Advert

Wednesday, August 19, 2009

Hijau itu saya

Oh tidak! Saya bukan lah pencinta warna hijau. Bahkan kalau menjengah wardrobe saya pun, hanya ada sehelai kurung hijau lumut dan sehelai kemeja kerja warna hijau kekuningan. Dan baju kurung tahun ini, untuk hari raya ke2 adalah berwarna hijau 2-tone yang saya pun tak reti nak describe macam mana. Jadi nya, total baju hijau saya adalah 3. Saya kurang menggemari warna hijau untuk wardrobe saya kerana saya terasa seperti 'seorang' sayur dan sebatang pokok apabila mengenakan warna hijau. Sebatang pokok yang rimbun. Pernah kan kamu rasa seperti itu?? Pasti pernahkan, apabila kamu mengenakan seluar coklat bersama kemeja hijau, terasa seperti sebatang pokok yang hidop. Dan hari raya ke2 ini, pastinya saya terasa seperti 'seorang' sayur pula. Oh dan somi saya juga kawan sayur saya. Kami berdua akan mengenakan warna yang sedondon.

Dan saya juga tidak lah seorang ekstremis alam sekitar yang memperjuangkan nasib alam sekitar kita. Tetapi ini tidak lah bermakna saya bukan pencinta hijau (read : alam sekitar). Saya amat mencintai alam sekitar yang hijau. Bahkan somi saya sunggoh obses (read : OBSES ye, bukan OBESE hahahah) sehingga mahu join kelab pencinta alam. Bagaimana pun saya tidak lah bersemangat seperti beliau. Saya hanya aktivis di dalam hati sahaja. Yang penting niat kan???

Kenapa hijau itu saya? Kamu pernah tonton cerita HULK? Hah! EH bukan, bukan. Saya tidak boleh bertukar hijau macam HULK tu. Atau pun ada raut wajah seperti HULK *errr ada ke? iskkk* Tetapi saya adalah seorang yang not to say cepat baran, tetapi saya adalah seorang yang pantang "di usik". EH, bukan! Bukan tak boleh sentuh saya atau mengusik saya. Tetapi maksud saya, saya cepat melenting jika ada sesuatu yang tidak kena di mata saya. Bukan lah melenting tak tentu pasal. Tapi saya tak suka orang yang buat kerja main², TERUTAMA nya customer service yang tidak berapa nak ber-service dengan baik yang tetiba nak tunjuk lansi lak, memang paahhhhnnnnntttaaannnnggggg datuk nenek saya! Saya akan bertukar menjadi HULK dengan tidak semena-mena. Memang kena zassss balik ngan saya. Tapi tidaklah sampai saya terjerit² marah orang tu semula. Cuma saya pasti akan me-LASER dia semula dengan tajamnya. Dan somi saya, si angel itu, pernah berkata dengan saya "kalau pakai tudung pun you nak buat macam tu ke?" Errrrr ada kena-mengena ke??? Oh, beliau cuba mendidik saya nilai sabar. Adakah saya tidak sabar jika saya coba untuk menegakkan kebenaran (read : kebenaran? kebenaran untuk orang tu bersopan santun sket!!)?

Apa yang saya coba sampai kan disini, saya sudah letih nak melayan kerenah manusia² yang terlibat dengan customer service di Malaysia ini. Bukan mereka yang di kedai² sahaja, bahkan yang di ofis juga begitu. Saya tidak faham kenapa harus mereka berinteraksi dengan kurang sopan dan melakukan kerja mereka dengan endah tak endah. For goodness sake, you are paid for doing your job! Kan? Dan, sebagai manusia, apa salahnya you berbaik sesama manusia. Saya faham, mungkin mereka had a bad day ke, penat ke. Tapi haruskah orang yang comel tidak bersalah tetiba menjadi mangsa amarah mereka?

Among rakan sekerja pun ada juga perangai² macam ini. Seperti tempat kerja lama saya dulu, kami merupakan sebuah syarikat homegrown yang sangattt besar (read: ofis saya tidak berwarna hijau, tetapi MERAH *hint hint*). Can you imagine, how hard for me (and I'm sure other colleagues pun facing the same as some were complaining to me about the same) nak dapatkan kerjasama dari other departments. Just imagine??? Itu sesama staf. Kalau orang luar lagi lah camna??? And this reminds me of sebuah syarikat yang saya dan somi dealt with few days back. Among them pun dicampak² macam bola untuk solve-kan one issue. Saya dan somi hanya berpandangan dan saya terfikir, kalau kami sendiri yang berurusan macam mana?

Niat saya menjadi HULK adalah suci. Ibarat Robin Hood lah kan *dia pun berbaju hijau kan??* Bukan untuk simply marah² tetapi untuk menyedarkan mereka untuk tidak bersikap kurang ajar. Kekadang tu saya kesian, bila tengok makcik² ke, pakcik² ke yang ditengking atau dilayan dengan buruknya. Kurang hajar kan??? Atau ada sikap double standard. Asal nampak orang tu usung LV, wah!!! Muka yang busuk tu terus berubah jadi berseri² yang tak berapa seri. Kalau orang tu pakai cikai memang lah jangan harap nak di pandang. Dan paling saya hangen, sesama melayu pun macam tu.

* Sign off to cool down, kang hangat terbakar kang blog saya :p *

6 || shades of life ||:

Mimy Hamid said...

beb, opss hakak..marah ke kalau tak panggil hakak??takut derhaka PANG sekali..nak komen..tak suka hijau tapi pelik giler bila beli baju color hijau..pastu check balik wardrobe mmg betul koleksi hijau jee sumer...pelik giler..

||Mrs. Izwan|| said...

mimy : tolong lah jangan panggil ai ahkak. i muda remaja lagi u.. hahahaha u banyak kaler ijau ke? wahhhh hebatttt hehehehe

Shikhin Ishak said...

ish betoi la,haritu pi buat IC baru kat JPN,number i 5040,sampai je 5039 terus dia skip 5041.Bila kita tanya dia boleh dia cakap tunggu..tunggu..barapa lama mau tunggu daa..geram betul..alin2 tunggu punya tunggu IC pun tak siap lagi.rasa macam nak bakar JPN pun ada..hahahhaha

:: || Mrs. Izwan || :: said...

cik siken : uih memang terbakar camtu. Blh plak dia lompat2 no. Dah la ic tak siap. Memang sgt menguji kesabaran! Kalu i, dah terbakar pun hehe

Real Woman said...

wahhahaha...kaler yg i cukup anti...hijau!! sebab ianya akan menampakkan saya seperti isteri Mr. HULK! Saya cuma suka warna hitam, putih (macam Aedes), pink yang lembut2 gitu (macam pink template mrs izwan ni), turqouise (bukan tortoise ye!) dan gold( macam emas 916 gitu!)...eheheh

:: || Mrs. Izwan || :: said...

RW: ha ha ha tapi motor somi saya warna ijo. errrr ijo yg striking tu. dari jauh leh nampak dia .. camno? hu hu hu.. wahhh emas 916!! ye.. suka warna macam emas 916 ke suka emas tu itself :p ha ha ha