Advert

Sunday, August 9, 2009

Kasut Nike dan Buah Naga!

Finally, as per doctor advice *bijak, menggunakan alasan doctor* I bought Nike Women Aqua Woven, a very comfortable "2 in 1" walking shoe. Yeap, walking + exercising = 2 in 1. Boleh guna untuk physio sekali. Saya adalah seorang yang berjimat cermat :p Oh, Nike KLCC ada Sale! I got 20% less for this shoe.

:: Comfortable yang penting, kaler yang mana saya beli? ::
Pic google-ed.

And yeah, I went to KLCC this morning. Veryyyyy early in the morning! 9.30 dah sampai KLCC. Oh no, bukan sebab excited sangat nak pegi itu sale di Isetan, tapi alang² pergi, I have promised my dragon-fruit-supplier to get some stock from him. *lagipun nak elakkan ramai umat manusia kalu pegi lambat sangat*

Saya adalah penggila-buah-naga! Yeap! Penggila! I'm crazy over these red colour sweet yummy wierd shape fruits. And this guy sell the sweetest and the yummiest dragon fruit I ever eaten. And cheap! Fresh from the farm!! I found his website, Naga Madu few months ago and have been buying these yummilicious buah naga from him ever since. His price is the cheapest compared to Carref*ur or Tes*o or any hypermarkets or any markets in KL *at least for me, sebab tak pernah jumpa tempat yang jual cheaper than him*. And the best part, he can COD! Yeap! Easy peasy. Everytime order, sure order stock for a month ke, and habis je, mesti beli lagi. Saya suka! *ermm, Encik Mael kena bagi saya komisen sebab promote dia nih*

Dan khasiatnya, mmmmmmmmm Bagos skalik!!

Buah naga merah banyak khasiat
Oleh ZAINUDDIN ZAIN
MASIH ramai rakyat negara ini tidak tahu cara memakan buah ini kerana bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).

Jangan ketawa jika ada orang yang memotong kulitnya seperti memakan buah epal, walaupun cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.

Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah naga daripada keluarga ‘cactacea’ yang tergolong dalam spesies kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini, sebenarnya kaya dengan khasiat.Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi.

Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.

Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport. Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.

Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

“Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan,” katanya.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Leong berkata, satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok.Katanya, buah naga juga boleh dijadikan pencuci mulut yang lazat.“Syarikat kami juga mengeluarkan produk jus, jem, dan wain merah daripada buah ini. Pada masa sama, buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang,” katanya.Leong berkata, bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.“Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.“Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia,” katanya.Leong berkata, dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

“Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan,” katanya.Leong berkata, pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya ‘Paw Wang Fa Kor’.“Kita sekarang cuba mempromosikan buah ini kepada seluruh rakyat Malaysia bukan hanya kerana rasanya yang enak, tetapi juga sangat berkhasiat.
Tidak hairanlah harganya mahal.“Bagaimanapun, kita sekarang cuba menggalakkan lebih ramai orang di negara ini menanam buah naga dengan menawarkan insentif menarik, termasuk menjual pokok pada harga murah dan jaminan pembelian semula buah daripada petani,” katanya.Leong berkata, kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman.

“Seperti kita sedia maklum, bahan makanan yang bebas daripada penggunaan racun serangga adalah yang terbaik untuk kesihatan,” katanya.

KEBAIKAN
Tingkat daya tahan
Kurangkan metabolisma badan
Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
Kurangkan tekanan emosi
Neutralkan toksik dalam darah
Cegah kanser usus
Cegah kandungan kolesterol tinggi
Turunkan kadar lemak


Banyak khasiat dan sedap! I heart buah naga!

:: Sebahagian dari buah naga saya bulan ini :p ::


:: Indulge! Juicy and sweet! ::

A dragon fruit a day, keep your doctor away :p

Selamat ber'naga'!

3 || shades of life ||:

Real Woman said...

ok lemme guess... U bought the purple one! Betul tak? Anyway i tak berapa suka itu dragon fruit but my parents do! Ada je stok buah tu kat rumah. They always get it fr the market but yr buah naga kat gambr tu looks juicier than what i always see at home. Boleh try jugak contact mamat buah naga tu ye!

:: || Mrs. Izwan || :: said...

puan RW yang cun (yes u are gojes okeh, i saw your nuffnang punya profile pic :p) saya memang mahu itu purple tetapi takde size. kaki saya beso cam kaki anak gajah. jadik kena beli kaler lain. :D btw, that dragon fruit memang sesangat juicy!!! and sweet.

Real Woman said...

argh gambar nufnang?? TIDAKKK...