Hari ini pada mulanya, saya dan emak telah merancang untuk masak Laksa Johor (read: emak saja yang masak, bukan saya :p). Ya!! Kami orang Johor! Dan suka makan laksa Johor buatan Malaysia sendiri. Kalau carik kat luar memang tak jumpa yang lepas piawaian kami. Tapi masa kat office tadi, rasa macam nak makan kat luar. So I called my mom and asked whether dia dah masak ke belom and luckily dia baru siap² bahan jek. So I told her that today nak break fast kat luar sajork memandangkan saya akan pulang awal ke rumah ini hari *ada physio jam 2pm, terus cabut balik umah after physio*.
Oh, semua nya berpunca dari Ida, rakan sepermainan saya di office. Ya!! Dia yang punya angkara! Dia cerita pasal dia dan geng² sepermainan kami yang lain, pergi makan kat Tarbush semasa ketiadaan saya bercuti panjang. Cissss!! Mana boleh kan. Diorang pergi, tapi saya tak pergi!!! Jadi beliau telah membuat saya kecur terhadap Tarbush lalu saya bernekad untuk berbuka puasa di situ.
Tetapi, apabila dikhabarkan kepada somi untuk berbuka puasa di luar, beliau telah print satu senarai panjangggggggggggggggggggggggggggggg tempat² berbuka puasa yang beliau perolehi melalui email beliau *sapa nak senarai tu, habaq mai, saya email kat kamu ;)* FYI, itu senarai tempat² yang ada Ramadhan buffet sekali harga nya. Mostly tidak melebihi RM100 pun untuk 1 pax.
Jadi setelah saya belek² senarai tu, dan memikirkan keadaan logistic dan faktor kesesakan lalu lintas, maka kami berniat untuk berbuka dia Palace sahaja. Dekat sajork ngan rumah kami. Tetapi bila sampai di rumah dan survey² dalam internet, somi tetiba teringin nak makan kambing! Dan tiba² keinginan untuk makan di Tarbush kembali semula. Jadi, kami bertiga *termasuk emak saya* pun bersiap dan terus ke Sunway Pyramid. *Saya redha je gi Sunway Pyramid.. sebab saya ada agenda saya tersendiri hik hik hik* Siap call reserve kat Tarbush takut penoh. Sampai kat Sunway adalah jam 6.30pm. Wahhhh sangat awal!! Jadi kami pun survey² restaurant lain dan tiba² terpandang kan ini .....
Being me yang sangat hantu Japs.. saya pasrah! Somi mintak izin tokey kedai nak tengok buffet line. Dan terus jatuh chenta sebab buffet spread dia quite beranika compared to Tarbush. *padahal Tarbush ngan Shogun selang beberapa kedai jek, hampeh!!* So kami pun dengan nafsu makan yang tinggi, memilih Shogun over Tarbush. Sian orang Tarbush tu call kami berjutapuluh kali tanya bila nak sampai. Hik hik hik..
Jadi, apa yang kami plan tak jadik, yang tak plan lak kami sapu. Punyalah banyak somi saya makan :p (read : somi sahaja ye).
Saya makan ini sahaja ...
: My allllllll time favorite, Salmon Sashimi !!!!! dan fresh oyster yang tak berapa nak fresh sebagai warming up session :p :
: Dim sum :
: Clockwise: Cheese spinach roll *tak sedap*, spicy escargot *not bad lor*, yam and mushroom, dory fish in creamy sauce and bbq squid :
: Minum fresh oren yang sedap :
Dan somi makan ini semua, sambil saya cilok banyak² sikit² ...
: Lamb briyani, chicken kebab, lamb kebab, minced lamb in tomato sauce - somi kata sedap! :
: Lamb shank dan sayor² :
: Sop ekoq - somi kata sedap! :
: Chicken boxing, chicken wing, stuffed chicken fried calamari etc etc :
: Spicy lala, chili crab - boleh tahan sedap! :
: Ice cream :
: Kali ni bagi emak saya jek interframe :p :
Okeh okeh..!! Baiklah saya ngaku.. ada lagik benda lain saya makan :p. Tapi tak dan nak snap. :D. Overall, bolehlah Shogun ni. Takde lah marbeles giler! Dan takdelah tak sedap langsung. Kira nya berbaloi la. Monday-Thursday ada discount 30%. So harga per pax adalah RM46.70 sajork! Murah kan??
Selamat mencoba!
ps: Sempat lah saya merembat sesuatu di DP ♥
7 || shades of life ||:
japs are my favs too!
Jom racing makan jopun nak??
Hahahhahha...
owhh tatau la nape i tak berape nak boleh masuk la makanan jepun ni, fresh oyster pun tak sukaa :)
i baru plan nk gi shogun gak...sebab murahhh...pastu u dah buat review..lagi le mancanak nak piiiiii
ehem.ehem.beli ape ye di DP.nk tgk pliss
yabeet
bella tau ksya beli ape kat dp!
and thanks for your endless birthday treat tu huhuhu :^p
ksyaaaaaaaa sedap ke shogun? i've been longing to eat there, tapi ksya dah cakap so-so je so macam xtaula tapi tengok macam banyak je variety. lamb beryani in a japanese buffet line? comelnye!
and oh aunty pun sangat cutesy aje!
Mrs. Zamzuri : urs too???? Sedappp kannnnnn!!!!! alamakkk nak racingg??? punah lah diet aiiii hik hik hik
omey : alamak cik omey, rugi la tak makan jap. boleh awet muda uuuu ...
mimy : pegi pegi.. pegi kat saisaki kat UOA lagi best lah. banyakkkkk giler choice of food. dia adik beradik shogun ni jugak. kat sunway ni tak berapa banyak choice la compared to Saisaki tu
yabeet : ada lahhh mana leh bitau ko. nanti ko jeles ko bak beli gak kannnnnnnn. aku tau perangai ko ni :P hik hik hik
AmanBella : la, selain dari itu, ada satu lagik. he he he i would suggest u go to Saisaki kat UOA. lagi wider spread. aunty cutesy? i lagi cutesy okeh :p
Post a Comment