaji.yang hijau tu tak sempat lah nak buat dah..raji haji lah plak kot..tak pun awal muharram..wakakakakkaka..
Post a Comment