Advert

Friday, August 14, 2009

Hari ini saya sedikit tensi

Ha ah! Betul!! Saya dan somi *agaknya lah somi pun tensi kot??* sedikit tensi. Berita yang baru kami terima tidak begitu memberangsangkan. Tetapi bak kata somi, ada hikmahnya. Insya Allah. Allah tentu lebih arif tentang perjalanan hidop kami. Kan? Pasti Dia sudah tentukan apa yang sepatotnya kami lakukan. Sedih, tapi pasrah jek ler.

Tapi, dengan berita itu, bermakna boleh lah saya berangan-angan untuk siapkan rumah yang terbengkalai ni. Dah setahun + kami duduk kat umah ni. Tapi baru beberapa bahagian siap di-furnish. Nampaknya, tahun ini, dapat lah saya beraya dengan kitchen cabinet dan peralatan rumah yang baru. *kalau saya tak melencong beli benda lain lah pulak huhuhu* Saya rasa, susah betul nak set kan aim kita. Contohnya, kalau nak buat kitchen cabinet sekian-sekian bulan, tapi bila sampai bulan tu, sure melencong buat benda lain. Kamu pernah tak alami macam saya alami? Tak fokus, tak fokus!! Saya dan somi dah aim mahu buat kitchen cabinet sejak tahun lepas. Sampai tahun ni, masih tak berbuat. Isk isk isk. Inilah orang Melayu! *errrr apa kena-mengena daaa* Ya, lah. Kan ada satu lagu, masa saya zaman sekolah-sekolah, pergi kem motivasi, Melayu Mudah Lupa. Errr tu bukan lah tajuk lagunya, tapi bait-bait lagunya ada sebut Melayu Mudah Lupa. Ya, saya lah Melayu yang mudah lupa dengan janji-janji sendiri. Agaknya, kalau lah Sang Rumah saya boleh berkata-kata, mesti dia tuntut semua janji-janji saya pada dia kan...?


Saya hutang wallpaper, kitchen cabinet, shoe cabinet, xxxxxx, xxxxx xxxxx, xxxxxxx dan curtain raya pada Sang Rumah . Okeh okeh satu hutang dah langsai, lagi 2 minggu kitchen cabinet akan dipasang. Yang lain-lain? Ermmm tengoklah wahai Sang Rumah, kalau saya berkemampuan, saya akan tepati janji saya pada kamu ye. Doa kan lah tuan rumah mu ini dilimpahi rezeki yang tak terhingga.

Saya juga berhutang sesuatu pada tubuh badan saya. Ya, saya janji nak bagi dia bentuk yang lebih menawan dan anggun. Tapi setelah hampir seminggu saya berdiet, hanya kurang lebih kurang 1kg. Apa lah daya saya? Saya sudah tidak makan nasi selama 1 minggu. Makan sop sayur, makan ayam bakar, makan buah naga. Itu sahaja. Tapiiiiii.. haih, sabar ye tubuh badan ku. Tak lama je lagi. Nanti bulan puasa, insya Allah, kamu akan menjadi anggun mempersona *itu pun kalau saya tak makan banyak masa berbuka hik hik hik sangat kejiiii*

Dan terakhirnya, saya berjanji kepada Si Oren, untuk membersihkan dia, dan menjelitakan dia. Ermmm itu janji somi saya kot kepadanya. Nanti saya akan kerah somi saya untuk bikin Si Oren menjadi cun dan berkilat-kilat.

Hmmm.. maaflah saya banyak menceceh. Kalau dalam mood tensi, memang lah saya begini. Semua benda saya fikirkan. Esok saya ada physio lagi. Lagi 1 minggu saya akan mula kerja *tidakkkkkkkkkkkk* Kerja kerja kerja! Arghhhh pastinya kerja saya menggunung kan boss? Malas nya nak pergi kerja setelah lebih sebulan bercuti. Mak saya kata dah macam coti bersalin pulak. Heh.. haih!

Dan saya punya tensi tadi, saya cakap kat somi nak beli buah naga lagi 10 kg. Somi saya gelak je tengok perangai istelinya yang dah sewel ni.

Oh, btw, sempena Ramadhan ni, saya mahu muncul dengan imej baru. Wah wah wah. Berdebar-debar saya.

Saya sesonggohnya mahu pergi bercoti!! Arghhhhh TENSIIIIIII!


Okehlah, saya nak berbaringan sambil melayan perasaan. Selamat bekerja wahai rakan-rakan ku. Jangan cemburui saya ya :p

3 || shades of life ||:

Anonymous said...

cik shanaz,

ape khabar ngan cik oren? my oren wat hal..tensi2.. rase ni ada kaitan ngn captor bengong tu... kelmarin pg tak bole start.. pastu alarm dia menjerit2 sampai bateri kong... mm.. sy sgt sedih...

siti..

Mrs Zamzuri said...

kite nk g coti jugak!! mau itot? hehehe.. tak ley tak ley.. anda kena g buat rawatan. dah sehat betol2 br bley. ada paham?

RENDA said...

Tumpang luahan..

Tensi tahap super-gaban jugak sekarang..

Grrrr..

Menyampah dgn attitude sesetengah manusia..
Dan sesetengah manusia yang tak tahu menghargai orang lain..

Grrrr..